Showing posts with label infoooo..... Show all posts
Showing posts with label infoooo..... Show all posts

Friday, June 21, 2013

210613: Siapkan tugasan segera!



Assalamua'laikum

Tips Ramadhan: Selesaikan sebanyak mungkin kerja atau tugasan agar bulan Ramadhan nanti ada lebih masa untuk beribadat. Sayangnya bulan yang amalan pahala berganda-ganda itu andai tidak cukup masa untuk beribadat.=)

Pssssssssstttt jemput beli kurma di SS Dates

Terima kasih

Friday, June 14, 2013

140613: Persiapan Eidulfitri

Assalamua'laikum

Salam Jumaat


Tips Ramadhan: Sediakan dan selesaikan persiapan menyambut Eidulfitri sebelum menjejak kaki di bulan Ramadhan supaya fokus ibadat pada bulan Ramadhan tidak terganggu terutamanya pada 10 malam terakhir. =)

Pssssssssssttttt jemput membeli kurma di SS Dates

Tuesday, June 11, 2013

110613: Selamat tinggal Rejab! Selamat datang Syaaban!

Assalamua'laikum!

Tinggal 29 hari saja lagi sebelummelangkah ke bulan penuh barakah yakni Ramadhan. Cuba tanya diri, "sudah bersediakah kita?". Kalau belum, sekarang masanya untuk bertindak. Rejab sudah melambai tangan meninggalkan kita. Jangan biarkan Syaaban dan Syawal memecut pantas tanpa kita sedar. Tup tup sudah di bulan Syawal. =( 


Psssssssssttttttttttt jemput beli kurma di SS Dates

=)

Friday, June 7, 2013

070613: Jom mula berlatih!


Assalamua'laikum

Salam Jumaat everyone!

Tips Ramadhan: Practices make perfect! Sekarang masa untuk berlatih memperbanyakkan ibadat supaya tidak termengah-mengah atau kurang fit pada bulan Ramadhan nanti! Biar sedikit-sedikit tapi istiqamah!Amalan yang berulang-ulang insyaALLAH akan menjadi tabiat. Jom mula berlatih!=D

Pssssssssssssttttt jemput beli kurma di SS Dates ya!


Friday, May 31, 2013

310513: Mari tambah ilmu


Ramadhan Tips: Masa untuk ulang kaji ilmu berkaitan Ramadhan dan puasa supaya persediaan mental, fizikal dan rohani dapat dilakukan sebelum tibanya Ramadhan tak lama lagi. Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu dengan sia-sia seperti tahun-tahun lepas! azam baru! semangat baru!

Recommended website: Productive Muslim (klik please)

Psssssssssssssstttttt jemput beli kurma di SS dates =)

Assalamua'laikum

Monday, May 20, 2013

200513: 51 days until Ramadhan



Tips Ramadhan : Hadiahkan ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa saja kurma sempena menyambut Ramadhan, bulan penuh keberkatan yang bakal menjelang tak lama lagi.

"Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian saling mencintai" 
[HR Al-Bukhari, Al-Baihaqi, Abu Ya'la]

"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut"
[Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih]

Psssssssttttttt jemput membeli belah kurma di SS Dates. =)

Assalamua'laikum

Wednesday, March 6, 2013

060313: Oh sky juice!


Actually ada banyak lagi benefits minum banyak air. Dalam bahasa mudah nak KURUS pun kena minum banyak air. Nak CANTEK pun kena minum banyak air. Nak PRODUKTIF pun kena minum banyak air. Nak SIHAT mesti minum air. Saja tekankan point-point yang meransang adrenalin NORMAL homo sapiens untuk minum, minum dan minum air. =) By the way, last point dalam gambar kat atas tu memang sangat-sangat terkena pada batang hidung sendiri. Boleh ka saya order air suam rather than air manis bila makan kat kedai? [curiousity tahap tinggi] Kena berusaha lebih gigih untuk mencintai dan menyayangi plain water selepas ini. Satu yang saya cuba amalkan sekarang ini ialah bersahabat baik dengan botol air. Alhamdulillah satu method yang sangat berkesan untuk saya setakat ini. Bila rasa berat sangat nak usung air tu, solution nya adalah minum supaya lebih ringan. haha. Lagi satu bila rasa dahaga saja, boleh terus capai air dan minum tanpa perlu mengeluarkan duit [jimat]. Akhir kata, jangan biarkan badan anda diselubungi dehidrasi. ^^


