Sunday, March 28, 2010

sediakan payung sebelum hujan

semalam lia temankan aku... yala... rumah masing-masing tak ada orang... so pagi tadi masa lepak-lepak sambil buat keja kami plan nak  makan kat kapal bukan nama sebenar...  actually kapal ni nama sebenar dia chip and stick... tema restoran ni kapal... thats why we prefer using that name than chip and stick... lagipun ramai dah asik tersasul sebut restoran ni chopstick... erk... nasib baik tak sebut garpu ka sudu ka pisau ka...uhuk...

then tengahari tu pom aku dengan sedihnya hanya makan biskut untuk mengisi perut yang dah dipenuhi jus gaster yang sangat desperate untuk menghadam makanan... berkorban sebab pitis dah kurang tapi nafsu makan bergelojak...huhu... sementara menunggu jarum pendek tepat pada angka enam acara tarian singa dalam perut ku bermula... gedum gedam gedum gedam... huhu... sabar ja la... 

dalam  6 lebey sket aku dan lia turun la gi kapal... cuaca baek ja... so dengan penuh konfiden melangkah ke kapal... bila tiba kat sana apa lagi terus saja order...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya... kami terdiam... unexpected... cuaca sebentar tadi teramat baik... manusia hanya merancang ALLAH yang menentukan... betolkan???

lepas selesai makan pun awan belum puas mencurah-curah air yang dikandungnya... akibatnya RM12.50 terbang tanpa sayap atau orang kampung aku kata flying without wing...huhu...kalau aku memang aku redah ja hujan tu... tapi Lia tak mau... aku pulak jenis tak kesah..ikut ja... asal semua bahagia dan hidup aku tak terseksa... akaun perkongsian dibuka... first urus niaga yang dicatat ialah payung...huhu...  alhamdulillah selamat sampai walaupun kaki seluar ku bermandi hujan...^,^

ingat!!! sediakan payung sebelum hujan!!!

ada payung cam ni best jugak... cam best... sapa tau kat mana ada jual gitau aku ya...=P


Thursday, March 25, 2010

book fair 2010...

pesta buku datang lagi!!!

i'm going to the book fair for the second time this day...
lots of interesting books...
many book's lovers...
so much pamphlets i got...
and not to forget DISCOUNT!!! DISCOUNT!!! DISCOUNT!!!

just 3 tips for you before book fair closing ceremony dis coming sunday...
if u want to buy a book.. go directly to the publisher booth to get cheaper price... ^,^
if u want to buy a book in third floor 1st hall without going to 2nd hall... go there by using the same direction when you are going to surau...=)
dont forget to bring your matrix card if you are students to get more discount... (just for some booth... like PTS booth..)

i bought only 3 books... last year i spent about RM200 in book fair 2009... but this year just spent about RM50...really want to go there again...huhu...

i would like to introduce my new three books...tadaaaa....



1. Cinta di rumah Hassan Al Banna by Muhammad Lili Nur Aulia...
2. psikologi Rasulullah s.a.w. dalam berinteraksi dengan masyarakat by Dr Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al -Azhari
3. untukmu wanita by ustaz Zaharuddin Abd Rahman

cant tell more about those books... not start reading yet... loooots of works... furthermore i do not start studying for final yet...huhu... cant wait to read all the books especially cinta di rumah Hassan Al Banna...hehe...

for those who suggest books for me last week... thanks... unfortunately i forgot to bring the list to the pwtc...huhu... actually i really want to grab almost all books there but i've not enough money la... just pick some books that is useful for myself... other books may be i'll borrow from my friends especially puan khadijah... eh2... cik...=P coz she has lots of books...

p/s : thanks MISS khadijah and cik najwa for spending some time with me... love both of you...^,^

"bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena." (96 : 1-4) 

aku terasa...


terkejut bila baca komen di picture seorang rakan tadi.. aku gunakan sahabat untuk yang rapat ja... yang kurang rapat aku gunakan rakan ya..=) dalam gambar itu rakan ku itu memakai tight... ala seluar yang melekat pada kaki tu... mesti tahu punya... sekarang memang trend seluar itu... then... ternampak komen seorang lelaki (yup! her boyfriend) yang juga aku agak kenal kerana pernah satu kuliah ketika di matrikulasi dulu...

