Noor Syafiqah Bt Saidun
hahaha999... teringat kad-kad raya yang hujungnya mesti akan ada perkataan yang ikhlas...tak pun yang benar, yang segala jenis yang la.. pastu siap dengan signature lagi... aduyai... kalah yb yb punya signature pulak tu... hahaha333...tapi sekarang dah tak hantar kad raya kan...kalau posmen datang pun dah tak se excited zaman dulu... tau dah kalau da kad raya pun mesti dari company-company yang meraikan pelanggan-pelanggannya ja... imbas kembali kenangan dolu-dolu sampai lupa niat di hati nak coret rasa kesal di hati...=)
saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana (ala-ala pendahuluan karangan pmr)...perghhh... imbas kembali lagi... ok2...straight to the point... saya nak tanya... susah tak nak ikhlaskan diri mu (sebut dengan rentak iklan maxis yang aktifkan dirimu tu..hiks)...??? bagi saya sangat susah... kenapa??? saya juga banyak kali tersasar dengan mengungkit kembali apa yang saya lakukan bila ada yang mempersoal apa yang saya lakukan atau tak menghargai malah menyakiti saya...
saya ada seorang sepupu yang sangat baik.. sangat suka membantu orang lain... pantang dengar orang mahu kenduri..pasti hati mereka berbunga-bunga mahu menolong... bukan setakat suka menolong... malah boleh diharap...sebab tu la orang yang mahu ditolong dengan senang hati memberikan segala tanggungjawab pada suami isteri yang berhati besar ini... sampai satu tahap... mereka rasa tidak puas hati.. niat yang pada mulanya ikhlas..mula goyah kerana niat baik hendak menolong disalah gunakan... semua kerja diserahkan kepada mereka bulat-bulat... so daripada ikhlas menjadi tidak ikhlas... sedihkan cerita ni??? niat baik menjadi tidak baik hanya disebabkan orang lain memanipulasi kebaikan tu...bagi saya ianya sangat sedih... saya kenal mereka..saya tahu kebaikan mereka..tapi orang selalu lupa yang manusia ada limit..sama macam kat jalan raya...ada had kelajuan yang mesti dipatuhi.. bezanya tak da terpampang kat muka sorang-sorang berapa had diri masing-masing..kalau ada senang la kan??? hehe...ya ka senang??? had laju ada kita potong...tak percaya??? gi check kat balai polis atau mahkamah berapa ramai kena saman sebab langgar had laju... =)
kesian kan bila niat nak membantu ikhlas kerana ALLAH..impikan hubungan baik sesama manusia...angankan syurga ALLAH di akhirat... akhirnya menjadi sia-sia... sama saja seperti anda tidak berbuat apa-apa..kosong..penat lelah yang tiada hasilnya...yang dapat hanya karbohidrat dan protein ditukar kepada tenaga..better la daripada disimpan dalam bentuk lemak...betul tak??? emmm... nak tuding jari kepada siapa ya bila masalah yang selalu terjadi keliling kita ni???1st sekali tuding jari kat diri sendiri... anda siapa???
1.orang yang ditolong
please do not take any advantages on others... ni nampak orang tu baik, boleh diharap...mula la nak suruh ini dan itu... nak minta tolong tak salah...cuma ada hadnya... minta tolong sekadar yang mampu..ingat bahawa orang yang membantu juga mempunyai banyak tanggungjawab lain... dan bila orang nak membantu sepenuh hati tu pandai-pandai la hargai.. paling mudah sekali guna magic word...apa magic word tu?? nak tau klik sini...kalau segan nak sebut magic word tu, hantar sms... saya lebih prefer magic word ni daripada hadiah sebagai penghargaan... sebabnya... magic word ni lebih bererti bagi saya...ok ni bagi saya...pendapat anda mungkin lain ok..=) satu lagi..elakkkan daripada mempertikai kerja orang tersebut..kalau dia cakap penat...raikan dia dengan senyuman..beritahu dia moga kerjanya diterima ALLAH atau sesuatu yang membuatkannya lebih semangat untuk melakukan kerja dan bukan memperlekehkannya...misalnya berkata ala buat kerja sikit dah merungut...elakkan please...saya juga...=)
2.orang yang menolong
mungkin kita kena remind diri selalu yang pertolongan itu dituju khas buat ALLAH taala... ingatkan selalu dan selalu... ikhlaskan diri seboleh mungkin... saya juga kecundang dalam perihal ini baru-baru ini.. kesal yang teramat kerna tak mampu mengikhlaskan diri sepenuhnya..=( nasihat Luqman buat anaknya mungkin boleh dijadikan alternatif untuk mengelakkan tragedi ungkit mengungkit serta memenuhkan hati, jantung dan paru-paru dengan rasa ikhlas...
"Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."
emmm... susahnyaaaaa nak ikhlas... tapi kena cuba, cuba dan cuba...
rasulullah SAW bersabda:
"sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang,buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya.barang siapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah dan RasulNya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan RasulNya (dan diberi pahala) dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya sampai kepada yang diniatnya itu." (HR.Bukhari dan Muslim)
"sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan,kemudian menjelaskan keduanya.maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan,kemudian tidak dikerjakannya,Allah mencatat untuknya satu kebaikan (pahala),dan jika kemudian dikerjakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan (pahala),dan mungkin ditambah hingga tujuh puluh kali lipat atau lebih dari itu.dan apabila seseorang berniat akan berbuat kejahatan,kemudian tidak dikerjakannya,maka Allah mencatat baginya satu kebaikan (pahala).dan jika niat jahat itu dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kejahatan."
(H.R Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment