Friday, April 29, 2011

perigi timba versus pili air paip


semalam di tv ada talk show suami isteri yang popular...semanis kurma titlenya kalau tak silap... last night topiknya berkaitan perigi mencari timba... kalau berbicara tentang perigi mencari timba dalam Islam... jarang sekali tidak mengaitkannya dengan isteri Rasulullah yang tidak pernah dimadukan iaitu Saidatina Khadijah, businesswoman jelitawan...=) 


saya tidak menonton rancangan tersebut... cuma... bila ramai meletakkan status tentang rancangan tersebut pada shout out yahoo messenger masing-masing... saya terpanggil untuk turut serta... menjerit pendapat saya di situ... 


"tak salah perigi cari timba... tapi untuk diri sendiri prefer timba cari perigi...pendirian buat masa ini...hehe..."


saya sesekali tidak pernah memperlekehkan wanita yang mencari timba... eh mencari calon suami...jika... saya ulang jika... caranya betul...mengikut adab tatasusila....saya jugak tak mengatakan salah atau condemn mereka yang berani meluahkan rasa hati pada insan yang bernama lelaki... dan kalau tak salah... saya pernah dengar ceramah Dr Fadilah Kamsah (kalau tak salah... kalau salah... tolong jangan saman saya...hehe...) yang mengatakan lelaki lebih suka perempuan yang memulakan... mengeluarkan isi hati perut kepada sang kumbang dengan cara berhemah...=)


tapi kenapa saya prefer sang kumbang yang terbang ke bunga???? kerana saya bajet hot kah??? hahaha999... teringat seorang sahabat yang terus buzz saya mengatakan tak pa lah saya hot... hahaha... saya masih sedar diri... itu bukan sebabnya... saya seorang perempuan yang mempunyai rasa malu yang sangat tinggi dan tidak cukup power untuk mengatakan i like you.... kekuatan yang sangat hebat itu tidak saya miliki... teringat saya kisah isteri kedua Kapten Hafiz...ya... dia dapat lakukan dengan baik... saya masih ingat kata-katanya... dia menangis selepas lakukan buat kali pertama... kenapa??? rasa malu dan risau betulkah apa yang dia lakukan...nak tahu lanjut... sila baca sendiri di blog beliau...


setiap orang punya pendapat dan pendirian sendiri... dan kita perlu respek dan hormat pendapat dan pendirian orang lain... tak boleh menidakkan dan tidak layak mengutuk... cuba dengar dahulu kenapa dia berfikir sedemikian dan sebegitu... positive puhlessss... positive...dan saya ada highlight kan pendirian buat masa ini... ya... kerana pendirian ini boleh berubah-ubah... mengikut pengalaman dan ilmu yang kian bertambah setiap hari... mungkin suatu hari nanti... saya merupakan salah seorang yang berdiri melaungkan slogan perigi cari timba dengan penuh semangat...=) kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok... apatah lagi tahun-tahun yang akan datang... jangan terlalu pasti!!! =) 


itu sahaja...nak gi mintak sign examiner... tata... Assalamu'alaikum...

Thursday, April 28, 2011

pendam jangan sampai padam

270411
Last entry saya ada luahkan keinginan di hati mahu memiliki Dr in the house... =) namun hasrat yang luhur ini dipendamkan terlebih dahulu... kerana ada seseorang yang lebih ingin saya kenali dirinya... mengetahui kisahnya... merasa kehadirannya....mencontohi keperibadiaannya... biar rindu kepadanya memuncak... biar sayang membuak-buak... biar ingatan terhadapnya terpaku dan terpahat kemas.. dia lebih utama... perlu saya utamakan dia sebelum mengenali yang lain... kenapa??? kerana dia wira saya... role model saya... jauh benar dia daripada saya... jarak zaman juga berbeda... tapi tanpa beliau kosong jiwa saya...sia-sia nikmat kehidupan yang dikurniakan ALLAH kepada saya...siapakah dia??? dialah....



V
V
V
V
V










Bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat, juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting tidak juga lurus.




siapakah dia??? Dialah...




V
V
V
V
V






Beliau diutuskan ALLAH menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan di Madinah juga selama 10 tahun. Beliau diwafatkan oleh ALLAH dalam usia 60 tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya. 
(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Dialah...
Junjungan besar kita...
Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam


p/s: memendam hasrat buat sementara... mengutama yang utama...

