Sunday, January 31, 2010

bila hilang 1 nikmat...

achoooo....

tgn tetiba rasa tringin bangat untuk post something di sini... apa pown 1stly ALHAMDULILLAH segala pujian milik ALLAH Yang Maha Esa kerana menyembuhkan flu yang ak hidapi 2ari lepas... nikmat yg di tarik balek walaupun sekadar 2ari cukup mengingatkan diri bersyukur dengan nikmat kesihatan...YA!!! manusia slu akan sedar betapa berharga sesuatu tu apabila kehilangannya... begitu juga dgn ak... acap kali lupa bla nikmat itu di depan mata dan mula terkapai-kapai bila nikmat itu hilang... itu baru satu nikmat daripada berjuta-juta nikmat yang ALLAH kurniakan istimewa buat hamba-hamba-Nya... tringat ayat yg sentiasa di ulang2 dalam surah Ar-Rahman... "maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" ... =)

berapa kali buat sujud syukur seari??? slalu bla dapat sesuatu yang extravaganza baru buat kan??? TAK LA.!!! ok... ak yg macam tu.... bla dah sihat baru nak buat....slama ni sihat walafiat xbuat la pulak... bila ALLAH ingatkan baru nak buat... sombong nya.... tu baru 1 bab... blom masuk nikmat yang paling berharga yang ALLAH kurniakan iaitu nikmat iman... mungkin setipis kulit bawang tapi klu ALLAH tarik balek xbererti la idup ney... teringat shout out kinah (junior...dak farmasi..) kt ym... dia cakap lebey kurang cam ni la... kita kena sedar yang segala yang kita ada ni pinjaman daripada ALLAH j... siapa kita untuk riak dengan pinjaman ney??? btol jugak...!!! klu ALLAH nak tarik xsempat kelip mata lagi dah hilang nikmat tu... tringat surah Yasin pulak... "sesungguhnya urusan-Nya apabila dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya JADILAH!! maka jadilah sesuatu itu" ...

fikir-fikirkan lah... siapa kita???layakkah utk sombong dalam alam yang kita tumpang sementara ni??? ALLAHUALAM...

Friday, January 29, 2010

owh pilihan raya..(-,-')

hurm... sana sini memperkatakan tentang pilihan raya... termasuk juga di blog2... tiba2 rasa nak kongsi jugak pasal pilihan raya semalam yang merupakan pilhan raya ketiga yang ak join tapi kekekokan ak ketika mengundi terlalu dan amat jelas kelihatan...mungkin di sebabkan pilihan raya setaun sekali bukan setiap ari...kat matrix xda pilihan raya sb calon menang tanpa bertanding... secara jujur ak x berapa suka campur tangan dalam mana-mana politik..xkesah la politik kampus mahupun politik dunia.... ok... mesti ada yang akan attack ak menggunakan bom tgn buatan sendirik bla ak kluarkan statement cam ney... ak xckap yg ak xsuka sampai xmaw g mengundi... ak akan undi siapa yang layak untuk menjadi pemimpin bkn sahaja berdasarkan pengalaman n manifesto yang di taip panjang menjela...tetapi berdasarkan jugak personaliti n sifat org tu sendiri... may b ak xkenal calon tu tapi ak judge berdasarkan pemerhatian menggunakan mata dan akal kurniaan ALLAH... sometimes we have to be judgmental... tipu la kamu dan kamu xpenah judge org laen...

actually ada sebab napa aku agak xgemar campur tgn politik... sb bla berpolitik mostly org2 akan jadik taksub dgn parti... pastu bla jumpa org yg x sefahaman dgn parti dia mulalah timbul perasaan yg xpatot timbul... perasan cam na 2??? ala... xfaham ka buat2 xfaham??? klu xfaham pk la sndrik sampai faham...ak cakap berdasarkan pengalaman... family sendirik bermasam muka sesama sendirik... kadang2 1 parti pom ble gaduh bla masing2 berpihak kepada pemimpin2 yang berbeza... ak bohsan + fobia ngan suma ney... klu takat tym pilihan raya jak xpa jugak... ni melalut sampai 7 keturunan(hyperbola lak)... ap ke hal nya??? napa semangat assabiah tu terlalu kuat sampai kita lupa yg kita suma ni hamba ALLAH... pegang pada agama n budaya yg sama... perjuangan pom sama... (laen la klu niat masing2 nak berkuasa n bukan berkhidmat pada rakyat or kengkawan 1 fakulti) tepuk dada tanya iman... 

