mengimbas kembali saat aku mula berjinak-jinak dengan galaksi blogger... saat mencari personaliti blog tersendiri... terkapai-kapai dengan sekuman ilmu...
"kalau nak tulis tentang diri sendiri baik tulis diari"
kata-kata itu pernah juga terhinggap di telinga ku dan terpahat kemas di minda... ya!! blog satu madah untuk orang lain menimba ilmu dan menjana otak... bukan wacana untuk menjual cerita peribadi yang membuang masa dan membosankan...
tapi itu dulu... saat ini diri ini mengangkat sepanduk baru dengan tulisan "saya bantah!"...
kenapa???
Dari cerita Hilal Asyraf bertajuk Diari dengan Dia aku belajar erti persahabatan... sikap berkorban dan merapat yang diterap betol-betol terkesan dihati...
Dari cerita seorang blogger... aku mengerti peristiwa cinta tak semestinya memiliki bukan hanya sejarah... sejarah itu berulang dalam kehidupan seorang wanita abad 2000...maaf post itu sudah di delete... so aku tak dapat link disini...
Dari cerita Eqbal Zack... mengingatkan apa yang boleh kita buat... ada 2 post dia yang aku sendiri arap i will follow you...2 cerita beliau yang simple tapi boleh dijadikan ingatan "ada benda aku belom buat!" ialah konvo dan pakcik itu
ini antara cerita orang yang aku rasa ada benefit untuk aku... mungkin tiada benefit untuk kamu tapi ada benefit untuk dia dan mereka... situasi setiap orang berbeza kerana emosi dan persekitaran setiap orang berbeza...
stop judging, start reading and gain something...(^^)
diary siapa ntah ni... comel gelas kan...hehe...
No comments:
Post a Comment