nak tahu apa komen dia??? dia larang rakan ku itu memakai tight... lebih elok pakai jeans katanya...
my friend replied... she have tried but not match... in other words she prefer wearing the blouse with tight rather than jeans...
nak tahu apa boyfriend dia cakap???
daripada pakai tight baik tak payah pakai apa-apa... sama saja...

saja nak share story ni kat sini... just shock coz that sentences come from that guy... dia xpakai serban... xpulak join geng pusat islam... teringat pulak coretan yana tentang lelaki dayus kat blog dia... ada jugak part yang buat aku terasa... terasa sangat.... anyway... special thanks to yana coz remind me this things...ni aku sediakan link untuk membaca tentang lelaki dayus ni... semoga lelaki-lelaki yang kita sayang especially abah kita tidak termasuk dalam golongan ni...ameen..


berubah sedikit-sedikit ke arah kebaikan lebey baek daripada statik di takuk lama...

Monday, March 22, 2010

baby..

actually ni crita lama... tapi tak la lama sangat... dalam minggu lepas jak... rentetan daripada cerita post sebelum ni... dalam post sebelum ni aku ada cerita tentang pengalaman sepanjang perjalanan membeli abc(ais kacang ok... bukan buku tadika..hehe...)... post ni tentang apa yang jadi kat kedai abc tu plak..

masa sampai kat kedai abc tu... aku dan kengkawan ambek tempat duduk... kebetulan kat depan aku tu ada la satu keluarga bahagia... ni daripada pengamatan aku la...tataw pulak kalau kat rumah mereka ada acara baling pinggan solo pulak... oit!!! tak baek berprasangka buruk... hehe... sorry.. ok back to the story... si suami mendukung baby yang tak sampai setahun lagi rasanya sambil temankan si isteri yang sedang makan... baby tu tersangat la comel ok... lagi comel bila dia pandang aku yang sedang asyik mengusha dia dan she smile at me... =))))))))) i like sooo much when baby smiling at me... 



unfortunately... tiba-tiba ja baby tu luak susu... tau ka apa tu luak susu?? aku tak sure ni bahasa kedah or memang orang-orang malaysia pun panggil cam tu... ala bila baby minum susu kan dia selalu cam muntahkan susu tu nanti... haaaa!!!! itu lah yang aku panggil luak susu... he999... habis kena baju si suami... yang amat sangat paling sweet bila si suami tanpa hirau kan baju dia yang habis kotor dek luak susu tu terus mencapai kain mengelap mulut si anak dengan penuh kasih sayang... mungkin perkara ini biasa bagi anda yang membaca tapi sangat mendalam maknanya buat aku... so sweet ok...sangat sangat sweet...

i know.. everybody loves baby... ada ka yang tak suka???? muka innocent baby tu mampu buat hati yang memandang rasa happy dan tenang jak...kalau anda kenal sesiapa yang tak suka baby tu may be itu kes terpencil kot... hehe... baby merupakan satu keajaiban yang amat besar... subhanallah sangat hebat... ada manusia bodoh yang cuba menunjuk pandai dengan cuba menghasilkan bayi klon... hasilnya?? manusia itu perlu tunduk akur kelemahan nya hanya seorang hamba pada pencipta... tidak layak dan tidak setanding dengan-Nya... manusia yang lebih bodoh bila mendapat peluang merasai keajaiban itu... dibuang dan dibunuh pula bayi itu dengan kejam... bukan semua orang berpeluang merasai ada nyawa laen didalam perutnya... subhanallah...aku sangat kagum kebesaran ciptaan ALLAH itu... sangat kagum... 


Thursday, March 18, 2010

tadi aku lihat...

tadi aku lihat ramai orang berebut-rebut makanan disitu...
"kenapa ramai orang di situ ya???" soal aku kepada seorang sahabat....
"orang-orang miskin sedang mengambil makanan" jawab sahabat ku itu...
owh...selalu saja aku lalu di situ tapi tak pernah aku lihat keadaan itu...
berebut-rebut mengambil makanan...
yang sudah dapat beredar dengan senyuman penuh makna...

pengembaraan mencari ais kacang ku teruskan...
melalui satu restoran yang agak mewah...
ramai juga disini...
tapi tidak seramai tadi....
semua makanan kelihatan enak sekali...
keadaan aman, tak perlu berebut...

