Sunday, October 21, 2012

211012: Majlis Ilmu Di Perlis

Assalamua'alaikum
Sesiapa yang berada di Perlis
Yang tercari-cari majlis ilmu
Yang terimpi-impi taman syurga
Sila like page Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)
Untuk mendapat info tentang majlis-majlis ilmu yang dijalankan sekitar Perlis
Boleh subscribe page Ustaz Yus jugak =)
Moga bermanfaat

P/S: Masih tercari-cari majlis ilmu di Nibong Tebal/Parit Buntar.


Tuesday, May 22, 2012

220512: Beramal dengan ilmu

"Seorang yang hendak menuntut ilmu hendaklah berniat menuntut ilmu UNTUK BERAMAL" 
(Imam Al-Ghazali)

Setiap perkara bermula dengan niat. Niat ibarat satu matlamat yang kita semat dalam diri dan niat inilah yang akan memandu setiap anggota badan ke arah perkara yang diniatkan. Jika niat menuntut ilmu kerana ilmu. InsyaALLAH hanya ilmu yang kita peroleh. Jika niat untuk beramal. InsyaALLAH niat itu akan menjadi pemangkin untuk setiap anggota mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Mari periksa niat kita menuntut ilmu. Adakah kita menuntut ilmu supaya kita boleh berdiskusi dengan ilmu yang ada atau menggerakkan otot-otot beramal dengan ilmu untuk memperoleh redha ALLAH? Jom semak nawaitu kita setiap hari. =)



p/s: Sibuk mengupdate blog satu lagi sehingga melalaikan blog yang lebih utama ini. Sudah 2 bulan terbiar tanpa update. =(

Friday, March 9, 2012

Terengganu getaway

Date: 29 February 2011
Setting: Terengganu
Nasihat penaja: Jom bahasakan mulut cakap subhanALLAH rather than canteknya okay. Jom practice sama-sama kay. =)

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH
sekian =)

Assalamua'laikum

Wednesday, February 22, 2012

Perjanjian dengan ALLAH

Pada suatu ketika, Saidina Umar menangis ketika mengambil wudhuk untuk solat. Dan apabila ditanyakan 'Mengapa?', Saidina Umar menjawab dia takut seandainya dia tidak tunaikan janjinya dengan ALLAH untuk solat yang lepas.


Apa janji kita dalam solat dengan ALLAH?


"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam. (6:162)



Tepuk dada tanya iman. Bagaimana janji kita dengan ALLAH? hanya sekadar lafaz di bibir atau sudah terpahat di hati? 

Tiba-tiba terasa berat benar ayat itu. T.T

Thursday, February 16, 2012

again and again

u know what?
it happened again
ALLAH take care of me
T.T

while I'm busy surveying for something
ALLAH send me a gentle reminder about it
Dear, u cant do that
This is a guideline

Ya ALLAH
I love ALLAH


Tuesday, February 14, 2012

Kenapa aku diciptakan?

Pernah tak soalan ini berlegar-legar dalam kepala anda? kalau tak pernah, ketahuilah bahawa soalan ini pernah ditanya oleh malaikat kepada ALLAH. 


"..... "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan nama Mu?..." (2:30)


Jawapan ALLAH kepada malaikat?


"..."Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2:30)


Apa sebabnya ALLAH ciptakan kita?


1. sebagai khalifah di muka bumi


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'AKU hendak menjadikan khalifah'..." (2:30)


2. beribadat kepada ALLAH


"AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU." (51:56)




Dah lebey 20 tahun hidup di dunia tapi kadang-kadang masih lalai dan alpa tujuan penciptaan. Sesungguhnya yang dicipta akan kembali kepada Pencipta juga satu hari nanti. Kenali diri sebelum mengenal Pencipta.


Sunday, February 12, 2012

Missile: Renungan Hamba

*Selalu ku sesali dosa 
dan selalu 
kuulang kembali 
dan KAU masih 
memberi kebahagiaan 
ku bukan hamba pilihan


ALLAH berfirman 
Wahai manusia...
AKU heran pada orang yang yakin akan kematian 
tapi hidup bersuka ria
AKU heran pada orang yang yakin akan dipertanggungjawaban segala amal perbuatan diakhirat
tapi ia asyik mengumpulkan dan munumpuk harta benda
AKU heran pada orang yang yakin akan kubur
tapi ia tertawa terbahak-bahak
AKU heran pada orang yakin akan adanya alam akhirat
tapi ia menjalani kehidupan dengan bersantai-santai
AKU heran pada orang yang yakin akan kehancuran dunia
tapi ia menggandrunginya
AKU heran pada intelektual 
yang bodoh dalam soal moral
AKU heran pada orang yang bersuci dengan air
sementara hatinya masih tetap kotor
AKU heran pada orang yang sibuk mencari cacat dan aib orang lain
sementara ia tidak sedar sama sekali terhadap cacat yang ada pada dirinya sendiri
AKU heran pada orang yang yakin bahawa ALLAH senantiasa mengawasi segala perilakunya
tapi ia berbuat durjana
AKU heran pada orang yang sedar akan kematiannya 
kemudian akan tinggal dalam kubur seorang diri
lalu dimintai pertanggungjawaban seluruh amal perbuatannya
tapi ia berharap belas kasih dari orang lain
Sungguh tiada Tuhan kecuali AKU dan Muhammad adalah hamba dan untusan KU


