Showing posts with label dari kaca mata kepala otak saya. Show all posts
Showing posts with label dari kaca mata kepala otak saya. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Melabur saham

Sengaja ku biar facebook ku PUBLIC. Bukan bangga biar di stalker. Tapi facebook itu medan pelaburan saham ku. Biar apa yang dikongsi disitu tidak hanya untuk mereka yang bergelar kawan, family dan tenaga pengajar. Tapi aku mahu luaskan skop pendedahan semaksima mungkin. Biar saham ku cepat naek.

Pagi semalam, roomate tersayang print kan semua housemates kami jadual puasa sunat untuk tahun 2012. Hati ku terdetik. Bijaknya dia melabur. =) Alhamdulillah selepas itu ALLAH kurniakan aku idea bernas. Mulut lancar meminta sesiapa yang mahu membasuh telekung bersama aku. Alhamdulillah dapat juga melabur saham pada pagi semalam.

Sengaja aku mangkin neuron-neuron ku agar giat bekerja mencari idea bernas untuk pelaburan saham. Ya saham yang akan menyelamatkan aku di dua alam yang belum aku dan kau tempuh. Alam barzakh dan alam akhirat. Apa saham yang mahu ku labur hari ini? Moga soalan ini terus istiqamah terngiang-ngiang di fikiran ku saban waktu.Ameen~

Pssssssttttt dear sahabat, kalau nak jadual puasa sunat untuk tahun 2012 tu boleh klik sini  

Assalamu'alaikum =)

Friday, December 23, 2011

2nd lesson: senantiasa manis

Manisnya strawberi tika di atas
bila turun hilang manisnya
jangan menjadi seperti strawberi
biarkan dirimu manis walau di mana pun berada
hatta tinggi dijunjung
atau rendah terjunam
senyum 
tak perlu kata apa-apa
=)


Monday, December 5, 2011

Disember

ALLAH telah bersumpah
Demi masa
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian 
kecuali orang yang beriman dan beramal soleh


kadang kala tanpa sedar kita terbuai keindahan bintang
sampai alpa akan hembusan angin
tatkala hembusan bertukar taufan
tersedar dari mimpi indah
namun muflis ditelan zaman
tak terbayar hatta sekapal emas


direnung jam bulan tepat ke angka 12
penghujung yang patut dirai dengan sejuta kejayaan
tapi banyak yang tercicir di tengah jalan
kerna leka mengira bintang di langit
nyawa tersisa dikerah semaksimanya
agar bekalan mencukupi ke dunia abadi


pssstttt andai awal tahun dipenuhi dengan azam tahun baru... mari penuhi akhir tahun dengan acara muhasabah diri...=)


pentas berkarya


Sunday, November 13, 2011

La tahzan




berfikirlah tentang NIKMAT-NIKMAT yang kau kecapi hingga kini
lantas bersyukurlah... ALHAMDULILLAH
moga dengan cara itu
LUKA KECIL mu terubat
duka mu bertukar ceria
La tahzan... jangan bersedih...

pssssttttt kadang-kadang ada masalah yang tak ada cara penyelesaian... hanya satu cara keluar yang boleh dilakukan iaitu let it go... redha, redha dan redha... =) hidup tak semudah yang disangka...welcome to real world Noor Syafiqah Bt Saidun...=)

Tuesday, October 18, 2011

1 mulut vs 2 telinga


Mendengar pendapat orang lain bisa menambah ilmu dan membuka minda
 jangan asyik bercakap sehingga lupa untuk mendengar
bukankah kita dikurniakan 1 mulut dan 2 telinga
banyakkan mendengar daripada berkata-kata



psssssssttt... suka dengar forum/perbincangan sebab pendapat orang berbeda-beda... kadang-kadang ada pendapat yang kita sendiri tak pernah terfikir dan tahu... dapat top up ilmu percuma dan fikir dari sudut lain...sahabat...dengar, dengar dan dengar puhleeesss...=)

Thursday, October 13, 2011

telinga dulu,baru mulut

Lately, di muka-muka akhbar, muka-muka buku, banyak pendapat yang dicerca-cerca... bukan sahaja pendapat mereka yang tiada qualification dalam bidang yang diperkatakan... malahan yang bijak pandai juga di cerca-cerca andai pendapat yang diberikan tidak selari dengan pendapat sendiri....Cepat sangat manusia melatah...kadang-kadang tak cuba memahami terlebih dahulu apa yang si penulis atau si pengata cuba sampaikan... ada yang extreme... pantang idolanya dikeji.... mula menggelabah tanpa usul periksa...


