Friday, December 17, 2010

3b = belek berkenan beli

bila hati dah berkenan 
bila kehendak dan kewangan mencapai kata putus
sesi soal jawab bersama sales girl berlangsung
soalan feveret???
yang bungkus lagi, ada tak???
napa tanak yang display???
sebab ramai dah pegang, dah sentuh, dah belek
nak yang baru
yang tiada orang pegang
yang tersimpan sempurna



camtu jugak harga seorang wanita
yang 'berbungkus' lebih digemari untuk 'dibeli'
yang banyak sangat display sana sini
nak beli pun pikir dua tiga kali
berkenan sangat-sangat, tiada yang bungkus terpaksa la beli
sedih tengok wanita yang bungkus cantek sebelum ni dah terkoyak sedikit plastik pembungkusnya
aku juga begitukah nanti???
bungkusanku ini yang ku rasakan masih bermasalah
akan mengalami revolusi ke arah kebaikan 
atau reverse ke arah busana jahiliah
tiada yang dapat menjangka bagaimana kita bulan depan
tahun depan
sedekad yang akan datang
semoga esok lebih baik dari hari ini
dan sedekad yang akan datang lebih sempurna berbanding hari ini
ameen...

Wednesday, December 15, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

emmm... nak join kempen ini tapi enggak ada hala tuju... arah mana nak ngomelnya...emmm... isu ni termasuk dalam isu yang bersepah... kat mana-mana saja orang memperkatakannya... anda click ja aurat wanita muslimah atau aurat lelaki muslim mesti berderet-deret website serbu google search tu sambil jerit "jemput-jemput masuk...banyak info sini dan tuan aku pom nak pahala sebar ilmu"...kat sekolah dulu pun dah pulun hafal aurat wanita dengan lelaki ajnabi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan...aurat laki dengan wanita ajnabi pula dari pusat hingga lutut... aurat wanita sesama wanita dan lelaki mahram pula dari pusat hingga lutut...fuuuh pendidikan Islam A1 kot berkat hafal tu...sekarang dah masuk matriks, ipta atau ipts...mesti Pusat Islam atau Badar atau apa saja nama untuk pertubuhan Islam kat pusat pengajian anda tak jemu bosan mempromosi menutup aurat...haa... kan saya dah kata isu ini isu bersepah...



isu bersepah tak bermakna isu tu boleh dipandang enteng... realisasikan ilmu yang dah tersemat kemas di dalam kotak fikiran tu menjadi satu realiti yang membangkitkan rasa kehambaan yang taat pada perintah Maha Pencipta... masalah nya sekarang ramai yang tahu tapi tidak mahu... pelbagai alasan direka... blogger yang mengilhamkan idea kreatif kempen melalui blog ni memberi contoh pelajar-pelajar yang ada 'A'...nak tahu apa dia A tu gi klik banner kempen aurat tu...ni ayat dia...kalau budak sekolah agama yang dapat pendidikan agama yang lebih tu pun macam tu, macam mana yang lain? kan? Maaf la...mungkin saya salah interpretasi coretan saudari/saudara... tapi saya rasa macam tak berapa boleh terima ayat tu... sekolah agama atau tidak bukan satu ukuran yang sesuai dalam perkara asas begini... ini basic.. budak sekolah harian juga belajar apa itu aurat... bahkan saya pernah aja kagum dengan pemakaian puteri didikan sekolah harian berbanding puteri lulusan sekolah 'A'... tepuk dada tanya iman...apa khabar iman hari ini???


Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.”  (33:33) 


anda megah dengan pakaian anda hari ini??? hati-hati..takut tergelincir kerna terlalu megah... bukan tiada yang  membuka selepas ditutup... banyak contoh boleh diteladani disekeliling..cuma kena terbeliakkan sedikit mata...terbeliakkan mata ok...bukan suruh mulut kumat kamit mengumpat... anda masih rasa belom terlitup sempurna??? cari alternatif dan kuatkan itizam untuk berubah.. ya saya juga masih di takuk ini.. masih mencari kekuatan melakukan revolusi diri ke arah kebaikan selangkah demi selangkah untuk sampai ke tahap maksima...sama-sama kita doakan kita berjaya mempertahankan busana Islam masing-masing dengan senantiasa ingat mengingati antara satu sama lain... manusia selalu terleka... kempen sebegini atleast berjaya refresh niat murni yang terperosok jauh di sudut hati...tahniah buat ashfiqaz...


i tag this campaign to all my readers...spend some time to support this campaign... u can write it in ur blog or maybe make a note in fb... love u all...assalamu'alaikum...=)

Monday, December 13, 2010

sharing is caring

Assalamu'alaikum...


I found this last few days... this is an initiative to be a better Muslimah...made by a beautiful lecturer from Kedah Matriculation College... if u are a schematic person like her... click this picture to go to her facebook and find out how to use her idea there... i think...we can use this either for muhasabah or to set target... muhasabah can be done everyday... using this table, we can check what we have done in that day...then, we can learn from the mistake...



