Saturday, May 29, 2010

dulu aku juga begitu...

dulu...
bila buka majalah pengguna berkerut jak muka..
eh ini tak boleh makan la...
eh itu tak boleh guna la...
eh ini bahaya la...
eh itu boleh membunuh la...

then semangat nak avoid semua tu dari idup...err boleh ka???

masuk u aku berkenalan ngan pak cik toksiko...nama dia paracelsus...dia gitau aku...
"All things are poison and nothing is without poison, only the dose permits something not to be poisonous."

then aku mula berfikir... situasi kat atas tu sama la cam tak mau kemalangan jalan raya...so tak payah bawak keta... tu solution orang yang cetek akal kan...driving tu satu kemudahan untuk kita nak pergi mana-mana... tak kan nak jalan kaki pula... sama juga makanan...

ikan ada bahan kimia akibat laut sekarang dah tercemar...
ayam, kambing, lembu dan yang seangkatan dengannya kena inject growth hormone yang bahaya untuk manusia...
sayur-sayuran sekarang banyak yang dah genetic modification yang mungkin leh bagi kesan pada manusia cam allergic...
kalau suma tak boleh makan kita nak makan apa??? makan angin ja eh... makan angin pom boleh sebab penyakit jugak... tak pasal-pasal kena duk hotel hospital nanti... hehe..

so tak perlu la terlalu taksub... cam aku cakap sebelum ni baca apa-apa pun sekarang ni kita kena kaji dan fikir dulu sebelum percaya dan buat keputusan... apa yang penting besederhana... yang paling hebat kalau tahu berapa therapeutic dose setiap benda yang nak masuk perut...fuuuuh aku pun tak sampai tahap rajin sebegitu..hihi... yang paling mantap dan terbaek... makan cara role model kita... Nabi Muhammad...

berhenti sebelum kenyang...
"orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja" (muslim: 3839)
(teguran ini sangat-sangat ditujukan kepada orang yang menaip ni...huhu...)


membaca bismillah
terdapat sumber daripada Nabi s.a.w., Baginda telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan disamping Baginda yang bermaksud : "Wahai kanak-kanak sebutlah nama ALLAH.." (Al-Bukhari dan Muslim)


berkumpul sewaktu makan
"makanan untuk dua orang mencukupi tiga orang makan dan makanan untuk tiga orang mencukupi empat orang makan." (Al-Bukhari)


makan dengan tangan kanan
"Apabila salah seorang daripada kamu makan maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya" (Muslim)


makan makanan yang mengiringi (paling hampir)
cara ini adalah suruhan Nabi S.A.W kepada seorang kanak-kanak iaitu berdasarkan cerita Umar B. Abu Salamah r.a dimana Baginda telah bersabda yang bermaksud: "Dan makan (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau."


mula makan tepian, tidak di tengah
Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan; akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian disebelah bawahnya; kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah)"


 bekas minuman
"apabila salah seorang dari kalian minum, maka janganlah ia bernafas di dalam tempat minum." (bukhari dan muslim)


menjilat jari
"Rasulullah makan dengan tiga jarinya lalu menjilat jarinya sebelum membersihkannya"(Muslim:3790)


tidak mencela makanan
"Nabi tidak pernah mencela makanan sedikitpun. sekiranya nabi berminat, pasti baginda akan memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, baginda akan meninggalkannya."(bukhari : 3299)


keadaan duduk ketika makan
"sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar" (Bukhari: 4979)

ni antara adab Nabi makan yang boleh kita serap dan praktik kan dalam amalan seharian...^,^

jabatan patologi (tempat aku praktikal sekarang neh) kerap bangat buat kenduri...suka2..hihi...tapi tatau berat aku dah naik bapa kilo dah ni..huhu

my birthday present...

actually burfday aku dah berlalu begitu lama... saja nak tayang hadiah kat sini untuk tunjukkan betapa appreciate nya aku dapat hadiah daripada anda, anda dan anda.... sekecil mana pun nilai hadiah itu tapi ianya sangat bermakna buat aku...thanks lot...



