Saturday, April 17, 2010
pembaca yang mempunyai sakit jantung sila jangan baca...
udah terlalu lama blog ini tidak bersuara... ala diam kan lebey baek daripada cakap tak tentu hala... betol tak??? bila tersalah cakap ada hati yang mula terhiris... ada pulak otak yang salah menafsir... ada pulak mulut yang mula bersiul lagu yang kurang enak untuk halwa telinga... cewah... tapi apapun aku selalu jak merapu... hehe... maaf la eh kalu ada lawak melampau (bukan aksi melampau jak ada...lawak melampau pom ada..hiks) yang secara spontan keluar dari lidah yang tidak bercabang ini ya...
actually ada lagi 3 paper yang menunggu saat untuk melontar bom tangan ciptaan masing-masing... masing-masing tunggu masa sesuai ja... power nya bom-bom tu aku belom tau.... tapi daripada pantauan yang di buat perisik-perisik aku bom-bom tu sangat berbahaya... lebih hebat daripada bom yang menggegarkan hiroshima dan nagasaki... fuuuhhhhyoooo..... boleh sebabkan mutasi gen ni... tapi disebabkan sistem imun aku dah ada memori yang agak kuat hasil hentaman serangan-serangan sejak 15tahun yang lalu... yola since standard 1 until now... sila ambek kalkulator dan kira... kalu malas guna jari pom boleh...hehe... aku dah lali dengan radiasi sebegitu.... mungkin ini yang menyebabkan tentera aku malas untuk berlatih berperang dan siap siaga sebelum ketibaan penyerang-penyerang handalan daripada kumpulan yang sangat dikenali dengan nama examination tu... ish.. tau tak kumpulan ni la yang menyebabkan pokok-pokok kat negara ni kena tebang.... isk... mungkin 1 reformasi secara besar-besaran menentang pertubuhan popular itu akan dijalankan... bila??? tungggguuuuuu.....hehe...
adakah ini bermakna aku mengangkat kain putih sebelum berperang??? owh tidak... kain putih akan hanya digunakan untuk membaluti tubuh mujahid... bukan untuk merendahkan maruah mengaku kalah... status seorang sahabat di facebook menyuntik semangat... nak tau ka status yang mana aku maksudkan??? nak tau eh... sibuk jak nak tau... hehe... yala-yala aku share kat sini... nanti hangpa pakat suntik diri masing-masing k... sat-sat aku search kat facebook status tu...tada!!!! ini dia... cepat-cepat weh pakat baca... hihi...
Peperiksaan hanyalah ujian kecil di dunia, ujian akhirat sedang menanti. Maka,persiapkanlah diri untuk kedua-duanya. Ya Rabbi,permudahkanlah...
eleh... ayat cam gini aku leh buat... ya??? fuh terer la anda ni... apa kata anda post kan ayat-ayat bombastic cenggini di facebook masing-masing untuk menaikkan darah... eh... menaikkan semangat 79 dalam diri budak-budak u yang tengah demam disebabkan wabak yang cuba dimanipulasi oleh pertubuhan examination tu... ala... tak rugi pom... bukan kena bayar pom pos status tu... aku terbaca dengan tak sengaja status tu masa tengah down teramat... fuh terkesan dihati... so mana taw status yang anda post boleh meredakan kecauan kejiwaan keorangan kelainan...hehe....ok la... sebelum anda anda dan anda bertambah pening membaca karangan terhebat alaf 21 milik seorang pelajar yang mendapat A1 dalam subjek Bm ketika perang sijil pelajaran malaysia 2005 ini... lebih baik aku berhenti menaip... untuk yang dah rasa mual nak muntah loya, nak demam or morning sickness... boleh ambek panadol... bagi yang sudah berkahwin... boleh mengunjungi klinik-klinik berhampiran tempat anda... takut-takut simptom itu bukan disebabkan virus merapu yang disebarkan oleh aku... tetapi disebabkan pembawaan budak...hehe... kalu positif tu aku dahului dengan ucapan tahniah.. hehe... kalu negatif aku akhiri dengan nasihat sila cuba lagi... hihi...
k2... nah plastik muntah puas-puas... cau cin cau... teringat pulak jagung cincau kegemaran sahabat aku cik nasihah, cik hanis ngan cik naeilah yang bercita-cita nak buka fan page ngan title "saya suka jagung cincau"... hehe... syafiqah!!! stop plz!!! ok2... lastly full stop....
p/s: tahap kemerapuan sangat tinggi... harap maaf... jiwa ngah kacau...=P
"Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat Nya. Dan Dialah Maha Pelindung Maha Terpuji." (42:28)
Bila ALLAH cepat makbulkan doamu maka Dia menyayangimu...
Bila ALLAH lambat memakbulkan doamu maka Dia sedang menguji mu...
Bila ALLAH tidak memakbulkan doamu maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Bersangka baiklah dengan ALLAH...
Labels:
ntah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment