Saturday, August 7, 2010

beri kepada yang selayaknya

pada suatu tengahari yang panas mengalahkan stesen radio hot fm..


hajar : pika... aku nak singgah Hassan Shah beli air...
aku : ok..jom la...


pas dah order... datang la someone ngan pakaian yang agak kotor kat tempat kami...


orang itu : nak rm2 (sambil tengok kami dan hulurkan tangan)
hajar : aku tak da duet kecik... ko bagi duet ko dulu nanti aku bayar... kita kongsi half half la...
aku : ok... (sambil buka purse)






bapa saat pas tu...


aku : err... hajar... aku tak da duet kecik la...
hajar : aku pun tak da
aku : cik... xda la... (sambil pandang pak cik itu)
orang itu : rm2 ja... (dia ulang 2 kali dan wat muka sedih)


then hajar pom bagi la guna duet yang dia nak guna bayar air yang dia beli...
pastu orang tu pun berlalu tinggalkan kami selepas dapat apa yang dia nak...


2 3 hari selepas kejadian... aku membaca surat cinta Pemilik sekalian alam... terkedu bila baca ayat ni...aku ditegur olehNya...


"Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?
Mereka menjawab, "Dahulu kami tidak termasuk orang-orang yang melaksanakan solat"
dan kami juga TIDAK MEMBERI MAKAN ORANG MISKIN"
(74: 42-44)


saat ALLAH membuka jalan mudah untuk aku beribadat, aku sia-siakan...
saat ALLAH menguji, aku lalai...


aku mampu ja nak bagi duet besar xbesar sangat itu...huhu...yang lagi sedih bila hajar pun tak nak ambil duet yang aku nak bagi dia walaupun dia dah kata sebelum ni nak bagi orang tu half duet aku half duet dia...hurmmmm...


1 peluang pahala percuma yang dilepaskan... =(((((((


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...