2 keadaan yang sangat berbeza...
2golongan yang berbeza darjatnya dimata manusia...
tapi semua nya sama di mata Yang Esa...
tak perlu mimpikan untuk makan di restoran mewah...
bersyukur andai cukup makan dan tak perlu meminta...

buat tuan yang kaya raya...
tunaikan la tanggungjawab...
zakat itu kecil sahaja nilainya bagi tuan...
tapi sangat bermakna bagi golongan-golongan yang tidak diuji seperti tuan...
tuan diuji dengan kekayaan...
tapi mereka diuji dengan kesabaran dek kemiskinan...



Islam indahkan..
yang kaya mesti menolong yg kurang...
elak rasa dengki...
pupuk rasa sayang...
semai rasa syukur...

buat sahabat...
kita hanya pelajar...
tapi aku yakin rm10 untuk menderma tidak akan membuatkan kita miskin...
bahkan kaya diakhirat kelak...
curilah peluang yang ada..
takut-takut susah untuk kita berjumpa peluang yang sama kelak...
ringankan la tangan...
mungkin bukan semua duit kita itu adalah hak kita...
sebahagiannya mungkin hak orang lain...
sebaik-baik manusia ialah yang memberi barang yang paling ia sayang kepada yang berhak...

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)

Tuesday, March 16, 2010

slot kedua

assalamua'laikum...

little bit late coz lotssss of worksss to do... (-,-")

slot kedua sedikit mendalam dan mencabar..cewah...tajuknya Akidah Ahli Sunnah Waljamaah oleh Dr Sulaiman Noordin...

"Dan sesungguhnya, agama ini (Islam) akan berpecah kepada 73 puak, 72 daripadanya di neraka dan satu di syurga iaitu al-Jamaah" [HR Abu Daud : 4597]

bak kata ustaz... surah At Taubah ayat 100 jadi rahsia camna kita nak lulus dan termasuk dalam 1puak tu... dalam tu state clearly kita kena follow para sahabat nabi...kenapa??? kerana mereka paling ikhlas, paling bertaqwa dan paling faham Arab.. nabi Muhammad juga pernah berwasiat tiga perkara iaitu, bertaqwa kepada ALLAH, taat pada pemerintah walaupun dia seorang hamba, dan ikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat untuk mengelak perpecahan. pesanan ke tiga menasihati kita berjaga-jaga dengan perkara-perkara bidaah... bidaah ni cam kita sedia maklum apa-apa sahaja tambahan dalam ajaran nabi... bahasa mudah nabi dan para sahabat tak buat...

aku pernah dengar di tv tentang tak salah buat bidaah hasanah yakni bidaah yang baik... tapi discussion dengan 2orang sahabat membuat aku sedar bahawa sebarang bidaah adalah dilarang kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan mencemarkan kesucian ajaran yang dibawa Rasulullah... jangan lupa sejarah wujudnya berhala... niat awalnya baik untuk memperingati orang-orang soleh pada zaman nabi Nuh yang sudah meninggal dunia.. lama kelamaan anda boleh lihat dan judge sendiri situasinya sekarang... lahirnya Muhammad untuk menjadi ikutan... ingat lagi kan ayat 3 surah Al-Maidah...

"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku dan telah Ku-redhai Islam itu sebagai agamamu"

ajaran nabi itu telah sedia lengkap... tidak perlu di tambah-tambah...lawan sunnah ialah bidaah... sunnah terbahagi kepada dua.. sunah fi'liyah dan sunnah tarqiyyah.. sunnah fi'liyah itu sunnah yang kita buat sebab ikut  nabi... tarqiyyah itu pula sunnah yang ditinggalkan... it means nabi tak buat... so kita pun tak payah buat ok... find it out apa yang termasuk dalam amalan bidaah..

lastly pasal tafsir, terjemahan or apa sahaja buku... perlu berhati-hati... aku sendiri tak tahu beza mana perlu ambil dan yang mana tak boleh ambil... jadi penyelesaiannya bila ada baca sesuatu yang pelik or tak pasti kebenarannya, tanya pada orang yang lebih berilmu... proses pembacaan sekarang BUKAN baca dan percaya... tapi baca, kaji dan percaya...

ni just summary... correct me if i'm wrong as usual k... need it...tenkiu...

nota otak : find it out before u believe it k...plz dont just take and believe it without check it first... ada jugak yang cakap bidaah hasanah boleh...click link ni... so kaji dan buat keputusan terbaek ya...
http://kotakhati-lunia.blogspot.com/2010/03/bedah-buku-1-dalam-islam-ada-bidah.html

assalamua'laikum...

