Tuesday, August 31, 2010

tips elak riak

riak satu perasaan yang sangat saya geruni.... sekali muncul rasa riak itu... lenyap segala ibadat yang kita lakukan... semua menjadi sia-sia... perasaan itu datang tanpa dijemput... boleh rujuk link ini untuk mengenali rasa RIAK (sila klik)....


perbualan saya dan seorang sahabat memberi saya satu ilmu baru yang berguna... setiap kali rasa riak itu muncul dengan tiba-tiba... kata sahabat saya itu yang mendapat tips ini daripada ustaz yang memberi ceramah ditempatnya...pantaskan lah mulut untuk mengucap alhamdulillah... segala pujian milik ALLAH...


jika kita riak dapat mengerjakan qiamulail...
ingatlah...
ALLAH yang memberi kita kekuatan untuk bangun mengerjakan solat...
ALLAH membenarkan kita terjaga saat semua orang enak di dalam selimut...


jika kita bersedekah...
ingatlah...
rezeki itu datang dari ALLAH...
jika ALLAH takdirkan duit itu bukan milik kita... duit itu mungkin dicuri, mungkin tercicir...


jika kita berkongsi ilmu...
ingatlah...
ilmu itu milik ALLAH...
ilmu kita sangat dan terlalu sedikit berbanding ilmu Nya...


ini hanya beberapa contoh yang saya sempat coretkan... pendek kata... segalanya dikembalikan kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam... ALLAH TAALA... insyaALLAH rasa riak akan hilang... ALLAHUALAM...




Thursday, August 19, 2010

charger...


Saya selalu terkenang dialog saya ketika bertemu dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah mencecah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dialog saya bersamanya bermula dengan soalan yang sangat tidak dijangka. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. If God doesn’t want us to show our hair, then He will create us bald. I don’t want to wear scarf.
Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tidak boleh bela anjing di rumah dan beberapa soalan lain, yang asalnya tidak terjangkau oleh fikiran saya ia akan ditanya oleh seorang Muslim.
Seandainya saya mengambil pendekatan ‘seorang ustaz’, mungkin saya akan leterkan beliau ayat-ayat al-Quran dan Hadith berkaitan kewajipan bertudung dengan panjang lebar dan penuh nota kaki. Akhirnya saya sahaja yang syok sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih! Gadis tersebut mungkin menguap dan menutup telinganya sambil menanti saya mengangkat punggung dan beredar.
Saya tidak punya pengalaman untuk mengendalikan keadaan seperti itu. Bekalan yang ada hanya sebuah sikap yang saya yakin penting. Tekan butang pause, bertenang, dan cuba untuk melihat apa yang tidak diperlihatkan. Persoalan sebenar berbanding persoalan yang ditanya. Apakah benar, tudung, solat dan bela anjing itu masalah sebenarnya, atau ada masalah lain yang lebih kritikal di sebalik semua itu.
“Saya tidak rasa itu patut jadi persoalan awalan kita. Mungkin elok kita bincang persoalan yang lebih perlu diselesaikan. Sesuatu yang lebih pokok,” saya memberanikan diri mencadang.
“Oh begitu. Baik, apa persoalan utama ustaz?” tanya gadis tadi.
“Apa tujuan hidup awak? Apa yang awak nak capai dalam hidup ini?” saya menyoal.
“Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?”, tanyanya lagi.
“Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?” saya menguji.
Silly game.. mengarut!” ujarnya sambil tersengih.
Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Betul tak?” saya menyoalnya.
Dia menggangguk.
“Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, adalah cara mudah untuk gagal dalam hidup. Awak setuju?” saya meneruskan perbualan.
“Ya, saya boleh bersetuju.” jawabnya.
“Jadi, apa tujuan hidup awak?” saya menyoal.
“Saya nak berjaya dalam kerjaya, ada firm sendiri dan dengan pendapatan jutaan Pound setahun!” katanya dengan yakin.
“Awak belum dapat berjuta Pound setahun. Ada orang dapat berjuta Pound sehari, tak bahagia pun. Tu si Donald Trumph, kaya raya. Tetapi dia tidak bahagia, ‘diceraikan’ oleh isterinya. Saya tidak rasa berjuta Pound itu tujuan hidup awak atau sesiapa” saya mengulas sedikit. Cuba melontar provokasi.
“Hmm…,” dia mengeluh. Sepi tanpa jawapan…
“Habis, apa tujuan hidup ustaz?” gadis itu bertanya kepada saya.
“Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tidak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama…” cakap saya terputus.
“Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?“, gadis tersebut memintas saya dengan soalannya.
“DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu. Surah al-Dzariyat ayat 56″ saya menjawab.
Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:
“Seandainya saudari boleh menerima hakikat yang saudari perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Jika saudari boleh bersetuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Analoginya jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, dan itu haknya kerana dia ketua pemerintah negara. Maka apatah lagi untuk menghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tidak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat. Jangan salahkan Islam atas apa yang orang Melayu buat!” saya mengakhiri penerangan terhadap semua persoalan yang tertangguh.


