Thursday, January 13, 2011

InsyaALLAH

A: petang ni ada meeting group kita.
B: oh ok..insyaALLAH
A: wajib hadir ya!!


Orang kampung : Pak Imam... esok datang kenduri rumah saya ya. nak minta pak imam bacakan doa.
Pak Imam: InsyaALLAH
Orang Kampung: eh..pak imam jangan tak datang. nanti tak da orang nak bacakan doa.


dua situasi yang berbeza tetapi satu permasalahan.. jawapan insyaALLAH yang kurang memuaskan hati... manipulasi perkataan ini oleh sesetengah orang mengubah makna sebenar perkataan ini...  insyaALLAH bermaksud dengan izin ALLAH.. ada pihak yang menjadikan ini jawapan tatkala sukar menolak permintaan seseorang... saat perjanjian tak dapat ditunaikan nanti... alasan aku tak janji pun nak buat sebegini dan sedemikian akan diberikan...angkara 10 11 12 orang ini menyebabkan si penuntut janji takut untuk menerima jawapan InsyaALLAH kerana jawapan itu dianggap tidak konkrit atau kukuh...


persepsi itu perlu diolah semula supaya dapat kembali ke pangkal jalan... insyaALLAH= dengan izin ALLAH... 99.99% akan melakukan kecuali kalau ALLAH dah mentakdirkan kita gagal untuk melaksanakannya... malas bukan takdir ya... malas tu terletak pada diri kita sendiri...kalau tak boleh nak lakukan sesuatu beritahu saja dengan jujur... tidak menyusahkan orang lain dan alternatif lain juga dapat diambil oleh orang yang meminta itu... kalau yakin mampu menunaikan... lafazlah... insyaALLAH... pergantungan pada ALLAH... hanya takdirNya saja yang mampu menghalang...


InsyaALLAH..=)


“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, besok pagi” melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) “Insya Allah” (jika dikehendaki Allah)” (18: 23-24)

“Dan sempurnakanlah PERJANJIAN (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya PERJANJIAN itu akan ditanya” (17:34)

“Dan orang-orang yang menyempurnakan JANJINYA apabila mereka BERJANJI. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa” (2:177)

“Dari tanda-tanda orang Munafiq itu ada tiga iaitu jika dia bercakap dia berbohong dan jika dia BERJANJI dia mengingkari JANJI dan jika diamanahkan dia khianat” (Hadis riwayat Muslim)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...