Hadis riwayat Abu Hurairah r.a:
Dari Nabi Muhammad SAW, Beliau bersabda: "Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama." (Shahih Muslim No.5317)





besides that... we also can set a target for a month... this month i must do this and this... so.. put that in this table... later this voices (alamak i FORGOT to do this)  insyaALLAH will not come out from our mouth...hehe...


enjoy this idea... make yours...have fun...^^


Tuesday, December 7, 2010

kahwin lambat sebab tak matang

Assalamu'alaikum...


terpanggil menulis isu ini bila terbaca statement ini...


kahwin awal buhsan..haha..laki2 tak suka terikat pada sesuatu tanggungjawab besar awal2 lelaki patut diberi masa untuk mematangkan akai fikiran...nak jadi suami ngan pak budak kena la matang dulu..cuba tengok setengah kes2 anak mencuri la ponteng sekolah lah...bini lari ikut jantan lain la..suami penagih la semua sebab si suami tak matang lagi le masa kawin..


bila saya menjawab begini...


maaf disagree... semua tu terletak pada diri, ilmu dan iman... ALLAHualam...


ini pula jawapannya...


iman ada pasang surut...ilmu plak kadang2 yg tahap professor pun ada kantoinya...diri lak memang sakit la kalau diri tak ada pendirian.. 
walaubagaimanapun selagi ada ketaqwaan dalam diri maka akan lancarlah fungsi diri, ilmu dan iman... ^__^
what did u think?? ada tambahan??



Masalah perceraian pada hari ini yang kian serius kebanyakannya disebabkan oleh perkahwinan yang tidak mengikut cara Islam... kes anak mencuri dan ponteng disekolah...kesalahan diletakkan atas kepala ibu bapa yang kurang matang...wajarkah??? terdapat pelbagai faktor yang lebih tepat menjurus ke arah masalah pelajar ini tetapi kenapa meletakkannya pada faktor yang sangat limited peratusannya??? lebih tepat kalau dikatakan kurang ilmu keibu bapaan... kalau umur mencecah 60 tahun sekali pun kalau ilmu keibu bapaan ini tidak dipelajari melalui pembacaan, pemerhatian pengalaman orang-orang sekeliling dan hasil eksperimentasi sendiri... aras keilmuan tu sama sahaja dengan kanak-kanak yang belum kenal apa erti tanggungjawab...bini atau isteri lari ikut jantan atau lelaki lain... nak disalahkan suami yang tak matang??? saya rasa lebih tepat kalau kesalahan itu diletak pada bahu kedua-dua belah pihak...si suami kerana tidak mendidik isteri dan si isteri kerana tidak sedar cctv ALLAH berjalan 24jam 7 hari tanpa henti...suami penagih pula... ala-ala cerita Kabhi Kushry Kabhi Igam eh... hehe... kenapa terjadi??? cuba tanya iman.. haram tak buat benda yang berbahaya pada diri??? cuba pula tanya ilmu... berapa dos dadah ni boleh buat toksik?? bila toksik penyakit apa aku dapat?? jom tanya diri pula... isteri dan anak-anak ada untuk hilangkan tekanan tapi kenapa nak cari masalah baru pula dengan pengambilan najis dadah???


Barangsiapa yang meniup racun hingga mati maka racun tesebut akan berada di tangannya lalu dihirupkan selama-lamanya di neraka Jahannam.”(Riwayat Muslim)

berbalik kepada isu berkahwin cara Islam... anak-anak yang diperkenalkan halal haram dosa pahala syurga neraka dengan cara yang betul akan buat ka perkara yang dilarang dalam Islam tu??? isteri yang tahu dan amal batas-batas seorang isteri yang ditetapkan oleh Islam akan curang kah dengan suami yang mengamalkan syariat Islam yang sebenar??? suami yang hanya tahu basic ajaran Islam sekali pun sudah tentu tahu tentang larangan melakukan perkara yang berbahaya pada diri sendiri... itu basic Islam.. yang bezanya amal atau pun tidak.. seorang rakan non muslim saya bertanya... kenapa ada orang Islam yang pakai tudung ada yang tak pakai tudung??? jawapannya dalam Islam dituntut menutup aurat... bezanya beramal dengan ilmu tersebut atau tidak... dalam kristian atau agama Buddha sekali pun.. ada larangan-larangan tertentu.. dan bukan semua penganutnya ikut semua larangan tersebut...kerana buat atau pun tidak... pilihan terletak bebas pada diri manusia itu sendiri... tapi jangan sekali-kali lupakan syurga neraka alam barzakh alam akhirat...sekali lagi saya ulang pilihan memang ditangan kita...


sebab tu saya cakap semua tu terletak pada diri, ilmu dan iman... bukan saya cakap diri atau ilmu atau iman... it comes in a package.. ada ilmu ja tapi tiada iman... tu la menyebabnya kantoi... ada pendirian pun kalau pendirian tak bertunjangkan iman dan ilmu... tak ke parah tu??? contohnya... pendirian tu berkata-kata tanpa suara... apa sekali pun yang terjadi aku mesti cari penyelesaian... tiba-tiba si suami yang berpendirian ni dapat ujian hilang harta dunia sekelip mata... penyelesaian yang dia nampak aku mesti dapat duit walau dengan apa cara sekali pun... mencuri, merompak... finally kena tahan dengan encik inspektor polis... isteri dan anak hilang tempat bergantung gara-gara pendirian tanpa iman dan ilmu tu... kalau ada iman dan ilmu dia ada had-had yang mesti dipatuhi... ada guideline yang kena ikut walau apa keadaan sekali pun...nampak tak kepentingan kebersamaan ketiga-tiga faktor tu...