copy from saifulislam
tajuk itu charger coz ia berjaya buat saya rasa lebey kuat untuk hadapi semua kerja yang ada... belajar untuk ALLAH... insyaALLAH...


assalamu'alaikum....


Wednesday, August 18, 2010

tips pintu kruk krek





ini bukan sebarangan ubat sakit mata... ini ialah minyak masak yang diisi kedalam botol ubat mata...hehe... minyak masak ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak... malah minyak masak ini memainkan peranan penting dalam memastikan kita mendapat tidur yang lena tanpa gangguan bunyi kruk krek daripada pintu-pintu yang berdekatan dengan anda...hehe...caranya mudah sahaja.. titik sebanyak mana titis minyak yang anda mahu pada engsel pintu yang suka mengeluarkan bunyi yang annoying...kemudian ambil tisu atau kain untuk lap pada permukaan engsel tu... make sure kalau boleh setiap bahagian engsel tu kena minyak tu... mudahkan... so apa lagi... keluarkan sedikit peluh (rasanya tak peluh langsung pun...=P) untuk mendapatkan tidur yang sempurna... renung-renungkan dan selamat mencuba~


8 Ramadhan

muhasabah diri....
masih samakah amalan hari ini dengan hari pertama puasa???
makin baik atau makin menurun prestasi ibadat kita???
tepuk dada tanya iman... tanya taqwa...
wujudkan dan semaikan kembali semangat beribadat tika Ramadhan baru menjelma 8 hari yang lepas...
bacakan kembali target yang ingin dicapai untuk bulan ini...
tinggal 22hari lagi sebelum bulan untuk mendidik ini pergi meninggalkan kita...
jangan biarkannya berlalu sepi...
muhasabah diri...




Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)

Hisablah (evaluasilah) diri kalian sebelum kalian dihisab, dan berhiaslah (bersiaplah) kalian untuk hari aradh akbar (yaumul hisab). Dan bahwasanya hisab itu akan menjadi ringan pada hari kiamat bagi orang yang menghisab (evaluasi) dirinya di dunia. (Umar r.a)

‘Seorang hamba tidak dikatakan bertakwa hingga ia menghisab dirinya sebagaimana dihisab pengikutnya dari mana makanan dan pakaiannya’. (Maimun bin Mihran r.a.)





Monday, August 16, 2010

hakikat disebalik isu sensitif

Ada yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu.

Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.

Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya.

Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?

Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara.

Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.

Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.

Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.

Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya.

Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.

Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini?

Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?

Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut.

Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.

Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.

Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.

Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi.

Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.

Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada.

Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.

Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.

Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka.

Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.

(Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis)



go to utusan~


go to ridhuan tee page~




the best father in this world

actually sangat busy with lotssss of assignments... tapi minggu ni saya layangkan diri ke rumah juga untuk merai Ramadhan dengan keluarga terchenta...kepulangan adik juga mencukupkan korum... sangat bahagia di rumah...(^^) setiap hari ditanya oleh mak "mahu makan apa arini"...hehe... ya la.. anak-anak suma berhimpun except my oldest sis yang sudah berumah tangga dan menetap di Kuantan...wah33... saya sangat bahagia... ini membuat hati saya kembali gundah gulana sama ada mahu balik sebaik sahaja kelas tamat pada 27hb atau siapkan kerja yang berlunggok di atas meja terlebey dahulu sebelum mengorak langkah ke rumah... Ya ALLAH tunjukkan lah hamba Mu ini pilihan yang terbaik...

hari pertama dirumah... saya berbual-bual dengan adik tentang ketam masak lemak di ruang tamu... masing-masing terliur membayangkan kesedapan masakan kampung itu... abah yang juga ada disitu tika itu mengatakan sesuatu yang membuatkan bayangan kami lesap... errr...actually saya dah tak ingat apa yang abah katakan...hehe...  tapi kata-katanya itu membayangkan hasrat kami itu tak kan menjadi kenyataan...

pada pagi hari ketiga... ketika sedang asyik mengusha skrin lappy... abah memanggil saya menyuruh memasukkan santan ke dalam fridge... sebagai anak yang patuh (perasan...=P) saya menjalankan arahan abah... sebaik ja buka fridge... tiba-tiba mata saya tertumpu pada sesuatu... kelihatan ketam-ketam sedang menari joget lambak didalam fridge... hihi... ini hanya imaginasi saya... dengan kadar segera saya memberitahu adik.. cakap cam tamau beli tapi belikan juga... baik kan abah saya...=)



tahu tak siapa yang masak ketam masak lemak diatas???? saya la... haha999... tipu jak... abah saya yang masak... pandaikan abah saya...??? hehe... since abah pencen ni... abah saya yang selalu masak... mak masih kerja... so just weekend n sometimes untuk dinner jak mak masak... bertuah mak saya dapat ayah saya kan... serba boleh... bertukang boleh, masak boleh, baiki barangan letrik sket2 ni pom ble... dah la sayang anak-anak...hehe...apa pom saya rasa sangat bertuah ada abah macam ENCIK SAIDUN BIN ISMAIL... =) 

" Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (31:14)

Sunday, August 15, 2010

taxiiiii...!!!!

Jumaat pagi yang baru jak lepas ni.. saya (ganti nama diri yang lebih sopan ini bakal digunakan kini dan akan datang    ) naik la teksi ke Hentian Duta... erk... kenapa saya ke Hentian Duta??? mestilah untuk pulang ke  baiti jannati ... hehe... dengan semangat berkobar-kobar saya melangkah menunggu cab (the only transport to the Hentian Duta..huhu).. cab yang pertama saya tahan gagal saya naiki disebabkan ada makhluk lain di sisi pemandu.. cubaan seterusnya... alhamdulillah saya berjaya...  tanpa segan silu kaki melangkah naik cab tu selepas driver tu accept cabaran untuk menghantar saya ke Hentian Duta dengan harga terendah...erk... tipu jak... saya just cakap nak gi Hentian Duta... taxi tu ada meter so xda tawar menawar harga cam kat pasar malam la eh...hehe... tapi memang laju la driver taxi ni pecut... cam Michael Schumacher dah walaupun muka mereka sangat jauh perbezaannya..   fuh... yang besh nya... driver cab ni berjaya buat rekod baru... RM7.30 dari Kg Baru ke Hentian Duta... BRAVO!!! yang bertambah besh bila incik driver yang suka senyum tu cakap tayah la syiling... saya dengan kelajuan maksimum mengucap terima kasih dan membayar RM7... rezeki jangan ditolak maut jangan dicari... hehe... ni contoh pemandu taxi yang baik coz dah la sangat murah dah harga dia banding kalau naik taxi lain selama ni... tambah lak dia bagi diskaun lagi...moga ALLAH murahkan rezeki incik tu...  err... tamau tau ka selalunya bapa RM??? kalu beli tiket teksi yang da kat Hentian Duta tu... tak mahal la...RM17 ja...haha999.... semoga niat murni ni tidak berakhir setakat di bulan Ramadhan... dan terus istiqamah di bulan-bulan yang lain... untuk incik driver tu kalu la dia ada terbaca blog ni... saya ucap terima kasih untuk kali kedua...=P