Sunday, March 14, 2010

hindari dirimu dari kekufuran

ok... mulai ari ni... whatever info yang aku dapat aku akan cuba story kat sini kalau sempat... you guys can check it out... kalau ada yang tak kena boleh komen dan bagi tahu ya... then kita sama-sama check apa yang betul berdasarkan fakta dan bukan nafsu...napa aku cakap berdasarkan nafsu??? sebab kadang-kadang benda yang hakikatnya betul tapi bila terkena batang hidung sendiri mula la nak pertahan kan... tapi bukan semua orang cam tu kan...=)

ok back to main topic... about bengkel aqidah... just share some info... nak share semua nanti penat pulak tangan nak menaip... bajet semua kerja dah siap pulak...hehe... actually ada dua slot bengkel tu... cerita pasal slot yang pertama dulu la ya... next post baru cerita slot ke-2... slot pertama tajuknya seperti diatas... penceramahnya Dr Azwira Abdul Aziz...

Kufur cam kita dah belajar masa sekolah dulu la... maksudnya menutup/mengingkar/menolak kebenaran...kufur ni sebesar-besar maksiat...kufur ada 6 jenis... 
1. kufur takzib (pendustaan)
2. kufur istikbar dan iba' (kebongkakan dan keengganan)
3. kufur syak (ragu-ragu)
4. kufur i'rad (berpaling ingkar)
5. kufur nifaq (kepura-puraan)
6. kufur ni'mat

untuk elak kufur kita mesti berinteraksi dengan quran dengan cara yang betul.. ada empat peringkat berinteraksi dengan al-Quran..
1. beriman dengan kebenaran alQuran
2. belajar baca dengan betul mengikut tajwid
3. faham isi kandungan yakni baca bersama terjemahan la
4. praktik dan amal. ini perlu doa jugak minta hidayah kerana hanya hidayah dapat bezakan sama ada kita seperti umar yang terus memeluk islam bila mendengar bacaan Al-Quran adiknya atau kita menjadi seperti Abu Lahab  dan Abu Jahal yang meluap-luap kemarahan bila mendengar bacaan Al-Quran... 


1 ja nak pesan...tak ada ustaz yang pernah cakap kalau x faham makna baik tak payah baca Quran... baca pun dosa ja... jangan mencipta alasan... tafsir atau terjemahan Quran dalam BM atau english ada... so pilihan di tangan sendiri ok... 


perkara membatalkan keIslaman...
1. direct mintak pada selain daripada ALLAH..
2. guna wasilah (perantara) untuk minta doa pada ALLAH... contoh gi kubur wali minta doa kat ALLAH dengan perantaraan kubur tu... kalau mintak Ustaz atau orang alim doakan tak apa... contoh Saidina Umar mintak bapa saudara Rasulullah tolong doakan minta hujan sewaktu kemarau... kalau mintak doa berdasarkan amalan istimewa yang pernah kita lakukan pun boleh.. contoh cerita 3orang pemuda yang terperangkap dalam gua.orang pertama ber-tawassul dengan amal solehnya berupa memelihara hak buruh, orang kedua berbakti kepada ibubapa dan orang ketiga berhenti sebelum sempat berzina. ini boleh rujuk hadis Abdullah bin'umar, riwayat Al-Bukhari No. 2102 dan Muslim No. 2743.
3. anggap golongan musyrikin bukan kafir
4. iktikad ajaran lain lebih baik daripada ajaran nabi
5. benci ajaran Nabi walaupun beramal dengannya
6. persenda ajaran Nabi
7. amal sihir
8. berkerjasama memerangi orang Islam
9. iktikad sebahagian manusia boleh tidak ikut syariat Rasulullah
10. tidak belajar dan amalkan ajaran agama Allah.

walaubagaimanapun mengkafirkan orang lain sewenang-wenangnya dilarang keras... ni actually ringkasan ja...apa pun hati-hati ya... ini kena check balik diri... kalau salah kena cepat sedar dan betulkan...cerminkan diri dan selamat beramal...^,^

