Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Terengganu getaway

Date: 29 February 2011
Setting: Terengganu
Nasihat penaja: Jom bahasakan mulut cakap subhanALLAH rather than canteknya okay. Jom practice sama-sama kay. =)

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH
sekian =)

Assalamua'laikum

Wednesday, February 8, 2012

8 Fakta tentang Kelantan dari pemerhatian selama 6 hari

1. Tak semundur seperti yang dijangka/bayang/dengar
2. Lembu dan kambing berkeliaran di tepi-tepi jalan seperti kucing
3. Tulisan jawi terdapat hampir di setiap papan tanda
4. Harga makanan jauh lebih murah daripada KL
5. Padang besar mereka ialah Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur
6. Pusat bandaraya Kelantan lagi up dari pusat bandaraya Perlis dan Kedah
7. Makanan dan minuman semuanya manis
8. Nasi berlauk tanpa sayur [memang tak da sayur or kebetulan saya pegi tempat yang tak da sayur?]


Laporan disediakan oleh,


Sunday, October 2, 2011

Falesya after a month


ramai yang ternanti-nanti kehadiran si kecil dalam hidup
ada perkahwinan mencecah 5 6 7 tahun
tapi ALLAH belum mengizinkan kehadiran si kecil 
untuk memangkin kebahagiaan sesebuah keluarga
tapi ada segelintir yang dianugerahkan nikmat ini dan mempersiakannya
bayi-bayi comel dibuang tanpa belas
dipertanggungjwab atas dosa ibu bapa nya
dihukum atas kesalahan yang belum sempat dia kenali



pssssttt... kadang-kadang kita alpa untuk bersyukur atas nikmat yang ALLAH hadiahkan untuk kita... bila melihat, mendengar mereka yang kurang bernasib baik... yang sangat mengharapkan apa yang kita miliki... tika itu baru hati terdetik... Alhamdulillah beruntungnya aku...

Thursday, September 29, 2011

Officially graduated!!!

PERSIAPAN KONVOKESYEN DUNIA
baju: otter baju mak yang dah tak padan
kasut: pinjam mak punya 
tudung: ambik mak punya
make up: tempek-tempek bedak cam selalu


PERSIAPAN KONVOKESYEN AKHIRAT
solat:
puasa:
sedekah:
zakat:
amal jariah:
make up: mulut?? mata?? telinga??
[tersentap!!!!]


Alhamdulillah selamat konvo pada 26 September 2011...hari itu dalam sejarah...=D



Sunday, September 25, 2011

konvokesyen 2011


Hanya UKM ceria warna warni
warna jubah mengikut fakulti
buat semua siswa siswi
di semua universiti
selamat bergraduasi
terutama buat siswi-siswi pinky
UKM tetap dihati
jumpa anda semua isnin nanti
=P

Sunday, September 18, 2011

usaha, tawakal dan redha

160911


Kehadapan hati,
Tolonglah percaya
ALLAH tahu apa yang terbaek untuk hambaNya
Silalah bersabar
ALLAH sedang menguji tahap keimanan mu
Yakin yakin dan senantiasa yakin
Doa akan dimakbulkan


bisik-bisik: Alhamdulillah diharapkan nikmat ALLAH ini merupakan langkah pertama memacu ke trek yang sudah lama diimpikan.. permudahkanlah Ya ALLAH langkah-langkah seterusnya agar aku memperoleh kebahagiaan dan kejayaan didunia dan di akhirat....ameen~


Apa yang memang bukan miliki kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya [iluvislam.com]


Summary: usaha >>> tawakal >>> redha


Kerana ku yakin ALLAH sebaik-baik Perancang ~

Saturday, September 17, 2011

Syawal 1432H

Assalamu'alaikum..


