Thursday, March 24, 2011

saat-saat terakhir

tirai semester terakhir akan berlabuh tidak lama lagi
setiap kali terjadinya pertemuan persediaan untuk berpisah perlu dilakukan
kerana pertemuan dan perpisahan datang dalam pakej
tiada pertemuan tanpa perpisahan
tiada perpisahan tanpa pertemuan


sekejap benar masa berlalu
masih terasa bahang kepenatan di minggu suai kenal
kini semua akan kembali kepada keadaan asal sebelum pertemuan
bersendirian membawa haluan
mencari arah hidup masing-masing


kenangan indah akan membuatkan kita menangis
mengenang saat yang mungkin tak kan berulang lagi
kenangan pahit akan membuatkan kita tertawa
mengenang kebodohan diri yang tak terduga akal
namun... dengannya diri menjadi lebih matang


mahu ku rai setiap detik-detik terakhir di sini
biar ku melangkah keluar dengan rasa puas
tik tok tik tok
semakin dekat kepada perpisahan
juga semakin dekat pada hari perhitungan amal
berpisah di dunia
moga berjumpa lagi di taman syurga yang kekal
Ameen~


dedicate to all Biomedian 4th year batch 2007-2011 UKM
Ukhuwah fillah abadan abada
love, love and love
=)






Wednesday, March 23, 2011

down to the earth

230311
tika semangat nak buat kerja meninggi
pasti akan ada yang mengganggu, menghalang
tika hati ini diselubungi malas
semua orang sibuk menyiapkan kerja masing-masing

mood rajin saya datang tidak kena tempat
atau saya sedang di ajar untuk berteguh hati
dan mengatakan tidak pada lagho

this night sangat spoil...
buat apa pun tak jadi...
list 'must do tonight' hancur...
lemahnya saya...

maaf menjadikan blog ini tempat menabur rasa
membuang ketidak puasan hati pada diri sendiri

maaf andai yang terbaca tidak mendapat sebarang faedah
maaf...perlukan tempat untuk meluahkan isi hati dan akal
saya sangat kecewa
sangat-sangat kecewa
rasa down mencapai 100%
sedang mencari motivasi diri
menyelongkar post sendiri 
mencari semangat yang hilang
mendidik diri agar tidak mudah mengangkat bendera putih segera 
kali ini hati mesti kuat
jangan dipengaruhi oleh sekeliling

minda yang disayangi,
tolong save data ini...
"saya dikawal oleh diri saya
dan tiada sesiapa yang boleh pengaruhi saya"

please syafiqah... 
back to the track~

p/s:-
muhasabah diri di post lama ini, itu dan sana
jatuh itu tak salah
yang salah terus biarkan diri terduduk
tanpa cuba untuk bangun
Ya ALLAH,
teguhkan hati ini...


Monday, March 21, 2011

blog usang

210311
bilik dah bersawang
toilet dah berdaki
blog dah berhabuk
semuanya gara-gara penyelidikan tahun akhir


Alhamdulillah... segala pujian milik ALLAH... tiada yang lain hanya Dia... selesai juga perjuangan barisan hadapan pada hari ini...kesyukuran buat Maha Pencipta kerana sekali lagi diberi peluang berada pada barisan hadapan... walaupun terpaksa bertempur dalam keadaan kurang persediaan rapi.. tapi perasaan lega yang teramat sangat nikmat dapat dirasakan lebih awal berbanding rakan-rakan sepasukan yang lain... penantian kan sangat menyeksakan...hehe... esok barisan kedua akan menyusul meneruskan perjuangan membentangkan hasil penyelidikan masing-masing di depan para pensyarah, pelajar-pelajar master, rakan-rakan dan junior-junior.... semoga berjaya ya sahabat-sahabat...=)


rasa rindu yang mendalam pada blog yang menjadi tempat meluahkan idealisma dan perasaanisma ini membuatkan tangan menari-nari tanpa had di pentas keyboard tanpa rentak... ok thats why this post kelihatan seperti pointless...erk...ok just ignore that... i really miss this unlimited space...this is not just only about type, type and type... but sometimes i also spend my times blogwaking in my own spaces... reread older post... rearrange them if necessary... remind myself about certain things... recheck must do list...  and so on... blog is not about syok sendiri atau tayang diri.... tapi medium untuk berkongsi.... repeat...!!! medium untuk berkongsi... nak kongsi apa???berkongsi rasa... berkongsi cerita... berkongsi minat... berkongsi ilmu... dan berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai untuk dikongsi bersama-sama... betul tak??? thats why we make a blog... ada orang nak kongsi fashion-fashion pelik ciptaan sendiri... ada orang nak kongsi kecantikan diri... ada orang nak kongsi cerita peribadi... ok respect kepada tujuan masing-masing... yang penting semuanya berlandaskan undang-undang ALLAH.... insyaALLAH...


serius tak da motif apa-apa nak tulis hari ini... hanya meluangkan masa yang tak berapa lapang untuk membuang habuk-habuk yang melekat di skrin blog ni... fuuuhhh....fuuuhhhh...ok dah bersih dan berkilat kembali... next... toilet dan bilik!! please wait... i'll go cleaning both of u later... kepala sangat berat dan badan sangat letih... maybe badan dan kepala penat tahan jantung daripada luruh sebelum presentation hasil tadi..hahaha..1st time rasa jantung nak luruh.... kumat kumit mulut mintak ALLAH tenangkan hati... cam na nak present kalau feeling lelebih cenggitu... mau keras depan skrin putih tu nanti... (-,-") belum viva lagi ni... ok malam ni rehat dulu... esok kena back to the track... chapter 5 kena siapkan before friday... point dah ada insyaALLAH... kena mengayat dan find some other researches to support and give reason to all data...


mode: terharu family, co sv dan kawan-kawan amik berat pasal diri~ love all of you...=)
tidak mengharap hadiah yang mahal... hanya mengharap hati yang senantiasa ingat...=)


Sunday, March 13, 2011

genting

Assalamu'alaikum..




this entry is not about Genting Highland... actually next week all 4th years biomedians will present our thesis in front of lecturers and friends... hectic time... so many things to settle before next week... my time is running out... so please junior... do not delay your works until the final count down...try to finish your thesis writing as soon as possible.. i do not start my chapter 5 yet... teruk kan??? T,T need to work harder and harder... please pray for me yah...

owh ya... i just read something in Tazkirah group just now... like it very much... wanna share it with u guys... should remind ourselves about this over and over again... because we are human... iman naik turun... and sooo forgetful...so do i... please do remind me back if i'm forgotten...Salam ukhuwah...=)


Pesanan imam hassan al-banna:"Bacalah al-quran,atau telaahlah tafsirnya atau dengarkanlah bacaannya atau zikirlah kpd Allah dan janganlah engkau gunakan waktumu utk hal-hal yg tak berfaedah"




"Allah adalah tujuan kami..Rasulullah saw teladan kami..Al-Quran pedoman hidup kami..Jihad adalah jalan juang kami..Mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggii.."

-Shoutul Harokah-


Thursday, March 10, 2011

citarasa

Assalamua'alaikum...

have dinner kolej last Saturday...disebabkan makanan yang tak cukup... kami terpaksa menyinggahkan diri untuk sambung dinner di McD... Su ja makan burger sebab dia tak berjaya rebut lauk ngan kami tadik..hehe.. actually makanan tu untuk 10 orang.. walaupun meja kami ada 9 orang ja.. but still tak cukup.. Su pulak unfortunately  dapat bahagian ayam yang boleh dikatakan majoritinya tulang daripada isi.. (-,-")

kami yang lain makan ais krim ja... saya mc flurry oreo, Zu cornetto sundae dan Aya mc flurry mango.. then tetiba berlaku pertelingkahan lidah antara Aya dan Zu... masing-masing nak mempertahankan cita rasa ais krim masing-masing...saya terus teringat satu video Anwar Hadi tentang citarasa ni...terus saya gelak guling-guling la... aduyai... memang sejibik cam dalam video tu sahabat-sahabat ku itu bergaduh...hahahaha999...memang patot Anwar Hadi ni buat video ni... hehe... yang belum usha sila la usha video ni... santai tapi apa yang dia cakap ada kebenarannya... selalu dengar ceramah orang besar... apa kata hari ini dengar ceramah orang kecil berjiwa besar pulak... =)