ak dalam mood yg baek walaupun kesihatan xbrapa baek... xda emo pom walaupun kamu dan kamu baca seperti ak sedang dalam ketensenan or kemarahan yang membara-bara...ak cuma dalam keadaan yang sedikit mental di sebabkan kepala yg terasa berat dan hidung yg penuh air...sebab tu la aku kelihatan seperti emo+merepek-repek...hoho...ak sk suasana pilihan raya walaupun kampus aku yg kecik 2 xsemeriah kat bangi... ak penah tgk ka pilihan raya kat bangi???? ok... ak hanya membayangkan di sana lebey meriah... sebelum ak merepek lebey panjang... ak nak wish ili yang menang kerusi fskb 3rd/4th year congratulation n semoga berjaya menjalankan tugas yang kami suma amanahkan kepada anda... ok... dia xbaca blog ak... ble x sesiapa smpi kan amanat ak ney kat dia??? xbley??? xpa nti ak jmpa dia ak smpikan sndrik...hoho... k la pala dah jerit 'stop typing plz!!!'... ok papai...
(-,-')

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.(Muslim)


Sunday, January 24, 2010

bagaimana aku 10taun nanti???

seperti biasa... setiap sabtu 11pagi dk3... berkumpul la pelajar2 hm set 2 untuk kelas khidmat masyarakat... minggu ney ak terlambat bangun... 10.30 bru terjaga... tu pom naseb baek anis (my housemate) kejutkan... thnx anis!!! agak rushing coz bj xiron lagi beg pom xkemas g... tapi alhamdulillah sempat jugak sampai b4 pengajaran bermula... ^,^

tajuk minggu ney pembangunan masyarakat... apa yang menariknya bla encik Hukil seperti biasa akan berkongsi crita dgn kami....bermula dengan isu universiti disalahkan bila pekerja2 produk universiti kini tidak mempunyai nilai2 murni aka xamanah, malas, rasuah bla333... mengikut pemerhatian dia persekitaran yang mempengaruhi...dia bg contoh kawan dia yg bkerja sbg org yang meluluskan projek di sebuah negeri... org 2 gitau yang fresh graduate yg putih bersih hati terpaksa join mengamalkan perbuatan negatif untuk kekal bekerja di sesuatu tempat...klu x, kena kick...so terpaksa la...itulah yg terjadi kat diri org tu sendiri... bla dah slu wat, benda tu dah jadi habit...dia akan menerima komisen stp kali luluskan project til now...

pastu kaitkan pulak dgn agama... klu xkait ngan Islam bkn klas HM set 2 la...hehe... dlu tym kat u ada sorg lady ni... pakai tudung labuh n slu tgur encik Hukil nie sb dia neh nakal(ni statement yg dikeluarkan sndrik oleh dia.arap maklum.hehe)... then lady ni sambung study kat us setaun... pastu my lecturer ni ada la jmpa that lady kat conference apa ntah... at that tym she is wearing skirt (atas lutut) n surely without tudung... sowg lagi naqib usrah dia... pakai kopiah kat u... bla jmpa wat xkenal sb sebelah ad perempuan sexy(mayb his wife..dunno la)... ni suma environment yg btk... dia suggest kami ajak naqibah g karaoke... dia suh gak ajak ustaz2 pakai lebai ni p disko... klu ble kuar dari disko tu ngan lebai lagi mmg salute la kat dia...ak ngan anis bincang2... pendapat kami mayb ni jadik sb culture shock... xbiasa buat... skali buat dh jadik over sk... then tros jadik lalai...

byk jugak contoh ak dengar tentang org yg agak teruk tym muda... pakai suaq pendek, malas solat jadik manusia yg rutin ari minggu dia bersama family g bersihkan masjid berdekatan rumah, jdik imam, sanggup kuar duet untuk majlis ilmu...  da jugak ustaz yg mengaku ustaz (bkn suma ustaz ea) tapi bla di pinta mengajar mengaji dan menjadi imam qiamulail n taraweh ati mula merungut malas dan mula bagi alasan... tringat crita kat astro yg dilakonkan oleh khiriah dan syrfah amani... mungkin ini sindiran untuk golongan ini...siapa kita untuk menentukan siapa baek siapa jahat??? mudah untuk berkata2 tapi tatkala di uji ati mula berubah arah.... takut ak mendengar suma crita ney... siapa ak di hadapan Pencipta 10 tahun nti...??? hamba yg tunduk patuh perintah Nya atau hamba yg mula lupa diri???? sahabat2 yg terbaca blog ney... doa2kan la kita semua di berikan hidayah oleh Nya setiap detik waktu sehingga tiba nya Izrael di hadapan kita untuk menjalankan tugasnya...ameen...



