Saturday, May 29, 2010

dulu aku juga begitu...

dulu...
bila buka majalah pengguna berkerut jak muka..
eh ini tak boleh makan la...
eh itu tak boleh guna la...
eh ini bahaya la...
eh itu boleh membunuh la...

then semangat nak avoid semua tu dari idup...err boleh ka???

masuk u aku berkenalan ngan pak cik toksiko...nama dia paracelsus...dia gitau aku...
"All things are poison and nothing is without poison, only the dose permits something not to be poisonous."

then aku mula berfikir... situasi kat atas tu sama la cam tak mau kemalangan jalan raya...so tak payah bawak keta... tu solution orang yang cetek akal kan...driving tu satu kemudahan untuk kita nak pergi mana-mana... tak kan nak jalan kaki pula... sama juga makanan...

ikan ada bahan kimia akibat laut sekarang dah tercemar...
ayam, kambing, lembu dan yang seangkatan dengannya kena inject growth hormone yang bahaya untuk manusia...
sayur-sayuran sekarang banyak yang dah genetic modification yang mungkin leh bagi kesan pada manusia cam allergic...
kalau suma tak boleh makan kita nak makan apa??? makan angin ja eh... makan angin pom boleh sebab penyakit jugak... tak pasal-pasal kena duk hotel hospital nanti... hehe..

so tak perlu la terlalu taksub... cam aku cakap sebelum ni baca apa-apa pun sekarang ni kita kena kaji dan fikir dulu sebelum percaya dan buat keputusan... apa yang penting besederhana... yang paling hebat kalau tahu berapa therapeutic dose setiap benda yang nak masuk perut...fuuuuh aku pun tak sampai tahap rajin sebegitu..hihi... yang paling mantap dan terbaek... makan cara role model kita... Nabi Muhammad...

berhenti sebelum kenyang...
"orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja" (muslim: 3839)
(teguran ini sangat-sangat ditujukan kepada orang yang menaip ni...huhu...)


membaca bismillah
terdapat sumber daripada Nabi s.a.w., Baginda telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan disamping Baginda yang bermaksud : "Wahai kanak-kanak sebutlah nama ALLAH.." (Al-Bukhari dan Muslim)


berkumpul sewaktu makan
"makanan untuk dua orang mencukupi tiga orang makan dan makanan untuk tiga orang mencukupi empat orang makan." (Al-Bukhari)


makan dengan tangan kanan
"Apabila salah seorang daripada kamu makan maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya" (Muslim)


makan makanan yang mengiringi (paling hampir)
cara ini adalah suruhan Nabi S.A.W kepada seorang kanak-kanak iaitu berdasarkan cerita Umar B. Abu Salamah r.a dimana Baginda telah bersabda yang bermaksud: "Dan makan (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau."


mula makan tepian, tidak di tengah
Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan; akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian disebelah bawahnya; kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah)"


 bekas minuman
"apabila salah seorang dari kalian minum, maka janganlah ia bernafas di dalam tempat minum." (bukhari dan muslim)


menjilat jari
"Rasulullah makan dengan tiga jarinya lalu menjilat jarinya sebelum membersihkannya"(Muslim:3790)


tidak mencela makanan
"Nabi tidak pernah mencela makanan sedikitpun. sekiranya nabi berminat, pasti baginda akan memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, baginda akan meninggalkannya."(bukhari : 3299)


keadaan duduk ketika makan
"sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar" (Bukhari: 4979)

ni antara adab Nabi makan yang boleh kita serap dan praktik kan dalam amalan seharian...^,^

jabatan patologi (tempat aku praktikal sekarang neh) kerap bangat buat kenduri...suka2..hihi...tapi tatau berat aku dah naik bapa kilo dah ni..huhu

2 comments:

~MawaddaH SKIS~ said...

tp klu ada yg kita blh boikot utk sedara kita kat palestin (e.g mcd, nestle..), kita blh usaha tak mkn kan..hehe

picairin said...

hehe... yup... no objection...^,^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...