Tuesday, February 5, 2013

050213 : Bersin


Along : Aaaaachoooooooo...
             Alhamdulillah
             [Segala pujian hanya milik ALLAH]

Angah : YarhamukALLAH
              [Semoga ALLAH merahmatimu]

Along : Yahdikumullah wa yuslihu baalakum
             [Semoga ALLAH memberi petunjuk dan membaikkan keadaanmu]

(Rujukan: Hadis riwayat Al Bukhari  no. 5756)


Pssssstttt Rasulullah tika bersin, Baginda akan menutup mulut Baginda dengan tangan atau pakaiannya. Baginda juga akan merendah atau menekan suaranya.:)

Indahnya hidup andai sunnah menjadi amalan. Amalan yang berulang-ulang insyaALLAH akan menjadi tabiat. Selamat beramal. =D

Sunday, October 21, 2012

211012: Majlis Ilmu Di Perlis

Assalamua'alaikum
Sesiapa yang berada di Perlis
Yang tercari-cari majlis ilmu
Yang terimpi-impi taman syurga
Sila like page Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)
Untuk mendapat info tentang majlis-majlis ilmu yang dijalankan sekitar Perlis
Boleh subscribe page Ustaz Yus jugak =)
Moga bermanfaat

P/S: Masih tercari-cari majlis ilmu di Nibong Tebal/Parit Buntar.


Wednesday, February 22, 2012

Perjanjian dengan ALLAH

Pada suatu ketika, Saidina Umar menangis ketika mengambil wudhuk untuk solat. Dan apabila ditanyakan 'Mengapa?', Saidina Umar menjawab dia takut seandainya dia tidak tunaikan janjinya dengan ALLAH untuk solat yang lepas.


Apa janji kita dalam solat dengan ALLAH?


"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam. (6:162)



Tepuk dada tanya iman. Bagaimana janji kita dengan ALLAH? hanya sekadar lafaz di bibir atau sudah terpahat di hati? 

Tiba-tiba terasa berat benar ayat itu. T.T

Tuesday, February 14, 2012

Kenapa aku diciptakan?

Pernah tak soalan ini berlegar-legar dalam kepala anda? kalau tak pernah, ketahuilah bahawa soalan ini pernah ditanya oleh malaikat kepada ALLAH. 


"..... "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan nama Mu?..." (2:30)


Jawapan ALLAH kepada malaikat?


"..."Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2:30)


Apa sebabnya ALLAH ciptakan kita?


1. sebagai khalifah di muka bumi


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'AKU hendak menjadikan khalifah'..." (2:30)


2. beribadat kepada ALLAH


"AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU." (51:56)




Dah lebey 20 tahun hidup di dunia tapi kadang-kadang masih lalai dan alpa tujuan penciptaan. Sesungguhnya yang dicipta akan kembali kepada Pencipta juga satu hari nanti. Kenali diri sebelum mengenal Pencipta.


Monday, November 7, 2011

Dropbox

Assalamu'alaikum






anda tahu tentang dropbox? sistem penyimpanan data secara online. if anything happen to your laptop, data yang disimpan dalam dropbox tidak akan hilang... so click here to join dropbox ...