"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan ALLAH Maha Luas, Maha Mengetahui" (2:261)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhir. Perumpamaan (orang itu) seperti batu yang licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir." (2: 264)  


Thursday, August 12, 2010

undang-undang dunia





jalan-jalan bawah matahari yang terik nak balik plaza...
jumpa pok cik trafik ni tengah saman keta parking kat tempat yang tak sepatutnya...
ni la akibat bila undang-undang dunia dicabuli...
tiba-tiba terfikir...
xda pula surat saman sampai umah kalau langgar undang-undang ALLAH ya...
aku lupa denda tu delay akhirat nanti...
ISLAM kan adil...=)
tapi ALLAH tu MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...
siap bagi masa nak taubat...=)
tapi pok cik tu baik gak la...
menjalankan amanah dan tanggungjawab...hehe....
tu ja... hehe...


"Maka adapun orang berat timbangan (kebaikan) nya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang). Dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (yaitu) api yang sangat panas (101: 6-11)


"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." (2:186)


Tuesday, August 10, 2010

gosok jangan tak gosok



kebersihan sebahagian daripada iman


kehidupan di k1 dan plaza sangat berlainan... ok aku just bandingkan dua tempat ni sebab hanya dua tempat ni aku penah bermastautin semenjak bergelar student ukm kkl... ok apa beza nya???


kat k1 ada mak cik cleaner yang rajin sapu sampah depan bilik, cuci toilet hari-hari...
kat plaza lak... tada org nak buat semua tu melaenkan kaki tangan sendirian berhad...


so kena la aktif-aktifkan diri... kalu tak berkulat la umah tu... dulu cikgu sekolah rendah aku penah cakap...


'''orang yang takut kotor tu lah pengotor...'''


betol jugak bila fikir lima enam kali... nampak kotor geli tapi tak mahu ringan kan tulang cuci... biar ja... tunggu orang lain cucikan... kalu nanti duduk rumah milik perseorangan nak tunggu siapa datang cuci???


rumah banglo hias cantik-cantik... tapi kotor dan bersepah ja... tak da gunanya... orang pom geli nak masuk umah kamu...


so sederhana kata... jangan la malas-malas nak jaga kebersihan... jangan nak kuar umah bau semerbak tapi bilik cam tempat kucing beranak...so jom jangan malas-malas!!! (^^)










“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al-Baqarah: 222)


nabi sangat menganjurkan kebersihan... (sila klik kalu free..=))


Saturday, August 7, 2010

ahlan wa sahlan ya ramadhan



kurang daripada seminggu Ramadhan yang penuh barakah akan tiba... moga kita sempat bertemu dengan nya... Dalam kebanyakan ceramah dan blog bertema keagamaan bila syaaban on the way nak tinggalkan kita ni banyak kita diingatkan tentang persiapan-persiapan bertemu dengan bulan yang bernama Ramadhan ini...


aku pun mula la menyebukkan diri yang xberapa sebuk tapi banyak kerja ni buat persiapan...


1. to do list and timetable yang selalu dilakukan tak kira bulan tapi xpernah berjaya nak ikut 100% seperti biasa telah dibuat...timetable aku tu flexible... tapi hope aku tak take advantage ke atas keflexiblean tu sampai tersasar sasaran yang nak dituju...hehe...


2. tiket untuk pulang ke rumah juga akan dibeli iaitu pada 13 ogos dan 28 ogos... bahaya kalau last minute gi beli tiket ni... nanti tak pasal-pasal ada lak yang beraya kat perantauan...hehe...


3. bajet... disebabkan aku dah over budget kat tiket bus....tapi insyaALLAH akan dapat di cover sebab aku bakal puasa 16hari di rumah dan beraya 10hari dirumah....  so dapat la peruntukkan sket duet untuk kegunaan istimewa di bulan Ramadhan...(^^)


bawah ni ada 10 matlamat yang mungkin boleh jadik guideline untuk anda yang terbaca post ni untuk buat anda, anda dan anda punya target sendiri untuk bulan RAMADHAN ALMUBARAK ni...


