Saturday, September 17, 2011

Syawal 1432H

Assalamu'alaikum..


Belum terlambat kiranya saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua...=D


Boleh dikatakan raya tahun ini sangat berbeza dengan kebiasaan pada tahun-tahun lepas... tiada aktiviti berkunjung yang dijalankan pada hari raya tahun ini... langsung tiada...Yang ada cuma aktiviti menerima kunjungan semata-mata... jutaan maaf juga diucapkan buat semua yang berkunjung tahun ini kerana hanya kuih raya dan air ribena yang mampu tuan rumah sediakan memandang kejutan besar pada 1 Syawal...=)


princess yang sepatutnya lahir pada 13 September lahir 2 minggu lebih awal.. mak dan abah terpaksa bersengkang mata semalaman tidak tidur pada malam raya menanti kelahiran cucu ke tiga mereka di Hospital Sultanah Bahiyah... Alhamdulillah tepat jam 3.32 pagi anak saudara saya yang diberi nama Nur Falesya Umayra selamat dilahirkan... Walaupun segala perancangan aktiviti bermula malam raya gagal... sejujurnya hati sangat kecewa kerana saya sudah bersiap-siap dan merancang meneruskan aktiviti malam raya tersebut walaupun hanya berdua dengan adik [rancangan asalnya berempat iaitu bersama-sama kedua ibu bapa saya]...tapi niat murni kami dihalang abah kerana risau keselamatan kami dek manusia-manusia berhati hitam yang giat menjalankan aktiviti tidak berakhlak tidak kira bulan puasa atau pun tidak di sekitar kawasan perumahan saya...=(


Serius saya katakan raya kali ini tidak serupa raya... saya langsung tidak merasakan yang saya sedang beraya... hehe... Namun, hati terubat bila melihat bayi comel seberat 3.12kg ini... kenduri aqiqah Nur Falesya Umayra juga mengubat lara... terasa kemeriahan apabila ramai saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga yang hadir.... thanks untuk semua yang menghadirkan diri... maaf la ya... post ni serupa karangan bahasa Malaysia budak darjah 6... penangan dah lama tak mengarang ayat...hehe... sebelum menggostankan diri, selamat istiqamah dalam beribadat buat semua muslimin dan muslimat serta selamat mencanting kain putih buat kakak dan abang ipar saya... Bye~


Tika ada tangisan yang menandakan kelahiran....
Terdengar sahutan tangisan ratapan kematian...
Hidup ini hanya sementara...
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali...


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)" [29:64]




baru dan lama
love both

2 comments:

sherotpetot said...

btoi2 raya tahun ni sedih bangat bha

picairin said...

tunggu raya haji pulak la...=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...