Showing posts with label hematology task. Show all posts
Showing posts with label hematology task. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

bloody Saturday

270111 


hari yang ditunggu-tunggu muncul mengikut peredaran masa yang ditetapkan.. tak terlambat tak tercepat... menikut aturan ALLAH sepenuhnya... Subhanallah... aku terpilih ke tesco kajang bersama Yan,Ifa, Sheril dan Yus...


masa: 9pagi
tempat: Plaza Rah ke Medan Selera sebelah HKL...


perut saya, yan dan Ifa menyanyikan lagu keroncong secara triet..mungkin banyak tenaga dah dilaburkan semalam.. membuat otak mengarah pengambilan glukosa diambil segera bagi membolehkan aktiviti pada hari tersebut dapat dilakukan se maksima mungkin.. ya!! menurut arahan!!! roti canai telur 1!!!! nyummyyyy...kuah kasi bah...hehe...walaupun kat utaqha banjir tu panggei bah... tapi roti canai banjir tetap roti canai banjir aku rasa...orang utaqha tak panggei roti canai bah..hee... sila jangan guna loghat ikut logik...harap maklum...=P


masa: 9.45pagi
tempat: PDN


bertemu dengan kak sheriza yang cantik untuk mendengar taklimat ringkas sebelum menaiki prado bertolak ke Tesco...


masa: 10 lebeh
tempat: Tesco Kajang


bermulalah tanggungjawab sebagai seorang promoter kurang bertauliah... Ifa pegang poster dan saya sebagai pengedar flyers tanpa lesen...fuuhhh.. jangan nak kata segan... memang kena tebaikan muka berinci-inci tanpa menggunakan make up... ada yang langsung tak pandang.. mungkin dia pekak tak dengar apa yang saya cakap atau pekakkan diri malas nak ambil tahu hal sekeliling... ada juga yang appreciate... tanya macam-macam, senyum, panggil kami nak tahu tentang program.. ada juga yang wat sign talk to the hand...hahahha999. sabar ja la... cabaran ini membuatkan diriku begitu berharga..erk...hehe.. membuatkan saya memahami bagaimana perasaan seorang promoter...lain kali tak leh wat dunno jak.. atleast cakap maaf saya tak berminat dengan cara baik... ingat... !!! letakkan diri dalam kasut orang lain omputih kata...dah kena batang hidung seniri baru mau ingat ka?? 


yang paling besh... kehadiran kami membuatkan adrenalin promoter lain membuak-buak... buktinya... time pagi tu promoter tu buat kerja sambil lewa jak.. petang tu... semangat beratur sebelah kami... yang kedai tak edar pamplet pagi tu pun join sekaki tunggu depan eskalator bersama kami untuk edar pamplet... meriah jak tetiba...hahaha999.. pas kami dah habes edarkan flyers...muka-muka promoters tadi pom sama-sama ilang...erk... hahaha999.. kami tak habes-habes update bilangan penderma yang menderma... doa supaya mencapai target mengiringi setiap kali mengetahui jumlah perderma terkini... =) ya..Hanya ALLAH bisa membuka hati orang ramai untuk menderma... kita hanya berusaha... dan Dia menentukan segalanya... usaha semakin keras... 


Yan, Sheril dan saya juga mencuba nasib untuk menderma.. alhamdulillah..saya dan sheril lepas... walaupun bp saya berada pada border line...uhuk... low blood pressure...patot cepat letey...huhu...alhamdulillah penderma terakhir seorang warga Iran menjadikan jumlah penderma menjadik 32orang... tahu tak last time diorang buat kempen ni kat sini berapa diorang dapat??? 15orang sahaja.. so kejayaan agak terasa... we successfully double the amount of donors... thanks ALLAH...clap333...


masa: 5 lebey
tempat: tesco kajang ke rumah pm dr balkis


pas dah lipat kusi meja dan salam minta diri nak balek... kami bergegas berebut 2 kotak limau ngan pembeli belah tesco... dr balkis call tanya kami kat mana... erk... dah janji mau pegi rumah beliau... siap dia dah lukih peta gik... so cepat-cepat melarikan diri ke kaunter untuk bayar duet limau dan menuju ke kereta sheril... pendek cerita selamat tiba di rumah dr balkis walaupun melilau gak carik rumah tak jumpa... uhuk... solat dan makan... dr balkis melayan kami baik sangat-sangat... siap wat photoshoot gi kat lam umah dia... hehe... pas maghrib kami beredar... tiba dirumah dalam keadaan letey bercampur penat dan tired... tapi happy sesangat teramat...hiks...pengorbanan yang berbaloi-baloi... =))))))))


the end

"Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya Dia akan menggandakannya dan akan memberi darisisiNya pahala yang amat besar.” (4:40)

"Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana ALLAH akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan." (9:105)

Monday, January 24, 2011

cramp

210111
one day before the events...


