Thursday, October 6, 2011

surat untuk bakal-bakal penyewa

Assalamu'alaikum


Kehadapan bakal-bakal penyewa yang disayangi. Apa khabar saudari disana??? semoga sihat sejahtera hendaknya. Tujuan bakal housemate ini menulis adalah untuk mempelawa saudari segera masuk ke rumah kita yang terletak di Kondominium milik Datuk Rahim yang diberi nama Plaza Rah.  Seperti yang saudari sedia maklum. Kondominium ini terletak di Jalan Raya Muda Abdul Aziz, Kampung Baru. Kedudukannya yang strategik berdekatan dengan monorel Chow Kit dan Putra LRT Kampung Baru memudahkan pergerakan saudari andai kata saudari tidak mempunyai kenderaan sendiri. Kampung Baru juga terkenal dengan makanan-makanan yang lazat. Jadi, tidak lah perut saudari kerap menyanyikan lagu keroncong andai kata saudari dengan segera bersetuju untuk tinggal di Plaza Rah ini. Owh ya, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Institut Jantung Negara (IJN) juga berdekatan dengan kondominium ini.

Saudari yang dihormati,



Rumah yang bakal saudari pilih untuk didiami ini partly furnished. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Kalau rasa nak swim, bolehlah terjun ke dalam kolam di tingkat 7 bangunan ini. To be honest, ada jadual untuk penggunaan kolam renang ini. Ada hari untuk lelaki sahaja dan ada hari untuk perempuan sahaja kalau saya tak silap. Kat tingkat 2 pula ada kedai runcit dan tingkat 1 atau ground floor ada Hales Kitchen untuk makan-makan. Rumah kita agak tinggi iaitu di tingkat 20.Kalau saudari gayat, dinasihatkan saudari menjauhi kawasan balkoni dan tingkap. hehe. Tapi sayang la sebab viewnya SubhanALLAH sangat cantik okay.Gambar atau keadaan sebenar rumah ini akan saya paparkan kemudian. Aksi fotogenik dan fotogedik setiap sisi rumah akan cuba saya capture dan tayangkan untuk tatapan umum. Berkenaan bakal-bakal housemate yang lain, janganlah saudari risau kerana housemates yang sedia ada sekarang dijamin sangatlah sopan santun dan baik-baik belaka (termasuk yang menulis surat ini okay =P). bab secure pulak, ok la coz kena ada access card untuk naik ke rumah dan setiap kad hanya boleh access tingkat 1-7 dan tingkat rumah kita sahaja.


Jadi, saya menyeru saudari-saudari yang mencari rumah sewa segera lah hubungi saya (012-5573571) atau sahabat seperjuangan saya dalam ekspedisi mencari rumah ini iaitu Radhiah (013-2651820). Hanya ada 4 lagi kekosongan. Kami menunggu dan mengalu-alukan kehadiran anda ke tempat kami. Kami tungggggguuuuu tau....^^ buhbye!!! =)


bangunan tinggi tengah-tengah tu ya.

pssstttt tolong sebarkan pada rakan-rakan atau sedara mara yang tengah cari rumah di Kuala Lumpur... akhir kata tolong-menolong amalan mulia...


Yang Benar lagi Baik.....,                                      

8 comments:

mashi said...

pqah, masukkan iklan dlm mudah.my. mostly orang yg nk cari umh kat situ la mudah.

picairin said...

mashi... thanks for the suggestion.. member aku dalam usha masukkan lam mudah.com... ni just extra usaha... mana tau member2 ang ka, tiqah ka sapa2 la kawan ak yg baca blog ni yang tengah cari rumah kat kL.. so kalu ang tau... hebah2 kan lah ya mashi... ak dahului ngan ucapan terima kasih banyak2...^^

kembara mukmin said...

salam..pikah..ko dh keje kt kl ke smpai yg tggal kt plazarah tu???..ko keje kt mna??

kembara mukmin said...

salam..pikah ko dh keje kt KL ye?? sbagai ap??heheheh

picairin said...

Salam... ra+master under Pn Zakiah... =D

picairin said...

Zahirah.. plz sebarkan kalau ada kawan2 yg carik rumah sewa kay...=)

Anonymous said...

pikah, emel leh x agak2 berapa rental and everything :) am looking for a place around kl ni. mail to syaza_marya@yahoo.co.uk.

if it is still available lah.hehe tgk tarikh mcm dh lama sgt ni..

picairin said...

maryaaaaaa....=)
ada orang nak keluar tapi dah ada orang nak masuk pulak...
sorry...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...