Wednesday, December 29, 2010

hujung minggu saya



duet JPA yang tak kunjung-kunjung tiba memaksa kaki melangkah ke rumah untuk makan percuma...hehe...ok itu cuma alasan nak menyalahkan JPA yang tak hulur-hulur lagi bajet untuk budak-budak tahun akhir neh... 1st year n 2nd year dah kaya... fourth year ja yang kayap... huhu... actually nak share peristiwa yang berlaku ketika berehat-rehat dirumah tak sedarkan diri yang writing untuk tesis dah letih menunggu untuk disiapkan...hoho...


cuti sekolah ni sinonim la dengan upacara suci yang dipanggil perkahwinan... ada 4 buah kenduri yang sempat dihadiri sabtu dan ahad lepas... 2 tema merah mak ngah, 1 tema purple dan satu gi tema kelabu asap... nampak seperti warna-warna pastel kurang glamour akhir-akhir ini... tak kesah la baju apa yang dipakai bagaimana make up nya berapa kos belanjanya... kemeriahan sangat terasa... love wedding ceremony... kemeriahan tatkala berhimpun saudara mara dekat jauh dan kawan-kawan membangkitkan rasa... lepas ni banyak pula la kenduri cukur jambul... makan lagi... hehe...



 ni pelamin mini masa kenduri kakak 2/12 lepas... gambar kenduri-kenduri baru ni tak ambik pom..

Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan mengkayakan mereka dengan kurnia Nya. Dan ALLAH Maha Luas (PemberianNya) dan Maha Mengetahui. (24:32)

kegembiraan perkahwinan diselangi dengan kesedihan pemergian yang tersayang... 2 hari berturut-turut ada saja insan yang menyahut panggilan Ilahi... pada Sabtu yang lalu, Mak Teh Inas yang berusia akhir 30an menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan batu karang pecah dan serpihan-serpihan tu masuk ke dalam darah... keesokkannya pula, jiran yang baru saja melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas pula meninggal dunia.. koma selepas melahirkan cahaya mata pertama... dia disahkan meninggal sehari selepas pemergian datuknya... dugaan besar buat bonda Allahyarhamah kerana kehilangan dua insan yakni bapa dan anak dalam masa yang singkat...


Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya`qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam (2:132)


kematian mengejar kita setiap saat... makin lama makin hampir ianya dengan kita kerna kita tak bisa angkat kaki untuk lari daripada ketentuan ALLAH itu...jiran yang masih muda iaitu lebih tua 2 atau 3 tahun (24/25 tahun) daripada saya menjadi bukti kematian tidak mengenal usia...asyik dengan fatamorgana sehingga lupa seketika ada kehidupan lain yang kekal abadi... risau nama diterima malaikat Izrael tika persiapan diri belum melayakkan diri memasuki syurgaNya... kematian menginsafkan... mungkin perlu lebih kerap remind diri tentang mati supaya masa di dunia yang masih tersisa ni digunakan sebaiknya untuk menghimpun harta akhirat... jom ingat mati!!!


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (3:185)

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun? (4:78)


Assalamu'alaikum...=)


Monday, December 27, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

setelah lama tak join contest...errr...lama ka??? hehe... disebabkan cari method untuk tesis tak jumpa-jumpa...akhirnya saya terjumpa contest ini... hehe... hadiah yang menarik tertarik kau memang da bomb meronta-ronta jantung dan hati untuk menyertainya...dengan ini saya pemegang mohor raja-raja blogger mengisytiharkan dengan rasminya saya menyertai contest ini dan men tag qila untuk memberi galakan kepada beliau untuk turut serta dalam meramaikan acara giveaway ini... untuk yang lain yang berminat...sila klik pada gambar untuk membaca peraturan permainan dan mendaftarkan diri sebagai peserta...harap maklum...

Saturday, December 25, 2010

susahnya nak ikhlas

Yang ikhlas...
Noor Syafiqah Bt Saidun


hahaha999... teringat kad-kad raya yang hujungnya mesti akan ada perkataan yang ikhlas...tak pun yang benar, yang segala jenis yang la.. pastu siap dengan signature lagi... aduyai... kalah yb yb punya signature pulak tu... hahaha333...tapi sekarang dah tak hantar kad raya kan...kalau posmen datang pun dah tak se excited zaman dulu... tau dah kalau da kad raya pun mesti dari company-company yang meraikan pelanggan-pelanggannya ja... imbas kembali kenangan dolu-dolu sampai lupa niat di hati nak coret rasa kesal di hati...=)


saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana (ala-ala pendahuluan karangan pmr)...perghhh... imbas kembali lagi... ok2...straight to the point... saya nak tanya... susah tak nak ikhlaskan diri mu (sebut dengan rentak iklan maxis yang aktifkan dirimu tu..hiks)...??? bagi saya sangat susah... kenapa??? saya juga banyak kali tersasar dengan mengungkit kembali apa yang saya lakukan bila ada yang mempersoal apa yang saya lakukan atau tak menghargai malah menyakiti saya...


