Friday, January 29, 2010

owh pilihan raya..(-,-')

hurm... sana sini memperkatakan tentang pilihan raya... termasuk juga di blog2... tiba2 rasa nak kongsi jugak pasal pilihan raya semalam yang merupakan pilhan raya ketiga yang ak join tapi kekekokan ak ketika mengundi terlalu dan amat jelas kelihatan...mungkin di sebabkan pilihan raya setaun sekali bukan setiap ari...kat matrix xda pilihan raya sb calon menang tanpa bertanding... secara jujur ak x berapa suka campur tangan dalam mana-mana politik..xkesah la politik kampus mahupun politik dunia.... ok... mesti ada yang akan attack ak menggunakan bom tgn buatan sendirik bla ak kluarkan statement cam ney... ak xckap yg ak xsuka sampai xmaw g mengundi... ak akan undi siapa yang layak untuk menjadi pemimpin bkn sahaja berdasarkan pengalaman n manifesto yang di taip panjang menjela...tetapi berdasarkan jugak personaliti n sifat org tu sendiri... may b ak xkenal calon tu tapi ak judge berdasarkan pemerhatian menggunakan mata dan akal kurniaan ALLAH... sometimes we have to be judgmental... tipu la kamu dan kamu xpenah judge org laen...

actually ada sebab napa aku agak xgemar campur tgn politik... sb bla berpolitik mostly org2 akan jadik taksub dgn parti... pastu bla jumpa org yg x sefahaman dgn parti dia mulalah timbul perasaan yg xpatot timbul... perasan cam na 2??? ala... xfaham ka buat2 xfaham??? klu xfaham pk la sndrik sampai faham...ak cakap berdasarkan pengalaman... family sendirik bermasam muka sesama sendirik... kadang2 1 parti pom ble gaduh bla masing2 berpihak kepada pemimpin2 yang berbeza... ak bohsan + fobia ngan suma ney... klu takat tym pilihan raya jak xpa jugak... ni melalut sampai 7 keturunan(hyperbola lak)... ap ke hal nya??? napa semangat assabiah tu terlalu kuat sampai kita lupa yg kita suma ni hamba ALLAH... pegang pada agama n budaya yg sama... perjuangan pom sama... (laen la klu niat masing2 nak berkuasa n bukan berkhidmat pada rakyat or kengkawan 1 fakulti) tepuk dada tanya iman... 

ak dalam mood yg baek walaupun kesihatan xbrapa baek... xda emo pom walaupun kamu dan kamu baca seperti ak sedang dalam ketensenan or kemarahan yang membara-bara...ak cuma dalam keadaan yang sedikit mental di sebabkan kepala yg terasa berat dan hidung yg penuh air...sebab tu la aku kelihatan seperti emo+merepek-repek...hoho...ak sk suasana pilihan raya walaupun kampus aku yg kecik 2 xsemeriah kat bangi... ak penah tgk ka pilihan raya kat bangi???? ok... ak hanya membayangkan di sana lebey meriah... sebelum ak merepek lebey panjang... ak nak wish ili yang menang kerusi fskb 3rd/4th year congratulation n semoga berjaya menjalankan tugas yang kami suma amanahkan kepada anda... ok... dia xbaca blog ak... ble x sesiapa smpi kan amanat ak ney kat dia??? xbley??? xpa nti ak jmpa dia ak smpikan sndrik...hoho... k la pala dah jerit 'stop typing plz!!!'... ok papai...
(-,-')

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.(Muslim)


2 comments:

Kembara si bakal jenazah said...

vote pika..=)

picairin said...

xmsuk btanding... vote ifa... dia janji 1 atm sorg kat dlm surau...hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...