cuba tenang dan fikir apa yang disampaikan orang lain tu... jangan sebab kau rasa dia cetek ilmu daripada kau...kau penyet dia sampai lumat...kau tutup telinga sampai tersumbat... mungkin ada ilmu yang kau ter miss... cuba beri peluang untuk orang lain terangkan... cuba baca berkali-kali sebelum menghukum... cuba fikir berjuta kali sebelum mengeluarkan kata-kata keji...tidak kira dari aspek apa pom...



mari buang rasa diri sentiasa betul.. mungkin kita semua perlu belajar menjadi pendengar yang lebih baik...every good conversation start with good listening...mendengar dengan akal bukan emosi...kurangkan bercakap banyakkan mendengar... kerana setiap apa yang keluar dari bibir akan dipertanggungjawabkan di Perhimpunan Agung kita nanti...kurangkan ya... bukan tak cakap langsung... andai memang terbukti apa yang diperkatakan itu salah, maka tegurlah secara berhikmah.... kerana setiap orang melakukan kesalahan... termasuk diri kita... beri peluang untuk orang lain belajar daripada kesilapan.. treat others as u wish to be treated... =)

Sunday, September 18, 2011

skincare vs make-up

Skincare product mahal vs make-up product mahal...investment mana better? 
[copy daripada status seseorang di mukabuku)


okayyyy... apa jawapan anda???


bagi saya... pelaburan pada produk penjagaan kulit lebih bernilai berbanding pelaburan pada alat solekan..apa itu produk penjagaan kulit??? produk yang menjaga kecantikan dan kesihatan kulit...hehe... apa itu alat solekan??? alat untuk berkarya pada wajah...hehe...kenapa saya memilih produk penjagaan kulit berbanding alat solek???

1. produk penjagaan kulit berfungsi merawat/melindungi kulit sebaliknya alat solek berfungsi menutup segala kecelaan yang terdapat pada kulit...tindakan alat solek disini kelihatan agak plastik... hanya untuk cover... ambik plastik tutup muka...=P

2. bukan setiap masa kita dapat menempek zon bahaya dengan alat solek... takkan duduk rumah pun nak bersolek...nak tidur pun bersolek... duk rumah kemas rumah tengok tv pun bersolek... eh siapa cakap kat rumah tak da orang nak tengok...kalau member datang secara mengejut cam na??? takkan nak suruh dia tunggu sebab nak make-up.. erk...dan yang paling penting bak kata sorang pengomen status kat atas tu... depan suami mestilah nak cantik... takkan nak biaq make up kat muka 1hari kot... owh saya rasa sangat plastik...

3.  kalau skin care product tu serasi dengan muka dengan izin ALLAH... muka bertukar licin, mulus, bercahaya...muka yang cantik tak perlu make-up yang banyak... go for natural look...

tu ja la point saya... tapi make-up murah pun bahaya juga... natural product selalunya lebih mahal harganya...takut bahan kimia yang digunakan boleh merosakkan kulit... nak senang pakai compact powder macam saya sudah.. tayah make-up walaupun tak secanteks uols... wasting time...hehe..sebenarnya malas...=D 

itu pendapat saya... apa pendapat kamu, kamu dan kamu??? =D

Thursday, July 21, 2011

XY to XX

telinga terdengar sesuatu yang pelik lantas menyebabkan mata dengan sepantas kilat menoleh...mata terpaku di kaca televisyen... kelibat wanita sempurna dilitupi dengan pakaian persis wanita solehah dambaan lelaki terpapar... kewanitaannya kelihatan sempurna dari segi luaran hasil pembedahan di Thailand... sekarang berusaha bersungguh-sungguh menjadi wanita sejati dengan memohon untuk menukar jantina asal yang tercatat di kad pengenalan...alasannya hanya untuk diterima di universiti... saya terkesima... otak ligat menafsir berita yang baru terdengar tadi...


satu perkataan yang terpancul di akal fikiran saya... THANKLESS... tidak bersyukur... jantina adalah satu kurniaan dari Pencipta buat hambaNya... siapa kita untuk mengatakan kita sepatutnya dilahirkan begini bukan begitu..??? seorang hamba yang kerdil mahu pertikai keputusan ALLAH Yang Maha Bijaksana... yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya... yang menguji hambaNya untuk melihat betapa kuatnya kecintaan kepadaNya... walau lelaki macho mampu bertukar lahiriahnya menjadi wanita jelita sekali pun... ingatlah... kita tetap lemah.. tidak akan mampu untuk menukar XY kepada XX atau sebaliknya... lelaki tetap lelaki dan perempuan tetap perempuan selamanya...


