Friday, April 23, 2010

sv owh sv


tadi after exam aku ingat nak gi makan roti sardin... sekali member ajak gi tengok senarai nama supervisor... terbantut niat murni nak majukan kedai Hassan Shah... suma budak kelas aku semangat melambung-lambung nak tengok under lecturer mana untuk tesis next sem... berkerumun kat board cam sekumpulan semut yang lapar tengah kerumun gula... aduhai penat tunggu giliran... kalau masing-masing tengok untuk diri sendiri ja tak pa jugak... ni sampai setiap orang dalam kelas tu nak tau under lecturer mana...hiperbola jap...emo tak dapat langsung tengok kertas tu tadi... hihi...nasib da member gitau...

pikah under puan Zakiah....

siapa lagi under puan Zakiah???

tak da...ko sorang...

errr... aku sorang??? biar betol...

a'a...

risau jugak aku sorang-sorang ja ni...bajet buat tesis nanti sempat nak berteman-teman...=P bila fikir balik ok jugak... atleast lecturer tu tumpu perhatian khusus untuk aku.. tak mau la aku bermadu ngan member kelas aku yang lain...hahaha999...tapi may be jugak ada pelajar kos lain yang buat tesis under Pn Zakiah jugak...entah la...  yang pasti besar kemungkinan projek final year aku memang tak akan masuk lab la... i guess survey kot coz Pn Zakiah ni lecturer Biostatistik... tak kisah...everything happen for a reason... ramai jugak keciwa tak dapat lecturer yang diimpikan dan subjek yang diminati... nak wat cam na beb... random sampling...

apa pun bersyukur je la ya... maybe ada hikmah yang kita tak kan sedar lagi sekarang ni... tapi esok lusa keluar la statement "owh nasib baik tesis aku ini bukan itu bukan itu bukan itu"... so ceriakan harimu bersama roti sardin... lastly dapat gak makan roti sardin...alhamdulillah...kenyang...^^


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah Al-Baqarah:216)

Tuesday, April 20, 2010

indo ka indon???



aku baru tau... orang indonesia tak suka dipanggil indon... baru??? err... actually before exam dah tau... member yang gitau... mereka lebih suka dipanggil orang indo... see the difference???? without N wokey... kenapa??? indon tu panggilan pekerja kasar pada zaman penjajah kat indonesia...tu ja info untuk ari ni...sekian...hehe...

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (49 : 11)

Sunday, April 18, 2010

apa erti aku menuntut ilmu

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut; 


"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,





Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,
 

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"


"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
 
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
 

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah
 adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
 
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
 
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
 
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." 
(QS 6 : 162)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,
 


“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, 
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati
.

this post i copy from emel sent by my coursemate..


Saturday, April 17, 2010

bersediakah???

aku diterjah kematian din beramboi...
aku terkesima dengan pemergian bonda kepada seorang sahabat yang juga sedang berperang dengan peperiksaan...
aku dikejutkan dengan berita datuk saudara seorang sahabat pergi buat selamanya...
hari ini... ada lagi cerita tentang insan yang menyusuli kita ke alam barzakh...yup! achik spin...

tiada death note yang akan ditinggalkan di depan pintu rumah sehari sebelum kematian sebagai amaran meminta kita bersedia untuk menghadapi saat-saat perpisahan dengan alam dunia... 
it means we have to be prepared 24/7... 

bersediakah...???

cukupkah sekadar menghafal skema jawapan yang imam bacakan ketika talqin untuk membantu berhadapan dengan malaikat Mungkar dan Nakir???
sempurnakah ibadat wajib dan sunat sehari-harian??? sucikah tanpa campuran riak??
adakah dosa-dosa kecil dan besar akan deduct markah pahala sehingga mencapai negatif??? 
layakkah aku menerima salam dari Nya dan disambut para malaikat di jannah???
tergolong kah aku dalam 1 daripada 73 golongan akhir zaman yang ALLAH janjikan syurga???

bagaimana sekiranya kedatangan ku di alam akhirat disambut oleh Malik???
bahang kepanasan cuaca hari ni cukup membuatkan aku mengeluh kepanasan... apatah lagi api neraka yang menyala-nyala...???
sehari disana ibarat seribu tahun disini... bagaimana aku mampu bertahan...