sama cam yang tercatat pada cover ni... adiah ni daripada sahabat karib aku cik siti khadijah bt ismail... "moga umur yang ada ini juga boleh menjadikan persahabatan kita seindah ukhuwah Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar yang melafazkan janji persahabatan bukan hanya untuk dunia tapi sehingga berteman di syurga" (ini ayat yang ada tercatat kat kad colour pink tu) ameen...=)


this from cik shazwani bt ahmad shufni... handbag from china... toce!!!hehe... semangat dia nak bagi kat aku... sampai berpusing-pusing dalam spital tu... sorang naek tingkat 7 sorang dah turun tingkat 1...hahaha999...


ni games yang sangat mencabar kesabaran...hehe... anyway thanks mr syakirin...^^


mr. tortora ni diberi oleh cik amiera urza...my housemate... thanks beb... 1st birthday present i got this year...hehe...

bantal botol susu itu diberi oleh cik reen...also my housemate... saja pair kan adiah ni ngan adiah 2tahun lepas aka sya-k(the yellow teddy bear)..cam sesuai jak kan...hehe...

anyway...thanks u oll for the super lovely present... i like it...gracias...^,^


Friday, May 28, 2010

pheewiiittt....

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang (Al-Ahzab 33;59)


entah kenapa ayat ini bermain-main dalam minda aku sekarang...emmm... 


'eh...ada jugak orang yang berhijab dengan sempurna tapi masih diganggu di jalanan..."


mungkin ada yang object dengan menyatakan statement diatas... tapi mari kita lihat secara logiknya...berapa ramai wanita yang tutup dengan sempurna auratnya yang diganggu berbanding dengan wanita yang suka mendedah-dedah aset pinjaman dari ALLAH yang diganggu???


anda sendiri tahu jawapannya... mereka yang mengganggu wanita yang berhijab sempurna itu mungkin jenis lelaki yang tergolong dalam golongan desperate atau pantang nampak perempuan... 


just my opinion.. nak berkawan ada adab dan tatasusilanya... ^,^





Monday, May 17, 2010

A.T.I.Q.A.H.

A RAP SENANTIASA DALAM RAHMAH NYA...
T EMAN SEJATI PENAWAR HATI...=)
I NDAH BANGAT SAAT BERSAMA KAMOO...^^
Q AH'S GENG TETAP DI HATI...WALAUPUN HANYA ADA 2 AHLI...HEHE...
A KU SAYANG KAMOO...XLEY LAWAN STATEMENT BERANI MATI ANG KAT ZAI..=P
H APPY BIRTHDAY!!!!! SEMOGA SEMAKIN MATANG!!!HA999...



Saturday, May 15, 2010

here i am

dah lama tak menempek kat sini... faktor utama kat rumah tak da internet... so tak boleh la nak berkarya....haha999...

ni timetable untuk weekdays aku untuk 2minggu lepas until hujung bulan jun ni...

7.25 a.m : driving from car park to my house...haha999.. then my abah take over la...drive sampai hospital sultanah bahiyah terchenta...haha999...
8.00 a.m : gambate!!! start working with high spirit..=P
10.00a.m : nak kata breakfast dah lewat... ni cam minum pagi aka minum dhuha kot..hihi...
10.30 a.m : energy level increase selepas gula disumbat ke dalam badan... (bajet aku selalu ja minum pagi..haha999).. spirit semakin melonjak...fighting!!! yeah!!!=P
1.00 p.m. : kruk kruk... perut dah bunyi..lunch time!!! i'm loving it...!!=P
2.00 p.m : sambung keja... perut yang di isi secara overdose membuat spirit mula sedikit menjunam... erk..
hampir kul 5p.m : mula adegan main mata dengan jam...hehe...
5.15 p.m : mak fetch me... then.. going home sweet home...

sampai rumah selalu lepaks depan tv tengok piala thomas or piala uber nya games sambil makan nasi.. piala uber milik korea... thomas lak final tomorrow... pas ni... aktiviti ni akan diganti... maybe ngan acara SLEEPathon kot...tak elok tidur petang cik Syafiqah... nak gi bersukan??? errr... rasa cam dah puas 'bersukan' sepanjang hari kat lab...haha999...

byk tragedi kat lab nak luah sini... tapi nanti la... aku nak kena siapkan assigment quality assurance untuk mesin hplc(high performance liquid chromatography)... ni mesin untuk check thalassemia... this week nak kena present... huhu.. so tak mau lagho kat sini lama-lama... tata..titi..tutu....


pemandangan sepanjang ke hospital..ni kalu ikut short cut... jalan kicik... tapi pemandangan indah...subhanallah...^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...