Wednesday, April 27, 2011

kitab buku book buch libro livre

270411

semalam berjaya menghusung diri ke pesta buku di PWTC buat kali kedua setelah percubaan kali pertama gagal membuahkan sebarang hasil.. kelibat ribuan manusia membanjiri PWTC sabtu lepas menghalang proses books observation... hehe... so tanpa malu segan... menapakkan diri sekali lagi di PWTC semalam... alhamdulillah... got  three new books... Syamail Muhammad versi bahasa Malaysia dan bukan bahasa Indonesia... Men are from Mars Women are from Venus dan Mars and Venus on a date... still merasa tidak puas... wah ini dah kategori nafsu ka iman???? huhu...  

oleh itu... pada hari ini... diri ini akan dibawa sekali lagi InsyaALLAH buat kali terakhir ke PWTC untuk menyertai pesta buku 2011 ini...wanna add some more books to my collection... planning nak beli buku Dr in the house... harganya mahal pulok.. RM90... berbaloi tak??? berbaloi tak??? kalau berbaloi cepat angkat tangan macam usop wilcha...=P

ok la... nak survey buku-buku menarik through online...dan mau edit tesis... daaaaaaa...^^ 

p/s: jom gi KLiBF kat PWTC.!!! 

buku/book = kitab (arab), buch (german), libro (Spanish, Italian), livre (French)

Niscaya Allah akan meninggikan beberapa derajat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat (Al mujadalah:11)


Saturday, April 23, 2011

bed time stories

How do you expect kids to listen to their parents as,Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight,Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves,Batman drives at 320KM/h,Sleeping beauty is lazy and Snow white lives with 7 guys.We shouldn’t be surprised if kids misbehave at times!They get this from their own storybooks.Just expose them to Seerah where the REAL heroes are truly exist.

i've post this in my muka buku just now..
super extra duper likes this quotes...
not just remind the parents about parenting skill...
but also remind us as muslim how to behave...
and who we should choose to be a role model...
lets go back to seerah and find the REAL heroes...=)


Thursday, April 21, 2011

berhenti sebelum kenyang

210411
bayangkan... dari 46kg melonjak ke angka 5+... huhu... 
+ tu sebab tak sure dah lima puluh berapa...
dah lama tak timbang
asik makan jak
lately banyak pulak post berkaitan makanan kan
bahaya bahaya!!!
nak kurus bukan sebab nak cantik jak
=)
tapi sebab baju-baju yang tak mengembang
membuatkan saiz baju tu makin kecik untuk saiz badan terbaru
takut kalu terus-terusan kembang 
baju boleh meletup sebab terlalu kembung
=P
penyakit pun mula mengetuk pintu
best ka lemak banyak2???
tak best ok...
cik syafiqah
sila jaga makan dan bersenam banyak-banyak

pizza half price

210411
malas nak cerita banyak... 
asal banyak sangat promotion lately???
arghhhh...
jom makan pizza... 
xsampai 10 hinggit neh
promotion ini ada hari-hari
lain hari lain dish yang dapat half price
ehem.. weekdays aja ya
nak taw lelebih klik promote pic tu eh

Free Auntie Anne's Pretzels today!!!



210411

Free Auntie Anne’s Pretzels

2,000 Pretzels to give away


Time & Locations
11am – 2pm : Bangsar Village
11am to 2pm : Sunway Pyramid
11am to 2pm : 1 Utama
10am to 12pm : Mid Valley


Visit Auntie Anne’s today!
for more info go to facebook Auntie Anne's Malaysia 
berbaloi tak gi Mid semata-mata nak free pretzel???
(-,-")



Wednesday, April 20, 2011

antara sedar dan tidak

250311 (tarikh ni dah berlalu)


post lama terperap ini mengimbau saat busy ku
hati berdoa penuh pengharapan dapat menaiki bus tepat pukul 5.30
malang berbau busuk kerana terpaksa membeli tiket bus pukul 6 petang
30 minit mungkin tiada beza bagi anda
tapi kebosanan menunggu menyebabkan 30 minit bagai 30 jam
jarum seperti malas bergerak walau sedikit
iman memujuk akal minta bersabar


