Friday, November 26, 2010

iklan...=)

Assalamu'alaikum wbt..


hiii dear friends...
do you love contest???
if yes...
please go to those website and do the task
try your best to get the superb prizes...


1. this is CIMB punya contest..click here.. i've try it.. so simple..just match the number.. u can join this contest twice a day to get RM100 if you are not CIMB member and RM200 if u have CIMB account...


2. ini pulak Nokia punya contest... click here... hadiah teramat menarik.. i want the prize for the third place... wanna know what it is??? find it out on the website..click on the "click here" above...hehe


3. ni bukan contest..ni cam page yang connect kita semua.. cuba tengok sini...click here.. Not only will you get to know new friends... but you can also stream videos, listen to music, do shout outs, get the latest football news and many more..=)


sooooo do not hesitate to go to those links ok... have fun...


Assalamualaikum Wbt...=)

saya pandang saya lihat

251110

IJN atau nama penuhnya Institut Jantung Negara memanggil-manggil saya memungut data demografi (subjek-subjek saya punya research punya maklumat diri like race, age, etc)...so saya menyahut panggilan tersebut dengan menganjurkan acara walking for burn (bukan pembakaran lemak secara terbuka ok..tapi pembakaran kulit..hehe..) ke sana bersama-sama peserta tetap acara ni iaitu cik Hajar merangkap my lab mate... so dengan penuh dedikasi melangkah dari Plaza Rah ke IJN dibawah cahaya matahari yang gemilang memancarkan haba dan sinaran UV tanpa segan apatah lagi silu...


setiba disana kaki secara automatik mengarah ke lab research..malangnya hatta bayang-bayang kak Fazlina aka RA IJN yang membantu kami dalam penyelidikan ini tidak kelihatan... nampaknya acara pandang-pandang jeling-jeling pula menyusul.. pelbagai gelagat manusia di observe dan catatan keputusan dan analisis data dilakukan menggunakan software minda kurniaan ALLAH...


si satu sudut kelihatan seorang kanak-kanak lelaki terbaring di katil disorong oleh ahli keluarga.. kecil-kecil lagi diuji sebegini detik hati saya... jantung ni cam saya dan anda semua tahu 1 of the most important organ... jantung mati.. bahagian lain pun akan mati sebab bekalan oksigen dan nutrien ke bahagian-bahagian badan berhenti layman kata...


kalau orang-orang yang baca tulisan saya dari dulu mesti perah santan yang saya selalu menimbulkan soal sihat sebelum sakit...sebab yang pasti saya tak tahu... sebab yang tak pasti mungkin kerana saya selalu sakit, saya pelajar sains kesihatan atau mungkin sakit itu perkara yang sering terjadi di sekeliling kita.. rasanya hampir semua yang bergelar manusia pernah merasai ujian ini..


berbalik kepada kanak-kanak tersebut.. bezanya dia dengan saya... umur dan jangka masa ujian... ujian itu hadir pada saya dan mungkin juga anda bermusim.. tapi lain pula keadaan kanak-kanak ini.. sakit itu senantiasa menemani bak teman setia... umur sudah pasti la.. saya pada umurnya..sibuk melasakkan diri ke hulu ke hilir macam tak kenal rumah... dia pula menghabiskan masa dengan bau-bau ubat yang kurang menyenangkan..


perlukah kita bersyukur???


sangat perlu.. saya kira kanak-kanak ini peratus syukurnya pada nikmat kesihatan melebihi peratusan saya dan anda...kerana dia jarang merasa sihat.. manusia ni bila sentiasa dikurniakan nikmat kita lupa apa rasanya... tak faham?? okay cenggini...contohnya kita selalu sangat makan coklat (ni bagi orang yang gilakan coklat cam saya la ok..anda yang lain bayangkan makanan yang anda suka..).. selalu sangat dapat makan... lama-lama kita jemu.. dah tak rasa kenikmatan coklat tu..tapi cuba kalau kita orang miskin susah sangat nak dapat coklat tu.. dah dapat tu.. fuh nikmatnya hanya ALLAH saya yang tahu...macam tu jugak nikmat sihat...sebab tu kadang-kadang ALLAH uji kita dengan sakit... bukan apa.. Dia sayang kita... nak remind kita suruh bersyukur... Baikkan ALLAH...=)


Dan aku jadikan bagi kamu sekalian keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian) dan kepada Aku-lah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Anbia’:35)


suara-suara leteran tiba-tiba menerobos telinga saya menarik perhatian saya... Aci cleaner marahkan seseorang yang mandi di toilet yang nak dibersihkan... "dah cakap tak boleh mandi kat sini nak mandi juga tak faham bahasa ka." merupakan antara yang dikatakannya... anda jangan ingat anda kerja di pejabat ja tension..kerja Cleaner pun tension tau... bila tension makan la coklat Aci... coklat buatkan badan rembeskan hormon yang boleh buat kita gembira.. tanak coklat pisang pom dikatakan memberikan effect yang sama..hehe... promote kejap...


soal tension tu kita perlu ingat...bukan anda seorang saja yang tension..orang lain pun sama.. tak salah nak tension...yang salahnya menyakitkan hati orang lain... =) saya sekarang cuba praktikkan untuk senyum setiap kali tension.. sebab da kajian mengatakan senyum dapat mengurangkan tension..mesti ikhlas.. cuba senyum sebanyak mungkin sampai anda rasa senyuman anda ikhlas... kalu tak boleh sangat cuba nyanyi lagu Senyum... mesti anda akan tersenyum..=)

senyum...tak perlu kata apa-apa


=)


Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].



