Monday, December 6, 2010

1 muharram 1432

hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan


detik permulaan kebangkitan Islam bakal menyambut ulang tahunnya beberapa jam saja lagi... apa perubahan atau azam tahun ni??? soalan cliche yang bermain di minda bila menjelang tahun baru... istiqamah dengan kebaikan yang menjadi rutin harian dan memperbaiki dan menutup lubang ke neraka atas izin ALLAH... ini azam saya saban tahun...


hijrah tidak menunggu 1 Muharram.. setiap masa kita mampu melakukan hijrah biar pun sedikit... biar pun sekadar hijrah menambah jumlah helaian bacaan AL-Quran setiap hari...hijrah membasahkan lidah dengan kalimat zikir bila mempunyai senggang waktu... atau hijrah melontarkan sedekah senyuman pada orang-orang sekeliling tanpa mengira darjat... contoh-contoh saya kebetulan meliputi rangkap lagu diatas...pengorbanan masa untuk membaca alQuran... perjuangan mengingati ALLAH pada setiap masa melalui zikir...mengerat persaudaraan dan membentuk perpaduan melalui senyuman...


ilham itu hidayah ALLAH... terdetik mahu melakukan kebaikan... perlu segera take note... ini petunjuk ALLAH... Dia mahu aku berubah dan buat ini supaya dekat dengan Nya... hidayah itu hadir dalam pelbagai bentuk, corak dan warna... cuma kita perlu sedikit lebih peka untuk mengesan kehadirannya... jangan sengaja pekakkan telinga yang tidak tuli berpura-pura hidayah atau seru tidak sampai lagi...


hidayah dimana-mana...pada alam ada hidayah... takjub dengan keupayaan ALLAH mencipta alam sekeliling yang mempunyai 1001 rahsia... pada manusia iaitu kita sendiri ada hidayah... kehebatan sel-sel membentuk tisu seterusnya membentuk organ yang mampu menjalankan pelbagai tugas...posmen yang tidak jemu menghantar maklumat dari otak ke setiap bahagian badan dan sebaliknya, tukang paip yang memastikan bekalan oksigen dan nutrien sampai ke setiap sel, cleaner yang pastikan toksik dibuang daripada badan...tu baru sikit... sudah terasa bahang kehebatan Pencipta bukan.?? apa gunanya otak kalau tidak diaktifkan untuk berfikir kekuasaan ALLAH...


anda score A di dunia... belom tentu score A di akhirat...masih banyak ruang pembetulan untuk dilakukan... itulah sebab musabab muhasabah diri itu perlu... tak perlu fikir mahu condemn orang saja... belajar condemn diri dulu... ini bukan condemn secara negatif sampai buat diri tu down to the earth... hanya condemn diri supaya jadik hamba yang lebih dicintai oleh Pencipta saja... condemn yang positif... condemn yang disusuli dengan tindakan atau orang kampung saya panggil action... hehe..


“Maka barang siapa yang mengikut petunjuk ku, maka tiadalah dia akan tersesat dan tiada pula akan sengsara”  (2:38)

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” (Hadis Riwayat Bukhari)

assalamu'alaikum...=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...