Hari terakhir pembentangan hasil projek penyelidikan bermula
hari terakhir di dewan kuliah diakhiri dengan ucapan para pensyarah dan staf makmal
acara disusuli dengan rakaman video untuk Dinner Biomed
riang gembira membuatkan diri leka
jam di tangan tiba-tiba menarik perhatian
'alamak dah pukul 5'
kaki melangkah meninggalkan proses rakaman video yang masih belom selesai
dugaan demi dugaan
jem trafik yang sangat teruk hampir membuat jantung ini luruh
Alhamdulillah
sign board hentian duta menerima kedatangan insan ini beberapa minit sahaja sebelum tepat pukul 6


setiap yang berlaku tu kan ada hikmah
sila jangan merungut
ALLAH Maha Mengetahui
yakin lah dengan ketentuan qada dan qadar Nya
setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya
antara sedar dan tidak
ALLAHualam


Tuesday, April 19, 2011

Coupon Manhattan Fish Market

190411
hang out with my coursemates
naeilah+munirah+zulaikha
makan-makan at Manhattan fish market
like rich women
hahaha
actually we go there cause of this...
taraaaaaaaaa


 interesting yah???
but not all meals on the menu can be chosen
it is only for five meals as stated below
lets have a look
(O,O)

in addition
u also can add on any desserts for half price only
so...
what are you waiting for??
take a car key 
and drive to nearest Manhattan Fish Market outlet
cepat cepat cepat!!!
this coupon only valid until 29th April 2011
for more information
^,^ 

finally @ ikea

180411
had my final exam for final sem
merdeka kecik!!!
so celebrating at ikea...
order ini meatball untuk mengisi perut  
nampak jak kecik... 
tapi padat...
sampai overloading
sebab amik yang 10bijik tu...
sampai nak muntah bila paksa habiskan
huhu

Monday, April 18, 2011

ralit

kata-kata Dr. Yusuf Qardawi:

”sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain

sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. 

Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.





nota hati: Pelaburan jangka masa panjang yang belum cukup... Syafiqah....take note and do something please!!!


Sunday, April 17, 2011

hitam itu macho

170411
semua orang ada jubah hitam...saya ja tak da... serius teringin nak satu... mula-mula satu pastu dua pastu tiga...(-.-")

1 more!!! tamau kain jenis cotton lycra ka apa ntah yang melekat kat badan tu....tak cun... maceh...



Saturday, April 16, 2011

penghijrahan alam

160411
job fair @ mid valley
untuk yang nak further study jugak ada
jom kawan-kawan!!!
=)



its time to repay our parents' kindness...
ya ALLAH..
permudahkan dan berikan yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui Maha Bijaksana...
BismillahitawakaltuALLAH...



Friday, April 15, 2011

yong tau foo

150411
jus gaster menghentam dinding perut ku
neuron-neuron aktif menghantar signal kelaparan ke otak
hati membisik kata sabar 
organ lain mulai diam patuh 
rasa lapar ku biar sepi
maghrib berganti isyak
daun pintu dikuak
hamba ALLAH melangkah masuk menghulur jemputan
Dia Maha Mendengar
menghantar rezeki melalui seorang yang bernama insan
Dia Maha Pengasih
Alhamdulillah
sujud didahului
doa diakhiri
sweater dan tudung usai di capai
meluru ke rumah 17-6
yong tau foo selamat di peristalsis ke perut
rasa kenyang membawa diri pulang penuh kesyukuran ke teratak 18-2
ingin terus meniti detik-detik terakhir di sini
Ya ALLAH
Terima kasih atas kurniaan rezeki
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Segala pujian hanya milik Mu...
=)

p/s: mahu aku catit dan catat setiap detik terakhir biar tersimpan kemas dikotak-kotak fikiran... aku ingin hargai setiap nafas yang berbaki di bumi UKM... biar bau kenangan itu menusuk hidung hingga sesak dada... kerna wayang ini ku tahu tiada ulangannya... 


pesta buku 2011





"Allah meningkatkan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan juga orang-orang yang dikurniakan pengetahuan dengan kelebihan beberapa darjat." ( 58:11)

JOM JOM JOM!!!! ^,^


ehem ehem... ampa nak diskaun PTS dak untuk guna masa pesta buku neh??? kalu nak klik sini...
suka melancong??? klik sini...


KLiBF = Kuala Lumpur International Book Fair

150411




ehem ehem... ampa nak diskaun PTS dak untuk guna masa pesta buku neh??? kalu nak klik sini...
suka melancong??? klik sini...