Belum terlambat kiranya saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua...=D


Boleh dikatakan raya tahun ini sangat berbeza dengan kebiasaan pada tahun-tahun lepas... tiada aktiviti berkunjung yang dijalankan pada hari raya tahun ini... langsung tiada...Yang ada cuma aktiviti menerima kunjungan semata-mata... jutaan maaf juga diucapkan buat semua yang berkunjung tahun ini kerana hanya kuih raya dan air ribena yang mampu tuan rumah sediakan memandang kejutan besar pada 1 Syawal...=)


princess yang sepatutnya lahir pada 13 September lahir 2 minggu lebih awal.. mak dan abah terpaksa bersengkang mata semalaman tidak tidur pada malam raya menanti kelahiran cucu ke tiga mereka di Hospital Sultanah Bahiyah... Alhamdulillah tepat jam 3.32 pagi anak saudara saya yang diberi nama Nur Falesya Umayra selamat dilahirkan... Walaupun segala perancangan aktiviti bermula malam raya gagal... sejujurnya hati sangat kecewa kerana saya sudah bersiap-siap dan merancang meneruskan aktiviti malam raya tersebut walaupun hanya berdua dengan adik [rancangan asalnya berempat iaitu bersama-sama kedua ibu bapa saya]...tapi niat murni kami dihalang abah kerana risau keselamatan kami dek manusia-manusia berhati hitam yang giat menjalankan aktiviti tidak berakhlak tidak kira bulan puasa atau pun tidak di sekitar kawasan perumahan saya...=(


Serius saya katakan raya kali ini tidak serupa raya... saya langsung tidak merasakan yang saya sedang beraya... hehe... Namun, hati terubat bila melihat bayi comel seberat 3.12kg ini... kenduri aqiqah Nur Falesya Umayra juga mengubat lara... terasa kemeriahan apabila ramai saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga yang hadir.... thanks untuk semua yang menghadirkan diri... maaf la ya... post ni serupa karangan bahasa Malaysia budak darjah 6... penangan dah lama tak mengarang ayat...hehe... sebelum menggostankan diri, selamat istiqamah dalam beribadat buat semua muslimin dan muslimat serta selamat mencanting kain putih buat kakak dan abang ipar saya... Bye~


Tika ada tangisan yang menandakan kelahiran....
Terdengar sahutan tangisan ratapan kematian...
Hidup ini hanya sementara...
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali...


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)" [29:64]




baru dan lama
love both

Monday, August 22, 2011

calon-calonnya

220811 
Assalamu'alaikum...
last few days i was in Selangor
i've heard something that i feel soooo weird til now
someone told me....
 her friend want to find free hair girl to be his future zaujah..
hahahaha
weird kan??? 
i've never heard that before
girls...!!!
do you want man who do not pray to be ur future hubby???
hahaha...
is it different???
sorry..
i do not find any different there...
=)

indahnya wanita berpurdah... mereka senantiasa menjadi perhatian mata saya...saya perempuan dan straight ya..=P

p/s: practicing writing in English... teruk kan my English...haipppp...plz correct me if u find any mistake...hihi...

Sunday, July 31, 2011

rukun islam ke 5



2040.. gulp... masa tu saya dah berumur 52 tahun... ntah masih mampu pergi atau tidak... ntah masih hidup atau tidak... ntah sempat menunaikan rukun Islam ke 5 atau tak...so... buat sahabat sekalian... panjangkan kaki anda ke tabung haji berdekatan... anda hanya perlu membawa buku tabung haji dan mempunyai wang simpanan minima RM1k++ if im not mistaken... gi jak kaunter haji and pegawai di situ akan daftar nama anda dalam kelompok menunggu...lagi lambat daftar lagi bertambah la tahun menunggu tu...huhu... so... jangan tangguh-tangguh...=)

Monday, June 13, 2011

recycle

lately membusy kan diri mengemas rumah yang comel tapi penuh dengan barang-barang yang tak berguna... abah suka simpan barang-barang walaupun dah tak boleh guna.. and now anak nya yang bawak balek barang sampai penuh kereta terpaksa menghalau barang-barang yang menyemakkan rumah ni keluar...start with stor... Alhamdulillah dah settle... and now move to my room pula... segala buku or kertas yang hendak dibuang akan dimasukkan dalam satu kotak untuk di jual kepada lori surat khabar lama... walaupun duet yang dapat tak seberapa... contohnya beberapa hari lepas abah jual 25kg kertas...and only got RM5... jadik la.. yang penting alam sekitar terpelihara...alam sekitar tak ternilai harganya... so sebagai khalifah di muka bumi ini... mari kita menyertai program kitar semula... bermula dengan menghimpun kertas-kertas iklan yang selalu dihantar ke rumah or diterima di pasar raya, resit-resit, kotak-kotak kasut...setelah jumlahnya banyak... kertas-kertas tersebut bolehlah dijual...yang penting kita dapat mengurangkan pelambakan sampah tak terbiodegradasi ini... Selamat menjalankan tanggungjawab memelihara alam sekitar everyone..

