Tuesday, October 18, 2011

1 mulut vs 2 telinga


Mendengar pendapat orang lain bisa menambah ilmu dan membuka minda
 jangan asyik bercakap sehingga lupa untuk mendengar
bukankah kita dikurniakan 1 mulut dan 2 telinga
banyakkan mendengar daripada berkata-kata



psssssssttt... suka dengar forum/perbincangan sebab pendapat orang berbeda-beda... kadang-kadang ada pendapat yang kita sendiri tak pernah terfikir dan tahu... dapat top up ilmu percuma dan fikir dari sudut lain...sahabat...dengar, dengar dan dengar puhleeesss...=)

Thursday, October 13, 2011

telinga dulu,baru mulut

Lately, di muka-muka akhbar, muka-muka buku, banyak pendapat yang dicerca-cerca... bukan sahaja pendapat mereka yang tiada qualification dalam bidang yang diperkatakan... malahan yang bijak pandai juga di cerca-cerca andai pendapat yang diberikan tidak selari dengan pendapat sendiri....Cepat sangat manusia melatah...kadang-kadang tak cuba memahami terlebih dahulu apa yang si penulis atau si pengata cuba sampaikan... ada yang extreme... pantang idolanya dikeji.... mula menggelabah tanpa usul periksa...


cuba tenang dan fikir apa yang disampaikan orang lain tu... jangan sebab kau rasa dia cetek ilmu daripada kau...kau penyet dia sampai lumat...kau tutup telinga sampai tersumbat... mungkin ada ilmu yang kau ter miss... cuba beri peluang untuk orang lain terangkan... cuba baca berkali-kali sebelum menghukum... cuba fikir berjuta kali sebelum mengeluarkan kata-kata keji...tidak kira dari aspek apa pom...



mari buang rasa diri sentiasa betul.. mungkin kita semua perlu belajar menjadi pendengar yang lebih baik...every good conversation start with good listening...mendengar dengan akal bukan emosi...kurangkan bercakap banyakkan mendengar... kerana setiap apa yang keluar dari bibir akan dipertanggungjawabkan di Perhimpunan Agung kita nanti...kurangkan ya... bukan tak cakap langsung... andai memang terbukti apa yang diperkatakan itu salah, maka tegurlah secara berhikmah.... kerana setiap orang melakukan kesalahan... termasuk diri kita... beri peluang untuk orang lain belajar daripada kesilapan.. treat others as u wish to be treated... =)

Thursday, October 6, 2011

surat untuk bakal-bakal penyewa

Assalamu'alaikum


Kehadapan bakal-bakal penyewa yang disayangi. Apa khabar saudari disana??? semoga sihat sejahtera hendaknya. Tujuan bakal housemate ini menulis adalah untuk mempelawa saudari segera masuk ke rumah kita yang terletak di Kondominium milik Datuk Rahim yang diberi nama Plaza Rah.  Seperti yang saudari sedia maklum. Kondominium ini terletak di Jalan Raya Muda Abdul Aziz, Kampung Baru. Kedudukannya yang strategik berdekatan dengan monorel Chow Kit dan Putra LRT Kampung Baru memudahkan pergerakan saudari andai kata saudari tidak mempunyai kenderaan sendiri. Kampung Baru juga terkenal dengan makanan-makanan yang lazat. Jadi, tidak lah perut saudari kerap menyanyikan lagu keroncong andai kata saudari dengan segera bersetuju untuk tinggal di Plaza Rah ini. Owh ya, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Institut Jantung Negara (IJN) juga berdekatan dengan kondominium ini.

Saudari yang dihormati,



Rumah yang bakal saudari pilih untuk didiami ini partly furnished. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Kalau rasa nak swim, bolehlah terjun ke dalam kolam di tingkat 7 bangunan ini. To be honest, ada jadual untuk penggunaan kolam renang ini. Ada hari untuk lelaki sahaja dan ada hari untuk perempuan sahaja kalau saya tak silap. Kat tingkat 2 pula ada kedai runcit dan tingkat 1 atau ground floor ada Hales Kitchen untuk makan-makan. Rumah kita agak tinggi iaitu di tingkat 20.Kalau saudari gayat, dinasihatkan saudari menjauhi kawasan balkoni dan tingkap. hehe. Tapi sayang la sebab viewnya SubhanALLAH sangat cantik okay.Gambar atau keadaan sebenar rumah ini akan saya paparkan kemudian. Aksi fotogenik dan fotogedik setiap sisi rumah akan cuba saya capture dan tayangkan untuk tatapan umum. Berkenaan bakal-bakal housemate yang lain, janganlah saudari risau kerana housemates yang sedia ada sekarang dijamin sangatlah sopan santun dan baik-baik belaka (termasuk yang menulis surat ini okay =P). bab secure pulak, ok la coz kena ada access card untuk naik ke rumah dan setiap kad hanya boleh access tingkat 1-7 dan tingkat rumah kita sahaja.