ALLAH berfirman:
AKU bersaksi bahawa tiada Tuhan selain AKU, 
tiada sekutu bagi KU 
dan Muhammad adalah hamba dan utusan KU
Barangsiapa tidak mau menerima suratan nasib yang telah AKU putuskan, 
tidak bersabar atas segala cubaan yang AKU berikan, 
tidak mau berterima kasih atas segala nikmat yang AKU curahkan  
dan tidak mau menerima apa adanya atas segala yang AKU berikan 
maka sembahlah tuhan selain AKU,
barang siapa yang susah kerana urusan dunia 
sama saja ia marah kepada KU.
barang siapa mengadukan musibah yang menimpa dirinya pada orang 
maka ia sungguh-sungguh telah berkeluh kesah pada KU
barang siapa tidak bertambah tingkat penghayatan keagamaannya 
sungguh ia dalam keadaan selalu berkurang
Barang siapa yang terus menerus dalam keadaan berkurang, 
kematian adalah kauh lebih baik


Ulang  *


ALLAH berfirman
Wahai manusia terimalah anugerah yang KU berikan dengan lapang dada
maka engkau tidak akan berharap pada pemberian orang lain
Tinggalkanlah rasa dengki
maka engkau akan terhindar dari kegelisahan hidup
Hindari perbuatan haram
maka engkau aman dari kerancuan dalam keraguannya


Barangsiapa mampu menjaga diri dari membicarakan kejelekan orang lain
maka kecintaanku akan AKU anugerahkan kepadanya
Barangsiapa yang mengisolasikan diri dari kerumunan orang
maka ia terhindar dari pengaruh jeleknya
Barangsiapa mampu membatasi diri dari berbicara yang tidak ada gunanya 
itu menandakan kematangan akalnya
Barangsiapa menerima dengan lapang dada atas pemberian ALLAH yang sedikit
maka ia penuh percaya pada ALLAH


ALLAH berfirman:
Wahai manusia
Barangsiapa berduka kerana persoalan dunia
maka ia hanya akan kian jauh dari ALLAH 
kian nestapa didunia
dan semakin menderita di akhirat
ALLAH akan menjadikan hati orang tersebut 
dirindung duka selamanya
kebinguan yang tidak berakhir
kepapaan yang berlarut-larut
dan angan-angan yang selalu mengusik ketenangan hidupnya


Wahai manusia
hari demi hari
usia mu kian berkurang 
sementara engkau tidak pernah menyedarinya
setiap hari
AKU mendatangkan rezeki kepadamu
sementara engkau tak pernah memujiku
dengan pemberian yang sedikit
engkau tidak pernah mau lapang dada
dengan pemberian yang banyak
engkau tidak juga merasa kenyang


Wahai manusia
Setiap hari AKU mendatang rezeki untuk mu
sementara setiap malam malaikat datang kepada KU 
dengan membawa cacatan perbuatan jelekmu
engkau makan dengan lahap rezekiKU
namun engkau tak pernah segan-segan pula berbuat durjana kepadaKU
AKU kabulkan jika engkau memohon kepadaKU 
kebaikan KU tak pernah putus-putus mengalir untukmu
Namun sebaliknya 
catatan kejelekanmu sampai kepadaKU tidak henti
AKUlah pelindung terbaik untukmu
sementara engkau hamba terjelek bagiku
kau rauf segala apa yang KU berikan untuk mu
KUtutupi kejelekan demi kejelekan yang kau perbuat secara terang-terangan
AKU sungguh-sungguh malu kepadamu
sementara engkau sedikitpun tak pernah merasa malu kepadaKU
kau melupakan diriKU
dan mengingat yang lain
kepada manusia engkau merasa takut
sedangkan kepadaKU engkau merasa aman-aman saja
pada manusia engkau takut dimarahi
tapi pada murkaKU engkau tak peduli


T.T


Psssssstttttt boleh download lagu di atas kat sini

Thursday, February 9, 2012

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Buku-buku ini boleh hanya dibaca dan difahami hanya oleh mata akal





TETAPI




Al-Quran perlu dibaca menggunakan kedua-dua mata akal dan mata hati



Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan mu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit yang ada di dalam dadamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.(10:57)




Wednesday, February 8, 2012

8 Fakta tentang Kelantan dari pemerhatian selama 6 hari

1. Tak semundur seperti yang dijangka/bayang/dengar
2. Lembu dan kambing berkeliaran di tepi-tepi jalan seperti kucing
3. Tulisan jawi terdapat hampir di setiap papan tanda
4. Harga makanan jauh lebih murah daripada KL
5. Padang besar mereka ialah Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur
6. Pusat bandaraya Kelantan lagi up dari pusat bandaraya Perlis dan Kedah
7. Makanan dan minuman semuanya manis
8. Nasi berlauk tanpa sayur [memang tak da sayur or kebetulan saya pegi tempat yang tak da sayur?]


