Friday, May 31, 2013

310513: Mari tambah ilmu


Ramadhan Tips: Masa untuk ulang kaji ilmu berkaitan Ramadhan dan puasa supaya persediaan mental, fizikal dan rohani dapat dilakukan sebelum tibanya Ramadhan tak lama lagi. Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu dengan sia-sia seperti tahun-tahun lepas! azam baru! semangat baru!

Recommended website: Productive Muslim (klik please)

Psssssssssssssstttttt jemput beli kurma di SS dates =)

Assalamua'laikum

Monday, May 20, 2013

200513: 51 days until Ramadhan



Tips Ramadhan : Hadiahkan ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa saja kurma sempena menyambut Ramadhan, bulan penuh keberkatan yang bakal menjelang tak lama lagi.

"Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian saling mencintai" 
[HR Al-Bukhari, Al-Baihaqi, Abu Ya'la]

"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut"
[Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih]

Psssssssttttttt jemput membeli belah kurma di SS Dates. =)

Assalamua'laikum

Wednesday, March 6, 2013

060313: Oh sky juice!


Actually ada banyak lagi benefits minum banyak air. Dalam bahasa mudah nak KURUS pun kena minum banyak air. Nak CANTEK pun kena minum banyak air. Nak PRODUKTIF pun kena minum banyak air. Nak SIHAT mesti minum air. Saja tekankan point-point yang meransang adrenalin NORMAL homo sapiens untuk minum, minum dan minum air. =) By the way, last point dalam gambar kat atas tu memang sangat-sangat terkena pada batang hidung sendiri. Boleh ka saya order air suam rather than air manis bila makan kat kedai? [curiousity tahap tinggi] Kena berusaha lebih gigih untuk mencintai dan menyayangi plain water selepas ini. Satu yang saya cuba amalkan sekarang ini ialah bersahabat baik dengan botol air. Alhamdulillah satu method yang sangat berkesan untuk saya setakat ini. Bila rasa berat sangat nak usung air tu, solution nya adalah minum supaya lebih ringan. haha. Lagi satu bila rasa dahaga saja, boleh terus capai air dan minum tanpa perlu mengeluarkan duit [jimat]. Akhir kata, jangan biarkan badan anda diselubungi dehidrasi. ^^


Tuesday, February 5, 2013

050213 : Bersin


Along : Aaaaachoooooooo...
             Alhamdulillah
             [Segala pujian hanya milik ALLAH]

Angah : YarhamukALLAH
              [Semoga ALLAH merahmatimu]

Along : Yahdikumullah wa yuslihu baalakum
             [Semoga ALLAH memberi petunjuk dan membaikkan keadaanmu]

(Rujukan: Hadis riwayat Al Bukhari  no. 5756)


Pssssstttt Rasulullah tika bersin, Baginda akan menutup mulut Baginda dengan tangan atau pakaiannya. Baginda juga akan merendah atau menekan suaranya.:)

Indahnya hidup andai sunnah menjadi amalan. Amalan yang berulang-ulang insyaALLAH akan menjadi tabiat. Selamat beramal. =D

Sunday, October 21, 2012

211012: Majlis Ilmu Di Perlis

Assalamua'alaikum
Sesiapa yang berada di Perlis
Yang tercari-cari majlis ilmu
Yang terimpi-impi taman syurga
Sila like page Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)
Untuk mendapat info tentang majlis-majlis ilmu yang dijalankan sekitar Perlis
Boleh subscribe page Ustaz Yus jugak =)
Moga bermanfaat

P/S: Masih tercari-cari majlis ilmu di Nibong Tebal/Parit Buntar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...