"Bagi Allah jualah hak milik segala yang di langit dan di bumi.Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki." (42:49)


apa yang lebih pelik adalah pelaksanaan kewajipan ke atas seorang wanita yakni menutup aurat... fuh wanita-wanita... anda masih ada yang belum bertudung... tapi seorang lelaki ini benar-benar meronta-ronta jiwanya untuk menutup aurat....kita kalah dengan seorang lelaki... =)...mungkin dia terlupa yang ALLAH melaknat lelaki-lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan perempuan yang berpakaian seperti lelaki... agama yang mudah dijadikan complicated... Islam itu cara hidup... segalanya sudah diterangkan dengan jelas lagi bersuluh...


"Rasulullah bersabda: ALLAH melaknati lelaki yang berpakaian perempuan dan perempuan yang berpakaian lelaki" (Hadis riwayat Bukhari)


Alhamdulillah.. saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana hakim bertindak bijak menolak permohonan itu... kerana andai kejayaan memihak kepada pemilik kad pengenalan tersebut... sudah tentu akan ada followers yang sanggup beratur panjang memfailkan permohonan penukaran jantina dalam kad pengenalan... kemudian akan terjadi fenomena mak nyah yang seterusnya meningkatkan gejala homoseksual sehingga mampu mengalahkan peningkatan harga minyak dunia... kemudian dunia akan kembali ke zaman jahiliah yakni seperti umat nabi Luth yang melakukan aktiviti sumbang homoseksual secara berleluasa... 


"Maka ketika keputusan Kami datang, Kami menjungkirbalikkan negeri kaumLut dan Kami hujani mereka bertubi-tubi dengan batu dari tanah yang terbakar." (11:82)


begitukah pengakhiran yang kita inginkan???  tepuk dada tanya iman....


Saturday, June 25, 2011

siapa kita?

kehidupan merupakan sebuah pentas yang mempunyai pelakon yang paling ramai
setiap pelakon diberi kebebasan memilih watak yang mereka ingin mainkan
sama ada menjadi watak agonis mahupun antagonis
scene lakonan dan situasi akan ditentukan oleh pengarah
namun watak dan dialog yang hendak dimainkan bebas terletak di tangan masing-masing
apakah watak yang sedang kita mainkan?
watak seorang kaki buli, perogol, pengumpat yang selalu kita perlekehkan tika menonton filem
atau watak seorang yang beriman, ikhlas, suka membantu, dan penyayang yang kita kagumi






Ya ALLAH suburkan hatiku dengan sifat-sifat mahmudah dan jauhi aku daripada sifat-sifat mazmumah...Ameen...


Thursday, June 23, 2011

takziah

kematian mempunyai hikmah yang tersendiri buat kita yang masih bernyawa


kematian merangsang refleksi diri
kematian merancang revolusi diri
kematian menghisab pelaburan ukhrawi
kematian mengejutkan dari mimpi-mimpi indah duniawi
kematian mengingatkan kewujudan alam abadi
kematian memotivasi diri


mari mengira baki masa yang tinggal untuk jantung berkhidmat mengepam darah ke seluruh badan, antibodi giat mempertahan badan daripada serangan penyakit dan hati bertungkus lumus menyahtoksik... berapa tahun lagi yang tinggal?? atau berapa bulan lagi?? atau berapa jam lagi?? atau berapa minit lagi?? atau berapa saat lagi yang tersisa?? 


entah-entah nama kita sudah diterima Izrael.. kemudian nyawa akan dicabut tanpa sesaat pun terlewat... tiada peluang kedua yang akan diberi untuk persiapan ke sana.. apatah lagi peluang ketiga untuk bertaubat... hanya ada satu nyawa dan satu peluang... jangka masanya pula tidak diketahui.... rahsia Ilahi... mahu melakukan pada saat-saat akhir... persoalannya sempatkah tua??sempatkah untuk bertangguh-tangguh?? 


buat keluarga abang ipar saya... takziah atas kehilangan seorang ahli keluarga yang masih muda... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...ameen~


first handphone... 2nd hand... sebab tu hanya bertahan setahun lebih sahaja... sangat sayang handphone kecik itu...yang pergi... biarkan ia pergi...

