Sunday, December 19, 2010

Ketika cinta bertasbih 2

beberapa hari lepas baru sahaja selesai menonton sambungan movie Ketika Cinta Bertasbih... ya... saya agak ketinggalan disitu...huhu... 56 episod... tapi bukan semuanya saya tengok kerna ada beberapa babak yang membosankan dan terlalu lama sehingga membuatkan tangan saya ringan menekan button forward... kekangan kerja juga menghalang rasa sabar untuk menghabiskan terlalu banyak masa pada plot yang saya rasa terlalu stereotaip atau plot yang ada hanya untuk memanjangkan masa tayangan series tersebut ..wah... saya bermula dengan kutukan bertubi-tubi...dush...


okay masuk ke perenggan yang lebih menarik dan baik... hehe... cerita yang bagus kerana menerapkan isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran kita... isu utama yang ditonjolkan penulis adalah tentang ketidak upayaan memperoleh zuriat... yang dibawa oleh pasangan Azzam dan Anna serta Ustaz Mujab dan isteri... dua keadaan yang agak berbeza antara kedua-dua pasangan.. tapi sama tunjang kekuatannya iaitu sabar dan redha.. penulis berkongsi solusi kepada masalah ini dengan penonton melalui plot Ustaz Mujab menjadikan anak yatim jalanan yang berkawan dengan Sarah sebagai anak angkat...


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa." (3:38) [doa mendapat zuriat]

isu jodoh dari Ketika Cinta Bertasbih 1 juga berlanjutan sehingga ke Ketika Cinta Bertasbih 2... fuuuuhhh.. bab jodoh ni memang daya penarik... cuba tengok apa-apa movie or drama...tak da bab cintan cintun tak sah... Habiburrahman banyak kali cuba tegaskan kalau jodoh takkan ke mana... =) dah tunang pun kalau bukan jodoh tak kan menjadi jugak... dah hantar kad kawen pun kalau bukan jodoh tak kawen jugak... Furqan, Husna, Ilyas, Qonita, Eliana, Fiena, Hafis merupakan antara yang masih single... yang belom tengok tapi nak busy body jaga tepi kain siapa kahwin ngan siapa sila la tengok sampai last episod...(tak sedar diri sendiri yang ketinggalan..=P)


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah". (51:49)



isu lain yang diketengahkan dalam series ni ialah isu fitnah dunia... raja gosip dalam cerita ini jatuh kepada.... keboom boomm boomm (sound effect)... ustaz Azzam.. wah.. ustaz pesantren pun boleh bergosip sakan... dengan artis sinetron la anak kiyai la...penonton ditegur bahaya bergambar berdua lelaki dan perempuan ajnabi...gambar-gambar sebegini boleh membawa kepada fitnah...maksudnya bergambar si Uda dan si Dara semata-mata..tiada yang ketiga.. apatah lagi keempat...pelbagai cerita menarik boleh dikarang daripada satu keping gambar...hati-hati..=)


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda : “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”. (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


konsep musyawarah dalam membuat sebarang keputusan cuba diketengahkan dalam series ini... daripada sebesar-besar masalah kepada sekecil-kecil masalah... melalui musyawarah masalah berat sebelah dapat diatasi seperti yang berlaku tatkala penentuan tempat ketiga pertandingan hafazan kategori dewasa... Allah menyelamatkan Anna daripada mengikut perasaan tidak berlaku adil kepada Qonita... alhamdulillah... Musyawarah membolehkan setiap ahli memberi pandangan sebelum sebarang keputusan diambil....


Maka disebabkan rahmat Allahlah, engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka. Seandainya engkau bersikap kasar dan berhati keras. Niscaya mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan tertentu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (3: 159)

sebenarnya terdapat pelbagai lagi situasi masyarakat yang diterapkan dalam cerita ini... contohnya masalah anak yang menghisap dadah,  akibat kata-kata yang tak berlandaskan syarak, ibu bapa tak merestui pilihan hati anak-anak, masalah kewangan beserta cara mengatasinya, kejadian kanak-kanak hilang akibat kelalaian dan banyak lagi... semuanya diulas dengan begitu cantik oleh penulis untuk disajikan kepada penonton...jadi yang belom tonton sila lah menonton dan mengambil iktibar... saya prefer KCB 2 berbanding KCB 1 kerana skop ceritanya lebih luas... KCB 1 lebih kepada permasalahan jodoh semata...just my opinion...




Assalamu'alaikum...


6 comments:

mashi said...

bukan pqah je yg ketinggalan..mashi pun sama la..he2. insyallah ada masa nnti mashi tgk k

picairin said...

mashi...........
wah rindu kamu la mashi...hehe
bagos2...
nanti tgk eh..hehe

qila~ said...

tak mau tgk series sbb x dpt trima hkikat rmai sgt gurl mnat khairul azzam,lg 1 sft mls nk follow mguasai diri,hahaha..

picairin said...

qilaaaaaa...
lama menyepi eh..windu kamu jugak la... ari rindu sedunia..hehe
erk.. tapa2... hakikatnya mohd zulhisyam tak ramai kot minat..(pandai2 jak)hehe...

qila~ said...

haha..rindu merindu la kita ek,line problm la,nk bw pon susa..erk,rmai ka x rmai ka yg pnting plihn d'tgnnya sndrik,hehe..

picairin said...

ya...dan pilihannya adalah kamu... bau nasi minyak..emmmm... lagi cepat lagi bagus..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...