Actually I just knew about this from my junior... and rasanya aplikasi online ini sangat berguna untuk dikongsi bersama... especially untuk final year students yang tengah bertungkus lumus dengan final year projects, research master or phD student, bussiness man or sesiapa sahaja yang setiap data yang disimpan sangat berharga... bayangkan kalau tiba-tiba tesis anda hilang.. sanggup tak nak mula balek dari A??? (-,-")


1 more...setiap folder tu kita boleh pilih untuk dikongsi dengan siapa... setiap data yang dimasukkan dalam folder tersebut secara automatiknya rakan kita yang terpilih tersebut dapat miliki file tersebut juga... best kan... ala-ala aplikasi emel..ni selalunya penting untuk group project la... so tunggu apa lagi... jom miliki akaun dropbox...


Pssssttttt ruginya saya tak kenal dropbox dari tahun lepas... =)

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Ramadhan akan tiba kurang 1 jam dari sekarang seandai anak bulan menampakkan dirinya malam nanti... ^^ teropong-teropong rasanya masing-masing sudah bersedia di lokasi masing-masing sekitar Malaysia untuk menjadi saksi bulan Ramadhan telah tiba... hati berdebar-debar menunggu kedatangan Ramadhan... ilmu berkaitan puasa, taraweh dan sebagainya di polish sekilat mungkin bagi memastikan sebulan yang berharga ini tidak dipersiakan... ini bukan hanya terjadi pada pemilik blog ini.. malah boleh dikatakan semua orang Islam teruja menyiapkan diri sebaik mungkin sebelum menghadapi Ramadhan... buktinya post berkaitan Ramadhan Mubarak saya telah di review 299 kali sepanjang minggu ini... Alhamdulillah... moga semua yang review mendapat input walaupun hanya sebesar hama dari blog yang tak seberapa ini...actually nak berkongsi beberapa hadis dan ayat quran berkaitan Ramadhan dengan pembaca sekalian...mungkin banyak yang pernah kita baca... maybe boleh refresh pada detik-detik terakhir sebelum Ramadhan berkunjung ini...=)


"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu BERTAQWA." (2:183)


"Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam keadaan musafir, (bolehlah dia berbuka) kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)  lebih yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui," (2:184)


"Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia danmenjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)  perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa bulan it; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itupada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu beroleh kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan sebulan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA dan supaya kamu bersyukur." (2:185)


"Islam itu dibangunkan atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah hamba dan rasul-NYA, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan puasa pada bulan Ramadhan." (HR Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan Ahmad)


"Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka jahanam dan syaitan-syaitan dibelenggu." (HR. Bukahri, Muslim, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Malik, ad-Darimi dan Ahmad)


ALLAH berfirman: Puasa adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya. Dia meninggalkan syahwatnya, makan dan minum kerana Aku. Puasa adalah perisai. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dia bergembiradan ketika bertemu Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi ALLAH kelak pada hari kiamat lebih wangi daripada minyak kasturi. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah)


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mencari redha ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan sesiapa yang solat malam pada malam lailatul qadar kerana iman dan mencari redha ALLAH maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)


"Sesungguhnya di syurga itu ada pintu yang bernama pintu ar-Rayyan. Dari pintu itulah pada hari kiamat kelak orang-orang yang berpuasa masuk. Tidak ada orang lain yang masuk selain mereka dari pintu tersebut. Lalu ada suara memanggil: Di mana orang yang berpuasa dahulu?' Maka orang-orang yang berpuasa pun masuk drai pintu itu. Jika orang-orang yang berpuasa sudah masuk kesemuanya, maka pintu itupun ditutup dan tidak ada lagi orang yang masuk dari pintu itu."(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah)


"Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan ALLAH, maka ALLAH menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)


"Dan makan minumlah sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam." (2:187)


"Makan sahurlah kamu, kerana ada sahur itu ada berkat." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)


"Puasa itu adalah perisai. Apabila pada suatu hari slaah seorang di antara kamu berpuasa, maka janganlah dia berkata keji dan bertindak bodoh. Maka jika dia dicaci maki seseorang atau diserang maka hendaklah dia mengatakan: 'Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa."(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, dan ad-Darimi)


