Tuesday, December 7, 2010

kahwin lambat sebab tak matang

Assalamu'alaikum...


terpanggil menulis isu ini bila terbaca statement ini...


kahwin awal buhsan..haha..laki2 tak suka terikat pada sesuatu tanggungjawab besar awal2 lelaki patut diberi masa untuk mematangkan akai fikiran...nak jadi suami ngan pak budak kena la matang dulu..cuba tengok setengah kes2 anak mencuri la ponteng sekolah lah...bini lari ikut jantan lain la..suami penagih la semua sebab si suami tak matang lagi le masa kawin..


bila saya menjawab begini...


maaf disagree... semua tu terletak pada diri, ilmu dan iman... ALLAHualam...


ini pula jawapannya...


iman ada pasang surut...ilmu plak kadang2 yg tahap professor pun ada kantoinya...diri lak memang sakit la kalau diri tak ada pendirian.. 
walaubagaimanapun selagi ada ketaqwaan dalam diri maka akan lancarlah fungsi diri, ilmu dan iman... ^__^
what did u think?? ada tambahan??



Masalah perceraian pada hari ini yang kian serius kebanyakannya disebabkan oleh perkahwinan yang tidak mengikut cara Islam... kes anak mencuri dan ponteng disekolah...kesalahan diletakkan atas kepala ibu bapa yang kurang matang...wajarkah??? terdapat pelbagai faktor yang lebih tepat menjurus ke arah masalah pelajar ini tetapi kenapa meletakkannya pada faktor yang sangat limited peratusannya??? lebih tepat kalau dikatakan kurang ilmu keibu bapaan... kalau umur mencecah 60 tahun sekali pun kalau ilmu keibu bapaan ini tidak dipelajari melalui pembacaan, pemerhatian pengalaman orang-orang sekeliling dan hasil eksperimentasi sendiri... aras keilmuan tu sama sahaja dengan kanak-kanak yang belum kenal apa erti tanggungjawab...bini atau isteri lari ikut jantan atau lelaki lain... nak disalahkan suami yang tak matang??? saya rasa lebih tepat kalau kesalahan itu diletak pada bahu kedua-dua belah pihak...si suami kerana tidak mendidik isteri dan si isteri kerana tidak sedar cctv ALLAH berjalan 24jam 7 hari tanpa henti...suami penagih pula... ala-ala cerita Kabhi Kushry Kabhi Igam eh... hehe... kenapa terjadi??? cuba tanya iman.. haram tak buat benda yang berbahaya pada diri??? cuba pula tanya ilmu... berapa dos dadah ni boleh buat toksik?? bila toksik penyakit apa aku dapat?? jom tanya diri pula... isteri dan anak-anak ada untuk hilangkan tekanan tapi kenapa nak cari masalah baru pula dengan pengambilan najis dadah???


Barangsiapa yang meniup racun hingga mati maka racun tesebut akan berada di tangannya lalu dihirupkan selama-lamanya di neraka Jahannam.”(Riwayat Muslim)

berbalik kepada isu berkahwin cara Islam... anak-anak yang diperkenalkan halal haram dosa pahala syurga neraka dengan cara yang betul akan buat ka perkara yang dilarang dalam Islam tu??? isteri yang tahu dan amal batas-batas seorang isteri yang ditetapkan oleh Islam akan curang kah dengan suami yang mengamalkan syariat Islam yang sebenar??? suami yang hanya tahu basic ajaran Islam sekali pun sudah tentu tahu tentang larangan melakukan perkara yang berbahaya pada diri sendiri... itu basic Islam.. yang bezanya amal atau pun tidak.. seorang rakan non muslim saya bertanya... kenapa ada orang Islam yang pakai tudung ada yang tak pakai tudung??? jawapannya dalam Islam dituntut menutup aurat... bezanya beramal dengan ilmu tersebut atau tidak... dalam kristian atau agama Buddha sekali pun.. ada larangan-larangan tertentu.. dan bukan semua penganutnya ikut semua larangan tersebut...kerana buat atau pun tidak... pilihan terletak bebas pada diri manusia itu sendiri... tapi jangan sekali-kali lupakan syurga neraka alam barzakh alam akhirat...sekali lagi saya ulang pilihan memang ditangan kita...


sebab tu saya cakap semua tu terletak pada diri, ilmu dan iman... bukan saya cakap diri atau ilmu atau iman... it comes in a package.. ada ilmu ja tapi tiada iman... tu la menyebabnya kantoi... ada pendirian pun kalau pendirian tak bertunjangkan iman dan ilmu... tak ke parah tu??? contohnya... pendirian tu berkata-kata tanpa suara... apa sekali pun yang terjadi aku mesti cari penyelesaian... tiba-tiba si suami yang berpendirian ni dapat ujian hilang harta dunia sekelip mata... penyelesaian yang dia nampak aku mesti dapat duit walau dengan apa cara sekali pun... mencuri, merompak... finally kena tahan dengan encik inspektor polis... isteri dan anak hilang tempat bergantung gara-gara pendirian tanpa iman dan ilmu tu... kalau ada iman dan ilmu dia ada had-had yang mesti dipatuhi... ada guideline yang kena ikut walau apa keadaan sekali pun...nampak tak kepentingan kebersamaan ketiga-tiga faktor tu...


