Saturday, June 25, 2011

siapa kita?

kehidupan merupakan sebuah pentas yang mempunyai pelakon yang paling ramai
setiap pelakon diberi kebebasan memilih watak yang mereka ingin mainkan
sama ada menjadi watak agonis mahupun antagonis
scene lakonan dan situasi akan ditentukan oleh pengarah
namun watak dan dialog yang hendak dimainkan bebas terletak di tangan masing-masing
apakah watak yang sedang kita mainkan?
watak seorang kaki buli, perogol, pengumpat yang selalu kita perlekehkan tika menonton filem
atau watak seorang yang beriman, ikhlas, suka membantu, dan penyayang yang kita kagumi






Ya ALLAH suburkan hatiku dengan sifat-sifat mahmudah dan jauhi aku daripada sifat-sifat mazmumah...Ameen...


Thursday, June 23, 2011

takziah

kematian mempunyai hikmah yang tersendiri buat kita yang masih bernyawa


kematian merangsang refleksi diri
kematian merancang revolusi diri
kematian menghisab pelaburan ukhrawi
kematian mengejutkan dari mimpi-mimpi indah duniawi
kematian mengingatkan kewujudan alam abadi
kematian memotivasi diri


mari mengira baki masa yang tinggal untuk jantung berkhidmat mengepam darah ke seluruh badan, antibodi giat mempertahan badan daripada serangan penyakit dan hati bertungkus lumus menyahtoksik... berapa tahun lagi yang tinggal?? atau berapa bulan lagi?? atau berapa jam lagi?? atau berapa minit lagi?? atau berapa saat lagi yang tersisa?? 


entah-entah nama kita sudah diterima Izrael.. kemudian nyawa akan dicabut tanpa sesaat pun terlewat... tiada peluang kedua yang akan diberi untuk persiapan ke sana.. apatah lagi peluang ketiga untuk bertaubat... hanya ada satu nyawa dan satu peluang... jangka masanya pula tidak diketahui.... rahsia Ilahi... mahu melakukan pada saat-saat akhir... persoalannya sempatkah tua??sempatkah untuk bertangguh-tangguh?? 


buat keluarga abang ipar saya... takziah atas kehilangan seorang ahli keluarga yang masih muda... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...ameen~


first handphone... 2nd hand... sebab tu hanya bertahan setahun lebih sahaja... sangat sayang handphone kecik itu...yang pergi... biarkan ia pergi...

'MilikNyalah kerajaan langit dan kerajaan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu' (57:2)


Thursday, June 16, 2011

Hambamu (Mawi feat akhil hayy)



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


p/s: saya baru ja dengar lagu ni.. sebabnya saya tak da astro dan takkan ada astro...mak dah cakap takkan langgan astro...
mak, tengok tu. rumah yang cam nak qeban (roboh) tu pun ada astro (saya kata)...tV yang ada tu pom dah tak larat tengok (mak kata)...ok (saya jawab)... hehe... 

Wednesday, June 15, 2011

hampas atau hampagas


“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik” 



=) mahu komen sedikit tentang isu pelajar hampas ini.. spm tak menentukan kebijaksanaan seseorang... hatta memperoleh gred yang cemerlang gemilang terbilang tika di spm pun boleh kecundang di universiti... naik turun seseorang itu ditentukan oleh ALLAH... ya usaha juga memainkan peranan... kerana Allah takkan ubah nasib seseorang tanpa seseorang itu berusaha...siapa kita untuk melabel seseorang itu hampas atau hampagas... kerana sebuah kegagalan itu mampu menjadi motivasi untuk seseorang itu berjaya andai orang-orang disekeliling memberi galakan... sebelum melabel... elok andai melihat cermin merenung kesilapan diri yang menyebabkan pelajar yang mampu untuk mendaki gunung kejayaan kecundang di tengah jalan... tugas pendidik adalah untuk mendidik... pendidik yang hebat adalah pendidik yang berjaya mendidik pelajar yang tidak kenal abc menjadi seorang munshi... 


p/s: pelik tentang isu mahukan hari pensyarah... hari guru tu bukankah untuk pensyarah juga... ada apa pada title..?? ok ini isu lama...saya ketinggalan kapal terbang...=P




Your story may not have such a happy beginning but that doesn't make you who you are, it is the rest of your story, who you choose to be. 
(ni kata-kata mokcik kat ataih tu dalam cerita Kungfu Panda 2)


Monday, June 13, 2011

recycle

lately membusy kan diri mengemas rumah yang comel tapi penuh dengan barang-barang yang tak berguna... abah suka simpan barang-barang walaupun dah tak boleh guna.. and now anak nya yang bawak balek barang sampai penuh kereta terpaksa menghalau barang-barang yang menyemakkan rumah ni keluar...start with stor... Alhamdulillah dah settle... and now move to my room pula... segala buku or kertas yang hendak dibuang akan dimasukkan dalam satu kotak untuk di jual kepada lori surat khabar lama... walaupun duet yang dapat tak seberapa... contohnya beberapa hari lepas abah jual 25kg kertas...and only got RM5... jadik la.. yang penting alam sekitar terpelihara...alam sekitar tak ternilai harganya... so sebagai khalifah di muka bumi ini... mari kita menyertai program kitar semula... bermula dengan menghimpun kertas-kertas iklan yang selalu dihantar ke rumah or diterima di pasar raya, resit-resit, kotak-kotak kasut...setelah jumlahnya banyak... kertas-kertas tersebut bolehlah dijual...yang penting kita dapat mengurangkan pelambakan sampah tak terbiodegradasi ini... Selamat menjalankan tanggungjawab memelihara alam sekitar everyone..

kita hanya ada satu alam.. peliharalah ia...
[curi tagline segmen tahukah anda dalam nasi lemak kopi o...=P] 

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat ALLAH sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan" (7:56)



Wednesday, June 8, 2011

usaha!!!!


bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi
beribadatlah seolah-olah kamu akan akan mati esok hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...