Saturday, March 13, 2010

5years

saja wat facebook walking tadi... baru aku perasan... ramai antara sahabat seperjuangan yang berbeza benar selepas 5tahun kami suma berpisah dari alam sekolah... ramai yang menyedihkan...dah lama aku sedar tentang mereka ini... dari tudung kepada tidak bertudung... ada juga yang terus kepada memakai seluar pendek... tanpa segan silu menonjolkan aset penting seorang wanita... tertunduk malu aku melihatnya... aku segan... sangat segan... tapi yang aku hendak ceritakan di sini bukan tentang mereka ini tetapi tentang perubahan seorang sahabat yang menjadi jiran sebelah meja aku ketika form 3....

yang menarik perhatian ku pada mulanya ialah baju nya yang menarik... kemudian aku terpikir... sahabat ku itu dulu pakai tudung selepang ja... maksudnya tak cover dada la...pernah kami berdebat tentang perbezaan cara pemakaian tudung aku dan dia... berdebat dengan cara yang baik...bukan bergaduh... =) dia seorang yang sangat baik...sangat lembut...

mahu tahu bagaimana dia sekarang??? lebih baik berbanding diri aku... owh tidakla seperti yang kamu fikirkan ya... dia tidak la sehingga memakai purdah... tetapi tudungnya dah menutupi dada... kakinya tak dibiarkan telanjang... stokin menghiasi kakinya... tiada lagi lengan yang kelihatan... teringat dulu walaupun pakai baju lengan panjang, dia suka tarik bagi nampak tangan sket...banyak benar baju yang labuh ala-ala baju punjabi tu.. sangat cantik... sejuk hatiku melihatnya... tiba-tiba rindu bangat saat di sekolah itu... saat dia menjadi teman berbual aku... =)

Friday, March 12, 2010

z.a.h.i.d.

before ber lab walking di institut Jantung Negara...sempat juga aku menempek sekejap di majlis ilmu di dewan kuliah... tapi sayangnya sekejap ja... xsempat nak tunggu sehingga habis ceramah pada pukul 2 kerana bas akan bertolak pada pukul 1.45ptg...so aku terpaksa meninggalkan dewan dan bergegas ke t1BE..sempat jugak ak mendapat sedikit input walaupun tidak banyak...

topik about zahid yakni orang yang zuhud..bukan zahid penyanyi itu ea...hehe....just nak share some info that i got.. maybe you guys have known about it already...  so ni cuma ulangan ja la k...=) saja nak share... maybe ni boleh buat aku lebih faham... kalu salah correct me ea...^,^

zahid actually ada 3 jenis...

1. orang yang mengambil dunia paling sedikit... contoh terbaek Rasulullah la... tiada yang lain lagi... ustaz tu bagi contoh yang buat aku rasa aku jauh sangat-sangat kot dalam kumpulan ni... dia cakap contoh kita dapat imbuhan RM5K... tapi kita ambik RM1K ja...yang lain pulang kat baitulmal dan sebagainya... ni dia cakap konteks kat kL la... taraf hidup kat kL... klu kampung dia kata RM1K tu dah kira banyak dah... aku rasa cam xcukup jak... teruknya aku...huhu...

2. orang yang mengambil dunia sederhana...  contoh yang ini pula dapat untung RM10K ambil RM5K lagi RM5K pulang ke jalan ALLAH... aduhai... ini pun masih belom mampu aku lakukan... kamu kamu dan kamu bagaimana???

3. orang yang mengambil banyak tapi halal... contoh dikalangan nabi ialah nabi Sulaiman... Baginda paling kaya dikalangan nabi tapi paling lambat masuk syurga dikalangan para nabi... di kalangan para sahabat pula... Abdul Rahman bin Auf  merupakan antara yang masuk dalam golongan ini...halal itu penting kan??? sekarang masih title pelajar... soal haram halal itu mungkin sekitar makanan dan harta benda... tapi soal sumber itu main peranan bila sudah bergelar pekerja nanti.... must be aware of this issue lew!!! cannot just take it for granted!!! pesan pada diri...=)

Abu Dzar r.a. berkata: Aku datang kepada Nabi saw. yang sedang di bawah naungan Ka’bah sedang bersabda: Demi Tuhan Ka’bah merekalah yang rugi, demi Tuhan Ka’bah merekalah yang rugi. Maka aku bertanya pada diriku, apakah urusanku, mungkin tampak apa-apa padaku, lalu aku duduk, sedang hatiku diliputi berbagai macam pertanyaan sehingga bertanya: Siapakah mereka itu? Jawab Nabi saw.: Mereka yang banyak harta, kecuali yang mendermakan hartanya ke kanan, ke kiri, ke muka, ke belakang (untuk shadaqah). (Bukhari, Muslim).