 ~suka dengar dia speaking English~
ok dia Collegian...so what...=P

Sunday, March 6, 2011

prevention or cure

Assalamua'alaikum...

keadaan kesihatan tidak mengizinkan saat ni... saat genting sebegini dan ujian sakit memang tidak boleh dipisahkan dari diari hidup saya semenjak di darjah enam lagi... masih ingat bagaimana keadaan saya apabila di kuarantin ketika menjalani UPSR disebabkan demam campak.. dan ketika di universiti... hampir setiap kali exam semester saya akan dihinggapi oleh virus-virus yang memaksa antibodi untuk melawan dan akibatnya saya perlu menanggung demam...dan kali ini... the same things happen... tapi kali ni saya bukan nak berleter tentang sakit dan hikmahnya kerna post-post berkitar sakit ini bersepah dalam blog ini...kalu tak percaya sila buka ini dan ini...apa yang cuba diketengahkan kali ini oleh pesakit yang menaip ini ialah isu prevention... as we know... prevention is better than cure... tu orang kampung siapa ntah cakap... hehe..


actually saya tak tahu kenapa saya demam... tapi untuk pengetahuan hadirin dan hadiran yang saya hormati... saya selalu katakan tidak pada air langit atau nama glamournya sky juice...kadang-kadang beberapa hari saya tak sentuh langsung minuman tanpa rasa ini... bila dah demam... mula la gi UNIKEB beli 3 botol air mineral 1.5 L... kenapa 3 dan bukan 4 atau 2??? sebab ada promosi... beli 3 baru dapat harga RM1 satu botol tu... tapi bab nak mengusung 3 botol sekali gus tu memang kena redha je la...hehe...so berbalek kepada bab sakit... anda rasa ada kaitan tak kurang minum air ngan penyakit yang melanda empunya blog neh??? adeh...setiap kali demam saya akan menanam niat dalam hati untuk jatuh cinta pada sky juice.. tapi apakan daya... bila dah sihat terus lupa diri... so sebagai usaha untuk memastikan niat yang tertanam kali ni hidup subur dan tumbuh mekar... saya nak share kelebihan plain water ni... moga lepas ni rasa cinta tu akan menyerap dalam diri... ala kan saya penah cakap... tak kenal maka tak cinta...




tapi disebabkan masa tidak mengizinkan saya berceramah lebih lama di sini... maka saya akan continue niat di hati ni pada post akan datang je la... hehe...jumpa lagi di lain hari dan waktu... to be continued~


Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada penularan, kemudian ditambahkannya pula, Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat” (Riwayat Muslim)

Friday, March 4, 2011

kringgggggggg


pada satu petang yang panas...saya berseorangan.... tak tahu napa balek sorang-sorang time tu... tapi semenjak bergelar senpai tahun akhir ni memang saya dah jadik power ranger... eh lone ranger...sebab semua orang tesis nya berbeda-beda...pendekkan cerita... saya sampai lah kondo kesayangan yang diberi nama Plaza Rah... kenapa Rah??? sebab kondo ni kepunyaan Datuk Rahim.. disebabkan rumah saya tingkat 18 mesti la naek lif... kalau naek tangga boleh pancit tengah jalan kot... bila da lif terbuka ja kaki saya melangkah masuk dengan penuh konfiden...hehe...saya pun tekan la angka 18... tiba-tiba lif terbuka... ok saya tutup semula dan dekat sekali lagi butang nombor 18...