Ya ALLAH...aku takut...



pembaca yang mempunyai sakit jantung sila jangan baca...



udah terlalu lama blog ini tidak bersuara... ala diam kan lebey baek daripada cakap tak tentu hala... betol tak??? bila tersalah cakap ada hati yang mula terhiris... ada pulak otak yang salah menafsir... ada pulak mulut yang mula bersiul lagu yang kurang enak untuk halwa telinga... cewah... tapi apapun aku selalu jak merapu... hehe... maaf la eh kalu ada lawak melampau (bukan aksi melampau jak ada...lawak melampau pom ada..hiks) yang secara spontan keluar dari lidah yang tidak bercabang ini ya... 






actually ada lagi 3 paper yang menunggu saat untuk melontar bom tangan ciptaan masing-masing... masing-masing tunggu masa sesuai ja... power nya bom-bom tu aku belom tau.... tapi daripada pantauan yang di buat perisik-perisik aku bom-bom tu sangat berbahaya... lebih hebat daripada bom yang menggegarkan hiroshima dan nagasaki... fuuuhhhhyoooo..... boleh sebabkan mutasi gen ni... tapi disebabkan sistem imun aku dah ada memori yang agak kuat hasil hentaman serangan-serangan sejak 15tahun yang lalu... yola since standard 1 until now... sila ambek kalkulator dan kira... kalu malas guna jari pom boleh...hehe... aku dah lali dengan radiasi sebegitu.... mungkin ini yang menyebabkan tentera aku malas untuk berlatih berperang dan siap siaga sebelum ketibaan penyerang-penyerang handalan daripada kumpulan yang sangat dikenali dengan nama examination tu... ish.. tau tak kumpulan ni la yang menyebabkan pokok-pokok kat negara ni kena tebang.... isk... mungkin 1 reformasi secara besar-besaran menentang pertubuhan popular itu akan dijalankan... bila??? tungggguuuuuu.....hehe...




adakah ini bermakna aku mengangkat kain putih sebelum berperang??? owh tidak... kain putih akan hanya digunakan untuk membaluti tubuh mujahid... bukan untuk merendahkan maruah mengaku kalah... status seorang sahabat di facebook menyuntik semangat... nak tau ka status yang mana aku maksudkan??? nak tau eh... sibuk jak nak tau... hehe...  yala-yala aku share kat sini... nanti hangpa pakat suntik diri masing-masing k... sat-sat aku search kat facebook status tu...tada!!!! ini dia... cepat-cepat weh pakat baca... hihi...


Peperiksaan hanyalah ujian kecil di dunia, ujian akhirat sedang menanti. Maka,persiapkanlah diri untuk kedua-duanya. Ya Rabbi,permudahkanlah...


eleh... ayat cam gini aku leh buat... ya??? fuh terer la anda ni... apa kata anda post kan ayat-ayat bombastic cenggini di facebook masing-masing untuk menaikkan darah... eh... menaikkan semangat 79 dalam diri budak-budak u yang tengah demam disebabkan wabak yang cuba dimanipulasi oleh pertubuhan examination tu... ala... tak rugi pom... bukan kena bayar pom pos status tu... aku terbaca dengan tak sengaja status tu masa tengah down teramat... fuh terkesan dihati... so mana taw status yang anda post boleh meredakan kecauan kejiwaan keorangan kelainan...hehe....ok la... sebelum anda anda dan anda bertambah pening membaca karangan terhebat alaf 21 milik seorang pelajar yang mendapat A1 dalam subjek Bm ketika perang sijil pelajaran malaysia 2005 ini... lebih baik aku berhenti menaip... untuk yang dah rasa mual nak muntah loya, nak demam or  morning sickness... boleh ambek panadol... bagi yang sudah berkahwin... boleh mengunjungi klinik-klinik berhampiran tempat anda... takut-takut simptom itu bukan disebabkan virus merapu yang disebarkan oleh aku... tetapi disebabkan pembawaan budak...hehe... kalu positif tu aku dahului dengan ucapan tahniah.. hehe... kalu negatif aku akhiri dengan nasihat sila cuba lagi... hihi... 


k2... nah plastik muntah puas-puas... cau cin cau... teringat pulak jagung cincau kegemaran sahabat aku cik nasihah, cik hanis ngan cik naeilah yang bercita-cita nak buka fan page ngan title "saya suka jagung cincau"... hehe... syafiqah!!! stop plz!!! ok2... lastly full stop....




p/s: tahap kemerapuan sangat tinggi... harap maaf... jiwa ngah kacau...=P


"Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat Nya. Dan Dialah Maha Pelindung Maha Terpuji." (42:28)


Bila ALLAH cepat makbulkan doamu maka Dia menyayangimu...
Bila ALLAH lambat memakbulkan doamu maka Dia sedang menguji mu...
Bila ALLAH tidak memakbulkan doamu maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Bersangka baiklah dengan ALLAH...