kita hanya ada satu alam.. peliharalah ia...
[curi tagline segmen tahukah anda dalam nasi lemak kopi o...=P] 

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat ALLAH sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan" (7:56)



Tuesday, May 31, 2011

ketenangan hakiki



ketenangan dan kedamaian bukannya bergantung pada suasana sekeliling semata-mata... 
tapi ianya datang dari hati yang senantiasa mengingati Maha Pencipta satu-satunya...
berfikir tentang kewujudan Maha Pencipta daripada alam...

"katakanlah: Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman." (10:101)



Wednesday, April 27, 2011

kitab buku book buch libro livre

270411

semalam berjaya menghusung diri ke pesta buku di PWTC buat kali kedua setelah percubaan kali pertama gagal membuahkan sebarang hasil.. kelibat ribuan manusia membanjiri PWTC sabtu lepas menghalang proses books observation... hehe... so tanpa malu segan... menapakkan diri sekali lagi di PWTC semalam... alhamdulillah... got  three new books... Syamail Muhammad versi bahasa Malaysia dan bukan bahasa Indonesia... Men are from Mars Women are from Venus dan Mars and Venus on a date... still merasa tidak puas... wah ini dah kategori nafsu ka iman???? huhu...  

oleh itu... pada hari ini... diri ini akan dibawa sekali lagi InsyaALLAH buat kali terakhir ke PWTC untuk menyertai pesta buku 2011 ini...wanna add some more books to my collection... planning nak beli buku Dr in the house... harganya mahal pulok.. RM90... berbaloi tak??? berbaloi tak??? kalau berbaloi cepat angkat tangan macam usop wilcha...=P

ok la... nak survey buku-buku menarik through online...dan mau edit tesis... daaaaaaa...^^ 

p/s: jom gi KLiBF kat PWTC.!!! 

buku/book = kitab (arab), buch (german), libro (Spanish, Italian), livre (French)

Niscaya Allah akan meninggikan beberapa derajat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat (Al mujadalah:11)


Wednesday, April 20, 2011

antara sedar dan tidak

250311 (tarikh ni dah berlalu)


post lama terperap ini mengimbau saat busy ku
hati berdoa penuh pengharapan dapat menaiki bus tepat pukul 5.30
malang berbau busuk kerana terpaksa membeli tiket bus pukul 6 petang
30 minit mungkin tiada beza bagi anda
tapi kebosanan menunggu menyebabkan 30 minit bagai 30 jam
jarum seperti malas bergerak walau sedikit
iman memujuk akal minta bersabar


Hari terakhir pembentangan hasil projek penyelidikan bermula
hari terakhir di dewan kuliah diakhiri dengan ucapan para pensyarah dan staf makmal
acara disusuli dengan rakaman video untuk Dinner Biomed
riang gembira membuatkan diri leka
jam di tangan tiba-tiba menarik perhatian
'alamak dah pukul 5'
kaki melangkah meninggalkan proses rakaman video yang masih belom selesai
dugaan demi dugaan
jem trafik yang sangat teruk hampir membuat jantung ini luruh
Alhamdulillah
sign board hentian duta menerima kedatangan insan ini beberapa minit sahaja sebelum tepat pukul 6


setiap yang berlaku tu kan ada hikmah
sila jangan merungut
ALLAH Maha Mengetahui
yakin lah dengan ketentuan qada dan qadar Nya
setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya
antara sedar dan tidak
ALLAHualam


