Thursday, January 19, 2012

Melabur saham

Sengaja ku biar facebook ku PUBLIC. Bukan bangga biar di stalker. Tapi facebook itu medan pelaburan saham ku. Biar apa yang dikongsi disitu tidak hanya untuk mereka yang bergelar kawan, family dan tenaga pengajar. Tapi aku mahu luaskan skop pendedahan semaksima mungkin. Biar saham ku cepat naek.

Pagi semalam, roomate tersayang print kan semua housemates kami jadual puasa sunat untuk tahun 2012. Hati ku terdetik. Bijaknya dia melabur. =) Alhamdulillah selepas itu ALLAH kurniakan aku idea bernas. Mulut lancar meminta sesiapa yang mahu membasuh telekung bersama aku. Alhamdulillah dapat juga melabur saham pada pagi semalam.

Sengaja aku mangkin neuron-neuron ku agar giat bekerja mencari idea bernas untuk pelaburan saham. Ya saham yang akan menyelamatkan aku di dua alam yang belum aku dan kau tempuh. Alam barzakh dan alam akhirat. Apa saham yang mahu ku labur hari ini? Moga soalan ini terus istiqamah terngiang-ngiang di fikiran ku saban waktu.Ameen~

Pssssssttttt dear sahabat, kalau nak jadual puasa sunat untuk tahun 2012 tu boleh klik sini  

Assalamu'alaikum =)

2 comments:

beribiru said...

alhamdulillah.jika niat baik Allah pasti mudahkan.

Allah telah takdirkan sy dgn entri ni supaya saham2 awk terus mencanak naik.insyaAllah.

thanks for sharing sis!
terimaksaih juga atas panduan.

picairin said...

Alhamdulillah..ameen~ itu yg kita semua impikan kan? moga beroleh manfaat =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...