Sunday, March 14, 2010

hindari dirimu dari kekufuran

ok... mulai ari ni... whatever info yang aku dapat aku akan cuba story kat sini kalau sempat... you guys can check it out... kalau ada yang tak kena boleh komen dan bagi tahu ya... then kita sama-sama check apa yang betul berdasarkan fakta dan bukan nafsu...napa aku cakap berdasarkan nafsu??? sebab kadang-kadang benda yang hakikatnya betul tapi bila terkena batang hidung sendiri mula la nak pertahan kan... tapi bukan semua orang cam tu kan...=)

ok back to main topic... about bengkel aqidah... just share some info... nak share semua nanti penat pulak tangan nak menaip... bajet semua kerja dah siap pulak...hehe... actually ada dua slot bengkel tu... cerita pasal slot yang pertama dulu la ya... next post baru cerita slot ke-2... slot pertama tajuknya seperti diatas... penceramahnya Dr Azwira Abdul Aziz...

Kufur cam kita dah belajar masa sekolah dulu la... maksudnya menutup/mengingkar/menolak kebenaran...kufur ni sebesar-besar maksiat...kufur ada 6 jenis... 
1. kufur takzib (pendustaan)
2. kufur istikbar dan iba' (kebongkakan dan keengganan)
3. kufur syak (ragu-ragu)
4. kufur i'rad (berpaling ingkar)
5. kufur nifaq (kepura-puraan)
6. kufur ni'mat

untuk elak kufur kita mesti berinteraksi dengan quran dengan cara yang betul.. ada empat peringkat berinteraksi dengan al-Quran..
1. beriman dengan kebenaran alQuran
2. belajar baca dengan betul mengikut tajwid
3. faham isi kandungan yakni baca bersama terjemahan la
4. praktik dan amal. ini perlu doa jugak minta hidayah kerana hanya hidayah dapat bezakan sama ada kita seperti umar yang terus memeluk islam bila mendengar bacaan Al-Quran adiknya atau kita menjadi seperti Abu Lahab  dan Abu Jahal yang meluap-luap kemarahan bila mendengar bacaan Al-Quran... 


1 ja nak pesan...tak ada ustaz yang pernah cakap kalau x faham makna baik tak payah baca Quran... baca pun dosa ja... jangan mencipta alasan... tafsir atau terjemahan Quran dalam BM atau english ada... so pilihan di tangan sendiri ok... 


perkara membatalkan keIslaman...
1. direct mintak pada selain daripada ALLAH..
2. guna wasilah (perantara) untuk minta doa pada ALLAH... contoh gi kubur wali minta doa kat ALLAH dengan perantaraan kubur tu... kalau mintak Ustaz atau orang alim doakan tak apa... contoh Saidina Umar mintak bapa saudara Rasulullah tolong doakan minta hujan sewaktu kemarau... kalau mintak doa berdasarkan amalan istimewa yang pernah kita lakukan pun boleh.. contoh cerita 3orang pemuda yang terperangkap dalam gua.orang pertama ber-tawassul dengan amal solehnya berupa memelihara hak buruh, orang kedua berbakti kepada ibubapa dan orang ketiga berhenti sebelum sempat berzina. ini boleh rujuk hadis Abdullah bin'umar, riwayat Al-Bukhari No. 2102 dan Muslim No. 2743.
3. anggap golongan musyrikin bukan kafir
4. iktikad ajaran lain lebih baik daripada ajaran nabi
5. benci ajaran Nabi walaupun beramal dengannya
6. persenda ajaran Nabi
7. amal sihir
8. berkerjasama memerangi orang Islam
9. iktikad sebahagian manusia boleh tidak ikut syariat Rasulullah
10. tidak belajar dan amalkan ajaran agama Allah.

walaubagaimanapun mengkafirkan orang lain sewenang-wenangnya dilarang keras... ni actually ringkasan ja...apa pun hati-hati ya... ini kena check balik diri... kalau salah kena cepat sedar dan betulkan...cerminkan diri dan selamat beramal...^,^

Saturday, March 13, 2010

5years

saja wat facebook walking tadi... baru aku perasan... ramai antara sahabat seperjuangan yang berbeza benar selepas 5tahun kami suma berpisah dari alam sekolah... ramai yang menyedihkan...dah lama aku sedar tentang mereka ini... dari tudung kepada tidak bertudung... ada juga yang terus kepada memakai seluar pendek... tanpa segan silu menonjolkan aset penting seorang wanita... tertunduk malu aku melihatnya... aku segan... sangat segan... tapi yang aku hendak ceritakan di sini bukan tentang mereka ini tetapi tentang perubahan seorang sahabat yang menjadi jiran sebelah meja aku ketika form 3....

yang menarik perhatian ku pada mulanya ialah baju nya yang menarik... kemudian aku terpikir... sahabat ku itu dulu pakai tudung selepang ja... maksudnya tak cover dada la...pernah kami berdebat tentang perbezaan cara pemakaian tudung aku dan dia... berdebat dengan cara yang baik...bukan bergaduh... =) dia seorang yang sangat baik...sangat lembut...

mahu tahu bagaimana dia sekarang??? lebih baik berbanding diri aku... owh tidakla seperti yang kamu fikirkan ya... dia tidak la sehingga memakai purdah... tetapi tudungnya dah menutupi dada... kakinya tak dibiarkan telanjang... stokin menghiasi kakinya... tiada lagi lengan yang kelihatan... teringat dulu walaupun pakai baju lengan panjang, dia suka tarik bagi nampak tangan sket...banyak benar baju yang labuh ala-ala baju punjabi tu.. sangat cantik... sejuk hatiku melihatnya... tiba-tiba rindu bangat saat di sekolah itu... saat dia menjadi teman berbual aku... =)

Friday, March 12, 2010

z.a.h.i.d.

before ber lab walking di institut Jantung Negara...sempat juga aku menempek sekejap di majlis ilmu di dewan kuliah... tapi sayangnya sekejap ja... xsempat nak tunggu sehingga habis ceramah pada pukul 2 kerana bas akan bertolak pada pukul 1.45ptg...so aku terpaksa meninggalkan dewan dan bergegas ke t1BE..sempat jugak ak mendapat sedikit input walaupun tidak banyak...

topik about zahid yakni orang yang zuhud..bukan zahid penyanyi itu ea...hehe....just nak share some info that i got.. maybe you guys have known about it already...  so ni cuma ulangan ja la k...=) saja nak share... maybe ni boleh buat aku lebih faham... kalu salah correct me ea...^,^

zahid actually ada 3 jenis...

