150411
jus gaster menghentam dinding perut ku
neuron-neuron aktif menghantar signal kelaparan ke otak
hati membisik kata sabar
organ lain mulai diam patuh
rasa lapar ku biar sepi
maghrib berganti isyak
daun pintu dikuak
hamba ALLAH melangkah masuk menghulur jemputan
Dia Maha Mendengar
menghantar rezeki melalui seorang yang bernama insan
Dia Maha Pengasih
Alhamdulillah
sujud didahului
doa diakhiri
sweater dan tudung usai di capai
meluru ke rumah 17-6
yong tau foo selamat di peristalsis ke perut
rasa kenyang membawa diri pulang penuh kesyukuran ke teratak 18-2
ingin terus meniti detik-detik terakhir di sini
Ya ALLAH
Terima kasih atas kurniaan rezeki
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Segala pujian hanya milik Mu...
=)
p/s: mahu aku catit dan catat setiap detik terakhir biar tersimpan kemas dikotak-kotak fikiran... aku ingin hargai setiap nafas yang berbaki di bumi UKM... biar bau kenangan itu menusuk hidung hingga sesak dada... kerna wayang ini ku tahu tiada ulangannya...
No comments:
Post a Comment