"Seorang yang hendak menuntut ilmu hendaklah berniat menuntut ilmu UNTUK BERAMAL"
(Imam Al-Ghazali)
Setiap perkara bermula dengan niat. Niat ibarat satu matlamat yang kita semat dalam diri dan niat inilah yang akan memandu setiap anggota badan ke arah perkara yang diniatkan. Jika niat menuntut ilmu kerana ilmu. InsyaALLAH hanya ilmu yang kita peroleh. Jika niat untuk beramal. InsyaALLAH niat itu akan menjadi pemangkin untuk setiap anggota mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Mari periksa niat kita menuntut ilmu. Adakah kita menuntut ilmu supaya kita boleh berdiskusi dengan ilmu yang ada atau menggerakkan otot-otot beramal dengan ilmu untuk memperoleh redha ALLAH? Jom semak nawaitu kita setiap hari. =)
p/s: Sibuk mengupdate blog satu lagi sehingga melalaikan blog yang lebih utama ini. Sudah 2 bulan terbiar tanpa update. =(