Monday, April 12, 2010

wish ngetop...

5 ngetop sms wishes....

Happy birthday.. semoga dikurniakan segala yang terbaik... ~MY love MOM~

Rahsia kejayaan Musa B. Nusair, general Islam yang tak pernah kalah "sebelum memulakan pertempuran, saya akan bersunyi-sunyi dengan ALLAH, saya adukan segala kelemahan saya di depanNya, dan saya yakin Dia akan membantu saya". inilah kelebihan orang mukmin... semakin sulit masalahnya semakin mustajab doanya. bukan perjuangan tanpa kesulitan, tetapi dalam kesulitan sentiasa ada ketenangan memugar kekuatan... sebaliknya orang yang tidak berjuang kesulitan tetapi tidak merasai ketenangan...selamat hari lahir yang ke 22 NOOR SYAFIQAH ~ ZAHIRAH ZAINAL~

Assalamualaikum... Pikah sayang... selamat ulang tahun... bertambahnya umur bermakna perjalanan kita bertemu denganNya semakin hampir.... moga usaha kita terus bertambah sesuai dengan keinginan kita untuk bertemu denganNya di syurga Dia... insyaALLAH... moga ukhuwah kita ini boleh menjadi salah satu bentuk usaha kita dalam meraih kemenangan di akhirat nanti... uhibbuki fillah! muahx! ~SITI KHADIJAH ISMAIL~

Salam... encik piqah yang comel lagi menawan... happy birthday!!! love you very much dear... good luck in your exam.. good luck in your future undertakings...mmmmmuah!! :-* ~SHAZWANI SHUFNI~

Salam pikah... hapy 22nd birthday! semoga panjang umur...dimurahkan rezeki... dapat segala yang diinginkan dan cepat kawen ;-) miss you girl! ~NUR NAJMI AZMI~

5 ngetop FB wishes....


Munirah Talib " Bunga yang mekar jangan dibiarkan ianya layu....Hati yang suci jangan pula ia dikotori....Hari yang indah bagaikan sudah mengerti tibanya ulang tahun kelahiran Noor Syafiqah....Hadiah yang mahal akan diberi kemudian!! haha..."


Nur Atiqah pqah sayang..
appy becoming birthday ye dear..

aku wish awai..takut sok x berkesempatan..
neway, im praying for ur success n happiness..
may Allah bless u, give u strength to go through ur life...
luv u~
muakx! (^x^)..



Suzane Mah Nyuk Fung happy birthday syafiqah..must attract positive energy during ur birthday hahaha


Siti Aswati ~sannah helwa ya ukhti~selamat hari lahir~semoga sentiasa ditetapkan hati dalam IMAN dan ISLAM..ameen~


siti khadijah mohd termizi Salam.. selamat ulangtahun kelahiran.. Smga sntiasa didlm naungan rahmat dan redha Allah.. Semakin bertambah usia, makin dekat ajal menghampiri kita.. Ayuh kita muhasabah diri.. Jadi anak yg soleh, hamba yg bertaqwa.. InsyaAllah~ 


p/s: anyway thanks to all my friends who wishing my birthday...really appreciate!!! love you guys sooooooo much.... untuk yang tercalon di sini... sila tuntut hadiah anda pada pihak penganjur...hahaha9999...THANKS AGAIN... ^,^

Wednesday, April 7, 2010

exam fever...

12/4 > toxicology
14/4 > biomolekul lanjutan
16/4 > biostatistik
17/4 > khidmat masyarakat
19/4 > genetik
23/4 > teknologi industri
26/4 > patofisiologi

selamat menjalani peperiksaan semua~!!! ma'at taufiq wannajah...!!!!

untuk biomol ada website cam best... klik la...saja share...hihi...
http://learn.genetics.utah.edu/

sesiapa yang mau buat sistem barter ngan aku dialu-alukan..bg la ya kalu ada website ka video-video yang cam best....hehe...


Tuesday, April 6, 2010

HANYUT...


cipta dari segumpal darah...
jelma seraut wajah...
rahsia agungnya kudrat Tuhan...

