210111
one day before the events...Plaza Rah-UKM KKL-PDN-UKM KKL- Plaza Rah- UKM KKL-kedai fotostat-Plaza Rah-Kedai fotostat-Plaza Rah
tu perjalanan saya pada hari tersebut.. pada pukul 9 pagi bertolak ke fak sebelum melangkah kaki ke PDN bersama nonad dan che yang... sampai lebih awal dari masa yang dijanjikan... alhamdulillah... mendengar taklimat tentang program dan menerima 15keping poster untuk dipromosikan... 9 orang ahli kumpulan perlu pergi ke dua tempat blood drive yang berbeza... 5 orang di tesco kajang manakala yang selebihnya ke Tesco Selayang... maknanya perlu double kan kerja... setelah itu, kaki segera menuju ke fakulti untuk mengikuti satu persatu proses yang membolehkan kami menampal poster di fakulti..sambil itu tangan ligat menghantar sms pada setiap ahli kumpulan untuk bertemu pada pukul 11 pagi... pertemuan membuahkan idea2 untuk menyediakan 80 bookmarks hand made buat penderma yang baik hati di tesco Kajang dan tesco Selayang, cenderahati buat PDN yang membenarkan kami menyertai blood drive mereka dan 400 flyers untuk diedarkan kepada orang ramai...untuk publisiti di facebooks kami tugaskan shira untuk membuat event dan status supaya kami hanya perlu menjemput sahabat masing ke event tersebut dan copy paste status di facebook masing-masing...
saya dan Ifa menampal poster diserata tempat dalam fakulti selepas makan tengah hari... Nonad pula menuju ke Mydin membeli barang-barang... saya pulang ke rumah dahulu untuk merehatkan diri dan mencari gambar-gambar dan quotes yang sesuai untuk flyers dan book marks...pada pukul 3petang... Nonad, Che Yang, Ifa dan saya mengkreatifkan diri masing-masing menyiapkan bookmarks dan flyers.. aktiviti seni kreatif ini selesai hampir pukul 7 petang... kami memanjangkan kaki ke kedai untuk print dan fotokopi... alamak!!! we got a problem.!!! flyers terlalu complicated dan crowded... masing-masing dah panik kerna kedai fotostat depan fakulti sudah tutup... melangkah ke kedai lain...
"kak...kedai ni tutup pukul berapa??"
"pukul 10 malam"
alhamdulillah still got time to edit and print yang baru dan fotokopi... terus balek ke rumah untuk mandi dan solat... perut mendendangkan lagu rock tanpa di request... sementara Yan mengedit flyers yang lama... kami makan di Alia... suka pinggannya... bentuk 4segi putih tu...suka...hee...
pukul 9 malam terpaksa la 3 anak dara merentas jalan raya menuju ke kedai fotostat yang agak jauh tu...alhamdulillah sempat... tiba-tiba... printer tak mau ikut arahan yang kami berikan... masing-masing dah bingung... hanya mampu berdoa dan bertawakal dalam hati...dugaan datang menimpa-nimpa... mujur akak tu memberi solusi dengan menggunakan kemahirannya fotokopinya... alhamdulillah..dapat seperti yang kami inginkan... berita ketidak hadiran ahli kumpulan yang menetap di Kolej Tun Syed Nasir 1 pula merunsingkan... persoalan "sempatkah?" bermain di minda setiap orang... walaupun letih... tenaga dikerahkan untuk menyiapkan proses laminate, potong, puncher, ikat reben dan sebagainya... pukul 12 lebih semuanya selesai... alhamdulillah...rasa nikmat selepas berjaya walaupun banyak dugaan perlu dilalui dan penat teramat...kakiku cramp!! debaran untuk menjalankan tanggungjawab pada esok hari mula menghantui...
hasilnya...
to be continued
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [21: 35]
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [2:214]