10 great goals to set for this Ramadan

by sound vision staff writer

  1. Eat, drink and be moderate
Almost all of us do it - once Iftar time hits, we just keep plowing food and drink into our mouths till it's hard to move afterwards. And those of us who do it know this is totally contrary to the spirit of Ramadan, through which we're supposed to learn self-control not self-indulgence. Let's try to stick to the Prophetic rule on eating: fill our stomachs with one-third food, one-third water and one-third breathing space, even in Ramadan.
  1. Give a dollar a day in charity...or five or ten
The Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, was always generous but even more so in Ramadan. Let's open our hearts and dig a little deeper in our wallets this year. Even less than a dollar a day adds up. Whatever you can give, it's the intention that counts.
  1. Memorize 4 new Surahs
Memorizing the Quran often seems like a daunting task. But the key is doing it in small bites. Since there are four weeks in Ramadan, try to memorize one new Surah a week. Start off with a short, easy one. Once you've started, you'll build momentum and may even want to memorize a longer one the following week.
  1. Go to Tarawih prayers
Post-Iftar, the first urge is to sleep after an exhausting day. But try your best to head out to the mosque for Tarawih prayers. Praying alone is wonderful, but doing it in congregation is fantastic. The community spirit is part of Ramadan's blessings. Don't miss it this year. If going every day is not possible, try going at least one week.
  1. Attend the Tarawih prayer in which the recitation of the Quran will be finished
Call the local mosque and find out which day the Imam will be finishing the recitation of the Quran in prayer. Attend to not only hear part of the Quran's recitation in prayer, but also participate in the heart-rending Duas that follow it.
  1. Stop swearing and/or backbiting – with a special box
It's hard not to shoot our mouths off when someone's upset us. Whether we utter those four-letter words or backbite about someone to our family and friends, we know this isn't the God-approved way of letting off steam. In Ramadan, when we want to build our spirituality, we've got to wage Jihad against our bad habits.
Try this: get a box and every time you catch yourself swearing or backbiting put some money in it. It could be a buck or less. The point is to choose an amount that makes it feel like punishment.
At the end of the month send the money to a charity or buy a gift for the person whom you've backbitten the most against.
  1. Call/email your relatives
You'd think that given the easy access to email, competitive long-distance calling rates, phone cards, etc. these days, we'd keep in touch with family and friends more often. But the opposite seems to be the case, as we get caught up in life's "busyness."
Strengthening ties with family members and keeping in touch with friends is part of our way of life and an act Allah is very pleased with. This Ramadan, call family and friends or at least email them a Ramadan card and ask them how their fasting is going.
  1. Go on a technology diet
Even if you work in the IT industry, you can do this. Avoid checking personal email and surfing the web during your fast. After Iftar, instead of plopping yourself in front of the screen, go to Tarawih. The same goes for the television. The point is to try to give our full attention to spiritual elevation this month.
  1. Read 5 minutes of Quran a day...just five, not more, not less
Even if you feel you've got absolutely no time, set a timer or the alarm on your cell phone and find a relatively quiet place. You can read the first page of the Quran you open or follow a sequence. The choice is yours. The point is simply to connect with God through His revelation in the month of the Quran.
  1. Forgive everyone who has hurt you
Still got a festering wound from the fight with your friend last year? Still upset about something your spouse said during a heated argument? Or are you still bitter about the way your parents sometimes treated you as a kid? Let go of the anger and pain this Ramadan and forgive those who have hurt you. Forgiving someone is not only good for the body, but it's also great for the soul. And in Ramadan, ten days of which are devoted to Allah's forgiveness, shouldn't we lesser beings forgive too?
If you find it very difficult to forgive everyone, forgive at least three people.

semoga Ramadhan kali ni lebey baek dari yang sebelumnya... dan menjadi bulan untuk mendidik kita menjadi hamba yang lebih baik dan dekat pada ALLAH Yang Maha Esa..selamat mengextra vaganza kan ibadat...=)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...