Thursday, April 14, 2011

kajian terbaru

satu hari yang dah lama berlalu...di tempat yang dikunjung untuk mendaftar laptop bagi membolehkan perkhidmatan wifi boleh di connect...final year baru nak daftar??? erk.. sebelum ni xda kena daftar2 ni... boleh jak connect...tetiba jak xboleh... tup2 dengar member kata kena gi daftar kat pusat komputer dulu baru boleh connect...erk...


Incik kat pusat komputer UKM : laptop ni dah bapa lama??
Saya : hampir empat tahun dah
Incik kat pusat komputer UKM : selalu on berapa lama ni??
Saya : errr... kadang-kadang sampai satu hari on...
Incik kat pusat komputer UKM : laptop ni boleh on 6 jam jak direct...pastu kena tutup dulu... then baru bukak balek... laptop ni plak dah lama...
Saya : err..tu la... ok...terima kasih incik!! (-.-")
[ayat tu not exactly same la... tak dok koje den nak menghapal nya] 


fuhhh... selang beberapa minggu pastu...masa tengah semangat siapkan tesis pada saat-saat terakhir... tup... laptop terpadam...teringat pesan lecturer... masa nak hantar tesis nanti..macam-macam dugaan akan datang... time tu la laptop rosak...time tu la ink habeh...huhu...tangan likas menekan button on beberapa kali tetapi usaha gigih itu gagal... terkesima sesorang depan laptop.. setelah beberapa kali mencuba.... laptop memberi respon positif... dalam hati xhabeh2 doa... atleast kekal sampai tesis ni siap sepenuhnya... huhu... Alhamdulillah... boleh pulak laptop ni acah-acah masa tengah peak hour tuh... adoi... dah la satu demi satu laptop kawan-kawan sampai ajal depan mata ni...mau den tak wisau...


mostly member beli laptop masa tahun 1...ada juga beli masa kat matrix... start tahun 3 dah ada yang mula beli laptop baru...tahun 4 makin ramai pula laptop-laptop masuk hospital...  pelik tetapi benar... kami cuba merungkai masalah ini dan membuat kesimpulan... jangka hayat laptop secara purata 4 tahun atau mungkin juga kerana tesis yang perlu disiapkan pada tahun akhir pengajian menyebabkan laptop overuse dan rosak... hehe...setuju tak??hehe...




Dan KAMI jadikan malam sebagai pakaian (untuk berlindung dan berehat). Dan KAMI jadikan siang sebagai kehidupan (untuk bekerja dan berusaha). (78:10-11)





akhir kata... anda perlu rehat..?? laptop anda pom perlu rehat...hehe... ALLAH, pencipta kita pun sediakan malam untuk kita beristirahat... sebab dia tahu dan kenal makhluk ciptaan Nya ini... over work boleh sebabkan tekanan jiwa dan macam-macam kesan negatif lagi... jom rehatkan laptop...=)
[laptop ni dah dapat rehat selepas tesis berjaya di hantar.. good job mr compaq =)]


ok la...Assalamu'alaikum...=) 



Monday, April 11, 2011

AIDS dan HIV





الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin,” (an-Nuur: 2-3).

kenapa ada larangan ini???
Satu daripada berjuta-juta sebabnya adalah kerana salah satu cara penyebaran virus HIV ini adalah melalui hubungan seksual... especially kalu banyak sangat pasangan... setahu saya...tiada yang dapat HIV ini disebabkan mengadakan hubungan seks dengan isteri yang solehah... so fikir-fikir kan... ALLAH yang mencipta kita... dan Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya... Subhanallah... 

daripada video ni dia ada cakap macam-macam jenis ubat kan untuk block tindakan virus tu... tapi just nak inform... semasa nak lalui proses reverse transcription, enzim virus ni kadang-kadang buat salah... jadik tak semua virus dalam satu sel tu yang serupa... akan berlaku variasi disebabkan kesalahan enzim trancriptase incik virus tu...jadi... antibiotik yang spesifik satu-satu virus tu pom tak dapat nak lawan semua virus... sebab setiap virus ni dah berbeda-beda.... huhu.. masih berani buat larangan ALLAH??? ini baru balasan dunia... belom balasan akhirat...(-.-")

lastly nak sampaikan pesan my lecturer... yang AIDS ni akan jadik selepas 15 tahun pesakit tu kena jangkitan HIV... actually Prof mintak kami tulis dan antar kat newspaper tegur pengarah filem buat cerita tak study...tapi den jalankan tanggungjawab kat pembaca blog ni aja la yo...hehe...pray for me ya for my exam tomorrow..hehe... Assalamu'alaikum....

Sunday, April 10, 2011

cancer chemoprevention aka anti cancer

Assalamu'alaikum...
 hi just wanna share some info about cancer chemoprevention...
cancer chemoprevention tu orang kampung saya punya definisi... the science of trying to apply natural or synthetic compunds to interfere with the earliest stages of carcinogenesis before invasive cancer appears...
orang bijak pandai pula definisikan cancer chemoprevention tu sebagai... bahan untuk cegah kanser...
nak share cancer chemoprevention menggunakan phytochemical (pendek kata nutrien yang ada lam tumbuhan... tapi nutrien tu bukan nutrien yang badan perlukan cam protein, karbohidrat etc tu tau..)


apa bahan-bahan yang yang boleh halang kanser tu??


Madu aka honey
Teh hijau aka green tea
bawang putih aka garlic
kacang soya aka soybeans
halia aka ginger
bawang merah aka onion
kunyit aka turmeric
tomato aka tomatoes
cruciferous vegetables (brokoli aka broccoli, kubis aka cabbage, kubis bunga aka cauliflower, kubis Brussels aka Brussels sprouts)


apa yang ada dalam bahan-bahan tu yang boleh elak kanser??


cucurmin
capsaicin
Epigallocatechin-3-gallate
Sulphoraphane
Lycopene
Genistein
Diallyl sulphide
Caffeic acid phenethyl ester




actually semua ni masih dikaji... contoh cucurmin yang ada dalam kunyit untuk halang kanser tu tajuk tesis one of my friends... tapi benda ni tak susah pom nak dapat... hari-hari boleh makan... dan tak rugi pun kalu makan... so depend on u ols la nak makan ka tamau makan ka... yang penting prevention is better than cure... kalau ada sesiapa yang rajin lelebih nak tau lelebih pasal ni ble klik sini untuk baca lebih lanjut... kalau ada yang nak tolong jawab soalan bab ni untuk saya sila pergi ke dewan Kolej Tun Syed Nasir 1 selasa ni pukul 12 tgh hari ok...hahahaha... piepie...




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram (Riwayat Abu Daud)




Saturday, April 9, 2011


Sesungguhnya hanya disisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat, dan Dia yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh ALLAH Maha Mengetahui Maha Mengenal (31:34)

serahkan segala urusan kepadaNya... yakin dengan segala ketentuan dan berusaha mendapat yang terbaik dalam hidup dan senantiasa ingat ada kehidupan lain yang kekal abadi yang perlu diutamakan hatta dalam kesibukan yang melampau sebab.... KITA SEMUA AKAN KEMBALI KEPADANYA...

~muhasabah diri~

Friday, April 8, 2011

last dinner as undergraduate biomedical science UKM

280311

walk to a secret garden... tema dinner biomed this year... celebrating us as final year student... thanks juniors for all your effort... dah jadik tradisi... 3rd year students will work hard for celebrating final year students...ur effort will pay back by ur junior next year.. no worries...hehe...




this video dedicated by our lovely 2nd year juniors... really like it... especially to those who created script yang tak da kena mengena sama ada hidup atau mati dengan lagu tu...tapi sangat enjoyable dan syok sendiri dengan video  tu...hahaha999...appreciate!!! =)


1st year student.. thanks for the theater mereng titiwangsa... wah teater tu..hiks...sorry little bit confused with the plot..but ok la... next year make sure u make better performance yah... biasa la 1st year... kami dulu pun persembahan sumbang suara...ok yang terlibat jangan terasa jiwa ok... biasa la kan 1st year...=)






and also siti Nur Hanis.. thanks for this card ya... naseb baek tak da pantun pecah kaca pecah gelas lepas baca sila balas cam selalu ada kat kad raya tu..hahaha999... anyway i will reply ur card later yah...may be during our convocation day insyaALLAH...


p/s: sedang meniti detik-detik terahir di UKM KKL

Thursday, April 7, 2011

UKM ada stail... u lain ada???

