Showing posts with label DEDICATION. Show all posts
Showing posts with label DEDICATION. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Happy Birthday ke 60

sedar tak sedar
abah makin tua.
sudah tak segagah dulu.
rambut hitamnya sudah tak kelihatan
hatinya kian sensitif


namun begitu,
dimataku dialah
lelaki yang paling gagah
dihatiku dialah
lelaki yang paling kacak
diingatanku dialah
lelaki yang paling baik


terima kasih abah kerana menjaga diri ini
terima kasih atas segala pengorbanan dan penat lelah
terima kasih atas leteran membinamu


sayang dan akan senantiasa menyayangimu
the best abah in the world
May ALLAH bless u

Thursday, August 18, 2011

Hari kemerdekaan daripada kejahilan

Walaupun sudah sehari berlalu.. 
saya masih mahu mengucapkan...
Salam Nuzul Al-Quran..
dan...
 Selamat menyambut ulang tahun kemenangan orang Islam dalam peperangan BADAR...
mari membudayakan pembacaan Al-Quran di mana-mana sahaja kita berada...
AYUH!!! =)

Tuesday, July 19, 2011

1+1=2

seorang demi seorang meninggalkan dunia solo
menuju ke fasa kehidupan baru 
bermula dengan lafaz ijab dan qabul
maka hubungan yang haram
menjadi halal, penuh barakah
lafaz-lafaz doa mengiringi perjalanan ke pintu gerbang 
yang menghubungkan antara dua alam


sebaik kaki tertapak di muka pintu
tanggungjawab berat tergalas di bahu
ganjaran pahala berterbangan di sekeliling
syaitan mula memainkan peranan meruntuhkan mahligai
kesabaran dan ilmu sebagai pendinding
doa kudus terutus selalu
hanya ALLAH sebagai penentu
dipanjat doa berkekalan sehingga ke syurga


tahniah buat semua sahabat-sahabat yang selamat bergelar isteri...=)


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja di antara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (riwayat bukhari dan muslim) 


"Dan kahwinlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana ALLAH Maha Luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." (24:32) 


Thursday, June 23, 2011

takziah

kematian mempunyai hikmah yang tersendiri buat kita yang masih bernyawa


kematian merangsang refleksi diri
kematian merancang revolusi diri
kematian menghisab pelaburan ukhrawi
kematian mengejutkan dari mimpi-mimpi indah duniawi
kematian mengingatkan kewujudan alam abadi
kematian memotivasi diri


mari mengira baki masa yang tinggal untuk jantung berkhidmat mengepam darah ke seluruh badan, antibodi giat mempertahan badan daripada serangan penyakit dan hati bertungkus lumus menyahtoksik... berapa tahun lagi yang tinggal?? atau berapa bulan lagi?? atau berapa jam lagi?? atau berapa minit lagi?? atau berapa saat lagi yang tersisa?? 


entah-entah nama kita sudah diterima Izrael.. kemudian nyawa akan dicabut tanpa sesaat pun terlewat... tiada peluang kedua yang akan diberi untuk persiapan ke sana.. apatah lagi peluang ketiga untuk bertaubat... hanya ada satu nyawa dan satu peluang... jangka masanya pula tidak diketahui.... rahsia Ilahi... mahu melakukan pada saat-saat akhir... persoalannya sempatkah tua??sempatkah untuk bertangguh-tangguh?? 


buat keluarga abang ipar saya... takziah atas kehilangan seorang ahli keluarga yang masih muda... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...ameen~


first handphone... 2nd hand... sebab tu hanya bertahan setahun lebih sahaja... sangat sayang handphone kecik itu...yang pergi... biarkan ia pergi...

'MilikNyalah kerajaan langit dan kerajaan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu' (57:2)


Thursday, March 24, 2011

saat-saat terakhir

tirai semester terakhir akan berlabuh tidak lama lagi
setiap kali terjadinya pertemuan persediaan untuk berpisah perlu dilakukan
kerana pertemuan dan perpisahan datang dalam pakej
tiada pertemuan tanpa perpisahan
tiada perpisahan tanpa pertemuan


sekejap benar masa berlalu
masih terasa bahang kepenatan di minggu suai kenal
kini semua akan kembali kepada keadaan asal sebelum pertemuan
bersendirian membawa haluan
mencari arah hidup masing-masing


kenangan indah akan membuatkan kita menangis
mengenang saat yang mungkin tak kan berulang lagi
kenangan pahit akan membuatkan kita tertawa
mengenang kebodohan diri yang tak terduga akal
namun... dengannya diri menjadi lebih matang


mahu ku rai setiap detik-detik terakhir di sini
biar ku melangkah keluar dengan rasa puas
tik tok tik tok
semakin dekat kepada perpisahan
juga semakin dekat pada hari perhitungan amal
berpisah di dunia
moga berjumpa lagi di taman syurga yang kekal
Ameen~


dedicate to all Biomedian 4th year batch 2007-2011 UKM
Ukhuwah fillah abadan abada
love, love and love
=)