"Seseorang itu akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka."(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)


"Sesiapa yang makan kerana lupa padahal dia sedang berpuasa, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana dia hanya diberi makan dan minum oleh ALLAH." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, dan ad-Darimi)


Akhir kata... selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan semoga bulan ini dapat mendidik jiwa menjadi orang bertaqwa.... Beribadatlah sebaik mungkin kerana kita tidak tahu sempat lagikah kita untuk menyambut Ramadhan iaitu bulan yang dijanjikan ALLAH dengan pelbagai kebaikan ini pada tahun hadapan...Salam ukhuwwah...


Thursday, July 28, 2011

Ramadhan - solat - puasa = ?

Tangan menari-nari di atas kertas. Lagaknya mengalahkan setiausaha yang sibuk mencatat isi-isi penting sebuah mesyuarat yang dianggotai oleh neuron-neuron. Semua ahli saling bertindak balas bagi mencetuskan idea bernas sempena berlangsungnya pesta ibadat selama sebulan tak lama lagi. Dahi berkerut memerah keringat. Persoalan "apa lagi yang boleh aku masukkan dalam jadual waktuku tika diri berhadas" bertawaf di sekitar minda.Waktu solat wajib bakal berganti dengan zikir. Waktu senggang lain yang telah di atur untuk qiam, solat sunat dan sebagainya hendak ditukar ganti dengan apa? >Bingung<


Tangan mula berlaku curang. Pen dilepaskan. kekunci laptop mengambil alih kedudukan pen di tangan. Pak cik google yang biasa di cari tika kebuntuan menjadi matlamat. Ku paksa pak cik google berkhidmat untukku. Pak cik google akur. (hehe) Blog-blog dan forum-forum islamik berjaya ku masuki dengan bantuan pak cik google. Syukran jazilan ya Pak cik Google. Banyak ilmu berjaya diserap menunggu diamal. Mahu juga ku berkongsi sedikit sebanyak disini bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama denganku.=)


Alternatif-alternatif yang boleh dilakukan bagi memanfaatkan setiap saat yang ada terutamanya pada bulan penuh keberkatan yang akan berkunjung tak lama lagi adalah...


1.  Memenuhkan external hard disk, thumb drive, mp3, mp4 dan yang sewaktu dengannya. Penuhkan dengan apa? Penuhkan dengan ilmu-ilmu menjana pemikiran atau alunan nasyid yang bisa menyemarakkan cinta pada Yang Maha Esa.


2.  Pancaindera bekerja lebih masa dengan mengintai majlis-majlis ilmu yang boleh disertai


3.  Menghafaz/ mengulang surah-surah Alquran yang dihafaz 


4.  berkumpul sesama rakan-rakan melakukan usrah atau halaqah


5.  Menyediakan santapan berbuka dan bersahur 


6.  Melakukan kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti amal membantu mereka yang kurang bernasib baik dari segi keringat atau harta benda


7.  Iqra'...bacalah..Memperbanyak bacaan mengisi rohani tidak kira melalui blog atau buku


8.  Berkongsi ilmu dengan orang lain. Paling mudah semestinya dengan link kan di laman facebook atau twitter.


9.  Memperdengar bacaan ayat-ayat suci Al-quran dari Qari dan qariah


10. Muhasabah diri dan mencari jalan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.


Kesimpulannya.. berhadas bukan alasan untuk kita bermalas-malasan. Walaupun bukan kesemuanya akan ku masukkan dalam plan Ramadhanku kerana terdapat kekangan yang memaksa tangan menolak beberapa usul ke tepi, namun yang bersesuaian dan mampu dilakukan akan cuba dilakukan. Buat sahabat-sahabat yang terbaca coretan ini dan mempunyai cadangan amalan-amalan yang boleh dipraktikkan semasa berhadas. Mohon kongsikan di sini. Saya menggalakkan saudara dan saudari yang bijak bistari melontarkan idea tanpa malu-malu di sini yah. =)