then ustaz berbicara soal beli rumah pakai duit haram... bila sudah bersara dan insaf bagaimana caranya... ustaz minta kami fikirkan... pelbagai pendapat dikemukakan... jawapan yang tepat rumah itu perlu diwakafkan... pulangkan pada masyarakat... seperti dijadikan rumah anak yatim, rumah orang tua, balai orang ramai dan sebagainya....

tips menarik untuk diamal... untuk membersihkan jiwa... kena selalu ingat ALLAH... mudah untuk dicadangkan tapi sukar untuk diamalkan... but practice makes perfect kan??? bila makan ingat itu rezeki ALLAH... apa-apa ja yang dilakukan ingat segalnya milik Dia... sedikit sukar tapi tak salah mencuba...=)

harta benda tak berguna di akhirat... ibarat sampah saja... hurmmm...

Thursday, March 11, 2010

march to april



11/3 ~ presentation biostat
        ~ result spm
14/3 ~ bengkel pemantapan akidah
20/3 ~ bengkel penyempurnaan solat
21/3 ~ dinner kolej
25/3 ~ dinner biomed
            pembentangan kes pato
31/3 ~ home sweet home
12/4 ~ EXAM begin....

hope semuanya berjalan lancar...ameen

burfday list
18/3 ~ ema, izreena
20/3 ~ kecik
25/3 ~ mira
28/3 ~ sham
30/3 ~ shaz
2/4 ~ erin
5/4 ~ sheril, akmal
13/4 ~ baiti
15/4 ~ zurina
16/4 ~ kak pah, hanis kmk
18/4 ~ fizah
27/4 ~ kak ruza

date have to remember!!!!^,^


Tuesday, March 9, 2010

saya rajin!!!!

all work and no play makes Jack a dull boy...
but all work, all play and no study make my pngk drop...

my result for mid sem exam too bad... i think I've said that i do not want to know my result in my past post kan??? huhu... actually i'm going to level 4 block H to send my chocolate report... the result is on the board on that floor... and accidentally i have checked my result... erk.... i've expected it actually... sindrom rindu rumah tahap tertinggi waktu exam itu menghancurkan segalanya...huhu... so need to plan for the final... mid sem just 30%... the other 70% depends on final... so have, have and have to work hardest... actually dis planning is not complete and fix... so suka ati aku la nak ubah-ubah ikut kesesuaian...ikut suka juga kalau enggak mahu ikut...tapi jangan nangis kemudian ari pulak... erk ini ayat someone yang sayang aku.... ok-ok... manage time and be discipline cik syafiqah saidun....!!!! please9999999.....!!!!


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri
mengubah nasibnya” Maksud Surah Ar-Ra’d ayat 11

p/s : title itu dipilih untuk mepsiko kan diri...mepsiko?? apakah??? (-,-")

Monday, March 8, 2010

sod ba ro....

dulu agama islam time spm dapat A1 kan??? mesti tau kan apa bunyi sod ba ro tu... arghhhhhh... ari ni sangat menguji tahap kesabaran aku...hari ini aku nama kan challenging day atau nama melayu dia hari mencabar... hehe... ok kita start dengan tragedi di pagi hari... pagi tadi aku jogging... tercungap-cungap tapi tak peluh... gulp... tak baik tipu nanti kena potong jari(sebab tipu guna jari tak guna lidah..=p)...ok ok... pagi tadi aku bangun terkejut dengan mimpi yang sangat memenatkan... malas aku nak story pasal mimpi yang tak best tu... yang penting memang sangat mendera fizikal dan mental... yep mainan tidur ja tapi it make my morning start with so so mood... spoil betol... 



then terus melangkah ke toilet... ujian seterusnya... eh apasal air ni slow rock ja... pusing lagi kepala paip tu sampai habis tapi still tak selaju air terjun...yang bestnya tu... colour cam berkarat... pergh... makin lama makin teruk... sampai nak sama warna ngan air teh o dah aku tengok... sabar ja la... aku gi ambek wudhuk kat paip luar... air still jernih tak jernih sangat la... tapi better than dalam toilet tu... pastu duk mikir camna la aku nak mandi...huhu....aku target lama-lama nanti air jernih kot.... kul 9 da kelas... kul 8.30 aku masuk toilet check air... erk... still brownish dowh... tapi better sket la... so terpaksa gak mandi walaupun ala kadar... aduhai... 