saya ada seorang sepupu yang sangat baik.. sangat suka membantu orang lain... pantang dengar orang mahu kenduri..pasti hati mereka berbunga-bunga mahu menolong... bukan setakat suka menolong... malah boleh diharap...sebab tu la orang yang mahu ditolong dengan senang hati memberikan segala tanggungjawab pada suami isteri yang berhati besar ini... sampai satu tahap... mereka rasa tidak puas hati.. niat yang pada mulanya ikhlas..mula goyah kerana niat baik hendak menolong disalah gunakan... semua kerja diserahkan kepada mereka bulat-bulat... so daripada ikhlas menjadi tidak ikhlas... sedihkan cerita ni??? niat baik menjadi tidak baik hanya disebabkan orang lain memanipulasi kebaikan tu...bagi saya ianya sangat sedih... saya kenal mereka..saya tahu kebaikan mereka..tapi orang selalu lupa yang manusia ada limit..sama macam kat jalan raya...ada had kelajuan yang mesti dipatuhi.. bezanya tak da terpampang kat muka sorang-sorang berapa had diri masing-masing..kalau ada senang la kan??? hehe...ya ka senang??? had laju ada kita potong...tak percaya??? gi check kat balai polis atau mahkamah berapa ramai kena saman sebab langgar had laju... =)


kesian kan bila niat nak membantu ikhlas kerana ALLAH..impikan hubungan baik sesama manusia...angankan  syurga ALLAH di akhirat... akhirnya menjadi sia-sia... sama saja seperti anda tidak berbuat apa-apa..kosong..penat lelah yang tiada hasilnya...yang dapat hanya karbohidrat dan protein ditukar kepada tenaga..better la daripada disimpan dalam bentuk lemak...betul tak??? emmm... nak tuding jari kepada siapa ya bila masalah yang selalu terjadi keliling kita ni???1st sekali tuding jari kat diri sendiri... anda siapa???


1.orang yang ditolong
please do not take any advantages on others... ni nampak orang tu baik, boleh diharap...mula la nak suruh ini dan itu... nak minta tolong tak salah...cuma ada hadnya... minta tolong sekadar yang mampu..ingat bahawa orang yang membantu juga mempunyai banyak tanggungjawab lain... dan bila orang nak membantu sepenuh hati tu pandai-pandai la hargai.. paling mudah sekali guna magic word...apa magic word tu?? nak tau klik sini...kalau segan nak sebut magic word tu, hantar sms... saya lebih prefer magic word ni daripada hadiah sebagai penghargaan... sebabnya... magic word ni lebih bererti bagi saya...ok ni bagi saya...pendapat anda mungkin lain ok..=) satu lagi..elakkkan daripada mempertikai kerja orang tersebut..kalau dia cakap penat...raikan dia dengan senyuman..beritahu dia moga kerjanya diterima ALLAH atau sesuatu yang membuatkannya lebih semangat untuk melakukan kerja dan bukan memperlekehkannya...misalnya berkata ala buat kerja sikit dah merungut...elakkan please...saya juga...=)


2.orang yang menolong
mungkin kita kena remind diri selalu yang pertolongan itu dituju khas buat ALLAH taala... ingatkan selalu dan selalu... ikhlaskan diri seboleh mungkin... saya juga kecundang dalam perihal ini baru-baru ini.. kesal yang teramat kerna tak mampu mengikhlaskan diri sepenuhnya..=( nasihat Luqman buat anaknya mungkin boleh dijadikan alternatif untuk mengelakkan tragedi ungkit mengungkit serta memenuhkan hati, jantung dan paru-paru dengan rasa ikhlas...

 "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."


emmm... susahnyaaaaa nak ikhlas... tapi kena cuba, cuba dan cuba...






rasulullah SAW bersabda:
"sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang,buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya.barang siapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah dan RasulNya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan RasulNya (dan diberi pahala) dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya sampai kepada yang diniatnya itu." (HR.Bukhari dan Muslim)

"sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan,kemudian menjelaskan keduanya.maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan,kemudian tidak dikerjakannya,Allah mencatat untuknya satu kebaikan (pahala),dan jika kemudian dikerjakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan (pahala),dan mungkin ditambah hingga tujuh puluh kali lipat atau lebih dari itu.dan apabila seseorang berniat akan berbuat kejahatan,kemudian tidak dikerjakannya,maka Allah mencatat baginya satu kebaikan (pahala).dan jika niat jahat itu dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kejahatan."
(H.R Bukhari dan Muslim)