Friday, January 22, 2010

ALLAH bangga dgn kita..

Hari demi hari,aq semakin bersemangat bermain game online,My Brute. Game ni tidak memerlukan anda luangkan masa berjam-jam untuk ‘leveling’, jadi aq fikir game ini tidak melalaikan sesiapapun yang bermainnya. Game ini menyuruh kita mencipta makhluk kita sendiri dan kita akan bertanding nasib untuk menjadi yang terbaik.Aq dengan keyakinan yang cukup tinggi mencabar anda semua untuk berlawan dengan makhluk ciptaanku ini,ABG_SEIN.

Apa kaitan game online ini dengan tajuk ‘Allah bangga dengan kita”? Jom, terjah!

Apabila aq mencabar sesiapa sahaja untuk berlawan dengan makhluk ciptaanku, bermaksud aq begitu yakin dan bangga sekali dengan makhluk ciptaanku,ABG_SEIN.Bagiku,ABG_SEIN adalah makhluk yang sempurna dan dia mampu untuk mengalahkan lawannya dengan mudah sekali,jadi aq mencabar sesiapa sahaja yang berani melawannya.

Apabila Allah mencipta manusia,Allah menyuruh semua malaikat sujud kepada Nabi Adam.Semua malaikat tunduk dan patuh kecuali Azazil. Azazil mempersoalkan kenapa dia harus sujud kepada nabi Adam.Katanya, ” aq diciptakan daripada api yang menjulang sedangkan Adam diciptakan daripada tanah yang paling hina.”

Keegoan Azazil mendatangkan murka Allah.Mendengar kata-kata daripada Azazil,Allah terus menjawab, “mulai hari ini kamu diharamkan daripada syurga dan kamu adalah makhluk yang dilaknat.Pasti Nerakalah tempat kamu kembali.”

Terkejut Azazil mendengar jawapan daripada Yang Disembah nya.Dia dulu merupakan makhluk yang tinggi di sisi Allah,kini menjadi makhluk yang paling hina di sisi Allah.Dia dulu makhluk yang dibangga-banggakan oleh Allah,kini dia dilaknat oleh Allah.Semua angkara manusia!Manusialah yang menjadikan Azazil hina.Dia tidak berpuas hati.

“Ya Allah,jika aq dijanjikan neraka,maka izinkan aq menambah teman-temanku di neraka kelak,”rayu Azazil.

“Aq benarkan,”jawab Allah.

“Pasti,aq akan sesatkan anak-anak Adam hingga ke hari qiamat,”nekad Azazil di dalam hatinya dengan bersungguh-sungguh.

Persoalannya,mengapa Allah membenarkan Azazil menghasut, menyesatkan anak-anak Adam atau mengapa Allah benarkan Azazil meramaikan umat neraka?

Japawannya disebabkan Allah yakin dengan manusia.Allah bangga dengan manusia.Allah membenarkan Azazil menghasut manusia disebabkan Allah tahu kredibiliti ciptaan Nya.Dia tahu manusia tidak akan tergoda dengan hasutan si syaitan durjana.Lalu,diberi Nya manusia sesuatu yang istimewa yang menjadikan manusia adalah sebaik-baik kejadian iaitu akal.

Dengan akal lah manusia menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dengan akal lah manusia mentadbir alam ini sesuai dengan kehendak Allah. Dengan akal lah manusia menjadi yang dibangga-banggakan atau yang dihina-hina.



Betapa yakinnya Allah dengan ciptaan Nya ini,Allah sendiri membuka jalan-jalan kepada syaitan bagi menjatuhkan manusia.Allah membenarkan syaitan menghasut manusia dari mana-mana sudut tanpa membuat sebarang sekatan contohnya nabi Allah Ayub.Daripada sekaya-kaya manusia, sebahagia-bahagia keluarga menjadi semiskin-miskin manusia dan ditinggalkan isteri-isteri dan kematian anak.

Apabila syaitan meminta dengan Allah untuk menjadikan Ayub miskin, Allah benarkan.Syaitan minta lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub kehilangan keluarga,Allah benarkan dan Allah berkata, “pasti kamu tidak akan berjaya.”Dimintanya lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub sakit,Allah benarkan lagi dan Allah berkata benda yang sama.