'MilikNyalah kerajaan langit dan kerajaan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu' (57:2)


Wednesday, June 15, 2011

hampas atau hampagas


“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik” 



=) mahu komen sedikit tentang isu pelajar hampas ini.. spm tak menentukan kebijaksanaan seseorang... hatta memperoleh gred yang cemerlang gemilang terbilang tika di spm pun boleh kecundang di universiti... naik turun seseorang itu ditentukan oleh ALLAH... ya usaha juga memainkan peranan... kerana Allah takkan ubah nasib seseorang tanpa seseorang itu berusaha...siapa kita untuk melabel seseorang itu hampas atau hampagas... kerana sebuah kegagalan itu mampu menjadi motivasi untuk seseorang itu berjaya andai orang-orang disekeliling memberi galakan... sebelum melabel... elok andai melihat cermin merenung kesilapan diri yang menyebabkan pelajar yang mampu untuk mendaki gunung kejayaan kecundang di tengah jalan... tugas pendidik adalah untuk mendidik... pendidik yang hebat adalah pendidik yang berjaya mendidik pelajar yang tidak kenal abc menjadi seorang munshi... 


p/s: pelik tentang isu mahukan hari pensyarah... hari guru tu bukankah untuk pensyarah juga... ada apa pada title..?? ok ini isu lama...saya ketinggalan kapal terbang...=P




Your story may not have such a happy beginning but that doesn't make you who you are, it is the rest of your story, who you choose to be. 
(ni kata-kata mokcik kat ataih tu dalam cerita Kungfu Panda 2)


Wednesday, June 8, 2011

usaha!!!!


bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi
beribadatlah seolah-olah kamu akan akan mati esok hari

Tuesday, May 24, 2011

mintalah dari ALLAH

bila pakai sesuatu produk yang disahkan berkesan secara eksperimental tetapi tak bagi kesan langsung kat diri sendiri... then for sure empunya diri tu akan kata... 
"maybe tak sesuai kot produk ni dengan aku" 

then he will continuely change to other product... kan??? kan??? mesti setiap orang pernah merasai pengalaman ngeri ni..tu belom masuk kes kesan sampingan lagi... adui sumpah ngeri... hehe.. pernah fikir tak yang beri kita sesuatu tu ALLAH... dan produk tu hanya satu usaha ja??? pernah tak kita mintak hatta sesuatu yang kecil pom daripada Dia??? 
bukankah kita ini hak milik Dia... 
Maha Pencipta
Maha Penyayang
Maha Mendengar

napa kita kadang kala alpa dan berharap semata-mata pada produk yang asal usulnya diciptakan ALLAH dan idea penciptaannya juga datang daripada ALLAH??? rasa malu menyelinap diri bila makan ubat cakap ubat berkesan sehingga lupa mengucap kesyukuran kepada ALLAH...Yang memberi ujian sakit dan menyembuhkan...

Apa kata sebelum makan ubat kita baca doa dulu mohon kepada ALLAH kesihatan atau apa sahaja yang kita inginkan tu...ubat itu usaha...doa juga usaha...

bukan kah doa itu senjata orang mukmin.??
dan doa yang terbaek adalah ketika kita paling hampir dengan ALLAH..
iaitu doa ketika sujud dalam solat..=)


Sunday, May 1, 2011

anime

Assalamu'alaikum

dah lama tak berleter panjang disini.. angkara kekangan satu demi satu kerja yang bersilih ganti... ok stop dulu la... nak siapkan artikel... satgi sambung balek....

V
V
V

ok artikel dah berjaya siap dan dah dibetulkan oleh Puan lecturer juga... lama niat dihati nak post tentang ini terendam... sampai busuk dah... bau tak??? bau tak??? kalau bau... mungkin anda yang belum mandi dan berbau...awak busuk...bak kata Noh Hujan... hehe...

