Thursday, May 26, 2011

role model saya

Siapa role model nya sama dengan saya...
sila angkat jari telunjuk sambil cucuk-cucuk langit...hehe...
have two books to suggest to those who admiring him
buku-buku tersebut ialah...taraaaaaa...




=) 
amacam??? pernah baca tak???


buku syamail Muhammadiyah tu, kebanyakan yang saya jumpa sebelum ni dalam bahasa Indonesia... but this one yang Bahasa Malaysia punya... kelebihan nya??? yang paling utama adalah senang faham sebab dalam bahasa lidah... hehe...sebab lain anda perlu memiliki buku ini ialah anda dapat mengenali dengan lebih dekat junjungan besar kita Nabi Muhammad (sila selawat)...melalui buku terjemahan karangan Imam Tirmizi ini kita dapat mengenali fizikal Baginda, cara Baginda bersandar, cara Baginda makan dan minum, lauk kegemaran Baginda, Cara Baginda tertawa dan bergurau, Solat Dhuha Baginda, ibadat Rasulullah dan banyak lagi...


buku biografi Muhammad Bin Abdullah pula membawa kita menyusuri keperitan perjalanan hidup seorang nabi bermula sebelum kelahiran Baginda dan berakhir dengan kewafatan Baginda... buku ini mampu membuatkan anda menangisi merasai keperitan saat bani Hashim dipulau... orang Islam diseksa... tersenyum kesyukuran menghayati saat-saat kemenangan orang-orang Islam... menggigit bibir menahan marah tika arahan Baginda yang tidak diikuti menyebabkan kekalahan umat Islam dan orang-orang munafik yang tidak jemu-jemu menyusahkan Baginda... buku ini juga membantu saya memahami beberapa ayat alquran... contohnya surah al-Buruj yang menceritakan Tubba Zu Nuwas yang mencampakkan umat nabi Isa yang tidak mahu murtad ke dalam api...


Semoga kedua-dua buku ini masuk ke dalam book list anda... dan anda memperoleh ilmu yang bermanfaat daripadanya...
InsyaALLAH...


2 comments:

Khairunnisa' said...

Oh saya suka buku jenis macam ini! Will get 'em later this weekend, insha'Allah.

Nisa'

picairin said...

hehe... gud ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...