Tuesday, December 27, 2011

Busana Muslimah

Assalamualaikum


Kalau anda, anda dan anda perasan. Ada something baru kat blog ini. Cuba cari. Saya beri anda masa 5 minit dari sekarang.=)


4 minit lagi tinggal. =)


3 minit...=)


hanya ada 2 minit saja =)


ok 1 minit terakhir =)


time out!


dah jumpa? hehe... scroll up cepat... ada nampak aplikasi Pages disitu? cuba klik shopping. Ok anda sekarang boleh membeli belah di blog ini dengan selamat. Selamat menjamu mata. =)


Baju yang menarik minat saya di Elhyatt Bizz One Stop Centre. 
Cantik kan? ^^

Pssstttt didik lah anak-anak dari kecil untuk menutup aurat.Bak kata moyang-moyang saya melentur buluh biarlah dari rebungnya. =)

Friday, December 23, 2011

2nd lesson: senantiasa manis

Manisnya strawberi tika di atas
bila turun hilang manisnya
jangan menjadi seperti strawberi
biarkan dirimu manis walau di mana pun berada
hatta tinggi dijunjung
atau rendah terjunam
senyum 
tak perlu kata apa-apa
=)


Sunday, December 18, 2011

First lesson : Thankful

Assalamu'alaikum,


I just come back from fieldwork. Then, straightly went home in Kedah and still in Kedah. Jet lag (Okay tipu..bus lag. =P) Taking leave for 2 days. Sebenarnya, ini kerja lapangan yang pertama. And I learn lots of things there. Salah satu daripanya ialah THANKFUL. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Segala pujian milik ALLAH Pencipta sekalian alam. Di Cameron Highland (where the fieldwork take place) saya perlu berkomunikasi dengan petani pelbagai bangsa untuk memperoleh maklumat diri, KAP (knowledge, attitude,practice) regarding pesticide and fertilizer, health status dan diet intake. Selepas mendengar dan mencatat cerita mereka. Saya terfikirkan sesuatu dan mula sedar.....

Tika aku berkira-kira gaji RM1600 tidak mencukupi
Ramai insan yang bekerja keras hanya untuk RM800
Tika aku menahan rindu pada keluarga nun 500 km di utara
Ramai insan berkorban rasa berhijrah berjuta km ke negara asing
Tika aku hanya mampu menelan air liur saat lalu di depan Kenny Rogers
Ramai insan yang makanan hariannya sama iaitu kari, nasi dan roti
Tika aku meronta mahukan kehidupan yang ada 'life'
Ramai insan yang hampir keseluruhan masanya diperuntukkan untuk kerja

Pekerja Bangladesh, Burma dan pelbagai negara lagi mengerah keringat seawal 7.30 pagi sehingga 10 malam untuk gaji sebanyak RM800. Gaji yang hanya membolehkan mereka pulang bertemu anak isteri hanya setahun sekali setelah mengikat perut makan sekadar untuk hidup setiap hari. 

Cukuplah mendongak ke atas. Leher sudah letih mendongak. Relaxkan leher dengan berselang seli dongak dan tunduk ke bawah. Agar yang bawah mendidik diri bersyukur dan yang atas mengajar erti berusaha. 

Psssssttttttt apa rasanya andai aku di tempat mereka? Soalan yang sengaja aku biarkan bermain-main dengan jawapan imaginasi. Terima kasih Ya ALLAH atas segala nikmat Mu yang tak terkira banyaknya. Aku bersyukur. Alhamdulillah~

Jika sebelum ini kita asyik dengan duri pokok mawar, hari ini mari kita nikmati harum dan cantiknya si mawar. 

Wednesday, December 7, 2011

bisik-bisik

Dalam diri kita ada dua bisikan


1. Bisikan malaikat yang senantiasa memberi galakan membuat kebaikan

2. Bisikan syaitan yang menukar imej kejahatan menjadi indah


Bisikan mana yang kita pilih? =)



Monday, December 5, 2011

Disember

ALLAH telah bersumpah
Demi masa
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian 
kecuali orang yang beriman dan beramal soleh


kadang kala tanpa sedar kita terbuai keindahan bintang
sampai alpa akan hembusan angin
tatkala hembusan bertukar taufan
tersedar dari mimpi indah
namun muflis ditelan zaman
tak terbayar hatta sekapal emas


direnung jam bulan tepat ke angka 12
penghujung yang patut dirai dengan sejuta kejayaan
tapi banyak yang tercicir di tengah jalan
kerna leka mengira bintang di langit
nyawa tersisa dikerah semaksimanya
agar bekalan mencukupi ke dunia abadi


pssstttt andai awal tahun dipenuhi dengan azam tahun baru... mari penuhi akhir tahun dengan acara muhasabah diri...=)


pentas berkarya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...