Saturday, February 19, 2011

buat dia~



mudah bagi ku menuturkan sabar... hanya yang menanggung tahu apa pahit masin dan pedasnya...namun ketahuilah wahai teman... kata sabar ku itu untuk membuatkan kau tahu aku peduli dan prihatin atas penderitaan yang kau alami.. kata sabar ku itu untuk menyedarkan kau yang aku ada bersama kau... moga ALLAH membalas rasa sabar kau itu dengan sesuatu yang lebih mahal berbanding emas dan lebih kekal berbanding harta benda...dan seandainya aku berada pada situasi yang sama... kau tolong pulangkan perkataan sabar itu kembali kepada aku... 

takziah atas kembalinya tunang kau kepada Pemilik kita...biarpun tinggal beberapa hari saja lagi kau bakal jadik milik ALLAHyarham... mungkin dia bukan jodoh kau... moga ALLAH memberi kau kekuatan menjalani kehidupan mendatang...dan dipertemukan dengan lelaki yang sebenar-benarnya jodoh kau... redha lah dengan ketentuaanNya..
Laa tahzan...

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (53:43)

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” ( 12:87)


Tuesday, January 18, 2011

kau yang teristimewa

180111

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka

Engkau hiburkan selalu



Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Tempat menyatakan kasih

Wahai ibu



Betapa tidak hanya engkaulah

Yang menyniari hidupku

Sepanjang masa engkau berkorban

Tidak putusnya bagai air lalu



Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Tempatku menyerahkan kasih

Wahai ibu





selamat ulang tahun kelahiran buat bonda tercinta yang genap umurnya 51 tahun hari ini... moga Allah terus memberkati,memberi hidayah dan petunjuk serta memberi kesihatan yang baik... ameen...  
mak terbaik antara yang terbaik...
love, love and always love u mom...=)


Rasulullah Saw ditanya tentang peranan kedua orang tua. Beliau lalu menjawab, "Mereka adalah (yang menyebabkan) surgamu atau nerakamu." (HR. Ibnu Majah)
[Penjelasan:Kalau berbakti masuk surga dan kalau bersikap durhaka kepada mereka masuk neraka]

Termasuk dosa besar seorang yang mencaci-maki ibu-bapaknya. Mereka bertanya, "Bagaimana (mungkin) seorang yang mencaci-maki ayah dan ibunya sendiri?" Nabi Saw menjawab, "Dia mencaci-maki ayah orang lain lalu orang itu (membalas) mencaci-maki ayahnya dan dia mencaci-maki ibu orang lain lalu orang lain itupun (membalas) mencaci-maki ibunya. (Mutafaq'alaih)



Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha


Dengan ini diumumkan hari raya aidiladha jatuh pada hari selasa 17 november 2010 bersamaan 10Zulhijjah 1431hijrah..=)

wanna wishing all readers Happy eiduladha...

semoga pengorbanan yang TELAH dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah dan beroleh balasan syurga diakhirat kelak...

semoga pengorbanan yang SEDANG dilakukan akan berterusan..

semoga pengorbanan yang AKAN dilakukan merupakan pengorbanan yang terbaik yang mampu kita berikan...

moga-moga kita mampu menunaikan ibadah khusus pada bulan Zulhijjah iaitu ibadah korban dan melengkapkan rukun islam ke5 hatta sekali seumur hidup...ameen...

tika saudara-saudara kita berhimpun di Mekah Al-Mukarramah asyik beribadat mengimpikan haji mabrur...kita disini juga boleh berkorban masa dan tenaga menunaikan ibadat-ibadat sunat yang special pada hari aidiladha tersebut... ya kita semua sedia maklum dan faham rutin aidiladha tersebut... just mengingatkan diri dan rakan-rakan yang mungkin terlupa... berikut merupakan ibadat special tersebut... yang hanya kita boleh amalkan setahun sekali... so whats are u waiting for?? take this opportunity to gain more and more pahala... insyaALLAH..

1.Bertakbir 

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
2. Berkorban 
Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
3. Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat raya
Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

4. Memakai pakaian terbaik yang ada

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian yang tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam). 
Perlu diperhatikan, bahawa pakaian yang terbaik dan bagus bukan bererti pakaian yang baru!! 

5. Menjamah makanan sehingga pulang

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)
6. Berjalan Kaki Menuju Tanah Lapang

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

7. Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

8. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama.

selamat berusaha mendekatkan diri padaNya...=)


Saturday, November 6, 2010

cintaku...


NASIHAT IMAM SYAFIE

PANDUAN BERSAHABAT

1.Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.  Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.  Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.  Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.  Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.  Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?  Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.  Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.  Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku.  Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.  Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.  Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya.  Peliharalah cintamu terhadap mereka.  Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.  Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.  Tidak ada 
yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku.  Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.  Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.  Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati.  Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.
Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.  Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.  Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.  Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.
Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.  Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.  Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.  Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.  Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.  Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.  Berpisah dengannya bererti istirehat.  Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.  Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.  Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.






istimewa buat insan-insan yang ku cintai...


Siti Khadijah Bt Ismail
seindah nama begitu juga indah orangnya... ketawa dan tangisan mengiringi persahabatan kita...terlalu banyak saat suka saat duka... akan aku simpan kemas memori itu dalam folder kenangan terindah...
jah... jaga diri lek lok...gonna miss u...sangat rindu...=(


Nurul Najwa Bt Ismail
kecik.!!! panggilan yang sesuai dengan orangnya yang sangat comel... terhibur hati bila terbayang kecomelan kamu menjadi driver pesona...
najwa... hati-hati bila di Manchester nanti... akan senantiasa merindui kamu...rindu dan rindu..


Nur Izwani Bt Abdul Wahab
"hampa tau dak".... trademark gadis bermata sepet ini... serba serbi berita terbaru di kmk tahu... semua orang kenal... sifat peramah warisan daripada mak ayah...ceria suasana bila berkolaborasi dengan zu...
wani... make sure ada bila kita gather ramai-ramai...!!! mesti..!!! okei..??


Zureza Bt Ahmad Mokhtar
kau penghibur... tanpa mu sepi menyelubungi... kehebatan mu semestinya kejujuran... setiap bait yang keluar dari bibir mu bebas tanpa perlu melalui sebarang tapisan termasuk lapisan ozon... pernah juga ia menghiris hati... tapi magic portion persahabatan kita menyembuhkan tanpa meninggalkan sedikit pom parut... masih ingat tangisan kamu di masjid terindah kita... masih ingat tangisan apakah itu?
zu... sangat sayang kamu...


Bahijah Bt Baharon
jiran tersayang di KMK... orang yang selalu meleteri aku... sudah lama leteran itu menyepi...aku rindu leteran kamu... rindu teramat sangat...


Shazwani Bt Ahmad Shufni
bilik siapa yang menjadi tempat kita berkumpul saban waktu di matrik? =) insan yang sentiasa memastikan hubungan nya dengan rakan-rakan tak pernah mati... panggilan mu senantiasa ku tunggu... have a reward for you... nah... great friend award...
shaz... thanks sebab banyak bersabar dengan kerenah sahabat mu ini... =)


Izzatiatiyyah Bt Badri Sham
spageti membuatkan ingatan aku pada insan ini tak pernah pupus... kesedapannya kelazatannya... membuatkan air liurku mencurah-curah ke ladang gandum... bila mau makan ramai-ramai lagi ya kat rumah kamu??? hee... =P


Nur Najmi Bt Azmi
still remember kat mana kita selalu lepak bersama after habeh spm??? yup... at ur house... chatting, cookng, watching movies, gosipping...miss that dear...huhu


moga persahabatan antara kita seindah persahabatan Rasulullah dan Abu Bakar...
love you guys soooooo much...


Sunday, September 12, 2010

'aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua...

daun-daun yg dibuka dan dibersihkan

1st, 2nd, 3rd n 4th ketupat handmade yg berjaya dibuat..=P

ketupat yg siap dimasak

nyummy tym...^^

p/s: dah tua-tua baru belajar buat ketupat... 1st time buat coz my mom jarang wat ketupat untuk umah ni... buat kat umah tok selalu la...ni pom buat sebab officemate mak bagi daun palas ni...hehe...kat umah tok xberani try...ni wat pom sebab untuk seisi umah jak... buat sikit jak...hehe...

"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur." (2:185)

Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”  (Ibnu Majah)

Monday, May 17, 2010

A.T.I.Q.A.H.

A RAP SENANTIASA DALAM RAHMAH NYA...
T EMAN SEJATI PENAWAR HATI...=)
I NDAH BANGAT SAAT BERSAMA KAMOO...^^
Q AH'S GENG TETAP DI HATI...WALAUPUN HANYA ADA 2 AHLI...HEHE...
A KU SAYANG KAMOO...XLEY LAWAN STATEMENT BERANI MATI ANG KAT ZAI..=P
H APPY BIRTHDAY!!!!! SEMOGA SEMAKIN MATANG!!!HA999...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...