Tuesday, February 5, 2013

050213 : Bersin


Along : Aaaaachoooooooo...
             Alhamdulillah
             [Segala pujian hanya milik ALLAH]

Angah : YarhamukALLAH
              [Semoga ALLAH merahmatimu]

Along : Yahdikumullah wa yuslihu baalakum
             [Semoga ALLAH memberi petunjuk dan membaikkan keadaanmu]

(Rujukan: Hadis riwayat Al Bukhari  no. 5756)


Pssssstttt Rasulullah tika bersin, Baginda akan menutup mulut Baginda dengan tangan atau pakaiannya. Baginda juga akan merendah atau menekan suaranya.:)

Indahnya hidup andai sunnah menjadi amalan. Amalan yang berulang-ulang insyaALLAH akan menjadi tabiat. Selamat beramal. =D

Sunday, October 21, 2012

211012: Majlis Ilmu Di Perlis

Assalamua'alaikum
Sesiapa yang berada di Perlis
Yang tercari-cari majlis ilmu
Yang terimpi-impi taman syurga
Sila like page Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)
Untuk mendapat info tentang majlis-majlis ilmu yang dijalankan sekitar Perlis
Boleh subscribe page Ustaz Yus jugak =)
Moga bermanfaat

P/S: Masih tercari-cari majlis ilmu di Nibong Tebal/Parit Buntar.


Tuesday, May 22, 2012

220512: Beramal dengan ilmu

"Seorang yang hendak menuntut ilmu hendaklah berniat menuntut ilmu UNTUK BERAMAL" 
(Imam Al-Ghazali)

Setiap perkara bermula dengan niat. Niat ibarat satu matlamat yang kita semat dalam diri dan niat inilah yang akan memandu setiap anggota badan ke arah perkara yang diniatkan. Jika niat menuntut ilmu kerana ilmu. InsyaALLAH hanya ilmu yang kita peroleh. Jika niat untuk beramal. InsyaALLAH niat itu akan menjadi pemangkin untuk setiap anggota mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Mari periksa niat kita menuntut ilmu. Adakah kita menuntut ilmu supaya kita boleh berdiskusi dengan ilmu yang ada atau menggerakkan otot-otot beramal dengan ilmu untuk memperoleh redha ALLAH? Jom semak nawaitu kita setiap hari. =)



p/s: Sibuk mengupdate blog satu lagi sehingga melalaikan blog yang lebih utama ini. Sudah 2 bulan terbiar tanpa update. =(

Friday, March 9, 2012

Terengganu getaway

Date: 29 February 2011
Setting: Terengganu
Nasihat penaja: Jom bahasakan mulut cakap subhanALLAH rather than canteknya okay. Jom practice sama-sama kay. =)

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH

SubhanALLAH
sekian =)

Assalamua'laikum

Wednesday, February 22, 2012

Perjanjian dengan ALLAH

Pada suatu ketika, Saidina Umar menangis ketika mengambil wudhuk untuk solat. Dan apabila ditanyakan 'Mengapa?', Saidina Umar menjawab dia takut seandainya dia tidak tunaikan janjinya dengan ALLAH untuk solat yang lepas.


Apa janji kita dalam solat dengan ALLAH?


"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam. (6:162)



Tepuk dada tanya iman. Bagaimana janji kita dengan ALLAH? hanya sekadar lafaz di bibir atau sudah terpahat di hati? 

Tiba-tiba terasa berat benar ayat itu. T.T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...