ok back to main topic... about bengkel aqidah... just share some info... nak share semua nanti penat pulak tangan nak menaip... bajet semua kerja dah siap pulak...hehe... actually ada dua slot bengkel tu... cerita pasal slot yang pertama dulu la ya... next post baru cerita slot ke-2... slot pertama tajuknya seperti diatas... penceramahnya Dr Azwira Abdul Aziz...
Kufur cam kita dah belajar masa sekolah dulu la... maksudnya menutup/mengingkar/menolak kebenaran...kufur ni sebesar-besar maksiat...kufur ada 6 jenis...
1. kufur takzib (pendustaan)
2. kufur istikbar dan iba' (kebongkakan dan keengganan)
3. kufur syak (ragu-ragu)
4. kufur i'rad (berpaling ingkar)
5. kufur nifaq (kepura-puraan)
6. kufur ni'mat
untuk elak kufur kita mesti berinteraksi dengan quran dengan cara yang betul.. ada empat peringkat berinteraksi dengan al-Quran..
1. beriman dengan kebenaran alQuran
2. belajar baca dengan betul mengikut tajwid
3. faham isi kandungan yakni baca bersama terjemahan la
4. praktik dan amal. ini perlu doa jugak minta hidayah kerana hanya hidayah dapat bezakan sama ada kita seperti umar yang terus memeluk islam bila mendengar bacaan Al-Quran adiknya atau kita menjadi seperti Abu Lahab dan Abu Jahal yang meluap-luap kemarahan bila mendengar bacaan Al-Quran...
1 ja nak pesan...tak ada ustaz yang pernah cakap kalau x faham makna baik tak payah baca Quran... baca pun dosa ja... jangan mencipta alasan... tafsir atau terjemahan Quran dalam BM atau english ada... so pilihan di tangan sendiri ok...
perkara membatalkan keIslaman...
1. direct mintak pada selain daripada ALLAH..
2. guna wasilah (perantara) untuk minta doa pada ALLAH... contoh gi kubur wali minta doa kat ALLAH dengan perantaraan kubur tu... kalau mintak Ustaz atau orang alim doakan tak apa... contoh Saidina Umar mintak bapa saudara Rasulullah tolong doakan minta hujan sewaktu kemarau... kalau mintak doa berdasarkan amalan istimewa yang pernah kita lakukan pun boleh.. contoh cerita 3orang pemuda yang terperangkap dalam gua.orang pertama ber-tawassul dengan amal solehnya berupa memelihara hak buruh, orang kedua berbakti kepada ibubapa dan orang ketiga berhenti sebelum sempat berzina. ini boleh rujuk hadis Abdullah bin'umar, riwayat Al-Bukhari No. 2102 dan Muslim No. 2743.
3. anggap golongan musyrikin bukan kafir
4. iktikad ajaran lain lebih baik daripada ajaran nabi
5. benci ajaran Nabi walaupun beramal dengannya
6. persenda ajaran Nabi
7. amal sihir
8. berkerjasama memerangi orang Islam
9. iktikad sebahagian manusia boleh tidak ikut syariat Rasulullah
10. tidak belajar dan amalkan ajaran agama Allah.
walaubagaimanapun mengkafirkan orang lain sewenang-wenangnya dilarang keras... ni actually ringkasan ja...apa pun hati-hati ya... ini kena check balik diri... kalau salah kena cepat sedar dan betulkan...cerminkan diri dan selamat beramal...^,^
No comments:
Post a Comment