1. orang yang mengambil dunia paling sedikit... contoh terbaek Rasulullah la... tiada yang lain lagi... ustaz tu bagi contoh yang buat aku rasa aku jauh sangat-sangat kot dalam kumpulan ni... dia cakap contoh kita dapat imbuhan RM5K... tapi kita ambik RM1K ja...yang lain pulang kat baitulmal dan sebagainya... ni dia cakap konteks kat kL la... taraf hidup kat kL... klu kampung dia kata RM1K tu dah kira banyak dah... aku rasa cam xcukup jak... teruknya aku...huhu...

2. orang yang mengambil dunia sederhana...  contoh yang ini pula dapat untung RM10K ambil RM5K lagi RM5K pulang ke jalan ALLAH... aduhai... ini pun masih belom mampu aku lakukan... kamu kamu dan kamu bagaimana???

3. orang yang mengambil banyak tapi halal... contoh dikalangan nabi ialah nabi Sulaiman... Baginda paling kaya dikalangan nabi tapi paling lambat masuk syurga dikalangan para nabi... di kalangan para sahabat pula... Abdul Rahman bin Auf  merupakan antara yang masuk dalam golongan ini...halal itu penting kan??? sekarang masih title pelajar... soal haram halal itu mungkin sekitar makanan dan harta benda... tapi soal sumber itu main peranan bila sudah bergelar pekerja nanti.... must be aware of this issue lew!!! cannot just take it for granted!!! pesan pada diri...=)

Abu Dzar r.a. berkata: Aku datang kepada Nabi saw. yang sedang di bawah naungan Ka’bah sedang bersabda: Demi Tuhan Ka’bah merekalah yang rugi, demi Tuhan Ka’bah merekalah yang rugi. Maka aku bertanya pada diriku, apakah urusanku, mungkin tampak apa-apa padaku, lalu aku duduk, sedang hatiku diliputi berbagai macam pertanyaan sehingga bertanya: Siapakah mereka itu? Jawab Nabi saw.: Mereka yang banyak harta, kecuali yang mendermakan hartanya ke kanan, ke kiri, ke muka, ke belakang (untuk shadaqah). (Bukhari, Muslim).

then ustaz berbicara soal beli rumah pakai duit haram... bila sudah bersara dan insaf bagaimana caranya... ustaz minta kami fikirkan... pelbagai pendapat dikemukakan... jawapan yang tepat rumah itu perlu diwakafkan... pulangkan pada masyarakat... seperti dijadikan rumah anak yatim, rumah orang tua, balai orang ramai dan sebagainya....

tips menarik untuk diamal... untuk membersihkan jiwa... kena selalu ingat ALLAH... mudah untuk dicadangkan tapi sukar untuk diamalkan... but practice makes perfect kan??? bila makan ingat itu rezeki ALLAH... apa-apa ja yang dilakukan ingat segalnya milik Dia... sedikit sukar tapi tak salah mencuba...=)

harta benda tak berguna di akhirat... ibarat sampah saja... hurmmm...

Thursday, March 11, 2010

march to april



11/3 ~ presentation biostat
        ~ result spm
14/3 ~ bengkel pemantapan akidah
20/3 ~ bengkel penyempurnaan solat
21/3 ~ dinner kolej
25/3 ~ dinner biomed
            pembentangan kes pato
31/3 ~ home sweet home
12/4 ~ EXAM begin....

hope semuanya berjalan lancar...ameen

burfday list
18/3 ~ ema, izreena
20/3 ~ kecik
25/3 ~ mira
28/3 ~ sham
30/3 ~ shaz
2/4 ~ erin
5/4 ~ sheril, akmal
13/4 ~ baiti
15/4 ~ zurina
16/4 ~ kak pah, hanis kmk
18/4 ~ fizah
27/4 ~ kak ruza

date have to remember!!!!^,^


Tuesday, March 9, 2010

saya rajin!!!!

all work and no play makes Jack a dull boy...
but all work, all play and no study make my pngk drop...

my result for mid sem exam too bad... i think I've said that i do not want to know my result in my past post kan??? huhu... actually i'm going to level 4 block H to send my chocolate report... the result is on the board on that floor... and accidentally i have checked my result... erk.... i've expected it actually... sindrom rindu rumah tahap tertinggi waktu exam itu menghancurkan segalanya...huhu... so need to plan for the final... mid sem just 30%... the other 70% depends on final... so have, have and have to work hardest... actually dis planning is not complete and fix... so suka ati aku la nak ubah-ubah ikut kesesuaian...ikut suka juga kalau enggak mahu ikut...tapi jangan nangis kemudian ari pulak... erk ini ayat someone yang sayang aku.... ok-ok... manage time and be discipline cik syafiqah saidun....!!!! please9999999.....!!!!


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri
mengubah nasibnya” Maksud Surah Ar-Ra’d ayat 11

p/s : title itu dipilih untuk mepsiko kan diri...mepsiko?? apakah??? (-,-")
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...