"mak teh ni.." hehe... tengok Hannah yang bijak ni bila marah dan tension ngan mak sedaranya yang suka nyakat ni... tak comeyl la marah-marah kakak..hehe...so tak perlu marah-marah ok..=)



Thursday, November 25, 2010

3 magic words

maaf
mahal harganya
memerlukan kekuatan luar biasa untuk melafazkannya
tapi ia bisa membekukan gunung berapi aktif
yang menunggu masa untuk meletus
mencairkan hati yang keras


(p/s: tak perlu kiranya melafazkan senantiasa.. maksudnya benda yang tak perlu pun nak cakap sorry.. orang pom kekadang akan rasa kurang selesa...sikit-sikit nak mintak maaf...saya tak kisah tapi ada sahabat saya cakap dia rimas...=))


terima kasih
mudah, pendek dan padat
perlu dibiasakan hadir dibibir
penghargaan buat satu pengorbanan
hilang penat hiburkan hati


(p/s: bila dihargai... baru semangat nak tolong lagi..tak gitu?? =))


tolong
letaknya di depan atau dibelakang sesuatu ayat
nampak remeh
ala-ala ayat skema BM yang diajar oleh Munshi DBP
mampu meningkatkan adrenalin si penerima arahan


(p/s: ada ka orang yang suka di arah...??? menolongkan lebih nampak sopan terutama bila minta daripada orang yang lebih tinggi atau setaraf pangkatnya dengan kita atau berumur berbanding kita..saya pun sering lupa letak perkataan ni dalam ayat... kena praktikkan...=))


fikir-fikirkan... budi bahasa amalan kita...


“Honest is the best attitude, Humble is the best approach and Helpful is the best investment.”


“Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahmi.” (HR. Muslim)




Wednesday, November 24, 2010

gila-gila

PUMA
ADIDAS
NIKE
REEBOK
KAPPA


ni antara jenama barangan sukan yang menjadi kegilaan orang yang gila jenama..nak taip gila kan sukan tadi..tapi cam tak berapa tepat.. gila jenama lebih tepat sebab barang-barang yang berjenama ni seperti yang saya dan anda sedia maklum harganya pun gila... nampak kasar bila gunakan word gila tapi kalau guna word crazy tak nampak kasar lak kan..hurmmm...


actually kalau ada sesiapa yang gila jenama atau teringin nak pakai barang-barang berjenama ni tapi kurang pulus.. korang cuba klik sini baca info terbaru daripada Puma ni..kot-kot la impian boleh jadik kenyataan...hehe... ala-ala rancangan dalam cerita Puteri Impian lakonan Amy Mastura tu...best gak kan kalau rancangan cam gitu wujud... kompem bankrap penerbit rancangan tu kalau penonton mintak yang bukan-bukan...hahaha999...


walaupun tajuk karangan saya hari ini gila-gila...ia bukan berkitar kepada majalah gila-gila... ia hanya berkitar kepada gila jenama dan gila contest... so anyone yang nak join...klik la ya... hadiah sangat menarik...nak tau hadiahnya apa??? klik dan baca...saya ada kerja lain mau buat.. malas nak buat kopi dan pasta tu.. so buka dan baca la k..daaaa...




Tuesday, November 23, 2010

antara benci dan rela

saya benci bila orang mengatakan saya cakap tak serupa bikin...
saya lebih rela orang katakan saya diam-diam ubi berisi...
saya benci beribadat dihadapan orang kerana risau hati saya terdetik riak tanpa saya sedari...
saya lebih rela sembunyi-sembunyi beribadat, hanya Dia saja yang tahu...
saya benci bila orang memuji saya baik sehingga saya jadi lewa...
saya lebih rela orang hina saya dengan baik supaya saya tahu ada yang saya perlu jaga-jaga dan perbaiki...
saya benci orang menghukum tanpa memeriksa...
saya lebih rela diam membatu tanpa bicara...
saya benci hukum hakam sesedap rasa...
saya lebih rela penghormatan kepada setiap pendapat walaupun berbeza persetujuan...
saya benci mengejar harta benda tanpa menoleh ke bawah..
saya lebih rela biar papa asal bahagia dan jiwa terisi..
saya benci pemuja kecantikan tapi tak tahu makna kebersihan..
saya lebih rela pemuja kebersihan kerana kecantikan xkan kekal...
saya benci rasa benci...
saya lebih rela sayang-menyayang sesama kita..
=)


perjalanan ke syurga atau neraka...hidup dunia yang sementara..berhenti menilai orang lain.. kembali menilai diri.. sesuatu yang kita sangka baik belom tentu baik...sesuatu yang kita sangka buruk juga belum tentu buruk... muhasabah diri... =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...