Tuesday, April 19, 2011

Coupon Manhattan Fish Market

190411
hang out with my coursemates
naeilah+munirah+zulaikha
makan-makan at Manhattan fish market
like rich women
hahaha
actually we go there cause of this...
taraaaaaaaaa


 interesting yah???
but not all meals on the menu can be chosen
it is only for five meals as stated below
lets have a look
(O,O)

in addition
u also can add on any desserts for half price only
so...
what are you waiting for??
take a car key 
and drive to nearest Manhattan Fish Market outlet
cepat cepat cepat!!!
this coupon only valid until 29th April 2011
for more information
^,^ 

finally @ ikea

180411
had my final exam for final sem
merdeka kecik!!!
so celebrating at ikea...
order ini meatball untuk mengisi perut  
nampak jak kecik... 
tapi padat...
sampai overloading
sebab amik yang 10bijik tu...
sampai nak muntah bila paksa habiskan
huhu

Sunday, April 17, 2011

hitam itu macho

170411
semua orang ada jubah hitam...saya ja tak da... serius teringin nak satu... mula-mula satu pastu dua pastu tiga...(-.-")

1 more!!! tamau kain jenis cotton lycra ka apa ntah yang melekat kat badan tu....tak cun... maceh...



Saturday, April 16, 2011

penghijrahan alam

160411
job fair @ mid valley
untuk yang nak further study jugak ada
jom kawan-kawan!!!
=)



its time to repay our parents' kindness...
ya ALLAH..
permudahkan dan berikan yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui Maha Bijaksana...
BismillahitawakaltuALLAH...



Friday, April 15, 2011

yong tau foo

150411
jus gaster menghentam dinding perut ku
neuron-neuron aktif menghantar signal kelaparan ke otak
hati membisik kata sabar 
organ lain mulai diam patuh 
rasa lapar ku biar sepi
maghrib berganti isyak
daun pintu dikuak
hamba ALLAH melangkah masuk menghulur jemputan
Dia Maha Mendengar
menghantar rezeki melalui seorang yang bernama insan
Dia Maha Pengasih
Alhamdulillah
sujud didahului
doa diakhiri
sweater dan tudung usai di capai
meluru ke rumah 17-6
yong tau foo selamat di peristalsis ke perut
rasa kenyang membawa diri pulang penuh kesyukuran ke teratak 18-2
ingin terus meniti detik-detik terakhir di sini
Ya ALLAH
Terima kasih atas kurniaan rezeki
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Segala pujian hanya milik Mu...
=)

p/s: mahu aku catit dan catat setiap detik terakhir biar tersimpan kemas dikotak-kotak fikiran... aku ingin hargai setiap nafas yang berbaki di bumi UKM... biar bau kenangan itu menusuk hidung hingga sesak dada... kerna wayang ini ku tahu tiada ulangannya... 


KLiBF = Kuala Lumpur International Book Fair

150411




ehem ehem... ampa nak diskaun PTS dak untuk guna masa pesta buku neh??? kalu nak klik sini...
suka melancong??? klik sini...



Friday, April 8, 2011

last dinner as undergraduate biomedical science UKM

280311

walk to a secret garden... tema dinner biomed this year... celebrating us as final year student... thanks juniors for all your effort... dah jadik tradisi... 3rd year students will work hard for celebrating final year students...ur effort will pay back by ur junior next year.. no worries...hehe...




this video dedicated by our lovely 2nd year juniors... really like it... especially to those who created script yang tak da kena mengena sama ada hidup atau mati dengan lagu tu...tapi sangat enjoyable dan syok sendiri dengan video  tu...hahaha999...appreciate!!! =)


1st year student.. thanks for the theater mereng titiwangsa... wah teater tu..hiks...sorry little bit confused with the plot..but ok la... next year make sure u make better performance yah... biasa la 1st year... kami dulu pun persembahan sumbang suara...ok yang terlibat jangan terasa jiwa ok... biasa la kan 1st year...=)






and also siti Nur Hanis.. thanks for this card ya... naseb baek tak da pantun pecah kaca pecah gelas lepas baca sila balas cam selalu ada kat kad raya tu..hahaha999... anyway i will reply ur card later yah...may be during our convocation day insyaALLAH...


p/s: sedang meniti detik-detik terahir di UKM KKL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...