Plaza Rah-UKM KKL-PDN-UKM KKL- Plaza Rah- UKM KKL-kedai fotostat-Plaza Rah-Kedai fotostat-Plaza Rah


tu perjalanan saya pada hari tersebut.. pada pukul 9 pagi bertolak ke fak sebelum melangkah kaki ke PDN bersama nonad dan che yang... sampai lebih awal dari masa yang dijanjikan... alhamdulillah... mendengar taklimat tentang program dan menerima 15keping poster untuk dipromosikan... 9 orang ahli kumpulan perlu pergi ke dua tempat blood drive yang berbeza... 5 orang di tesco kajang manakala yang selebihnya ke Tesco Selayang... maknanya perlu double kan kerja... setelah itu, kaki segera menuju ke fakulti untuk mengikuti satu persatu proses yang membolehkan kami menampal poster di fakulti..sambil itu tangan ligat menghantar sms pada setiap ahli kumpulan untuk bertemu pada pukul 11 pagi... pertemuan membuahkan idea2 untuk menyediakan 80 bookmarks hand made buat penderma yang baik hati di tesco Kajang dan tesco Selayang, cenderahati buat PDN yang membenarkan kami menyertai blood drive mereka dan 400 flyers untuk diedarkan kepada orang ramai...untuk publisiti di facebooks kami tugaskan shira untuk membuat event dan status supaya kami hanya perlu menjemput sahabat masing ke event tersebut dan copy paste status di facebook masing-masing...


saya dan Ifa menampal poster diserata tempat dalam fakulti selepas makan tengah hari... Nonad pula menuju ke Mydin membeli barang-barang... saya pulang ke rumah dahulu untuk merehatkan diri dan mencari gambar-gambar dan quotes yang sesuai untuk flyers dan book marks...pada pukul 3petang... Nonad, Che Yang, Ifa dan saya mengkreatifkan diri masing-masing menyiapkan bookmarks dan flyers.. aktiviti seni kreatif ini selesai hampir pukul 7 petang... kami memanjangkan kaki ke kedai untuk print dan fotokopi... alamak!!! we got a problem.!!! flyers terlalu complicated dan crowded... masing-masing dah panik kerna kedai fotostat depan fakulti sudah tutup... melangkah ke kedai lain...
"kak...kedai ni tutup pukul berapa??"
"pukul 10 malam"
alhamdulillah still got time to edit and print yang baru dan fotokopi... terus balek ke rumah untuk mandi dan solat... perut mendendangkan lagu rock tanpa di request... sementara Yan mengedit flyers yang lama... kami makan di Alia... suka pinggannya... bentuk 4segi putih tu...suka...hee...


pukul 9 malam terpaksa la 3 anak dara merentas jalan raya menuju ke kedai fotostat yang agak jauh tu...alhamdulillah sempat... tiba-tiba... printer tak mau ikut arahan yang kami berikan... masing-masing dah bingung... hanya mampu berdoa dan bertawakal dalam hati...dugaan datang menimpa-nimpa... mujur akak tu memberi solusi dengan menggunakan kemahirannya fotokopinya... alhamdulillah..dapat seperti yang kami inginkan... berita ketidak hadiran ahli kumpulan yang menetap di Kolej Tun Syed Nasir 1 pula merunsingkan... persoalan "sempatkah?" bermain di minda setiap orang... walaupun letih... tenaga dikerahkan untuk menyiapkan proses laminate, potong, puncher, ikat reben dan sebagainya... pukul 12 lebih semuanya selesai... alhamdulillah...rasa nikmat selepas berjaya walaupun banyak dugaan perlu dilalui dan penat teramat...kakiku cramp!!  debaran untuk menjalankan tanggungjawab pada esok hari mula menghantui...


hasilnya...




to be continued  

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [21: 35]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [2:214]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...