sampai ja kat fak... aku pelik tengok member masih tercegat kat depan T1BE tu... aku tanya napa tak masuk lab???  rupa-rupanya lab terbakar la pulak... lab terbakar panggil bomba... bomba datang berlumba-lumba... hehe... teringat lagu zaman tak matured lak... actually tak da pun bomba datang...kebakaran kecil ja... tapi kami still tak boleh masuk lab... so terpaksa la bertenggek bincang kes patologi kat T1BE tu... tetiba ada pula kucing hitam join the group... alamak... aku ni fobia dengan kucing... tiga kali aku tukar tempat... sabar ja la... 


pukul 2 petang ada kelas... tetiba tekak aku kering kontang cam kat padang pasir tu... apa lagi terjerit-jerit la kerongkong aku ni mintak diisikan minyak bagi melancarkan perjalanan lidah aku untuk bersembang... apakah??? dengan bersemangat aku capai wallet nak gi beli air... bila tiba depan pintu lecture hall tu ja tetiba kelibat doc jacinta kelihatan... erk.. terbantut niat murni aku tu... terpaksa patah balik... zu jadik penyelamat sebab sanggup berkorban air ribena dia untuk kerongkong aku ni... thanks zulaikha sahugi... jasamu ku kenang...haha999.. 



pukul 3 kelas doc mazlizam... subjek ni pun menguji 9 nafsu aku ni... nafsu yang tidak perlu diperkenalkan lagi... nafsu makan... lecture ni pasal proses buat kek, roti,aiskrim, biskut.... meleleh-leleh air liur aku tengok gambar-gambar yang menghiasi slide tu... oi... metafora ja la... tak da la basah pun buku catatan kat depan aku tu... ujian kali ni aku tak dapat bersabar lagi...so aku terus ajak anis gi beli oreo cheese cake yang aku mengidam sejak minggu lepas lagi...alhamdulillah baru jak habiskan... sangat sedap ok... sampai tak sempat nak ambek gambar dulu untuk tayang kat orang-orang yang baca post ni... sapa lagi???? kamu la...haish...



last cobaan... terpaksa balek dalam hujan... bygkan dua org share 1 payung... basah la... sampai rumah langsir dah lencun... basah sebab tingkap tak tutup...hurm... tapa... sod ba ro... sabar ya...^,^


Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.  (41 : 35)


Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.  (2 : 153)


Dalam quran banyak suruh kita bersabar...ini hanya sebahagian.... jadi bersabar la wahai hati... dugaan ini masih kecil berbanding dugaan-dugaan yang perlu ditempuh oleh saudara-saudara mu di Palestin... Ya ALLAH... selamatkanlah dan peliharalah aku dan saudara-saudara seIslam ku di mana sahaja kami berada.... ameen... 


p/s: maaf ayat-ayat diatas agak kepoyoan sedikit... sedikit sahaja...hehe....

Sunday, March 7, 2010

sis nyte...

last night hangout with both my sis... along datang sini dengan family dia (abang yat, hannah dan harraz) sebab ada education convention kat hotel sri pacific... angah datang sini saja-saja kot...hehe... so petang semalam aku dijemput kat plaza...then terus gi ambik angah kat puduraya... pastu kami gi bukit bintang... actually aku prefer gi mid valley... hate bukit bintang especially at night... tapi disebabkan aku penumpang so aku cuma membisu tanpa kata... bila sampai aku terus menerpa ke surau untuk solat maghrib... perlukah nak bagitau gi semayang???? perlu!!! sebab aku nak cerita betapa dhaifnya keadaan surau tu... mula-mula aku dah pelik eh mana surau perempuan... napa nampak surau lelaki jak... pas belek-belek sign board... erk... kena lalu depan surau laki dan tempat ambik wudhuk lelaki untuk sampai surau tu... x faham eh??? ni aku ada lukis camna keadaan kat situ...



dah faham??? huhu... yep terpaksa la... dah la kawasan ambik wudhuk tu kecik... naseb baik xramai orang...hanya langsir yang cam kat hospital tu ja yang memisahkan antara tempat wudhuk lelaki dan perempuan... ala yang boleh tarik-tarik tu... cam tak sesuai ja design tu...hurm...