Ketaqwaan...emmm... pernah dengar tentang beza orang islam (Muslim), orang beriman (Mukmin) dan orang bertaqwa (Muttaqi)... Muslim tak semestinya Mukmin...dan Mukmin tak semestinya Muttaqi... tapi Muttaqi semestinya Muslim dan Mukmin... nak meletakkan diri pada aras Muttaqi tu memerlukan usaha yang sangat kuat... kebanyakan kita berada pada tahap Muslim... jarang-jarang daripada kita berada pada tahap Mukmin... dan kadang-kadang ja kita jumpa antara kita yang berada pada tahap Muttaqi... tapi ianya tak mustahil... ada yang mengatakan ada 5 tahap dengan menambah Muhsin (orang yang memperbaiki amalannya agar berkualiti) dan Mukhlis (orang yang ikhlas dalam amalan-amalannya)..masing-masing pada kedudukan ke 3 dan ke 4 iaitu antara tahap Mukmin dan Muttaqi... bila ada ketaqwaan dalam diri maka lancar fungsi diri, iman dan ilmu... sangat setuju... tapi sebelum berbincang pada tahap yang tertinggi tu... mungkin lebih baik kita bincangkan pada tahap beriman terlebih dahulu... =)


hanya pendapat...ALLAHUALAM...yang tidak bersetuju..jangan segan silu suarakan pendapat anda pada ruang comment ok...=)


selamat pengantin baru buat my sister dan abang ipar yang kedua..hehe


6 comments:

Unknown said...

salam...iman kunci segala-galanya...dengan iman semuanya akan hadir....bukan apa org menafsirkan 'IMAN' hanya dgn solat, belajar agama dan lain2..tetapi ia lebih dari itu..
ada mak ayah berkata 'jgn cr hany org beriman ttp tidak bekerja'..sifir yg salah rasanya..
org beriman sudah pastinya dia akan memahami segala tanggungjawab...wujudnya IMAN yg kukuh dlm diri, akan terbit POTENSI luar biasa diri..

picairin said...

yup... orang yang beriman semestinya berilmu...orang yang beriman juga semestinya mempunyai pendirian... kuncinya iman... =)thanks... lebih jelas yang sebenarnya pokoknya iman... ada yang mengatakan ustaz pun ada masalah... buat benda tak elok.. title ustaz tak sama dengan iman... kebanyakan ustaz baik..bila ada yang membuat masalah masing-masing mula menuding jari mengatakan orang kuat iman pun boleh buat benda tak elok.. masyarakat tak boleh bezakan antara title dan iman itu sendiri...

Annas Collections Boutique & Tailoring said...

HUH..tough to think..tough to implement..but it is the test from Allah to us! Even ustaz..telah ajarkan anak2nya dengan ilmu Allah, bila berlaku perkara yg mengaibkan pada ahli keluarganya..dia perlu hadapi dengan jalan yang betul dan fikiran yang matang..sukar untuk kita membuat judgement kerana hanya Allah sahaja yg layak menilai ketaqwaan seseorg itu..sebab itu iman setiap org perlu kuat..bukan iman ustaz itu saja..

picairin said...

yup... mana boleh iman ustaz ja kuat... kubur lain-lain... =)masalah anak-anak akan tetap berlaku walaupun si ayah tadi iman nya sekuat mana pun..banyak faktor lain..terlalu banyak..yang paling tegar pastinya rakan sebaya... sebab nabi sendiri pernah bersabda “Sesungguhnya perumpamaan sahabat yang salih dan sahabat yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” [Shahih Muslim, hadis no: 2628]
remaja memang cepat terpengaruh dengan persekitaran (sahabat, media etc)..so berbalik pada isu post ni... xda kaitan pun dengan kahwin muda sebab tak matang menyebabkan anak2 tak bagus...

Sumaiyyah said...

Salam... banyak isu yang dibincangkan, tak dapat nak komen semua.

Tentang kahwin- awal atau tak, mungkin bergantung kepada jodoh, usaha dan keinginan masing2. Saya pun tak dapat komen sebab belum kahwin, hehe. Tapi Ummi saya selalu kata, kalau dari titik perkenalan dengan bakal suami pun dah tak berlandaskan syariah, macam mana nak dapat keberkatan dari Allah dalam perkahwinan? Contohnya budaya ber'couple' etc. Semua ni perkara yang kita nampak macam kecil tapi sebenarnya besar.

Na'uzubillahiminzalik. Sama2 kita doakan semoga dijauhkan dari menghampiri maksiat.

By the way, menarik tentang peringkat2 manusia sebagai hamba Allah. Thanks for the info, and for your insights on marriage! May Allah bless your efforts sis :)

picairin said...

ya...ada kebenaran yang pahit tapi perlu ditelan disitu... budaya bercouple menjadik-jadik... yang sedey lagi seperti ada perbuatan wajib yg mesti dilakukan seperti berpegangan tangan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi etc..

ameen...

welcome...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...