Assalamu'alaikum
dah lama tak berleter panjang disini.. angkara kekangan satu demi satu kerja yang bersilih ganti... ok stop dulu la... nak siapkan artikel... satgi sambung balek....
V
V
V
ok artikel dah berjaya siap dan dah dibetulkan oleh Puan lecturer juga... lama niat dihati nak post tentang ini terendam... sampai busuk dah... bau tak??? bau tak??? kalau bau... mungkin anda yang belum mandi dan berbau...awak busuk...bak kata Noh Hujan... hehe...
Actually beberapa hari yang lepas... kalau tak salah 2 minggu yang lepas...lama tu.. mungkin ramai yang dah tahu tentang membahasaantarabangsakan rancangan kartun tempatan kegemaran ramai... tergeliat lidah pronounce...tak lain dan tak bukan...si kembar Upin dan Ipin...satu alternatif yang bagus...membantu adik-adik dan anak-anak terutama di kawasan pedalaman membiasakan diri dengan istilah-istilah Bahasa Inggeris... bak kata Usop Wilcha... itulah pentingnya English Edukesyen...=)
but this is not my point... wah.. dan-dan keluaq bahasa oghang puteh... =P sebenarnya yang lebih menarik hepar saya adalah tentang isu lucah dalam anime-anime dari negara-negara yang famous dengan perlambakan anime nya iaitu Jepang... ok Jepun...adegan paling basic wajib ada dalam anime adalah KISS... hampir semua anime mesti ada babak ini... ala kiss ja pun... =O itu bagi pendapat kita orang dewasa yang ada akal boleh fikir baik buruk... ya ka??? saya rasa ramai ja yang tiru juga... maybe dia tu badan dewasa tapi otak kanak-kanak kot... mungkin...
ok..masalahnya sekarang... anime bukan sahaja ditonton oleh orang tua... malah kanak-kanak... tolong jangan masukkan unsur yang tak sepatutnya ada dalam minda suci ibarat kain putih itu dengan anasir-anasir hitam yang merosakkan bangsa ini... saya sedih melihat kanak-kanak sekecil darjah enam yang sudah pandai melakukan aktiviti-aktiviti seks... saya ulang... darjah enam... terlalu jauh lagi perjalanan hidup yang perlu mereka tempuh... sangat jauh... jangan hairan kalau satu hari nanti kanak-kanak tadika melakukan perbuatan senget ini seandainya unsur negatif sebegini berterus-terusan diserapkan ke dalam kotak-kotak fikiran kanak-kanak ini...mahukah anda memiliki anak-anak atau adik-adik berfikiran kuning dan biru seperti Incik Shin Chan???
mungkin ianya nampak ringan... bukan isu yang perlu diperbesarkan... tapi tolong ingat... ini hanya permulaan... masih panjang perjalanan mereka... tanpa didikan yang sempurna.... dari adegan KISS akan menular ke aktiviti seks bebas... bercakap tentang seks ini saya teringat pengalaman seorang rakan yang tanpa sengaja terlihat dua orang pelajar IPTA tanpa pakaian di dalam kereta.... sangat JIJIK... jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah... teringat kata-kata seorang rakan yang bakal bergelar pendidik...ramai dikalangan pelajar sekolah yang apabila ditanya pernahkah melakukan hubungan seks... mengaku pernah melakukan... MasyaALLAH... dimanakah kita??// di negara-negara Barat yang terkenal dengan seks bebas kah kita??? tolong jangan pandang enteng isu ini...
itulah secara tidak langsung peranan kartunis-kartunis tempatan diperlukan... bukan sekadar melukis sebagai sumber kewangan malahan sebagai medium berdakwah dengan menyampaikan moral-moral yang perlu ada dalam diri seorang manusia terutamanya seorang MUSLIM...Upin dan Ipin merupakan kartun yang bagi saya memberikan impak positif... mengajar tentang puasa dan tarawih... adab dengan orang tua... dan sebagainya... Moga kartunis-kartunis negara bukan sahaja berusaha mencari duit untuk mengisi perut seisi keluarga malahan membeli saham-saham akhirat bagi menjamin kehidupan kekal abadi....
hanya pendapat dari kaca mata kepala otak seorang penulis blog yang tidak dikenali ramai...biar hanya seorang yang membaca dan mendapat inputnya... saya sudah puas hati...sekurang-kurangnya saya membuka satu mata yang hampir terlena dibuai fatamorgana... hakikat dunia hari ini yang perlu difikir-fikirkan...