tiba-tiba lampu terpadam.. yang pelik bin ajaib nya... kenapa saya tak kelam kelibut dan panik seperti selalu... boleh pulak diam dan fikir apa nak buat... sambil hati kumat kamit minta ALLAH bantu...handphone yang tergenggam erat ditangan di nyalakan bagi menjejak latitud dan longitud simbol loceng...dan sebaik sahaja batang hidung loceng kelihatan... tangan sepantas kilat menekan punat tersebut sekuat hati... kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiingggggggggggg.. fuh berdesing telinga... beberapa saat kemudian pintu lif terbuka... ada hamba ALLAH tercegat depan pintu lif tu.. niat hamba ALLAH nak masuk lif tu terbantut bila tengok lif tu gelap gelita... terpinga-pinga dia...saya dengan muka tak da perasaan melangkah keluar dan menunggu lif lain datang menyambut....dua lif tiba serentak.. saya memilih lif berbeza dengan hamba ALLAH tadik dengan alasan lif tu direct stop tingkat 18...tak da singgah-singgah petang kat tingkat lain nak turunkan penumpang... demi nak cepat...sanggup lupakan sejarah hitam yang berlaku beberapa minit yang lepas..adeh...

moral of the story : stay calm and think wise in any position you are.. pertolongan ALLAH tu akan tiba... bersabarlah dan terus berdoa dan berusaha... bila berada dalam kesusahan... usaha dan doa lah tanpa jemu... Dia Maha Mendengar dan Maha Penyayang... doa dan yakin lah... pertolonganNya akan tiba...itu lah indahnya hidup bertuhan... kalau tanpa pertolonganNya mungkin saya masih terperangkap dalam lif yang gelap dan panas tu... berseorangan pulak tu... tahu tak apa yang saya fikirkan semasa berada dalam keadaan tu??? gelap+berseorangan= alam barzakh....di alam kubur nanti kan kita berseorangan... yang menemani hanya amalan... mungkin ini peringatan ALLAH untuk saya...ada alam lain yang menanti selepas tamatnya tugasan saya di dunia ini... 


"Janganlah ya ALLAH Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah)." (Al-Mathurat)

unik la elevator neh.. leh educate people... hehe... jom belajar anatomi...=P


Thursday, March 3, 2011

amaran: pengguna broadband jangan buka



















antara koleksi quotations yang menarik~ 
time is running out
i have only two weeks before thesis presentation
need high spirit to finish all works
have to forget about balek kampung for a while
focus and focus
work super extra hard
i will reward myself later
hehe~
fighting!!!


Wednesday, March 2, 2011

ubat penenang

280211


tika hati penuh rasa gelisah dengan senarai tugasan yang panjang berjela-jela tapi mesti disiapkan dalam masa yang terhad...pantas tangan meluahkan rasa hati di Yahoo Messenger dengan 1 simbol (T.T) mewakili rasa hati...pintu rumah diketuk oleh seseorang....ketukannya disambut mesra... melaluinya ALLAH memujuk ku dengan mengingatkan aku sepotong ayat dalam kitab cintaNya buat hamba Nya...hanya sepotong ayat... tapi maksudnya menyelami jiwa... menenangkan hati bergelora...terima kasih ALLAH...terima kasih sahabat...=)


 Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (94:6)


Tuesday, March 1, 2011

Cahaya Mata



incik Adam (nephew cik erin)


miss Addina (niece cik miera)

incik Nur Harraz Sidqi dan miss Nur Hannah Sufiyya (my nephew and niece)

"Thereafter We made him (the offspring of Adam) as a Nutfah (mixed drops of the male and female sexual discharge and lodged it) in a safe lodging (womb of the woman). Then We made the Nutfah into a clot (Alaqa, a piece of thick coagulated blood), then We made the clot into a little lump of flesh (Mudghah), then We made out of that little lump of flesh bones, then We clothed the bones with flesh, and then We brought it forth as another creation. So blessed be Allah, the Best of Creators! " (23:13-14)

AL-Quran bukan tulisan seorang insan hebat bernama Muhammad... Al-Quran mukjizat ALLAH... sangat pelik jika ada yang masih meragui kebenaran Islam... ayat ni turun sebelum 1931 (tahun elektron mikroskop dicipta)...tika manusia belom mengenal apa itu mikroskop elektron...fikir-fikirkan lah menggunakan nikmat akal yang dikurniakan tuhan...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan itu?"
(surah Ar-Rahman)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...