Jadi, saya menyeru saudari-saudari yang mencari rumah sewa segera lah hubungi saya (012-5573571) atau sahabat seperjuangan saya dalam ekspedisi mencari rumah ini iaitu Radhiah (013-2651820). Hanya ada 4 lagi kekosongan. Kami menunggu dan mengalu-alukan kehadiran anda ke tempat kami. Kami tungggggguuuuu tau....^^ buhbye!!! =)


bangunan tinggi tengah-tengah tu ya.

pssstttt tolong sebarkan pada rakan-rakan atau sedara mara yang tengah cari rumah di Kuala Lumpur... akhir kata tolong-menolong amalan mulia...


Yang Benar lagi Baik.....,                                      

Tuesday, October 4, 2011

cerita aku dan kau

meniti hari
bermula bayi
diikuti kanak-kanak
kemudian menjadi remaja
kini aku berada pada kategori belia
nanti aku bergelar warga emas
setelah itu apa???


hidup hanya sementara... cerita akan diteruskan dengan alam barzakh.. dan diakhiri dengan alam akhirat yang tiada pengakhirannya... itu lah cerita aku dan kau... tak ada beza pada 2 peringkat terakhir... yang membezakan sempatkah kita menyusuri setiap peringkat hidup di dunia... kadang-kadang kena remind diri apa matlamat utama hidup yang sementara ini?? Kita semua mengimpikan syurga hakiki... tapi jalan kita masih ke arah itu atau sudah terpesong jauh... Ya ALLAH kembalikan aku ke jalan yang benar andai hati ku tergelincir tanpa arah.... 

pssssstttt.... hati terlalu asyik dengan fatamorgana dunia sampai terlupa tujuan manusia diciptakan~ berpatah balek pada landasan yang benar sebelum tersesat lebih jauh~

Sunday, October 2, 2011

Falesya after a month


ramai yang ternanti-nanti kehadiran si kecil dalam hidup
ada perkahwinan mencecah 5 6 7 tahun
tapi ALLAH belum mengizinkan kehadiran si kecil 
untuk memangkin kebahagiaan sesebuah keluarga
tapi ada segelintir yang dianugerahkan nikmat ini dan mempersiakannya
bayi-bayi comel dibuang tanpa belas
dipertanggungjwab atas dosa ibu bapa nya
dihukum atas kesalahan yang belum sempat dia kenali



pssssttt... kadang-kadang kita alpa untuk bersyukur atas nikmat yang ALLAH hadiahkan untuk kita... bila melihat, mendengar mereka yang kurang bernasib baik... yang sangat mengharapkan apa yang kita miliki... tika itu baru hati terdetik... Alhamdulillah beruntungnya aku...

Saturday, October 1, 2011

persona chiffon green

Orang tua-tua selalu kata... 


Jangan ketawa lebih-lebih nanti nanges


ya itu hanya omong-omong mereka yang lebih dahulu makan garam daripada kita... bukan kurafat... cuma sebagai ingatan... tak semestinya kalau kita ketawa berdekah-dekah sepuas hati hujungnya nanti wajib ada tangisan lebat... setiap plot cerita dah tertulis di Luh Mahfuz... rahsia Pencipta... siapa kita untuk mendakwa diri tahu PNC (private and confidential) ALLAH itu...niat warga emas ini hanya mengingatkan... berpada-pada hatta dalam aspek kegembiraan... kerana pedihnya hirisan tangisan lebih terasa bila kegembiraan berada pada tahap maksima...


p/s: buat seseorang yang dilanda musibah dalam kegembiraan... bersabarlah...


Doa Ummu Salamah r.a


"Ya ALLAH ya Tuhanku, kurniakanlah pahala terhadap musibah yang menimpa aku dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya."


Doa ini diamalkan Ummu Salamah iaitu isteri Abu Salamah(ahli keluarga pertama berhijrah kepada Rasulullah).... Ummu Salamah berkahwin dengan Rasulullah selepas Abu Salamah meninggal dunia...ALLAH menggantikan Abu Salamah dengan Rasulullah yakni sebaik-baik manusia.. [Sahih Muslim:1525]


doa dan bersangka baiklah dengan ALLAH... yakin, yakin dan yakin~


motif gambar dan tajuk??? .......... =P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...