Thursday, October 13, 2011

telinga dulu,baru mulut

Lately, di muka-muka akhbar, muka-muka buku, banyak pendapat yang dicerca-cerca... bukan sahaja pendapat mereka yang tiada qualification dalam bidang yang diperkatakan... malahan yang bijak pandai juga di cerca-cerca andai pendapat yang diberikan tidak selari dengan pendapat sendiri....Cepat sangat manusia melatah...kadang-kadang tak cuba memahami terlebih dahulu apa yang si penulis atau si pengata cuba sampaikan... ada yang extreme... pantang idolanya dikeji.... mula menggelabah tanpa usul periksa...


cuba tenang dan fikir apa yang disampaikan orang lain tu... jangan sebab kau rasa dia cetek ilmu daripada kau...kau penyet dia sampai lumat...kau tutup telinga sampai tersumbat... mungkin ada ilmu yang kau ter miss... cuba beri peluang untuk orang lain terangkan... cuba baca berkali-kali sebelum menghukum... cuba fikir berjuta kali sebelum mengeluarkan kata-kata keji...tidak kira dari aspek apa pom...



mari buang rasa diri sentiasa betul.. mungkin kita semua perlu belajar menjadi pendengar yang lebih baik...every good conversation start with good listening...mendengar dengan akal bukan emosi...kurangkan bercakap banyakkan mendengar... kerana setiap apa yang keluar dari bibir akan dipertanggungjawabkan di Perhimpunan Agung kita nanti...kurangkan ya... bukan tak cakap langsung... andai memang terbukti apa yang diperkatakan itu salah, maka tegurlah secara berhikmah.... kerana setiap orang melakukan kesalahan... termasuk diri kita... beri peluang untuk orang lain belajar daripada kesilapan.. treat others as u wish to be treated... =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...