Thursday, April 21, 2011

pizza half price

210411
malas nak cerita banyak... 
asal banyak sangat promotion lately???
arghhhh...
jom makan pizza... 
xsampai 10 hinggit neh
promotion ini ada hari-hari
lain hari lain dish yang dapat half price
ehem.. weekdays aja ya
nak taw lelebih klik promote pic tu eh

Free Auntie Anne's Pretzels today!!!



210411

Free Auntie Anne’s Pretzels

2,000 Pretzels to give away


Time & Locations
11am – 2pm : Bangsar Village
11am to 2pm : Sunway Pyramid
11am to 2pm : 1 Utama
10am to 12pm : Mid Valley


Visit Auntie Anne’s today!
for more info go to facebook Auntie Anne's Malaysia 
berbaloi tak gi Mid semata-mata nak free pretzel???
(-,-")



Tuesday, April 19, 2011

Coupon Manhattan Fish Market

190411
hang out with my coursemates
naeilah+munirah+zulaikha
makan-makan at Manhattan fish market
like rich women
hahaha
actually we go there cause of this...
taraaaaaaaaa


 interesting yah???
but not all meals on the menu can be chosen
it is only for five meals as stated below
lets have a look
(O,O)

in addition
u also can add on any desserts for half price only
so...
what are you waiting for??
take a car key 
and drive to nearest Manhattan Fish Market outlet
cepat cepat cepat!!!
this coupon only valid until 29th April 2011
for more information
^,^ 

Monday, April 18, 2011

ralit

kata-kata Dr. Yusuf Qardawi:

”sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain

sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. 

Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.





nota hati: Pelaburan jangka masa panjang yang belum cukup... Syafiqah....take note and do something please!!!


Friday, April 15, 2011

pesta buku 2011





"Allah meningkatkan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan juga orang-orang yang dikurniakan pengetahuan dengan kelebihan beberapa darjat." ( 58:11)

JOM JOM JOM!!!! ^,^


ehem ehem... ampa nak diskaun PTS dak untuk guna masa pesta buku neh??? kalu nak klik sini...
suka melancong??? klik sini...


Monday, April 11, 2011

AIDS dan HIV





الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin,” (an-Nuur: 2-3).

kenapa ada larangan ini???
Satu daripada berjuta-juta sebabnya adalah kerana salah satu cara penyebaran virus HIV ini adalah melalui hubungan seksual... especially kalu banyak sangat pasangan... setahu saya...tiada yang dapat HIV ini disebabkan mengadakan hubungan seks dengan isteri yang solehah... so fikir-fikir kan... ALLAH yang mencipta kita... dan Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya... Subhanallah... 

daripada video ni dia ada cakap macam-macam jenis ubat kan untuk block tindakan virus tu... tapi just nak inform... semasa nak lalui proses reverse transcription, enzim virus ni kadang-kadang buat salah... jadik tak semua virus dalam satu sel tu yang serupa... akan berlaku variasi disebabkan kesalahan enzim trancriptase incik virus tu...jadi... antibiotik yang spesifik satu-satu virus tu pom tak dapat nak lawan semua virus... sebab setiap virus ni dah berbeda-beda.... huhu.. masih berani buat larangan ALLAH??? ini baru balasan dunia... belom balasan akhirat...(-.-")

lastly nak sampaikan pesan my lecturer... yang AIDS ni akan jadik selepas 15 tahun pesakit tu kena jangkitan HIV... actually Prof mintak kami tulis dan antar kat newspaper tegur pengarah filem buat cerita tak study...tapi den jalankan tanggungjawab kat pembaca blog ni aja la yo...hehe...pray for me ya for my exam tomorrow..hehe... Assalamu'alaikum....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...