Monday, December 20, 2010

semester 2 tahun 4

201210
bermula fasa akhir kehidupan sebagai pelajar pra siswazah
semuanya mahu ditatap dihayati dirasai sepuasnya
sebelum melangkah keluar memulakan episod baru kehidupan
sebelum melangkah keluar mengenal realiti dunia yang lebih mencabar

detik-detik hitam, putih, merah, biru dan hijau yang berlalu
menjadi pengajaran untuk kehidupan akan datang
menjadi inspirasi melangkah dengan lebih cemerlang
menjadi ceritera untuk dikenang

pantas masa berlalu
minggu 3M rasakan bagai semalam
belum puas berkenal-kenal 
tempat-tempat di KL juga belom terhafal (ini perkara biasa...bab jalan memang fail..hehe)


selamat menghadapi semester terakhir untuk semua pelajar tahun akhir walau dimana pun anda berada... moga sukses... =)


view dari tingkap bilik H408... bilik ku tika di tahun 1...=)




Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. " 

Sunday, December 19, 2010

Ketika cinta bertasbih 2

beberapa hari lepas baru sahaja selesai menonton sambungan movie Ketika Cinta Bertasbih... ya... saya agak ketinggalan disitu...huhu... 56 episod... tapi bukan semuanya saya tengok kerna ada beberapa babak yang membosankan dan terlalu lama sehingga membuatkan tangan saya ringan menekan button forward... kekangan kerja juga menghalang rasa sabar untuk menghabiskan terlalu banyak masa pada plot yang saya rasa terlalu stereotaip atau plot yang ada hanya untuk memanjangkan masa tayangan series tersebut ..wah... saya bermula dengan kutukan bertubi-tubi...dush...


okay masuk ke perenggan yang lebih menarik dan baik... hehe... cerita yang bagus kerana menerapkan isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran kita... isu utama yang ditonjolkan penulis adalah tentang ketidak upayaan memperoleh zuriat... yang dibawa oleh pasangan Azzam dan Anna serta Ustaz Mujab dan isteri... dua keadaan yang agak berbeza antara kedua-dua pasangan.. tapi sama tunjang kekuatannya iaitu sabar dan redha.. penulis berkongsi solusi kepada masalah ini dengan penonton melalui plot Ustaz Mujab menjadikan anak yatim jalanan yang berkawan dengan Sarah sebagai anak angkat...


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa." (3:38) [doa mendapat zuriat]

isu jodoh dari Ketika Cinta Bertasbih 1 juga berlanjutan sehingga ke Ketika Cinta Bertasbih 2... fuuuuhhh.. bab jodoh ni memang daya penarik... cuba tengok apa-apa movie or drama...tak da bab cintan cintun tak sah... Habiburrahman banyak kali cuba tegaskan kalau jodoh takkan ke mana... =) dah tunang pun kalau bukan jodoh tak kan menjadi jugak... dah hantar kad kawen pun kalau bukan jodoh tak kawen jugak... Furqan, Husna, Ilyas, Qonita, Eliana, Fiena, Hafis merupakan antara yang masih single... yang belom tengok tapi nak busy body jaga tepi kain siapa kahwin ngan siapa sila la tengok sampai last episod...(tak sedar diri sendiri yang ketinggalan..=P)


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah". (51:49)



isu lain yang diketengahkan dalam series ni ialah isu fitnah dunia... raja gosip dalam cerita ini jatuh kepada.... keboom boomm boomm (sound effect)... ustaz Azzam.. wah.. ustaz pesantren pun boleh bergosip sakan... dengan artis sinetron la anak kiyai la...penonton ditegur bahaya bergambar berdua lelaki dan perempuan ajnabi...gambar-gambar sebegini boleh membawa kepada fitnah...maksudnya bergambar si Uda dan si Dara semata-mata..tiada yang ketiga.. apatah lagi keempat...pelbagai cerita menarik boleh dikarang daripada satu keping gambar...hati-hati..=)


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda : “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”. (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


konsep musyawarah dalam membuat sebarang keputusan cuba diketengahkan dalam series ini... daripada sebesar-besar masalah kepada sekecil-kecil masalah... melalui musyawarah masalah berat sebelah dapat diatasi seperti yang berlaku tatkala penentuan tempat ketiga pertandingan hafazan kategori dewasa... Allah menyelamatkan Anna daripada mengikut perasaan tidak berlaku adil kepada Qonita... alhamdulillah... Musyawarah membolehkan setiap ahli memberi pandangan sebelum sebarang keputusan diambil....


Maka disebabkan rahmat Allahlah, engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka. Seandainya engkau bersikap kasar dan berhati keras. Niscaya mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan tertentu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (3: 159)

sebenarnya terdapat pelbagai lagi situasi masyarakat yang diterapkan dalam cerita ini... contohnya masalah anak yang menghisap dadah,  akibat kata-kata yang tak berlandaskan syarak, ibu bapa tak merestui pilihan hati anak-anak, masalah kewangan beserta cara mengatasinya, kejadian kanak-kanak hilang akibat kelalaian dan banyak lagi... semuanya diulas dengan begitu cantik oleh penulis untuk disajikan kepada penonton...jadi yang belom tonton sila lah menonton dan mengambil iktibar... saya prefer KCB 2 berbanding KCB 1 kerana skop ceritanya lebih luas... KCB 1 lebih kepada permasalahan jodoh semata...just my opinion...




Assalamu'alaikum...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...