Actually beberapa hari yang lepas... kalau tak salah 2 minggu yang lepas...lama tu.. mungkin ramai yang dah tahu tentang membahasaantarabangsakan rancangan kartun tempatan kegemaran ramai... tergeliat lidah pronounce...tak lain dan tak bukan...si kembar Upin dan Ipin...satu alternatif yang bagus...membantu adik-adik dan anak-anak terutama di kawasan pedalaman membiasakan diri dengan istilah-istilah Bahasa Inggeris... bak kata Usop Wilcha... itulah pentingnya English Edukesyen...=)

but this is not my point... wah.. dan-dan keluaq bahasa oghang puteh... =P sebenarnya yang lebih menarik hepar saya adalah tentang isu lucah dalam anime-anime dari negara-negara yang famous dengan perlambakan anime nya iaitu Jepang... ok Jepun...adegan paling basic wajib ada dalam anime adalah KISS... hampir semua anime mesti ada babak ini... ala kiss ja pun... =O itu bagi pendapat kita orang dewasa yang ada akal boleh fikir baik buruk... ya ka??? saya rasa ramai ja yang tiru juga... maybe dia tu badan dewasa tapi otak kanak-kanak kot... mungkin...

ok..masalahnya sekarang... anime bukan sahaja ditonton oleh orang tua... malah kanak-kanak... tolong jangan masukkan unsur yang tak sepatutnya ada dalam minda suci ibarat kain putih itu dengan anasir-anasir hitam yang merosakkan bangsa ini... saya sedih melihat kanak-kanak sekecil darjah enam yang sudah pandai melakukan aktiviti-aktiviti seks... saya ulang... darjah enam... terlalu jauh lagi perjalanan hidup yang perlu mereka tempuh... sangat jauh... jangan hairan kalau satu hari nanti kanak-kanak tadika melakukan perbuatan senget ini seandainya unsur negatif sebegini berterus-terusan diserapkan ke dalam kotak-kotak fikiran kanak-kanak ini...mahukah anda memiliki anak-anak atau adik-adik berfikiran kuning dan biru seperti Incik Shin Chan???

mungkin ianya nampak ringan... bukan isu yang perlu diperbesarkan... tapi tolong ingat... ini hanya permulaan... masih panjang perjalanan mereka... tanpa didikan yang sempurna.... dari adegan KISS akan menular ke aktiviti seks bebas... bercakap tentang seks ini saya teringat pengalaman seorang rakan yang tanpa sengaja terlihat dua orang pelajar IPTA tanpa pakaian di dalam kereta.... sangat JIJIK... jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah... teringat kata-kata seorang rakan yang bakal bergelar pendidik...ramai dikalangan pelajar sekolah yang apabila ditanya pernahkah melakukan hubungan seks... mengaku pernah melakukan... MasyaALLAH... dimanakah kita??// di negara-negara Barat yang terkenal dengan seks bebas kah kita???  tolong jangan pandang enteng isu ini...

itulah secara tidak langsung peranan kartunis-kartunis tempatan diperlukan... bukan sekadar melukis sebagai sumber kewangan malahan sebagai medium berdakwah dengan menyampaikan moral-moral yang perlu ada dalam diri seorang manusia terutamanya seorang MUSLIM...Upin dan Ipin merupakan kartun yang bagi saya memberikan impak positif... mengajar tentang puasa dan tarawih... adab dengan orang tua... dan sebagainya... Moga kartunis-kartunis negara bukan sahaja berusaha mencari duit untuk mengisi perut seisi keluarga malahan membeli saham-saham akhirat bagi menjamin kehidupan kekal abadi....

hanya pendapat dari kaca mata kepala otak seorang penulis blog yang tidak dikenali ramai...biar hanya seorang yang membaca dan mendapat inputnya... saya sudah puas hati...sekurang-kurangnya saya membuka satu mata yang hampir terlena dibuai fatamorgana... hakikat dunia hari ini yang perlu difikir-fikirkan...

Friday, April 29, 2011

perigi timba versus pili air paip


semalam di tv ada talk show suami isteri yang popular...semanis kurma titlenya kalau tak silap... last night topiknya berkaitan perigi mencari timba... kalau berbicara tentang perigi mencari timba dalam Islam... jarang sekali tidak mengaitkannya dengan isteri Rasulullah yang tidak pernah dimadukan iaitu Saidatina Khadijah, businesswoman jelitawan...=) 


saya tidak menonton rancangan tersebut... cuma... bila ramai meletakkan status tentang rancangan tersebut pada shout out yahoo messenger masing-masing... saya terpanggil untuk turut serta... menjerit pendapat saya di situ... 