Ternyata segala tipu daya syaitan,segala hasutan syaitan tidak berjaya menggoncangkan walaupun sedikit iman insan yang bergelar Ayub ini. Tatkala dia mengambil wudhu’, ulat yang memakan daging-dagingnya jatuh ke tanah,dikutipnya kembali.Dia ditanya oleh malaikat, “kenapa engkau mengutip kembali ulat itu wahai Ayub?”Ayub menjawab, “sesungguhnya Allah telah meletakkan rezeki ulat itu di badanku.Siapalah aku untuk menentang hukum Allah.”

Apabila penyakit yang dihidapnya semakin parah,isteri kesayangan yang terakhir telah meninggalkannya,Allah membuka hijab langit, membiarkan malaikat melihat kehebatan insan yang bernama Ayub ini.Semua malaikat yang melihat menangis sehingga ada yang berjumpa dengan Allah dan meminta supaya Allah mengubati Ayub.Allah berfirman, “aku benarkan jika Ayub meminta daripada Ku.”Mendengarkan firman Allah itu,semua malaikat gembira dan Jibrail pun turun ke bumi untuk berjumpa dengan Ayub.

“Wahai Ayub,mintalah kesembuhan daripada Allah.Pasti Dia sembuhkan mu.”Beritahu Jibrail.

“Tidak wahai Jibrail.Jika dengan berkeadaan begini aku lebih dekat dengan Allah,aku lebih rela sebegini.Biarlah Allah menyembuhkanku apabila tiba masanya,”jawab Ayub yang tidak mampu berkata-kata panjang.

Semua syaitan yang melihatnya merasakan satu tamparan hebat daripada makhluk yang dihinanya dulu,manusia.Inilah kehebatan sebenar manusia. Disebabkan Allah tahu manusia mampu menjaga diri mereka sendiri,maka Allah lepaskan manusia ke atas muka bumi ini.Hiduplah manusia di atas muka bumi sebagai pejuang.Perjuangan menentang musuh yang utama, Syaitan Laknatullah alaih.

Namun,Allah tidak membiarkan manusia hidup sendiri.Dia tahu kita perlukannya,maka diturunkan Nya satu panduan hidup yang sempurna, Islam.Tetapi turunnya Islam bukanlah satu bentuk paksaan tetapi satu bentuk pilihan.Allah membenarkan sesiapa untuk memilih Islam dan Allah juga tidak kisah sesiapa yang memilih Islam.

Kita Islam ataupun tidak,sedikitpun tidak menjatuhkan martabat Allah sebagai Tuhan sekalian alam.Kita amal Islam ataupun tidak,sedikitpun tidak menjatuhkan martabat Islam yang sentiasa tinggi di sisi Allah.



Di sini lah peranan akal.Akal dibekalkan oleh Allah kepada manusia supaya manusia tahu apa yang patut dipilih oleh mereka.Namun,akal sifatnya terhad,bukan semua benda dapat dipilih oleh akal,bukan semua benda dapat dicapai oleh akal.Bagaikan orang-orang buta menilai gajah.Seorang terpegang ekor gajah,maka dikatanya gajah itu seperti tali.Seorang lagi terpegang kaki gajah,maka disimpulnya bahawa gajah itu seperti pokok. Seorang lagi memegang badan gajah,dikatanya bahawa gajah itu seperti dinding.Disebabkan keterhadan untuk melihat,mereka gagal menafsir apa itu gajah.Disebabkan akal yang terhad,manusia tidak dapat mengenal siapa Tuhan mereka.

Maka orang-orang buta tadi diberi bantuan,seorang yang celik datang menarik tangan-tangan si buta.Dibawanya ke semua bahagian pada badan gajah supaya orang-orang buta tadi mengenal apa itu gajah yang sebenar. Orang celik tadi tidak ubah seperti Rasul,membimbing manusia yang berakal terhad ini mengenal Tuhan.Menjadi ketua kepada manusia dalam perjuangan menentang musuh yang utama.

Produk yang Allah hasilkan ini lengkap,ada ketua dan ada pengikut,kenapa? Kerana musuh yang bakal ditentang produk-produk ini juga mempunyai organisasi yang cukup mantap,ada ketua dan ada pengikut.Sayangnya Allah pada produk ini,diberi Nya strategi yakni Islam supaya musuh produk Nya itu mati terdampar di neraka.