Laporan disediakan oleh,


Saturday, January 28, 2012

Pilihan

Penciptaan ALLAH terdapat dalam dua sistem. Sistem pertama sistem paksaan. Tumbuhan dan alam termasuk dalam kumpulan ini. Manakala  sistem kedua adalah sistem pilihan yang khusus buat kita. Eh jap, tak da kan kucing yang terbaca post ni?hehe.. Just joking..hehe..Pilihan terbesar semestinya adalah syurga atau neraka. Dan pada ketika ini saya juga harus membuat pilihan yang menentukan masa depan saya. Kalau sebelum ini saya pilih untuk fight and flight. Tapi pada saat ini, saya harus memilih sama ada fight atau flight. Doakan ALLAH membimbing saya membuat pilihan terbaik. =) 


Thursday, January 26, 2012

Be strong

I'm weak
But I'm trying hard to be strong
Although sometime I feel tiring acting strong
I still choosing to be Zorro
rather than being zero
Because and only because
I believe on ALLAH
and I believe for every single problem,
the only troubleshooter is ALLAH
ALLAH the Most Merciful
ALLAH the Greatest


Innalillah hi wainnailahirraji'un
[dariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali]

Wednesday, January 25, 2012

FIGHT or FLIGHT

I'm choosing to fight til the end coz I believe


ALLAH will not give a burden you can't handle. ALLAH knows you can do it (2:286)


On the same time, I'm preparing to flight coz I believe


Everything happen for a reason and only ALLAH knows what is the best for us (2:216)


To be honest, Action is harder than speak


Ya ALLAH make me strong to face this difficulty..
Ameen~



Friday, January 20, 2012

Semalam

Semalam kenangan yang kekal
Semalam pendidik terbaik
Semalam penanda aras
Semalam rujukan utama


SEMALAM penting dalam merancang hari esok
agar esok lebih baik daripada semalam


Pssssssssssstttt aku sedang dalam episod merenung setiap detik-detik semalam supaya kelemahan semalam tak berulang lagi esok...

Thursday, January 19, 2012

Melabur saham

Sengaja ku biar facebook ku PUBLIC. Bukan bangga biar di stalker. Tapi facebook itu medan pelaburan saham ku. Biar apa yang dikongsi disitu tidak hanya untuk mereka yang bergelar kawan, family dan tenaga pengajar. Tapi aku mahu luaskan skop pendedahan semaksima mungkin. Biar saham ku cepat naek.

Pagi semalam, roomate tersayang print kan semua housemates kami jadual puasa sunat untuk tahun 2012. Hati ku terdetik. Bijaknya dia melabur. =) Alhamdulillah selepas itu ALLAH kurniakan aku idea bernas. Mulut lancar meminta sesiapa yang mahu membasuh telekung bersama aku. Alhamdulillah dapat juga melabur saham pada pagi semalam.

Sengaja aku mangkin neuron-neuron ku agar giat bekerja mencari idea bernas untuk pelaburan saham. Ya saham yang akan menyelamatkan aku di dua alam yang belum aku dan kau tempuh. Alam barzakh dan alam akhirat. Apa saham yang mahu ku labur hari ini? Moga soalan ini terus istiqamah terngiang-ngiang di fikiran ku saban waktu.Ameen~

Pssssssttttt dear sahabat, kalau nak jadual puasa sunat untuk tahun 2012 tu boleh klik sini  

Assalamu'alaikum =)

Wednesday, January 18, 2012

Kasih dan sayang NYA

ALLAH mengingatkan aku dari terus leka dan memberi pegajaran kepada aku melalui perbuatan dan percakapan orang sekeliling


Tika Al-Quran sudah berhabuk ku tinggalkan
ALLAH menegur ku melalui teman sebilik yang mengalunkan bacaan AL-Quran


Tika tahajjud mula pudar
ALLAH mengingatkan aku melalui rakan yang mengajak teman serumah melakukan qiamullail


Tika doaku belom cukup mantap
ALLAH ajarkan aku doa terbaek melalui penceritaan seorang sahabat


Ku dapat rasakan kasih dan sayang NYA mengalir-alir dalam diri seperti air terjun yang alirannya tak pernah putus. Tatkala aku tersasar jauh dariNYA ditarik kembali aku dekat denganNYA. T.T




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...