Dan dihembuskan nyawa...
diikatkan janji...
tunduk hanya kepadaNYA...

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta...
dugaan tuk menguji kehambaan...
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia...
selain perlindunganNYA...

Berkurun terukir sejarah alpa...
manusia dihanyut indah yang fana...
terlupa pada fitrah wujudnya...
hanya ditaraf hamba...


Tenggelam pada bisikan dunia...
tak sedar langkah mudik ke sengsara...
tergoda pada hasut sengketa...
rebut fatamorgana...

repeat (*)

Telah disuluhkan laluan...
diberi segala pedoman...
seiring akal dan fikiran...
mengapa kehilangan...

Telah tertulis pengakhiran...
pada selembar takdir insan...
jiwan yang penuh penyerahan...
Itu yang dijanji syurga...

repeat (*)
rebut fatamorgana 3x 

BY UNIC...

P/S : LAGU LAMA TAPI LIRIK NI BARU AKU PERASAN CAM BEST...ESPECIALLY YANG AKU BESAUKAN TU...=)

Monday, April 5, 2010

plz... help me..

beberapa minit sebelum post sebelum ni di post... aku sedang membelek emel..tiba-tiba...

eh!!!tiket flight ni awal pagi???? sepatutnya petang...

so tgn aku terus ligat menaip sms kepada kakak tersayang... 

eh bukan petang ka??? ni sms yang dibalas oleh nya...

setelah di check berulang kali...memang confirm... tersalah beli tiket... arghhhh!!! aku mengeluh panjang....

aku cuba untuk menukar tiket... tapi RM130 terpaksa dilaburkan jika mahu tukar....

aku tersangat keciwa... sudahla duet jpa dah tahap nazak...thats why that post yang sepatutnya tak da dalam blog aku ni di pos... nyesal jugak...coz aku tersangat tak suka orang yang suka marah-marah kat facebook, ym or blog... but this time... i'm the one who did it...huhu... lagak my sis yang seperti tak kesah tu yang buat aku marah... aku still boleh control cakap dengan nada yang baik dengannya... so untuk lepaskan kemarahan yang terpendam ni... blog jadik mangsa... maybe tu jugak sebab orang laen lepas marah kat blog, ym or fb.. sebab nak marah kat orang tu cam tak patut... dah la dia lagi tua...pastu dia pulak yang tolong kita belikan tiket...huhu...

childish kan??? hate doing something then regret about it... tapi time tu memang tak boleh control... terasa bersalah teramat pada Naeilah.. aku tak suka sebab aku orang laen plak susah... satu lagi better kami naek bus...lagi murah...sampai lagi awal pulak tu... huhu... tak pa la maybe ada hikmah kan???=)))

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebjikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.... (2:286)

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2: 216)

so aku nak mintak jasa baik orang yang terbaca blog ni plz bagi respon... tiket flight aku kul 7.15a.m... train start pukul 6pagi... sempat tak kalau naik train kul 6 pagi tu dari chowkit??? kalau tak anda, anda dan anda da suggestion tak apa yang patut aku buat??? LCCT ada surau tak???selamat tak tido situ??? plz...respon ya... especially orang-orang yang ada pengalaman naek flight or penah gi LCCT... ya aku first time ni..huhu/...plz...help me... 


Thursday, April 1, 2010

luahan hati saya

rasa nak jerit dan marah... sebab fikirkan nak jaga ati orang hati sendiri tak terjaga... sangat penat begini... tolong jangan ambek kesempatan kebaikan saya... saya tak suka ok... itu suara hati saya...
tapi apa boleh buat??? sabar dan senyum saja...  act as usual... forget it and think positive... 

~sabar separuh daripada iman~
~kehidupan dunia memang tidak adil... tapi keadilan akan tertegak disana... tanggungjawab akan dipersoal... soal hati dah tak boleh bohong....so teruskan bersabar..~

=)))))))))))))))) saya dah ok... nampak???? senyum saya yang panjang ni....=P

thanks mr blog... coz bagi saya ruang untuk lepaskan apa yang saya rasa... untuk orang yang terbaca... pesan saya..nak buat apa-apa pun fikirkan kalau kita berada kat kasut orang tu....hehe... ingat balek... ada tak orang tu pernah buat kita macam tu masa dia kat tempat kita dulu... renung-renungkan dan selamat beramal ya... jangan tenung then pikir bukan-bukan pastu buat halaqah mengumpat...hehe... pesan diri jugak...hehe... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...