"tak salah perigi cari timba... tapi untuk diri sendiri prefer timba cari perigi...pendirian buat masa ini...hehe..."


saya sesekali tidak pernah memperlekehkan wanita yang mencari timba... eh mencari calon suami...jika... saya ulang jika... caranya betul...mengikut adab tatasusila....saya jugak tak mengatakan salah atau condemn mereka yang berani meluahkan rasa hati pada insan yang bernama lelaki... dan kalau tak salah... saya pernah dengar ceramah Dr Fadilah Kamsah (kalau tak salah... kalau salah... tolong jangan saman saya...hehe...) yang mengatakan lelaki lebih suka perempuan yang memulakan... mengeluarkan isi hati perut kepada sang kumbang dengan cara berhemah...=)


tapi kenapa saya prefer sang kumbang yang terbang ke bunga???? kerana saya bajet hot kah??? hahaha999... teringat seorang sahabat yang terus buzz saya mengatakan tak pa lah saya hot... hahaha... saya masih sedar diri... itu bukan sebabnya... saya seorang perempuan yang mempunyai rasa malu yang sangat tinggi dan tidak cukup power untuk mengatakan i like you.... kekuatan yang sangat hebat itu tidak saya miliki... teringat saya kisah isteri kedua Kapten Hafiz...ya... dia dapat lakukan dengan baik... saya masih ingat kata-katanya... dia menangis selepas lakukan buat kali pertama... kenapa??? rasa malu dan risau betulkah apa yang dia lakukan...nak tahu lanjut... sila baca sendiri di blog beliau...


setiap orang punya pendapat dan pendirian sendiri... dan kita perlu respek dan hormat pendapat dan pendirian orang lain... tak boleh menidakkan dan tidak layak mengutuk... cuba dengar dahulu kenapa dia berfikir sedemikian dan sebegitu... positive puhlessss... positive...dan saya ada highlight kan pendirian buat masa ini... ya... kerana pendirian ini boleh berubah-ubah... mengikut pengalaman dan ilmu yang kian bertambah setiap hari... mungkin suatu hari nanti... saya merupakan salah seorang yang berdiri melaungkan slogan perigi cari timba dengan penuh semangat...=) kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok... apatah lagi tahun-tahun yang akan datang... jangan terlalu pasti!!! =) 


itu sahaja...nak gi mintak sign examiner... tata... Assalamu'alaikum...

Thursday, April 28, 2011

pendam jangan sampai padam

270411
Last entry saya ada luahkan keinginan di hati mahu memiliki Dr in the house... =) namun hasrat yang luhur ini dipendamkan terlebih dahulu... kerana ada seseorang yang lebih ingin saya kenali dirinya... mengetahui kisahnya... merasa kehadirannya....mencontohi keperibadiaannya... biar rindu kepadanya memuncak... biar sayang membuak-buak... biar ingatan terhadapnya terpaku dan terpahat kemas.. dia lebih utama... perlu saya utamakan dia sebelum mengenali yang lain... kenapa??? kerana dia wira saya... role model saya... jauh benar dia daripada saya... jarak zaman juga berbeda... tapi tanpa beliau kosong jiwa saya...sia-sia nikmat kehidupan yang dikurniakan ALLAH kepada saya...siapakah dia??? dialah....



V
V
V
V
V










Bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat, juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting tidak juga lurus.




siapakah dia??? Dialah...




V
V
V
V
V






Beliau diutuskan ALLAH menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan di Madinah juga selama 10 tahun. Beliau diwafatkan oleh ALLAH dalam usia 60 tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya. 
(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Dialah...
Junjungan besar kita...
Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam


p/s: memendam hasrat buat sementara... mengutama yang utama...

Thursday, April 14, 2011

kajian terbaru

satu hari yang dah lama berlalu...di tempat yang dikunjung untuk mendaftar laptop bagi membolehkan perkhidmatan wifi boleh di connect...final year baru nak daftar??? erk.. sebelum ni xda kena daftar2 ni... boleh jak connect...tetiba jak xboleh... tup2 dengar member kata kena gi daftar kat pusat komputer dulu baru boleh connect...erk...


