Showing posts with label FYP. Show all posts
Showing posts with label FYP. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

5th day lab

180111
Plaza Rah-IJN-USIM Pandan Indah-IJN-Plaza Rah
last lab for biomarker test
insyaALLAH
genetic marker test coming soon
just 2months left before tesis presentation
so many undone tasks
lots of pressure
laziness and laghoness... plz go away!!! 
focus on works and assignments
Ya ALLAH
help me


Monday, January 3, 2011

tesis: on the way


 writing in progress...



"Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." (39:9) 

"Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu (agama) beberapa derajat." (58:11) 

Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga. (HR. Muslim)

Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majelis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka ... neraka. (HR. Attirmidzi dan Ibnu Majah)

mudah-mudahan dipermudah..

Friday, November 26, 2010

saya pandang saya lihat

251110

IJN atau nama penuhnya Institut Jantung Negara memanggil-manggil saya memungut data demografi (subjek-subjek saya punya research punya maklumat diri like race, age, etc)...so saya menyahut panggilan tersebut dengan menganjurkan acara walking for burn (bukan pembakaran lemak secara terbuka ok..tapi pembakaran kulit..hehe..) ke sana bersama-sama peserta tetap acara ni iaitu cik Hajar merangkap my lab mate... so dengan penuh dedikasi melangkah dari Plaza Rah ke IJN dibawah cahaya matahari yang gemilang memancarkan haba dan sinaran UV tanpa segan apatah lagi silu...


setiba disana kaki secara automatik mengarah ke lab research..malangnya hatta bayang-bayang kak Fazlina aka RA IJN yang membantu kami dalam penyelidikan ini tidak kelihatan... nampaknya acara pandang-pandang jeling-jeling pula menyusul.. pelbagai gelagat manusia di observe dan catatan keputusan dan analisis data dilakukan menggunakan software minda kurniaan ALLAH...


si satu sudut kelihatan seorang kanak-kanak lelaki terbaring di katil disorong oleh ahli keluarga.. kecil-kecil lagi diuji sebegini detik hati saya... jantung ni cam saya dan anda semua tahu 1 of the most important organ... jantung mati.. bahagian lain pun akan mati sebab bekalan oksigen dan nutrien ke bahagian-bahagian badan berhenti layman kata...


kalau orang-orang yang baca tulisan saya dari dulu mesti perah santan yang saya selalu menimbulkan soal sihat sebelum sakit...sebab yang pasti saya tak tahu... sebab yang tak pasti mungkin kerana saya selalu sakit, saya pelajar sains kesihatan atau mungkin sakit itu perkara yang sering terjadi di sekeliling kita.. rasanya hampir semua yang bergelar manusia pernah merasai ujian ini..


berbalik kepada kanak-kanak tersebut.. bezanya dia dengan saya... umur dan jangka masa ujian... ujian itu hadir pada saya dan mungkin juga anda bermusim.. tapi lain pula keadaan kanak-kanak ini.. sakit itu senantiasa menemani bak teman setia... umur sudah pasti la.. saya pada umurnya..sibuk melasakkan diri ke hulu ke hilir macam tak kenal rumah... dia pula menghabiskan masa dengan bau-bau ubat yang kurang menyenangkan..


perlukah kita bersyukur???


sangat perlu.. saya kira kanak-kanak ini peratus syukurnya pada nikmat kesihatan melebihi peratusan saya dan anda...kerana dia jarang merasa sihat.. manusia ni bila sentiasa dikurniakan nikmat kita lupa apa rasanya... tak faham?? okay cenggini...contohnya kita selalu sangat makan coklat (ni bagi orang yang gilakan coklat cam saya la ok..anda yang lain bayangkan makanan yang anda suka..).. selalu sangat dapat makan... lama-lama kita jemu.. dah tak rasa kenikmatan coklat tu..tapi cuba kalau kita orang miskin susah sangat nak dapat coklat tu.. dah dapat tu.. fuh nikmatnya hanya ALLAH saya yang tahu...macam tu jugak nikmat sihat...sebab tu kadang-kadang ALLAH uji kita dengan sakit... bukan apa.. Dia sayang kita... nak remind kita suruh bersyukur... Baikkan ALLAH...=)