Ketaqwaan...emmm... pernah dengar tentang beza orang islam (Muslim), orang beriman (Mukmin) dan orang bertaqwa (Muttaqi)... Muslim tak semestinya Mukmin...dan Mukmin tak semestinya Muttaqi... tapi Muttaqi semestinya Muslim dan Mukmin... nak meletakkan diri pada aras Muttaqi tu memerlukan usaha yang sangat kuat... kebanyakan kita berada pada tahap Muslim... jarang-jarang daripada kita berada pada tahap Mukmin... dan kadang-kadang ja kita jumpa antara kita yang berada pada tahap Muttaqi... tapi ianya tak mustahil... ada yang mengatakan ada 5 tahap dengan menambah Muhsin (orang yang memperbaiki amalannya agar berkualiti) dan Mukhlis (orang yang ikhlas dalam amalan-amalannya)..masing-masing pada kedudukan ke 3 dan ke 4 iaitu antara tahap Mukmin dan Muttaqi... bila ada ketaqwaan dalam diri maka lancar fungsi diri, iman dan ilmu... sangat setuju... tapi sebelum berbincang pada tahap yang tertinggi tu... mungkin lebih baik kita bincangkan pada tahap beriman terlebih dahulu... =)


hanya pendapat...ALLAHUALAM...yang tidak bersetuju..jangan segan silu suarakan pendapat anda pada ruang comment ok...=)


selamat pengantin baru buat my sister dan abang ipar yang kedua..hehe


Monday, December 6, 2010

1 muharram 1432

hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan


detik permulaan kebangkitan Islam bakal menyambut ulang tahunnya beberapa jam saja lagi... apa perubahan atau azam tahun ni??? soalan cliche yang bermain di minda bila menjelang tahun baru... istiqamah dengan kebaikan yang menjadi rutin harian dan memperbaiki dan menutup lubang ke neraka atas izin ALLAH... ini azam saya saban tahun...


hijrah tidak menunggu 1 Muharram.. setiap masa kita mampu melakukan hijrah biar pun sedikit... biar pun sekadar hijrah menambah jumlah helaian bacaan AL-Quran setiap hari...hijrah membasahkan lidah dengan kalimat zikir bila mempunyai senggang waktu... atau hijrah melontarkan sedekah senyuman pada orang-orang sekeliling tanpa mengira darjat... contoh-contoh saya kebetulan meliputi rangkap lagu diatas...pengorbanan masa untuk membaca alQuran... perjuangan mengingati ALLAH pada setiap masa melalui zikir...mengerat persaudaraan dan membentuk perpaduan melalui senyuman...


ilham itu hidayah ALLAH... terdetik mahu melakukan kebaikan... perlu segera take note... ini petunjuk ALLAH... Dia mahu aku berubah dan buat ini supaya dekat dengan Nya... hidayah itu hadir dalam pelbagai bentuk, corak dan warna... cuma kita perlu sedikit lebih peka untuk mengesan kehadirannya... jangan sengaja pekakkan telinga yang tidak tuli berpura-pura hidayah atau seru tidak sampai lagi...


hidayah dimana-mana...pada alam ada hidayah... takjub dengan keupayaan ALLAH mencipta alam sekeliling yang mempunyai 1001 rahsia... pada manusia iaitu kita sendiri ada hidayah... kehebatan sel-sel membentuk tisu seterusnya membentuk organ yang mampu menjalankan pelbagai tugas...posmen yang tidak jemu menghantar maklumat dari otak ke setiap bahagian badan dan sebaliknya, tukang paip yang memastikan bekalan oksigen dan nutrien sampai ke setiap sel, cleaner yang pastikan toksik dibuang daripada badan...tu baru sikit... sudah terasa bahang kehebatan Pencipta bukan.?? apa gunanya otak kalau tidak diaktifkan untuk berfikir kekuasaan ALLAH...


anda score A di dunia... belom tentu score A di akhirat...masih banyak ruang pembetulan untuk dilakukan... itulah sebab musabab muhasabah diri itu perlu... tak perlu fikir mahu condemn orang saja... belajar condemn diri dulu... ini bukan condemn secara negatif sampai buat diri tu down to the earth... hanya condemn diri supaya jadik hamba yang lebih dicintai oleh Pencipta saja... condemn yang positif... condemn yang disusuli dengan tindakan atau orang kampung saya panggil action... hehe..


“Maka barang siapa yang mengikut petunjuk ku, maka tiadalah dia akan tersesat dan tiada pula akan sengsara”  (2:38)

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” (Hadis Riwayat Bukhari)

assalamu'alaikum...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...