Incik kat pusat komputer UKM : laptop ni dah bapa lama??
Saya : hampir empat tahun dah
Incik kat pusat komputer UKM : selalu on berapa lama ni??
Saya : errr... kadang-kadang sampai satu hari on...
Incik kat pusat komputer UKM : laptop ni boleh on 6 jam jak direct...pastu kena tutup dulu... then baru bukak balek... laptop ni plak dah lama...
Saya : err..tu la... ok...terima kasih incik!! (-.-")
[ayat tu not exactly same la... tak dok koje den nak menghapal nya] 


fuhhh... selang beberapa minggu pastu...masa tengah semangat siapkan tesis pada saat-saat terakhir... tup... laptop terpadam...teringat pesan lecturer... masa nak hantar tesis nanti..macam-macam dugaan akan datang... time tu la laptop rosak...time tu la ink habeh...huhu...tangan likas menekan button on beberapa kali tetapi usaha gigih itu gagal... terkesima sesorang depan laptop.. setelah beberapa kali mencuba.... laptop memberi respon positif... dalam hati xhabeh2 doa... atleast kekal sampai tesis ni siap sepenuhnya... huhu... Alhamdulillah... boleh pulak laptop ni acah-acah masa tengah peak hour tuh... adoi... dah la satu demi satu laptop kawan-kawan sampai ajal depan mata ni...mau den tak wisau...


mostly member beli laptop masa tahun 1...ada juga beli masa kat matrix... start tahun 3 dah ada yang mula beli laptop baru...tahun 4 makin ramai pula laptop-laptop masuk hospital...  pelik tetapi benar... kami cuba merungkai masalah ini dan membuat kesimpulan... jangka hayat laptop secara purata 4 tahun atau mungkin juga kerana tesis yang perlu disiapkan pada tahun akhir pengajian menyebabkan laptop overuse dan rosak... hehe...setuju tak??hehe...




Dan KAMI jadikan malam sebagai pakaian (untuk berlindung dan berehat). Dan KAMI jadikan siang sebagai kehidupan (untuk bekerja dan berusaha). (78:10-11)





akhir kata... anda perlu rehat..?? laptop anda pom perlu rehat...hehe... ALLAH, pencipta kita pun sediakan malam untuk kita beristirahat... sebab dia tahu dan kenal makhluk ciptaan Nya ini... over work boleh sebabkan tekanan jiwa dan macam-macam kesan negatif lagi... jom rehatkan laptop...=)
[laptop ni dah dapat rehat selepas tesis berjaya di hantar.. good job mr compaq =)]


ok la...Assalamu'alaikum...=) 



Monday, February 28, 2011

busy



tika diri dikelilingi perkataan busy...tiba-tiba... ada panggilan-panggilan meminta tolong menyelit dicelah-celah ke busy an... dengan penuh rasa terdesak... what will u do???


a) pura-pura pekak...
b) menyahut dan cuba peruntukan sedikit masa untuk membantu...
c) membuat larian baton menyerah tanggungjawab kepada orang lain...


ni bukan soalan mcq atau objektif... ni soalan jenis pilihan terletak ditangan anda dan tiada jawapan betul atau salah... terpulang pada diri menilai... saya pernah melakukan ketiga-tiganya...mengikut keadaan dan keperluan.. saya tidak perlu hipokrit dan merasa diri hebat untuk senantiasa memberi jawapan B setiap kali terjadi situasi diatas...kerana saya tahu kemampuan saya...


saya pura-pura pekak bila merasakan sesuatu itu lebih baik tanpa perlu campur tangan saya...
saya menyahut dan cuba peruntukan sedikit masa untuk membantu kerana saya fikir bagaimana kalau saya berada di dalam kasut dia... *ok saya tak cukup comel untuk merasa berada dalam kasut dia*...hati terdetik... walaupun busy saya masih boleh buang masa untuk perkara yang lagho...tapi kenapa saya tidak boleh peruntukan masa yang sedikit untuk hulurkan tangan membantu yang termampu...
saya membuat larian baton menyerah tanggungjawab kepada orang lain tatkala pembahagian tugas yang tak seimbang... kenapa mesti saya yang dicari?? kerna saya tidak pernah menolak... ya... sampai tahap maksima saya akan menolak..maaf... setiap orang ada bahagian masing-masing dan tidak boleh bergantung selamanya di leher orang lain...


berbuat baik untuk yang perlu mengikut kemampuan... itu prinsip saya..mungkin anda berbeza... kenapa??? kerana setiap orang mempunyai kebebasan berfikir mengikut citarasa tersendiri dan kematangan yang berada pada tingkat yang berbeza-beza...cuma yang sama antara kita... guideline yang ALLAH tetapkan untuk kita semua ikut.. buat baik balasannya pahala... anda rasa anda mampu untuk lakukan semua dengan penuh ikhlas...silakan... endahkan kata-kata orang yang hanya tahu menilai...kerana setiap amalan itu antara kita dan DIA...ALLAHUALAM...=)



Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari qiamat dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke Syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan tempat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah Al-Qur'an dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat, juga mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan dapat disegerakannya oleh nasab keturunannya".(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)


Tuesday, February 15, 2011

chop and stick



siapa cakap tak boleh makan kalau chopstick kehilangan partner nya??? boleh la... xpercaya??? cuba try makan pakai single chopstick...ha..kan boleh tu... tapi lebih mudah jika ada dua chopsticks...saling membantu antara satu sama lain mengepit makanan untuk menyuap mulut-mulut lapar dengan lebih efektif... berdua kan lebih baik??? =)


begitu juga dalam kehidupan manusia... kita boleh hidup seorang diri...makan sorang-sorang... shopping sorang-sorang... main sorang-sorang... masalah share sorang-sorang... happy pom sorang-sorang...pendek kata lone ranger la...tapi dengan kehadiran seorang yang bernama sahabat kehidupan itu akan menjadi lebih baik dan bermakna... (^^) but it is not mean that u've to rely everythings on others... need to be independent or lone ranger sometimes...=)

“Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


miss lone ranger

miss lone ranger menjadi power ranger bila bertemu kembar seiras


power rangers dah menjumpai ibu pejabat mereka


lets keep it... thanks Tiqah for the lovely chopstiks...=)

Friday, February 11, 2011

campaign no valentine loves Rasulullah

SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"

Assalamu'alaikum...
tajuk yang agak berat bagi saya untuk mengulas... berbanding kempen sebelum ni...iaitu kempen cover-your-aurat ... mungkin kerna bebanan kerja yang sedang menunggu untuk disiapkan mempengaruhi minda dan mood untuk berceloteh malam ni...=)

bagi saya... tak kenal maka tak cinta... mudah untuk kita keluarkan kata-kata aku cinta padamu... tapi sejauh mana kata-kata itu lahir dari lubuk hati sanubari kita? bagaimana mahu bercinta kalau diri Baginda belum cukup kita kenali? sampai ke saiz kasut artis pun kita ambil tahu tetapi kenapa personaliti baginda enggan kita terokai?? fakta asas tentang kelahiran Baginda pun ada yang terlupa...di mana rasa cinta itu?? adakah kata-kata aku cinta Rasulullah hanya menitip di bibir untuk menyedapkan telinga-telinga yang mendengar.?? tepuk dada tanya hati...rasa cinta atau pura-pura cinta??

semua yang mendengar cerita saat kematian Baginda pasti menangis...ummati ummati ummati meniti di bibir Baginda tatkala nyawa dicabut Izrael...belum lagi kisah Baginda menangis di hadapan sahabat kerna rindukan umat-umat akan datang yang belum pernah Baginda ketemu iaitu kita semua...mampukah kita membalas rasa cinta baginda itu??? mampukah kita membalas rasa rindu Baginda??? saya masih tidak mampu... masih banyak cacat cela dan muhasabah diri ke arah yang lebih baik... masih mengajar diri agar cinta dan rindu tidak bermusim....tapi senantiasa mekar tiap masa tiap waktu...insyaALLAH...

saya masih mencari buku yang lengkap atau terbaik menceritakan tentang diri Rasulullah... sekiranya para sahabat di alam realiti mahupun maya yang tahu buku yang sesuai... minta tolong suggestkan pada saya ya...bak kata saya tadi tak kenal maka tak cinta... so saya nak betol-betol kenal... kalau boleh setiap yang Baginda lakukan dan apa yang terjadi pada Baginda saya ingin ambil tahu...=)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (33:21)

Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya...
(HR Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya . “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

p/s: sahabat yang disayangi...meh la join kempen ni...=) buat blogger yang pandai berkata-kata...cik Qila..saya tag kamu..mesti join tau... tapi kalu bz takpa la...=) click here untuk ke blog pengasas kempen..hiks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...