Dan aku jadikan bagi kamu sekalian keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian) dan kepada Aku-lah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Anbia’:35)


suara-suara leteran tiba-tiba menerobos telinga saya menarik perhatian saya... Aci cleaner marahkan seseorang yang mandi di toilet yang nak dibersihkan... "dah cakap tak boleh mandi kat sini nak mandi juga tak faham bahasa ka." merupakan antara yang dikatakannya... anda jangan ingat anda kerja di pejabat ja tension..kerja Cleaner pun tension tau... bila tension makan la coklat Aci... coklat buatkan badan rembeskan hormon yang boleh buat kita gembira.. tanak coklat pisang pom dikatakan memberikan effect yang sama..hehe... promote kejap...


soal tension tu kita perlu ingat...bukan anda seorang saja yang tension..orang lain pun sama.. tak salah nak tension...yang salahnya menyakitkan hati orang lain... =) saya sekarang cuba praktikkan untuk senyum setiap kali tension.. sebab da kajian mengatakan senyum dapat mengurangkan tension..mesti ikhlas.. cuba senyum sebanyak mungkin sampai anda rasa senyuman anda ikhlas... kalu tak boleh sangat cuba nyanyi lagu Senyum... mesti anda akan tersenyum..=)

senyum...tak perlu kata apa-apa


=)


Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].



"mak teh ni.." hehe... tengok Hannah yang bijak ni bila marah dan tension ngan mak sedaranya yang suka nyakat ni... tak comeyl la marah-marah kakak..hehe...so tak perlu marah-marah ok..=)



Friday, November 12, 2010

12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1

121110

tarikh yang sangat cantik tapi hari nya kurang cantik... bangun seawal 3pagi untuk siapkan graf piawai... awalkan saya bangun???ok yang sebenarnya biarlah saya berterus terang...sebaik sahaja azan isyak saya terus solat isyak dan terus mengayuh ke pulau mimpi... sebab itu saya mampu bangun seawal ni... hehe... tahniah untuk diri saya... sila berikan tepukan paling gemuruh...


semangat berkobar-kobar nak tunjuk dengan sv dan nak tanya ada tak method lain selain manual pakai pembaris tu untuk nak tentukan kepekatan biomarker yang saya uji...melangkah dengan penuh bangga ke fak... sampai jak kat depan bilik sv tercinta...terus jak tangan ni digenggam untuk menumbuk pintu... eh mengetuk pintu...penat pasang telinga depan pintu tu nak dengar suara manis kata "masuk!!"... malangnya ketukan tidak bersahut... tanpa mempercayai keupayaan telinga...tangan kemas mencapai tombol pintu... dan alhamdulillah telinga saya masih berfungsi dengan baik...pintu berkunci...means memang tak da orang ok...kalu tak kunci pun saya tak da la nak buka terus... saya tahu la adab...=P


kaki dah tak tentu arah... setelah melihat kiri kanan... saya memilih untuk ke kanan iaitu ke library... wah kerap benar saya ke library tahun ni... sejak naik tahun 4, akaun saya di library menjadi aktif secara mendadak setelah menjalani 3 tahun fasa hibernasi... hehe... kaki meluru ke tingkat bawah... mata meliar-liar mencari method untuk genetik marker... then belek satu journal ni... bukak satu persatu artikel dalam tu... ok mission fail... napa??? 1st dalam journal yang tersangatlah tebal tu tiada maklumat yang saya nak... 2nd... suma journal tu lama... my sv nak tahun 2000 keatas... untuk elakkan pembaziran masa yang lebih lama... saya mengundurkan diri dari library dan terus ke kafe...


