Sunday, December 18, 2011

First lesson : Thankful

Assalamu'alaikum,


I just come back from fieldwork. Then, straightly went home in Kedah and still in Kedah. Jet lag (Okay tipu..bus lag. =P) Taking leave for 2 days. Sebenarnya, ini kerja lapangan yang pertama. And I learn lots of things there. Salah satu daripanya ialah THANKFUL. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Segala pujian milik ALLAH Pencipta sekalian alam. Di Cameron Highland (where the fieldwork take place) saya perlu berkomunikasi dengan petani pelbagai bangsa untuk memperoleh maklumat diri, KAP (knowledge, attitude,practice) regarding pesticide and fertilizer, health status dan diet intake. Selepas mendengar dan mencatat cerita mereka. Saya terfikirkan sesuatu dan mula sedar.....

Tika aku berkira-kira gaji RM1600 tidak mencukupi
Ramai insan yang bekerja keras hanya untuk RM800
Tika aku menahan rindu pada keluarga nun 500 km di utara
Ramai insan berkorban rasa berhijrah berjuta km ke negara asing
Tika aku hanya mampu menelan air liur saat lalu di depan Kenny Rogers
Ramai insan yang makanan hariannya sama iaitu kari, nasi dan roti
Tika aku meronta mahukan kehidupan yang ada 'life'
Ramai insan yang hampir keseluruhan masanya diperuntukkan untuk kerja

Pekerja Bangladesh, Burma dan pelbagai negara lagi mengerah keringat seawal 7.30 pagi sehingga 10 malam untuk gaji sebanyak RM800. Gaji yang hanya membolehkan mereka pulang bertemu anak isteri hanya setahun sekali setelah mengikat perut makan sekadar untuk hidup setiap hari. 

Cukuplah mendongak ke atas. Leher sudah letih mendongak. Relaxkan leher dengan berselang seli dongak dan tunduk ke bawah. Agar yang bawah mendidik diri bersyukur dan yang atas mengajar erti berusaha. 

Psssssttttttt apa rasanya andai aku di tempat mereka? Soalan yang sengaja aku biarkan bermain-main dengan jawapan imaginasi. Terima kasih Ya ALLAH atas segala nikmat Mu yang tak terkira banyaknya. Aku bersyukur. Alhamdulillah~

Jika sebelum ini kita asyik dengan duri pokok mawar, hari ini mari kita nikmati harum dan cantiknya si mawar. 

2 comments:

kembara mukmin said...

salam..kita terlalu bnyak mengeluh itu x cukup,ini xcukup..itu xbest, ini xbest..

ayuh sama2 menjadi hamba yg bnyk melafazkn tahmid daripada melafazkan perkataan mengeluh

sedikit @ banyak itu semua rezeki yg telah Allah tetapkn

picairin said...

Alhamdulillah
Bersyukurlah
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...