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya sempat menyiapkan tesis dalam masa yang diperuntukkan... wah... hehe... tu ayat pertama dalam kolum penghargaan saya... siapa nak baca selanjutnya sila dapatkan tesis saya yang bertajuk Penilaian hubungan penanda biologi dan ujian fungsi neurokognitif pesakit pembedahan pintasan jantung di IJN...actually tesis belum di jilid... viva pom belom...hahaha999...happy lelebih walaupun masa nak antar baru perasan ada beberapa kesalahan dari segi gaya UKM...(-,-")


U lain ada gaya sendiri tak?? gaya ni means... setiap pages kena set margin ikut ukuran-ukuran yang ditentukan... rujukan ada cara nak kod dan susun... rajah ada cara nak letak... dan yang paling penting..untuk sumber gambar, tahun selepas nama sumber tu... kena kurung dalam ()...huhu... ni la mistake yang baru perasan... tak pala... dah hantar pun...huhu... satu hari jugak la berkorban untuk gaya ni... kelihatannnya seperti cerewet...tapi memang memening dan memenatkan...


walaubagaimanapun... gaya ni buat setiap tesis students UKM nampak kemas dan standardize... hasilnya tampak tatkala segalanya selesai dilakukan... bangga seh bila dah print dan comb binding... terus teringat saat mula terkebil-kebil nak mula writing...huhu...selain itu, gaya UKM ni mendidik jiwa-jiwa sengsara menjadi lebih sengsara... haha... tak la... mendidik diri menjadi lebih disiplin yakni mengikut peraturan yang ditetapkan sebaik mungkin... wah... tapi betol la.. terpaksa menjadik strictly skema.... setiap m/s after print ukur balik ngan pembaris... nak make sure measurement tak lari after printing.... fuh...


untuk juniors keluaran UKM... nak suggest... anda, anda dan anda please pegi belajar cara buat margin UKM ni dengan betol...supaya tak payah penat-penat termengah-mengah mengejar margin neh... nak belajar kat mana??? kat pok cik kedai print depan UKM KKL tu... dia siap hafal lagi gaya UKM...memang ciri-ciri tokey yang cemerlang dan gemilang... memahami kehendak dan keperluan pelanggan... tahu target customer...hehe...


k la... next exam on tuesday... banyak belum khatam... huhu... till then... bubye...
p/s: ayat sedikit skema... terkena tempias mengarang tesis...


tau tak cara shopping lebih mudah ngan Harimau??? klik sini...
nak terbang guna tingkap??? klik sini...
ada bakat terendam sebagai wartawan??? klik sini..


kertas yang terkorban dalam gaya UKM...double A 80g tu...huhu...

Monday, April 4, 2011

exam mode

belajar untuk exam atau belajar kerana ALLAH??
jom betulkan niat..!!!
selamat menjalani peperiksaan everyone!!

[esok..enjin otak tambahan akan dihidupkan untuk menhadapi peperiksaan pertama untuk sem yang terakhir]



Sunday, April 3, 2011

loaaaaading....

Dear my final year students. Kepada yang masih bertungkus lumus untuk menyiapkan tesis, akhirnya kamu semua dibenarkan menghantar tesis selewat-lewatnya pada hari Rabu. Kelewatan selepas hari rabu menyebabkan markah anda dipotong berdasarkan hari kelewatan. Therefore, make sure all of U submit a good quality thesis. Happy writing and good luck 
(PM Dr Siti Balkis Bt Budin, 2011)


kenapa warna hijau tesis tu??? 
sebab hijau tu warna syurga...=) tak la... memang tesis fakulti sains kesihatan ukm warna tu...

apa saya buat kat sini??
membazir masa bila dah di beri kelapangan... huhu...syafiqah.!!! please back to track...

lapang sebelum sempit.... always remember that...=)

Saturday, April 2, 2011

isu berdiri





  • just want to share offline ym message that i got from my friend... dah lama peram buat jeruk...


    4:37 PM 3/5/11

    pikah2..ni hadis yang saya cakap masa kat dewan serba guna hari tu...


    "Barangsiapa suka dihormati manusia dengan berdiri, maka hendaknya ia mendiami tempat duduknya di Neraka." (HR. Ahmad, hadits shahih)


    Anas bin Malik berkata, "Tak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Sebab mereka mengetahui bahwa beliau membenci hal tersebut." (HR. At-Tirmidzi, hadits shahih)





  • just sharing some hadith with u guys... =)
    yang biasa itu tak semestinya betul
    yang pelik tu tak semestinya salah
    dont judge before u find out the reason~


    p/s: abaikan tarikh pada picca tu... curik from my sis blog... =P


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...