Thursday, February 18, 2010

zakat harta

semalam g menara zakat dengan abah... actually dah lama dah persoalan tentang zakat muncul kat benak fikiran neh.. dah tanya org tapi da pelbagai plak pendapat yg xpasti btol or x...jadi untuk merungkai persoalan tu pejabat zakat jadi tempat rujukan... sebaik j tiba kat situ abah trus g kat pak cik guard tanya pejabat member dia kat mana... malangnya pak cik guard tu baru j keja beberapa hari...so dia xkenal g org2 kat menara zakat tu... dia just gitaw pejabat zakat ad kat tingkat 3 n 5... abah decide nak g tingkat 3... masa otw nak menjejaki member dia tu... tetiba nampak kelibat member dia tu ngah berborak ngan 2 org pemuda... so kami trus mendekati member abah tu n meluahkan permasalahan ak ni...dia ajakg ofis dia... so kami pom follow la...


bla sampai kat pejabat dia tu dia mula la membelek2 buku akaun ak... n menerangkan sedikit sebanyak maklumat yg sgt membantu... cara penyampaian yg simple membuatkan ak faham dalam masa yg singkat... so ak rasa nak share jugak maklumat yg sedikit tapi berguna tu ngan kengkawan ak yg follow blog ak neh....sb maklumat ni penting... mayb skrang kta masuk dalam golongan yg tidak layak membayar zakat tapi siapa tahu satu ari nanti ALLAH brikan kta rezeki yg mewajibkan kita kongsi dgn mereka yg memerlukan..


ok 1stly tentang jumlah minimum yg memerlukan kita menunaikan kewajipan membayar zakat... jumlah bagi masa skrang (sewaktu ak taip post ney) ialah RM10,300....cam yang kita sedia maklum... jumlah ini bergantung kepada nilai emas semasa... so secara rawaknya semakin meningkat mengikut peredaran masa... zaman abah dulu RM3,800 dah kena bayar zakat... ok next berapa yg kta perlu bayar...???? suma org tau kan nilai nya 2.5% daripada jumlah duit kepunyaan kita setahun....ok ak bagi contoh untuk kira k...


total simpanan pada 25/1/2010 : RM10,300
so nilai bayaran zakat = 2.5% X RM10,300 = RM257.50
total simpanan pada 25/1/2011 : RM 10,557.50
so nilai bayaran zakat= 2.5% X RM10,557.50


so tetapkan tarikh n setiap taun pada tarikh yg sama kira total simpanan dan g bayar kat pejabat zakat...mudahkan???


next contoh klu kita buat pinjaman...
duit sendiri = RM10,000
pinjaman = RM20,000
Dividen = RM3,000
pinjaman dibayar = RM200 sebulan = RM2,400 setahun


so zakat yg perlu di bayar
= 2.5% X (10,000+3,000+2,400)
= RM385


mudah kan nak kira??faham x??? klu xfaham ble tanya... klu tahu ak jawab... klu xsure kita sama2 carik jawapan nya k...^,^


member abah siap bg brochure utk ak study tapi belom sntuh g...byk keja tertangguh blom wat...huhu...1 more... ad 2 j bank yg bank tu sndrik akan uruskan hal zakat untuk kita... tabung haji n bank islam... Allahualam...


Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkeram kedua rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian nabi Saw membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.” (HR. Bukhari)

2 comments:

~MawaddaH SKIS~ said...

nice sharing!
info baru..
tnhx..

picairin said...

ur welkem... tp ni basic j la... huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...