Namun,langit tidak selalu cerah,trafik tidak selalu lancar.Apabila produk-produk ini berada di medan perang yang betul-betul,ramai yang tersungkur. Ramai yang kalah di tangan syaitan dan kuncu-kuncunya.Ada yang terang-terang kalah dan ada juga diracun dari dalam.

Yang murtad,kafir, sudah jelas namun yang digoda dengan ibadah sehingga tinggalkan dunia,inilah yang patut dirunsingkan.Kalau betul-betul jelas matinya di medan perang,senang tetapi yang berjuang gila-gila tetapi dia tidak perasan bahawa tiada musuh di hadapan,inilah yang bahaya.

Kita menegur,dimarahnya kita.Dituduhnya kita berhasad dengki dengannya. Dituduhnya kita macam-macam.Inilah yang bahaya,’bodoh tidak boleh diajar,pandai tidak boleh ditumpang.”

Wahai produk-produk yang dibangga-banggakan oleh Allah,bangunlah, sedarlah.Usah kalian berputus asa dalam perjuangan ini.Perjuangan ini belum selesai walaupun kalian menghembus nafas terakhir,baton akan berpindah tangan kepada anak cucu kalian.Sekali kalian tersungkur, jangan sesekali mengaku kalah,bangkitlah kembali kerana Pencipta kalian sudah memenangkan kalian dalam peperangan ini,cuma kalian tidak boleh jatuh dan tunduk pada musuh kalian.

Wahai manusia,jadilah produk yang dibangga-banggakan oleh Allah. Jangan sesekali kamu memalukan oleh kepada syaitan dengan mengikut godaan syaitan.Jangan sesekali kamu mengubah persepsi Allah terhadap mu dengan melakukan segala suruhan syaitan.Jangan sesekali kamu menjatuhkan aib Allah dengan kekalahan mu.Allah telah bersumpah di hadapan semua malaikat bahawa kamu mampu untuk menangkis sebarang hasutan,ancaman daripada syaitan,mahukah kamu menjadi salah seorang yang menafikan sumpah Allah?

Picit kepala,tanyalah iman mu wahai sang robot Allah…




copy paste from Azzariyat...

Wednesday, January 20, 2010

saya di TAG...=P


tataw lak blogger pom maen tag2 eh...hehe... make dis for cik qila...+ mengisi masa yang xberapa lapang neh...=P


Andakah anda rasa anda HOT?  : thermometer plz....=P
Upload gambar kegemaran anda.. 




Cerita pasal gambar di atas? nur hannah sufiyyah...sgt2 cumel... ni la pic yg terpapar kat hp aku...hihi...
Bila kali terakhir anda makan pizza?bbrapa ari lepas... domino's delivery...
Lagu terakhir anda dengar.. lagu kat page cik qila...hehe...
Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini ? : bekfes roti+planta+gula...nyum3....
Selain nama sendiri anda di panggil nama apa? pikah, pika, pekah, k.yg, cik pika, ...byk g... malas+segan nak taip yg laen 2...huk999..
Tag lagi 7 orang 1. jah 2. zu biomed 3. tikah rashidan 4. tqah kmk  5. as 6. along 7. siti
Siapakah orang no.1 kepada anda? : antara sahabat paling aku syg....syg kamooo jah...^,^
Kata sesuatu mengenai orang no. 5 : lembut dan dalam teguran dia...=)
No. 3 ada hubungan ngan siapa ehem... everyone knows... bakal arkitek study kat usm...hehe...
Bagaimana pula dengan no. 4cakap terlaloooooo byk....hang out ngan kamoo sgt bessssshhhhh=P
Pesanan kepada orang no. 6 balek la... maw jumpa hannah dan harraz...huhu...
Kata-kata cinta tok no. 2maaf sy bkn lesbian...=P 
bagi 5 fakta tentang pemberi tag ni 1. sgt cumel!!! 2. bakal jadik family member...hehe... 3. homesick...kta serupa...=P 4. peminat indie tapi dah stat minat nasyid2 lak skang...fakta ka auta???hehe... 5. bdk akaun kat uitm melaka...
Persamaan antara kambing ngan lembu?leh wat korban tym aidiladha....4kaki...ckup syarat!!!
Perasaan anda buat tag ini(-.-')


anda anda dan anda yg telah di tag... sk ati la nak buat ka x... ana xkesah... hihi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...