Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Ramadhan akan tiba kurang 1 jam dari sekarang seandai anak bulan menampakkan dirinya malam nanti... ^^ teropong-teropong rasanya masing-masing sudah bersedia di lokasi masing-masing sekitar Malaysia untuk menjadi saksi bulan Ramadhan telah tiba... hati berdebar-debar menunggu kedatangan Ramadhan... ilmu berkaitan puasa, taraweh dan sebagainya di polish sekilat mungkin bagi memastikan sebulan yang berharga ini tidak dipersiakan... ini bukan hanya terjadi pada pemilik blog ini.. malah boleh dikatakan semua orang Islam teruja menyiapkan diri sebaik mungkin sebelum menghadapi Ramadhan... buktinya post berkaitan Ramadhan Mubarak saya telah di review 299 kali sepanjang minggu ini... Alhamdulillah... moga semua yang review mendapat input walaupun hanya sebesar hama dari blog yang tak seberapa ini...actually nak berkongsi beberapa hadis dan ayat quran berkaitan Ramadhan dengan pembaca sekalian...mungkin banyak yang pernah kita baca... maybe boleh refresh pada detik-detik terakhir sebelum Ramadhan berkunjung ini...=)


"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu BERTAQWA." (2:183)


"Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam keadaan musafir, (bolehlah dia berbuka) kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)  lebih yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui," (2:184)


"Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia danmenjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)  perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa bulan it; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itupada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu beroleh kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan sebulan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA dan supaya kamu bersyukur." (2:185)


"Islam itu dibangunkan atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah hamba dan rasul-NYA, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan puasa pada bulan Ramadhan." (HR Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan Ahmad)


"Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka jahanam dan syaitan-syaitan dibelenggu." (HR. Bukahri, Muslim, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Malik, ad-Darimi dan Ahmad)


ALLAH berfirman: Puasa adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya. Dia meninggalkan syahwatnya, makan dan minum kerana Aku. Puasa adalah perisai. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dia bergembiradan ketika bertemu Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi ALLAH kelak pada hari kiamat lebih wangi daripada minyak kasturi. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah)


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mencari redha ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan sesiapa yang solat malam pada malam lailatul qadar kerana iman dan mencari redha ALLAH maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)


"Sesungguhnya di syurga itu ada pintu yang bernama pintu ar-Rayyan. Dari pintu itulah pada hari kiamat kelak orang-orang yang berpuasa masuk. Tidak ada orang lain yang masuk selain mereka dari pintu tersebut. Lalu ada suara memanggil: Di mana orang yang berpuasa dahulu?' Maka orang-orang yang berpuasa pun masuk drai pintu itu. Jika orang-orang yang berpuasa sudah masuk kesemuanya, maka pintu itupun ditutup dan tidak ada lagi orang yang masuk dari pintu itu."(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah)


"Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan ALLAH, maka ALLAH menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)


"Dan makan minumlah sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam." (2:187)


"Makan sahurlah kamu, kerana ada sahur itu ada berkat." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)


"Puasa itu adalah perisai. Apabila pada suatu hari slaah seorang di antara kamu berpuasa, maka janganlah dia berkata keji dan bertindak bodoh. Maka jika dia dicaci maki seseorang atau diserang maka hendaklah dia mengatakan: 'Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa."(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, dan ad-Darimi)


"Seseorang itu akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka."(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)


"Sesiapa yang makan kerana lupa padahal dia sedang berpuasa, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana dia hanya diberi makan dan minum oleh ALLAH." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, dan ad-Darimi)


Akhir kata... selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan semoga bulan ini dapat mendidik jiwa menjadi orang bertaqwa.... Beribadatlah sebaik mungkin kerana kita tidak tahu sempat lagikah kita untuk menyambut Ramadhan iaitu bulan yang dijanjikan ALLAH dengan pelbagai kebaikan ini pada tahun hadapan...Salam ukhuwwah...


2 comments:

beribiru said...

Selamat menyambut Ramadhan kareem tuk ukhti dan keluarga.Semoga ramadhan kali ini lebih baik untuk kita semua.Amin.

picairin said...

Selamat juga untuk ukhti sekeluarga... moga keberkatan Ramadhan tidak dipersiakan...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...