Actually ada banyak lagi benefits minum banyak air. Dalam bahasa mudah nak KURUS pun kena minum banyak air. Nak CANTEK pun kena minum banyak air. Nak PRODUKTIF pun kena minum banyak air. Nak SIHAT mesti minum air. Saja tekankan point-point yang meransang adrenalin NORMAL homo sapiens untuk minum, minum dan minum air. =) By the way, last point dalam gambar kat atas tu memang sangat-sangat terkena pada batang hidung sendiri. Boleh ka saya order air suam rather than air manis bila makan kat kedai? [curiousity tahap tinggi] Kena berusaha lebih gigih untuk mencintai dan menyayangi plain water selepas ini. Satu yang saya cuba amalkan sekarang ini ialah bersahabat baik dengan botol air. Alhamdulillah satu method yang sangat berkesan untuk saya setakat ini. Bila rasa berat sangat nak usung air tu, solution nya adalah minum supaya lebih ringan. haha. Lagi satu bila rasa dahaga saja, boleh terus capai air dan minum tanpa perlu mengeluarkan duit [jimat]. Akhir kata, jangan biarkan badan anda diselubungi dehidrasi. ^^
Wednesday, March 6, 2013
Tuesday, February 5, 2013
050213 : Bersin
Along : Aaaaachoooooooo...
Alhamdulillah
[Segala pujian hanya milik ALLAH]
Angah : YarhamukALLAH
[Semoga ALLAH merahmatimu]
Along : Yahdikumullah wa yuslihu baalakum
[Semoga ALLAH memberi petunjuk dan membaikkan keadaanmu]
(Rujukan: Hadis riwayat Al Bukhari no. 5756)
Pssssstttt Rasulullah tika bersin, Baginda akan menutup mulut Baginda dengan tangan atau pakaiannya. Baginda juga akan merendah atau menekan suaranya.:)
Indahnya hidup andai sunnah menjadi amalan. Amalan yang berulang-ulang insyaALLAH akan menjadi tabiat. Selamat beramal. =D
Labels:
infoooo....
Sunday, October 21, 2012
211012: Majlis Ilmu Di Perlis
Assalamua'alaikum
Sesiapa yang berada di Perlis
Yang tercari-cari majlis ilmu
Yang terimpi-impi taman syurga
Sila like page Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)
Untuk mendapat info tentang majlis-majlis ilmu yang dijalankan sekitar Perlis
Boleh subscribe page Ustaz Yus jugak =)
Moga bermanfaat
P/S: Masih tercari-cari majlis ilmu di Nibong Tebal/Parit Buntar.
Sesiapa yang berada di Perlis
Yang tercari-cari majlis ilmu
Yang terimpi-impi taman syurga
Sila like page Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)
Untuk mendapat info tentang majlis-majlis ilmu yang dijalankan sekitar Perlis
Boleh subscribe page Ustaz Yus jugak =)
Moga bermanfaat
P/S: Masih tercari-cari majlis ilmu di Nibong Tebal/Parit Buntar.
Labels:
infoooo....
Tuesday, May 22, 2012
220512: Beramal dengan ilmu
"Seorang yang hendak menuntut ilmu hendaklah berniat menuntut ilmu UNTUK BERAMAL"
(Imam Al-Ghazali)
Setiap perkara bermula dengan niat. Niat ibarat satu matlamat yang kita semat dalam diri dan niat inilah yang akan memandu setiap anggota badan ke arah perkara yang diniatkan. Jika niat menuntut ilmu kerana ilmu. InsyaALLAH hanya ilmu yang kita peroleh. Jika niat untuk beramal. InsyaALLAH niat itu akan menjadi pemangkin untuk setiap anggota mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Mari periksa niat kita menuntut ilmu. Adakah kita menuntut ilmu supaya kita boleh berdiskusi dengan ilmu yang ada atau menggerakkan otot-otot beramal dengan ilmu untuk memperoleh redha ALLAH? Jom semak nawaitu kita setiap hari. =)
p/s: Sibuk mengupdate blog satu lagi sehingga melalaikan blog yang lebih utama ini. Sudah 2 bulan terbiar tanpa update. =(
Labels:
muhasabah diri
Friday, March 9, 2012
Terengganu getaway
Date: 29 February 2011
Setting: Terengganu
Nasihat penaja: Jom bahasakan mulut cakap subhanALLAH rather than canteknya okay. Jom practice sama-sama kay. =)
SubhanALLAH
SubhanALLAH
Labels:
activities
Subscribe to:
Posts (Atom)









