Monday, February 28, 2011

busy



tika diri dikelilingi perkataan busy...tiba-tiba... ada panggilan-panggilan meminta tolong menyelit dicelah-celah ke busy an... dengan penuh rasa terdesak... what will u do???


a) pura-pura pekak...
b) menyahut dan cuba peruntukan sedikit masa untuk membantu...
c) membuat larian baton menyerah tanggungjawab kepada orang lain...


ni bukan soalan mcq atau objektif... ni soalan jenis pilihan terletak ditangan anda dan tiada jawapan betul atau salah... terpulang pada diri menilai... saya pernah melakukan ketiga-tiganya...mengikut keadaan dan keperluan.. saya tidak perlu hipokrit dan merasa diri hebat untuk senantiasa memberi jawapan B setiap kali terjadi situasi diatas...kerana saya tahu kemampuan saya...


saya pura-pura pekak bila merasakan sesuatu itu lebih baik tanpa perlu campur tangan saya...
saya menyahut dan cuba peruntukan sedikit masa untuk membantu kerana saya fikir bagaimana kalau saya berada di dalam kasut dia... *ok saya tak cukup comel untuk merasa berada dalam kasut dia*...hati terdetik... walaupun busy saya masih boleh buang masa untuk perkara yang lagho...tapi kenapa saya tidak boleh peruntukan masa yang sedikit untuk hulurkan tangan membantu yang termampu...
saya membuat larian baton menyerah tanggungjawab kepada orang lain tatkala pembahagian tugas yang tak seimbang... kenapa mesti saya yang dicari?? kerna saya tidak pernah menolak... ya... sampai tahap maksima saya akan menolak..maaf... setiap orang ada bahagian masing-masing dan tidak boleh bergantung selamanya di leher orang lain...


berbuat baik untuk yang perlu mengikut kemampuan... itu prinsip saya..mungkin anda berbeza... kenapa??? kerana setiap orang mempunyai kebebasan berfikir mengikut citarasa tersendiri dan kematangan yang berada pada tingkat yang berbeza-beza...cuma yang sama antara kita... guideline yang ALLAH tetapkan untuk kita semua ikut.. buat baik balasannya pahala... anda rasa anda mampu untuk lakukan semua dengan penuh ikhlas...silakan... endahkan kata-kata orang yang hanya tahu menilai...kerana setiap amalan itu antara kita dan DIA...ALLAHUALAM...=)



Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari qiamat dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke Syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan tempat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah Al-Qur'an dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat, juga mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan dapat disegerakannya oleh nasab keturunannya".(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...