sampai kafe perut yang sudah penuh dengan jus gastrik ni paksa tangan ambik nasi tanpa bagi arahan kat mata suruh usha lauk... ni la akibat kalu ikut nafsu!!! lauk tak da yang menarik hati... sebab dah ambik nasi terus j la capai apa yang ada... bersyukur ok.. orang nigeria nak jumpa nasi pom payah...sila bersyukur..


jika datang tadi penuh semangat balek pula dengan rasa tak kenal siapa yang bernama semangat tu...balik rumah terus buka laptop yang sedia berkhidmat untuk tuannya...yang bestnya laptop saya bagi tazkirah hari ini  yang sesuai sangat dengan situasi saya...memang kamu ni memahami la... muaaaaahhh... sangat sayang kamu Incik Compaq (laptop saya lelaki setelah diuji jantinanya...=P)


dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib keatas tiap-tiap orang Islam." (Ibnu Majjah dan lain-lainnya)

ya wajib..tak payah merungut dan terus menuntut ilmu dengan apa cara sekali pun... err... cara yang baik la ok... jangan letak pisau kat leher dan suruh orang tu pilih sama ada nak mengajar atau nyawa melayang pulak..haippp...positif!!! positif!!! sekarang nak cari cara untuk selesaikan masalah yang masih membelenggu diri ni... saya sedang mencari pakar statistik... sesiapa yang merupakan pakar statistik..sila hubungi saya atau tinggalkan jejak disini...saya sangat memerlukan kepakaran anda menggunakan spss...terima kasih...

dua budak yang busuk yang lupa mak tehnya...haishhhh...


Wednesday, October 27, 2010

4th day lab work

261010
Kg Baru - Pandan Indah - Kg Baru
last  lab before exam
everything goes smoothly
alhamdulillah
bubye lab
see u again after examination
time for analyse data 
and not to forget
STUDY
exam is just around the corner
uhuk..



Tuesday, October 26, 2010

3rd day lab work

251010
Kg baru - Pandan Indah - Kg Baru
lab yg sepatutnya last week delay until this date
owh hati... kenapa kau rasa resah gelisah
pelik tapi benar
entah kenapa
seperti biasa nasik lemak menjadi santapan di pagi hari
menambah lemak yang sedia ada
tapi hati masih gelisah
kaki dipaksa ke USIM pandan indah walaupun diselubungi rasa laen macam
satu demi satu prosedur makmal yang dilakar dituruti



tiba-tiba...
ELISA washer buat perangai!!!!
tidaaaaaaaaakkkkk!!!
kit ni berharga beribu hinggit
tak mampu ku ganti dengan yang baru



alhamdulillah...
segala pujian milik ALLAH...
butang 'esc' menjadi hero pujaan hati =P
selepas di pujuk-pujuk
ELISA washer lembut hati dan akur dengan arahan yang diberikan
alhamdulillah...
terima kasih ELISA washer kerana setia menjadi pemudah kerja
itu saja
terima kasih kalau terbaca
^,^



rabbi yassir wala tu'assir
rabbi tammim bilkhoir


Friday, October 15, 2010

2nd day lab work



141010
Kg baru - USIM pandan indah - Kg Baru
lab yang lebey panjang 
ketelitian dan ketabahan menemani setiap pekerjaan
alhamdulillah...
hari ini memang lebih baik daripada semalam
keletihan pom berganda berbanding semalam
lab tutup 4 hari
selasa depan pukul 8.30pagi insyaALLAH terpacak la dua insan depan lab USIM tu
=)

1st day lab work



131010
Kg Baru - usim pandan indah - ijn - kg baru
1st day lab work yang menguji ketahanan minda dan fizikal...
yahooo i passed it!!!
walaupun ada kesilapan teknikal yang tak memuaskan hati dan sanubari...
esok lebih baik...
insyaALLAH...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...