Thursday, September 29, 2011

Officially graduated!!!

PERSIAPAN KONVOKESYEN DUNIA
baju: otter baju mak yang dah tak padan
kasut: pinjam mak punya 
tudung: ambik mak punya
make up: tempek-tempek bedak cam selalu


PERSIAPAN KONVOKESYEN AKHIRAT
solat:
puasa:
sedekah:
zakat:
amal jariah:
make up: mulut?? mata?? telinga??
[tersentap!!!!]


Alhamdulillah selamat konvo pada 26 September 2011...hari itu dalam sejarah...=D



Sunday, September 25, 2011

konvokesyen 2011


Hanya UKM ceria warna warni
warna jubah mengikut fakulti
buat semua siswa siswi
di semua universiti
selamat bergraduasi
terutama buat siswi-siswi pinky
UKM tetap dihati
jumpa anda semua isnin nanti
=P

Sunday, September 18, 2011

skincare vs make-up

Skincare product mahal vs make-up product mahal...investment mana better? 
[copy daripada status seseorang di mukabuku)


okayyyy... apa jawapan anda???


bagi saya... pelaburan pada produk penjagaan kulit lebih bernilai berbanding pelaburan pada alat solekan..apa itu produk penjagaan kulit??? produk yang menjaga kecantikan dan kesihatan kulit...hehe... apa itu alat solekan??? alat untuk berkarya pada wajah...hehe...kenapa saya memilih produk penjagaan kulit berbanding alat solek???

1. produk penjagaan kulit berfungsi merawat/melindungi kulit sebaliknya alat solek berfungsi menutup segala kecelaan yang terdapat pada kulit...tindakan alat solek disini kelihatan agak plastik... hanya untuk cover... ambik plastik tutup muka...=P

2. bukan setiap masa kita dapat menempek zon bahaya dengan alat solek... takkan duduk rumah pun nak bersolek...nak tidur pun bersolek... duk rumah kemas rumah tengok tv pun bersolek... eh siapa cakap kat rumah tak da orang nak tengok...kalau member datang secara mengejut cam na??? takkan nak suruh dia tunggu sebab nak make-up.. erk...dan yang paling penting bak kata sorang pengomen status kat atas tu... depan suami mestilah nak cantik... takkan nak biaq make up kat muka 1hari kot... owh saya rasa sangat plastik...

3.  kalau skin care product tu serasi dengan muka dengan izin ALLAH... muka bertukar licin, mulus, bercahaya...muka yang cantik tak perlu make-up yang banyak... go for natural look...

tu ja la point saya... tapi make-up murah pun bahaya juga... natural product selalunya lebih mahal harganya...takut bahan kimia yang digunakan boleh merosakkan kulit... nak senang pakai compact powder macam saya sudah.. tayah make-up walaupun tak secanteks uols... wasting time...hehe..sebenarnya malas...=D 

itu pendapat saya... apa pendapat kamu, kamu dan kamu??? =D

usaha, tawakal dan redha

160911


Kehadapan hati,
Tolonglah percaya
ALLAH tahu apa yang terbaek untuk hambaNya
Silalah bersabar
ALLAH sedang menguji tahap keimanan mu
Yakin yakin dan senantiasa yakin
Doa akan dimakbulkan


bisik-bisik: Alhamdulillah diharapkan nikmat ALLAH ini merupakan langkah pertama memacu ke trek yang sudah lama diimpikan.. permudahkanlah Ya ALLAH langkah-langkah seterusnya agar aku memperoleh kebahagiaan dan kejayaan didunia dan di akhirat....ameen~


Apa yang memang bukan miliki kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya [iluvislam.com]


Summary: usaha >>> tawakal >>> redha


Kerana ku yakin ALLAH sebaik-baik Perancang ~

Saturday, September 17, 2011

Syawal 1432H

Assalamu'alaikum..


Belum terlambat kiranya saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua...=D


Boleh dikatakan raya tahun ini sangat berbeza dengan kebiasaan pada tahun-tahun lepas... tiada aktiviti berkunjung yang dijalankan pada hari raya tahun ini... langsung tiada...Yang ada cuma aktiviti menerima kunjungan semata-mata... jutaan maaf juga diucapkan buat semua yang berkunjung tahun ini kerana hanya kuih raya dan air ribena yang mampu tuan rumah sediakan memandang kejutan besar pada 1 Syawal...=)


princess yang sepatutnya lahir pada 13 September lahir 2 minggu lebih awal.. mak dan abah terpaksa bersengkang mata semalaman tidak tidur pada malam raya menanti kelahiran cucu ke tiga mereka di Hospital Sultanah Bahiyah... Alhamdulillah tepat jam 3.32 pagi anak saudara saya yang diberi nama Nur Falesya Umayra selamat dilahirkan... Walaupun segala perancangan aktiviti bermula malam raya gagal... sejujurnya hati sangat kecewa kerana saya sudah bersiap-siap dan merancang meneruskan aktiviti malam raya tersebut walaupun hanya berdua dengan adik [rancangan asalnya berempat iaitu bersama-sama kedua ibu bapa saya]...tapi niat murni kami dihalang abah kerana risau keselamatan kami dek manusia-manusia berhati hitam yang giat menjalankan aktiviti tidak berakhlak tidak kira bulan puasa atau pun tidak di sekitar kawasan perumahan saya...=(


Serius saya katakan raya kali ini tidak serupa raya... saya langsung tidak merasakan yang saya sedang beraya... hehe... Namun, hati terubat bila melihat bayi comel seberat 3.12kg ini... kenduri aqiqah Nur Falesya Umayra juga mengubat lara... terasa kemeriahan apabila ramai saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga yang hadir.... thanks untuk semua yang menghadirkan diri... maaf la ya... post ni serupa karangan bahasa Malaysia budak darjah 6... penangan dah lama tak mengarang ayat...hehe... sebelum menggostankan diri, selamat istiqamah dalam beribadat buat semua muslimin dan muslimat serta selamat mencanting kain putih buat kakak dan abang ipar saya... Bye~


Tika ada tangisan yang menandakan kelahiran....
Terdengar sahutan tangisan ratapan kematian...
Hidup ini hanya sementara...
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali...


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)" [29:64]




baru dan lama
love both
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...