then gi jejalan... serabut jak aku rasa... napa ntah... pas penat jejalan gi makan kat nando's... pastu terus balek... masa on the way balek tu pulak... nampak lori polis duk angkut budak-budak punk... dan yang paling menyedihkan aku nampak cam budak-budak melayu ja... siap ble wat muka dan gaya bangga lagi bila ada beberapa orang kat tepi jalan tu ambek gambar... selekeh betul...syukur sangat diberi hidayah dan tak tergolong dalam golongan-golongan sebegitu.... mintak simpang la... yep suasana kat kL waktu malam totally different ngan suasana malam kat aloqstaq... yep lebih meriah di kL tapi sangat tidak menyelesakan dan menakutkan... hurm...sangat serabut...!!!!

Friday, March 5, 2010

berita baik

alhamdulillah...syukur sangat.... beberapa ari lepas Dr. Jacinta dah jawab persoalan yang selama ini bermain-main di bibir pelajar-pelajar Sains Bioperubatan tahun 3... senarai nama lengkap beserta tempat latihan industri dipaparkan di skrin... pelajar-pelajar yang tiada tempat iaitu kengkawan aku yang mintak hospital di Kelantan dipanggil.... ada ramai juga yang masih pending, tak tahu sama ada diterima atau tak di tempat yang mereka pilih...

aku???

segala pujian milik Allah tuhan pencipta sekalian alam... aku, Naeilah dan sorang chinese (forgot her name tetiba...huhu..)mendapat pilihan pertama kami iaitu hospital Sultanah Bahiyah.. sangat dekat dengan umah... it means i can b at home this sem break... yahooooo ya bedabeduuuu!!!! yang paling best gi sempat wat Li with my love best friend walaupun just 4 1month or less than that....hehe... hopefully my abah sayang give me  permission to drive... yang ni cam impossible....hakikatnya he will be my driver...huhu..... abah!!! when i can use the advantage of having a license??? huhu... ok bak kata abah bila perlu... so wait n see lorh...huhu...

cita dah tamat... klu rajin dan larat aku akan catat dan catit segala pengalaman di hospital nanti... lambat lagi... cuti sem nanti...dalam bulan 5 kot... hehe... takoot pown ada actually...hehe.... ok the end... cepat tepuk tangan!!!=P


Thursday, March 4, 2010

setelah 3x di reject

sebab-sebab di REJECT...
1. kurang hemoglobin - 4tahun lalu
2. kurang berat badan - setahun lalu
3. period - beberapa bulan yang lalu

Beberapa minggu yang baru lepas...akhirnya aku di terima...
"Tahniah cik Syafiqah Saidun!!! Anda layak untuk menderma darah.."
hahahaha999...

Tempat : T1BE UKM Kampus KL
Masa : lebih kurang pukul 12.45p.m
Perasaan : happy teramat... tak tahu kenapa... aku akan rasa satu perasaan yang sangat extra excited bila dapat tolong orang lain... anda, anda dan anda pun mesti faham apa yang aku rasa kan...^,^

a walk to remember

cerita yang aku rasa nak share kat blog aku yang tak seberapa ni... ni actually sebuah novel... but i haven't read the novel yet...just watched the movie... menceritakan tentang Landon dan Jamie... bagaimana Landon berubah daripada seorang yang sangat nakal kepada seorang yang menghargai kehidupan... Jamie pula seorang gadis yang old-fashioned anak seorang paderi yang dikawal ketat oleh bapanya dan merupakan pesakit leukemia yang tiada respon lagi pada ubat-ubatan tetapi cuba untuk meneruskan hidup sebagai manusia biasa....sangat interesting and sweet bagi aku...

ni beberapa quote yang menarik aku petik daripada filem ni...

Maybe God has a better plan for me than I have for myself…
I do not need a reason to be angry with God...
our love is like the wind... I cant see it but i sure can feel it...
The problem isn't finding out where you are gonna go-its figuring out what you are gonna do once you get there that is!...
Love is always patient and kind. It is never jeolous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful...
What a friend?? It's a single soul dwelling in two bodies...

actually this movie dah lama...aku yang baru tengok...tapi apa yang aku nak nyatakan kat sini...i'm crazily in love with this movie...hehe...


she acting as Jamie...=)))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...