Sunday, December 27, 2009

90km/jam

baru tiba d kL setelah melalui perjalanan panjang dari alor star ke KL... little bit tired... but have some works that do not finish yet... ni malapetaka bila buat keja last minutes... huhu...  actually just nak share pengalaman sikit... sepanjang perjalanan tadi my sis bawa keta secara puratanya 110km/jam... tetapi yang pelik bin ajaib nya... banyak pula bas-bas yang memotong kami... baru-baru ni aku ada terdengar di tv tentang feed back company bus sani yang terlibat dalam kemalangan di lebuhraya utara-selatan yang meragut nyawa 10penumpang yang tidak bersalah... menurut pihak company sani, bas milik company ini telah di setkan supaya tidak melebihi had laju 90km/jam... jadi aku agak pelik bagaimana berpusu-pusu bus memotong kami sepanjang perjalanan tadi... namun bas-bas yang memecut laju ini bukan lah daripada company Sani... cuma yang menambahkan kemusykilan aku ialah apakah kejadian yang berlaku beberapa ari lepas tidak dijadikan iktibar oleh pemandu-pemandu bas lain... teringat aku tentang surat yang di terima oleh tv3 daripada penontonnya berkaitan accident yang menyayat ati tu... ujar beliau pemandu-pemandu bas ekspres suka memandu laju berdasarkan pengalaman beliau sendiri.... kejadian yang aku alami tadi menjadi bukti menyokong kenyataan beliau... sewajarnya pemandu perlu sentiasa ingat bahawa 30 nyawa perlu dijaga dari mula perjalanan until tiba di destinasi yang di tuju...


"Sesungguhnya kami telah kemukakan amanah keatas langit,bumi,dan gunung ganang maka semua enggan memikulnya,mereka khuatir akan mengingkarinya dan manusia menerima untuk memikul amanah tersebut.sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi bodoh" (Al-Ahzab 72 )


semoga pemandu2 akan lebey berhemah di jalan raya... thumb up utk beberapa pemandu bus mara liner yang membaca doa sebelum memulakan perjalanan secara berjemaah... ajal maut memang di tangan ALLAH... tapi kita sebagai manusia perlu berikhtiar sebaik mungkin mengelak kecelakaan kerana malang tidak berbau... 


Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya dan tiada pelindung bagi mereka selain Dia. (Surah ar-Ra'd: ayat 11)


takziah buat keluarga yang ada ahli-ahlinya terlibat dalam nahas tersebut... semoga kalian dapat menerima qada dan qadar ini dengan tabah... kita semua akan menuju alam barzakh dan terus ke alam akhirat juga 1 ari nanti... moga roh-roh saudara2 yang kita sayangi di cucuri rahmat dan inayahNya... ameen...


"Dan kamu tidak mempunyai sebarang kemampuan melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah , Sesungguhnya Allah taala maha mengetahui lagi bijaksana". (Al-Insaan - 30)





3 comments:

koko said...

Al-fatihah untuk semua mangsa..Kesian dorang.Kita x pena pasan driver bs expres bwak laju coz slalu tertido..

qila~ said...

btol la,td org pn bru blik dr kl..bas sume lju2,trok btol la dorg nie,x insaf2..ptotnye bas kn kat lane kiri,ni dorg sblh knn skali lak,huhu..

picairin said...

qila... 2 la... biar lambat asal slmat... tp jgn la lambat sgt...hihi...

koko rukouri... len kali jgn tdo...!!! amik tempat dkt ngn driver bus 2 taw...hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...